Semua perasaan itu, datangnya daripada Allah.Hakikatnya kita adalah manusia.Tak semua memahami perasaan & keadaan diri kita.Jadi mengadulah hanya pada Allah.
Sunday, February 7, 2010
Proses munasabah~huhuhuu
Aku ada member..ada macam2 perangai..kalau aku ada 6 orang member...semua pun ngan perangai masing2...dan aku nak close ngan certain member tu agak susah sebab aku kena observ cara dorang leh masuk ke X ngan aku?huhuhu....Maaf la kalau aku agak memilih kawan..aku selesa berkawan ngan sesapa ja..cuma nak rapat tu dorang kena masuk ‘dunia aku’ then aku buka pintu hati aku insyaAllah leh jadi kawan paling setia..Serius dua rius aku leh jadi member yang sangat baik, kalau kawan aku tu tahu nilai friendship....tapi kalau nak jadikan aku musuh serius duatiga rius aku la manusia paling jahat!so, depends ar..layanan kawan camnana kat aku kn?kalau dah sampai tahap aku buang muka tu...doa la bebanyak, kalau dua hari aku contact balik maknanya selamat ar..kalau tak....huuhuhu..end of the world kot? Jahat kan aku...
Ada gak member kadang2 aku leh masuk..kadang aku terpaksa pretend..Aku tak suka melukakan perasaan sesapa..even member sendiri,aku tahu apa rasanya bila dilayan macam shit!Jadi aku hati2 gak..kalau aku tak nak kena layan macam tu aku kena pastikan aku tak layan orang sekeliling aku macam tu..kan??aku kadang2 cuba be positif dan bersabar...Aku tak paham, bila ada member yang perangai macam ‘so perfect’ aku tension, ada gak manusia macam ni ek? member ni tak macam ni dulu..aku rasa normal (huh?maksud aku tak buat perangai,buang tabiat) semakin lama kenal dia semakin banyak benda yang menguris hati aku atau, perangai dia yang buat aku rasa AKU TAK KENAL DIA! Ker....aku terlebih kenal dia??
ntah la.....tak berapa boleh nak terima aku ada member macam dia..jadi macam..huhu susah nak masuk ngan member tu..(a.k.a berkawan) Even dia kadang2 baik (dgn motif untuk kesenangan diri dia) aku cuba bersabar..Tapi dah bukan sekali dua aku terasa hati..agak2 la kan,.nak melawak, atau bergurau...sampai aku rasa mengaibkan..huhuhu nak main2 pun hati member kita kena jaga kan?Kena batang hidung sendiri, tau plak nak marah2 sampai nak mengumpat??Tu la namanya tak sedar diri...Masalahnya aku tak paham, dia suka buka aib orang-aku cerita apa yang pernah dia buat baru padan muka!Nasib aku waras lagi....huhuhu..kronik gak masalah aku sampai aku publish kat Blog aku nie!serius...!!
First aku ingat,mungkin aku leh ubah dia...tak pun nasihat mana yang termampu...setiap kali dia mengata, bawa mulut..(mengumpat orang tu orang ni-aku cam pelik dia tak sedar ke dia tengah bukak aib member sendiri..dah plak tu ,member tu aku kenal..member dia gak??makan sekali..depan dorang bukan main lagi dia buat muka tak bersalah kat aku?YA..Allah!!.ni mencerminkan diri dia yang busuk hati...arrrgh sedih aku ada kawan camni!!!rasa nyesal kenal dia pun ada!huhuhu..)member ni sibuk nak salahkan orang lai..aku diam je setiap kali dia tak puas hati ngan orang tu..orang ni..semua benda yang dia pernah tolong rupanya dia ungkit nak berkira?Dia dah tolong member ni..pastu dah tolong dia umpat...aku jadi cam pelik tau...serius!Sebab dia beriya2 tolong dah tue, dia pulak tak puas hati..??tue aku tak paham,dia nie ikhlas ke tak tolong orang ni.??dah dok ngan dia lama sket, perlahan2 aku dapat baca perangai dia cmana,.rupanya baru aku paham..strategi dia nak menolong cuma untuk kepentingan diri dia ja!tak pun Cuma nak dapat kredit sebab membantu dan orang puji dia??ya,Allah tolong sedarkan member aku ni...(aku berbaik sangka,ye la orang dalam keadaan marah rasa diri dia je betul..(nasihat kat diri sendiri)..tapi aku rasa masalah member aku ni dia ada masalah jiwa sikit...hasad dengki busuk ati dia buat aku ngeri.........seriusss!!
