Saturday, January 16, 2010

SUKA BERPUISI?



What is poetry?

Poetry ~ Eleanor Farjeon

What is Poetry? Who Knows?
Not a rose, but the scent of the rose;
Not the sky, but the light in the sky;
Not the fly, but the gleam of the fly;
Not the sea, but the sound of the sea;
Not myself, but what makes me
See, hear, and feel something that prose
Cannot: and what it is who knows?


(*from Eleanor Farjeon's Poems for Children,1938)


TERingat puisi pemberian abg pisang kat aku..

Telah bertahun-tahun dia berjalan
didalam gelap gelita
tidak tentu tanah yang dia akan tempuh
tidak kelihatan suatu bintang pun di atas halaman langit
akan dia jadikan pedoman dalam menuju perjalanan itu
khabar dari pelangi adalah lebih benerang dari cahaya suria
lebih nyaman dari cahaya bulan
dan lebih damai darikelip bintang bintang
yang sentiasa ditunggunya..

Nukilan:Abang Pisang

ada lagi..aku berani publish sbb da mintak izin kepada tuan punya puisi..hekhek..

Aku benci Laut.
Laut mneggelamkan mimpiku di kedalamannya dan keluasannya.
pada sapuan ombak pertama
pada saat aku baru mahu menyeberangkan mimpiku
pada pemimpi lain lain diseberang mimpi yang lain.


Nukilan:Abang Pisang

Sebenarnya dia antara sahabat aku dan abang aku yang banyak berkongsi. Rajin keep in touch..T_T terharu gak, sbb aku jarang keep in touch...huhuhu.Insaf2..Dia banyak bagi aku puisi.Aku tulis satu persatu dalam nota kecil aku.Tanda aku hargai puisi pemberian dari sesapa pun..Tinggi nilai puisi sesapa bagi kat aku..hee..Piei puisi dia pun aku save dalam nota..huhu terharu.Aku ingat g masa nak p Pilih kasih dilema dia bg puisi kertas kuning kat aku.Sekali baca meleleh gak airmata..huu..

Aku tak suka membaca HANYA membaca bila perlu.(jangan ikut perangai tak baik ni ye adik2 membaca tue kan amalan muia..rajin2kan diri membaca,selamat beramal~)Bukan tak suka..cuma..darjah pala otak aku ni, kemalasan tahap menGABAN.Aku tak suka MenDENGAR.Aku cuma akan menDENGAR BILA PERLU.Aku kena dirangsang oleh minda org2 yang genius baru aku terdetik nak membaca atau mendengar..hahaha dasat gak..Tak suka dipaksa tapi suka memaksa hm?boleh ka mcmtu??Eessh..tak bleh.tak bleh..bahaya untuk kesihatan.Ehehe tapi banyaknya terpaksa...uhuhu..Paksa diri..hurm..

2 comments:

  1. masih ingat puisi ni?tulis d blog....utk sepa?ehehe

    Gadis Itu

    Kulihat dari jauh gadis itu
    Cubaku gapai untuk mengenal siapa dia sebenarnya
    Ada sinar sepi terpancar di matanya
    Ada cahaya kasih terbit dari jiwanya
    Ada garis luka cuba disembunyikannya

    Gadis muda itu
    Cubaku kenali untuk menilai erti diri
    Semakin kuhampiri semakin dia jauh kukenali
    Apa yang cuba disembunyi
    Apa yang cuba dicari
    Apa yang cuba diisi

    Gadis sepi itu
    Garis luka di hati cuba diubati
    Tapi sakit juga yang mendampingi
    Aku hanya mampu memerhati


    Rabu, April 22, 2009

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu...T_T

    aku publish jap..jap

    ReplyDelete