Thursday, February 25, 2010

EMPAT CARA LELAKI MENGUCAPKAN MAKNA ‘CINTA’

*SUNGGUH-SUNGGUH MENGATAKAN AKU CINTA PADAMU
Bagi lelaki perkataan mengatakan 3 perkataan ini merupakan satu langkah besar kerana pada mereka ia lebih daripada sekadar mengekspresikan perasaan. Bagi sesetengah lelaki pula, cinta adalah sebuah komitmen dalam kehidupan dan ada pula berpendapat mengundang bahaya.

Takut cinta ditolak menyebabkan segelintir lelaki enggan mengucapkan perkataan keramat. Ini kerana penolakan cinta yang diucapkan kepada seseorang amat menyakitkan perasaan dan ego mereka. Disebabkan alasan ini juga kebanyakan lelaki menanti sehingga hubungan mereka benar2 ditahap serius, barulah mereka berani menyuarakan cinta dalam bentuk kata-kata.
Lelaki yang mementingkan kerjaya dan memegang komitmen biasanya beranggapan bahawa apabila mengucapkan perkataan “Aku cinta padamu” bererti menawarkan sebuah komitmen. Lelaki berfikiran seperti ini, lebih condong mengungkapkan cinta melalui perbuatan atau tindakan, kerana pada mereka lafaz perkataan cinta yang ditaburkan melalui kata-kata hanya sebuah janji. Justeru, lelaki mengatakan ‘aku cinta kamu’ bererti ‘aku tidak akan meninggalkan’ atau ‘aku akan selalu setia’ namun simbolik kepada perbuatan atau tindakan.
Sementara lelaki yang keterlaluan sentimental dalam percintaan menganggap pasangannya seperti isteri dan bertindak menyekat pasangan mereka daripada menjalani kehidupan seharian. Sebaliknya mengubah pasangan mereka menjalani kehidupan yang sama seperti dirinya atau keluarga. Pada mereka pasangan mereka perlu patuh dan segera menjawap panggilan mereka. Lelaki sentimental biasanya hanya memikirkan perasaan mereka terlebih dahulu berbanding perasaan pasangan mereka. Kekerapan untuk bergaduh dalam perhubungan menjadi keperluan kononnya bagi mengenal hati budi masing-masing.



*MEMBERI KASIH SAYANG

Hadiah mungkin menjadi ungkapan sayang. Ada pelbagai jenis hadiah yang seseorang lelaki biasa berikan seperti coklat, bunga, kad-kad ucapan (khusus), namun ada beberapa perkara yang lain yang wanita sering kali tidak menyedarinya. Ada lelaki yang memberikan waktu khusus untuk bersama dengan insan yang disayanginya sebagai bentuk hadiah. Ketika seorang lelaki banyak menghabiskan waktu bersama pasangannya sebenarnya itu adalah cara dia mengatakan bahawa dia memilih anda untuk dicintai. Lelaki yang berkomitmen bertindak meluangkan waktu bersama pasangannya namun sering kali kurang disedari oleh pasangannya kerana lelaki jenis ini memilih ‘private time’ hanya untuk pasangannya dan apabila meluangkan masa bersama teman-temannya dia kurang gemar menonjolkan pasangannya. Hal ini demikian kerana bagi dirinya pasangan yang dicintainya hanya untuknya bukan untuk ditonjolkan kepada teman-temannya. Apabila hubungan sudah serius barulah lelaki seperti ini akan melangkah mengenalkan teman-teman yang dipercayainya untuk mengetahui siapakah pilihan hatinya. Oleh itu, wanita harus memahami lelaki berkomitmen yang bertindak memberi hadiah kasih tanda sayang seperti ini.

Lelaki yang agak sentimental biasanya bertindak menonjolkan pasangannya kepada keluarga dan sanak saudara, dan semua rakan lelakinya.Tujuan utama lelaki jenis ini adalah untuk memberi pemberitahuan kepada semua bahawa dia bersama pasangannya sekarang dan tidak mahu ada pihak yang cuba mengganggu pasangannya kerana baginya pasangannya adalah wanita yang dimiliki olehnya. Lelaki jenis ini juga adakalanya terlalu bangga menonjolkan teman wanitanya. Lelaki jenis ini cenderung menuduh pasangannya terlalu sosial kerana jika ada lelaki lain yang berminat dengan pasangannya si lelaki lebih mudah untuk cemburu. Walhal dia yang memperkenalkan pasangannya kepada rakan-rakan lelakinya.

 
*MENUNJUKKAN KASIH SAYANG
Bagi sesetengah lelaki, mereka beranggapan ucapan tidak penting untuk menunjukkan rasa cinta, kerana melihat kasih sayang sering dinilai dengan memegang tangan, membelai dan bersikap sangat melindungi. Lelaki juga tidak mampu membendung perasaan mereka apabila mereka sudah benar-benar jatuh cinta. Sebenarnya sebahagian besar lelaki dengan mudah dapat meluahkan perasaan mereka dengan pasangan apalagi jika hubungan mereka dengan pasangan sangat rapat. Dan biasanya apabila sesuatu perhubungan itu sudah terlalu intim, nilai sentuhan membuktikan kepercayaan dan kecintaan lelaki terhadap pasangannya.

Ada lelaki yang sudah berada dalam sebuah ikatan suci, lelaki tidak lagi merasakan ucapan penting dalam menunjukkan cinta mereka sebaliknya mengungkapkan betapa besarnya cinta mereka kepada isteri menggunakan hubungan badan. Bagi mereka kata-kata sudah tidak sebesar ertinya berbanding dengan melaksanakan erti cinta itu sendiri. Sebaliknya ramai wanita mahu pasangannya mengungkapkan perkataan sayang seiring dengan sentuhan dan lelaki perlu sedar akan kasih sayang yang diperlukan oleh wanita agar perhubungan yang disimpul memberi manfaat kepada kedua-duanya.



*MENGENALKAN KEPADA KELUARGA
Cara lain lelaki mengucapkan “aku cinta padamu” adalah dengan membawa pasangannya untuk bertemu dengan keluarga, sanak saudara dan teman-temannya. Dengan membawa pasangan bertemu keluarga bermakna lelaki tersebut bersedia menjalinkan hubungan dengan insan yang mereka sayangi dan menginginkan keluarganya restui hubunganya dengan gadis pilihan hatinya sendiri. Ini juga menunjukkan bahawa lelaki seperti ini juga mahu keluarganya memahami kehendaknya agar hidupnya perlu mendapat sokongan dan membawa keluarganya mengenali hati budi teman hidupnya.
Dengan membawa anda bertemu dengan kaum keluarga dan sahabat baiknya, memberi petunjuk bahawa lelaki tersebut mempunyai perasaan yang mendalam terhadap pasangannya dan mahu pasangannya mengenali orang-orang yang terpenting dalam hidupnya selama ini. Hal ini menunjukkan lelaki memberikan komiten dalam perhubungannya dengan pasangannya, dan sudah merancang sesuatu yang serius dalam hatinya. Dan ini membuktikan kepada pasangannya bahawa perasaan cintanya terhadap orang yang disayanginya bukan mainan.

No comments:

Post a Comment