Semua orang dia tak puas hati, aku termampu mendoakan je dia mudah2an dia berubah, sebab kalau aku nasihat pun, aku gak kena sembur..ada je jawapan dia nak meMENANGkan diri dia....mesti dia tak makan saman..karang aku sound betul2 sentap trus!tak nak kawan ngan aku..huhuhuh..jadi aku sekarang cuba elakkan diri daripada berkawan ngan dia...Aku takut bersubahat dalam mengumpat2 ni, sebab aku rasa semua member ok jer kat dia..dia je sorang yang selalu dengki n tak puas ati kat semua...huuu...aku ni simpan dalam takut lama2 meletoop sebab bersabar ngan perangai dia...sebab bagi aku, daripada aku mendengar rungutan, umpatan..tak puas hati dia kat orang tue orang ni..baek aku pergi jauh2 aku rimasss...huhuhuhu...
Sebenarnya rupanya bukan aku sorang ja berfikiran gini rupanya semua member pun dah lama sentap, banyak makan hati kat dia..dan bersabar ngan perangai ‘BOSsy’ dia.. ye la agak benggang gak..mentang2 dia lebih ‘kakak’ dari kitaorang soo she act like she knows everthing!!dia sangat PENTING for semua function..(hok yeee pun diam2 je la???) nak gak bising2, tau ar dia rapat ngan MMP batch aku, sebab dia sektariat tersibook kan?? Ala, buat rilek jer la..nak gak bising2??...aku geram betol ngan orang yang agak BOSsy, cam perangai org tua-semua nak bising2...adoiii...aku cuma nak suasana peaceful tolong ar!!tak leh ke diam japp?...(nak jer aku sound mcm ni)..ni kena berhadapan ngan dia semua benda dia nak tanya,tue nie, kalau cakap leklok aku leh terima weii ni kalau aku rasa dah keterlaluan..mintak maaf ar salah orang...(aku pun bising gak tapi agak2 la, limit tue kan?)
Aadoooii aku jadi macam uuufggh!!saangat muak..nyampah ngan sikap dia yang semakk kan hati aku ni...bagi aku kalau nak kena hormat, kita kena belajar nak hormat org lain dulu..baru layak diri tue kena hormat..member pun agak2 la cara bercakap kat, kot ye pun lazer..hati member agak2la.. kena jagakan?ko bukan bagi makan aku..sekali aku lazer guna lampoo lazer baru tau!tak leh ker cakap elok2 selama ni tak penah gi mulut aku cabul nak cakap kuang ajo.. Aku maki karang !sentap!nasib aku leh kawal tahap marah ..huhu..aku nak hipokrit ker layan dia ???tak leh...aku kalau terasa hati marah.sedih..aku kena take time..and..play SILENT!bercakap ngan aku mcm cakap ngan batu..yes aku layan, tapi nak pandang?mintak maaf...aku kena istgfar byk2 dulu..aku buat pun semata2 kerana Allah..(jahat tak aku??huhuhu)
huuu~dekat 2 hari aku mendiamkan diri...aku tak leh bercakap ngan dia..aku takut jer aku tersound dia depan2.jadi aku wat tak tau ja..Ada sorang dua member prasan perubahan aku yg agak moody..Aku mintak maaf byk2 aku bukan nak saja2 moody aku Cuma tak tahan....kena ngadap muka dia 2 tiga hari..adoii..Lastly end up, all member aku ceta kat aku, dorang pun banyak terasa hati dah ngan sikap dia..Cuma semua dah terbiasa and buat biasa....argghh aku tak leh weh..nak hipokrit pun agak2 la..masalahnya dia cerita benda tak elok kat aku tentang semua member sekeliling aku, tu yang aku tak paham..aku boleh je jadi kawan yang sedia mendengar masalah,tapi kalau nak mendengar semata2 dia nak mengata orang tu,orang ni semua dia tak suka, dengki, benci, tak puas hati...aku agak berat nak mendengar sebab hati aku semak!!seriuss!positif!Aku sarankan bawak2 la istigfar kalau hati tue banyak sangat dengki..daripada suka sangat merungut kan ke lebih baik kita bersyukur??
jangan ar suka mengata atau buang muka kat kawan2 sekeliling yang tak bersalah..lama2 nanti semua orang benci, susah nak bekerjasama.lebih teruk lagi semua member tak nak berkawan ngan dia-kena pulau hah lagik dasat..satu benda aku terasa nak sound dia-tikar sembahyang macam tak penah sentuh,(sebab aku je guna) aku nak gak sound..pintu taubat tu Allah sentiasa buka selagi mata kita terbuka....InsyaAllah mungkin hati yang busuk..boleh wangi..hati yang keras leh lembut, prasangka kat member2 leh hilang, buat keja hati pun ikhlas..dan yang penting kalau aku diam lebih baek aku wat hal sendiri..huhuhuhuhu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment