Friday, November 23, 2012

DILEMA DAN CELARU



Salahkah...

Bila kita nak simpan kenangan lalu kita? salahkah aku jika aku nak simpan kenangan aku..? dalam ruang hati aku..picisan kenangan masa lalu aku sangat penting untuk aku.

Memang betul KE-HIDUP-AN kita nie kena diteruskan, orang cakap lupakan shj kenangan lalu yang boleh buat kita terkenang-kenang sampai kita sedih sendiri,menangis sendiri,makan tak lalu, tak nakmulakan hidup yang baru,tak nak percaya orang lain sebab kenangan lalu memberi kesan pada diri kita sampai kita fobia..

Itu pandangan orang lain, tapi bagi aku, salah untuk kita melupakan masa lalu kita @ kenangan kita..sehingga kita berlaku kejam dengan diri kita sendiri dan orang lain yang menyayangi kita..kita langsung tak  beri peluang kpd mereka..untuk mereka menyayangi kita dan diri kita disayangi... Bagi aku, aku kena jugak berpaling kebelakang utk tgk masa lalu aku sbg pengajaran atau memori..(tanpa mengira memori indah atau memori sedih yang aku tak nak padam)...

Semalam aku terkena tempias disalahfaham....not so call terukla.. yg sampai tahap kena cerca ke, menggila ke, atau naik tangan dsbnya..huhu tapi setakat tersalah fhm shj, dan aku akui sesiapa sahaja pihak yang terlibat akan terhiris perasaan..hal ini myebabkan emosi aku sedikit terganggu...dan aku menangis. 

Hmm..camna aku nak explain dgn erti kata lain..supaya tak buka ceta yg tak best untuk dibaca..humm..pendek kata la..benda tue sebenarnya pada yang tak terlibat nampak benda tue perkara kecik je, tapi bagi pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung mungkin boleh menjadi satu  isu..Niat asalnya dan dasarnya benda tu hanya komen-komen biasa..tapi menjadi isu besaar bila disalah tafsir dan apabila ditambah sedikit anasir berbaur 'cemburu' maka...rasa tak puas hati meletus...dan aku jugak jadi mangsa keadaan...Aku sebenarnya boleh terbuka dan mahu mendengar dan memujuk dengan elok tapi balasla dengan elok dan bukan menuduh dan prasangka.

Aku paham aku kena menjaga hati pihak lagi satu..tapi skg nie aku yg jadi point utk dipersalahkan..pdhal benda tu perkara kecik...

Dan tak boleh ke kita semuanya berbaik sangka..

.......................................................................

kalau ex-kita..ishh ayat ni aku TAK berapa nk suka atau nk taip..mksd aku ayat sesuai adalah.. 'org yg pernah kita syg'...so, ok mcmni.. salahkah aku atau salahkah dia yg pernah aku syg satu masa dahulu memberi komen kat wall FB kita..? dan tentunya komen yg diberikan takde niat lain..hanya sekadar komen biasa.

Sebab aku pecaya, dia xde niat lain cuma sekadar memberi komen..dan aku pun takde niat lain. Memberi komen di FB adalah perkara biasa2..contohnya.. "waw" itu je..tapi ada bila ada pihak lain baca, ada yang berkecil hati. Padahal niat asalnya hanya memberi komen dan tak lebih dari itu.Bukankah agak.......hmm..nak mempertikaikan hanya komen yg mcmtu shj?

Tapi hanya kerana komen itu shj, aku dituduh nk ada scandal lain atau aku dah "lama" ber-contact balik org yg penah aku syg...TUDUHAN itu agak kejam pd diri aku..

Aku paham, tak salah nak jeles sbb utamanya org tu"pernah disayangi oleh aku" dn boleh menjadi faktor rasa tak puas hati atau takut pada seblah pihak kalau aku berbaik2 atau berkawan semula..kerana dikhuatiri hubungan kwn akan menimbulkan balik rasa syg dan akhirnya kami bercinta senyap2..huhuuhu agak ekstrim pemikiran nie...berpandangan jauhh ke hadapan!

Kita jangan predict benda yg belum jadi, semua itu umpama satu  tuduhan dan doa..tak salah berhati2, ambil berat tapi janganla terlalu emosional smpi menuduh benda yang TAK TERJADI LAGI..dan TAK SAHIH...xde aku nk ada ber-scandal..atau kami nie dah lama sgt bercontact2 balik smpi tahap nk berbaik semula dan menjalinkan hubungan cinta. 

Adapun segelinap rasa tercalit aku akan tanam sedalam-dalam demi menjaga hubungan baik sesama manusia.

Kalau aku yakin dgn perasaan aku, niat aku betul maka tak salah jika nk menjadi kawan..hubungan lepas aku dan dia tak sampai ketahap membenci atau bergaduh..jauh sekali bermusuhan...dan perpisahan kami adalah secara baik demi kebaikan msg2, jadi perasaan hormat itu masih ada..sebab itu aku berani mengangkat prsn itu menjadi seorang kawan..mungkin memang betul dia pernah aku sayang, tapi aku pecaya kami masing2 saling menghormati hak privasi..

Tapi bagi pihak yg menjalinkan hubungan serius dgn aku..benda itu dianggap ancaman kepada hubungan sedia ada..

Aku jadi hmm...serba salah, rasa marah pun ada..sb penafsiran aku lain dan aku bersifat neutral..tpi pemikiran seblah pihak sgt berpandangan jauh smpi salah anggap tentang aku dgn dia....bagi aku sgt tak adil utk aku.

