permakaman
ketika kakiku memijak kawasan
perkuburan makam ini
aku tatap diri dalam-dalam
andai boleh aku memilih
aku ingin sekali pulang
aku mahu isi tersiratku
yang terbenam
tersimpan dalam-dalam
keluar melimpah-limpah
gelap...
memang selalu aku tahu
tanganku selalu
kerap memeluk dinding ini
subuh..
hembusan nafas
tanda mengunci bibir
aku rindu
bekumu
aku mencintai
sepimu
aku sedang mencintaimu
dan mahu dicintai
kembali...
aku rindu perjumpaan kepulangan ini.
pada saat kepulanganku
dipermakaman ini
aku mahu disambut
cinta...
aku mahu senyuman bahagia
agar bila aku dilepaskan
disambut tangisan kecintaan
demi matahari dan cahayanya di pagi hari
bulan apabila mengiringinya
dan siang apabila menampakkannya
malam apabila menutupinya
dan langit serta pembinaannya
dan bumi penghamparannya
dan jiwa serta penyempurnaannya
ciptaannya
makam ini terpaku nama dan tarikh
harum dengan doa-doa yang mencinta
diriku
#usangterbiarkisahnyasaratdengancinta
No comments:
Post a Comment