Pada aku, nak mengingat kembali apa jua kenangan sama la mcm bila aku nk ingat balik kwn2 lama aku..

salahkah? 

atau sebab asal aku ada kwn2 yg ada hbgn rapat dgn aku so ancaman kepada hubungan baru aku..? salah..bukan mcm itu, aku tahu limit sampai mana, tapi aku pun sedar hakikatnya aku kena main peranan untuk menjaga hati semua pihak..jauh di sudut hati aku nak ruang utk aku bernafas dan hirup sedikit apapun memori hidup aku..utk diri aku shj..yg mana menjadi hak mutlak dlm kenangan aku..

itu sahaja..........dan tolonglah itu sahaja yg tinggal utk aku. Jangan paksa aku untuk padam benda itu.Boleh paksa aku padam gambar, unsubcribe, block, jgn mesej, delete no.telefon, apa-apa yang berkaitan...tapi jangan pks aku untuk padam kenangan aku...itu saja yg tersisa..Aku tak minta apa-apa. Aku akan jalani kehidupan aku mcm hari2 biasa, berlalu dan terus hidup dengan tenang dan menerima hakikat..

Contohnya kenangan lalu..kalau kita tanam pokok bunga dlm pasu, kita syg pokok tu..lepas tu kita tpaksa pindah rumah ke satu tempat yang tiada tanah..maka dengan keterpaksaan kita terpaksa memilih, sama ada pentingkan diri membawa pokok yg kian membesar  itu bersama atau membebaskan pokok tue dan tanam di kawasan yg bertanah untuk memberi kebebasan mutlak agar pokok itu dpt berdiri megah, bercambah dgn elemen bumi yg sedia ada agar...semua itu  dapat menjana pokok itu dgn besar dan sihat...harapan yg menyemai benih dan syg pokok itu adalah...satu hari nnt ada org lain yg jaga pokok tu dan bila dia singgah ke tmpt lama pokok tue....pokok itu masih berdiri disitu..mengingatkan dia kenangan bahawa  dia pernah syg pokok tu dan menjaga...

Jadi salahkah kalau aku terkenang pokok tu? walaupun hakikatnya pokok tu bukan lagi aku jaga dan miliki...perkataan "pernah aku syg" menjaga satu kenangan itu sahaja hak yg menjadi kepunyaan aku..salah kah kalau aku memutlakkan hak aku? sbb itu sahaja yang aku ada..."kenangan..." aku tak minta apa2..aku cuma nk kenangan itu jadi hak aku...jgn sebab alasan pernah aku sayang menjadi satu punca menyalahkan aku sgt teruk.......

Dan bukan la maksud aku cuba menggatakan seblah pihak memaksa aku padamkan kenangan aku, tpi aku bimbang satu hari nanti salah faham yang sekecil ini sudah cukup memberi tekanan pada perasaan aku..cukupla aku menjauhkan diri, melimitkan diri dari berkawan semula, cuba memuaskan hati menjaga perasaan dengan memadamkan apa sahaja yang boleh membuatkan dia berpuas hati..jangan la satu hari nanti..kenangan aku juga perlu dipadam dan dihapuskan demi memuaskan hati agar aku menjadi hak mutlak..

Kita tak pernah memiliki sesiapa walaupun diri kita sendiri..aku sentiasa mengingatkan diri aku tentang hal ini..kita cuma meminjam..pinjaman sementara yang satu hari akan kembali pada yang Haq. 

................................


konsepnya lebih kurang begitu. Cerita ni bukan untuk aku menyalahkan orang lain tapi untuk aku suarakan sendiri tentang aku..sebab manusia yang memerlukan kasih sayang dan ada rasa sayang yang perlu mereka curah agar seimbang..bersangka baik perlu dalam hidup, agar kita dapat jalani kehidupan tenang dan bahagia tanpa rasa ada prasangka. Cemburu juga perlu ada untuk memastikan orang yang kita sayangi tahu kita ambil berat tentang mereka, tapi berlebihan mengakibatkan kemusnahan rasa bahagia, had juga perlu dalam hidup untuk kita tahu kita kaki kita masih berpijak di garisan yang betul..tanpa had kita hilang kawalan dan arah tujuan untuk hidup sebab kita tidak tahu destinasi untuk kita kejar..kejujuran dan kepercayaan sangat penting untuk kita meyakini orang yang kita sayangi, jika sekali tercalar rasa percaya akibat tersilap cara dan tindakan..bukan selamanya perlu kita hukum mereka..peluang untuk mereka perbaiki kesilapan perlu kita beri, sebab itu wujud istilah sedia memaafkan..

Salah sangka perlu dikikis tapi berhati-hati perlu sentiasa ada untuk kita bersiap sedia menerima sebarang kemungkinan agar kita dapat bersedia menerima rasa kejatuhan atau kesedihan..oleh itu berpeganglah KARMA..timbal balik itu pasti ada. Apapun keputusan kita dalam hidup kita buat yang sebaik mungkin.InsyaAllah segala kebaikan yang kita semai dibalas dengan kebaikan......kalau pun bukan yang terbaik dan sehebat mana..tapi itulah yang berkat doa kita dan ALLAH MAKBULKAN.


**aku sebenarnya 2,3x pikir nak post atau x..dah bkurun post ni duduk dlm draft aku..huhuhu :(

No comments:

Post a Comment