Thursday, December 12, 2013

SIKAT SERBAGUNA ATAU LIDAH KUCING (Papillae)

Kalau anda memelihara kucing, pernahkah anda dijilat oleh kucing kesayangan anda ketika anda berikan kucing anda makanan atau minuman? atau pernahkah anda melihat rupa lidah kucing anda? Mesti rasa geli apabila dijilat oleh kucing kesayangan anda..atau terasa lidahnya kasar seperti ada jarum pendek yang kasar. Nah..!lidah kucing itulah berfungsi sebagai sikat kepada mereka.  



Kalau anda nak tahu, lidah kucing ada fitur yang disebut sebagai "Papillae". "Papillae" merupakan sesuatu yang tumbuh dibahagian lidah kucing, yang menyerupai rambut. Biasanya pertumbuhan yang meyerupai bentuk rambut ini tumbuh dalam keadaan melengkung ke dalam dan kuat. Ini kerana strukturnya terbentuk dari zat kertin, zat yang sama seperti yang terdapat pada kuku manusia.

Fungi "papillae ini macam-macam, salah satunya berfungsi untuk menyikat rambut atau bulu pada badan kucing. Mesti anda dah biasa tengok perilaku kucing anda yang gemar membersihkan dirinya dengan menjilat bulu setiap kali selepas dia makan.

Selain daripada itu, fungsi lidah kucing juga adalah untuk mencengkam makanan dan berburu. Selain taringnya yang tajam dan kuat,  mangsa * (cthnya tikus, ular, lipas) yang digigit oleh kucing akan sukar untuk melepaskan diri kerana lidah kucing turut mengenggam dan mencengkam makanannya. 

Bagi kucing liar, lidah kasar ini digunakan untuk "mengupas" daging mangsanya yang menempel pada tulang, sehingga tidak ada lagi sisa daging pada tulang mangsa. Selain itu juga dengan lidah, kucing dapat mengambil makanan yang kecil yang jatuh di lantai. Kalau anda perasan, setiap kali kucing anda makan kibbles yang kecil, mereka akan menggunakan lidah mereka untuk menggigit kibbles tersebut dengan tangkas. "Papillea" ini lah yang berfungsi sebagai deria perasa bagi kucing, jadi kucing memiliki selera makanan yang lebih berbanding anjing.





No comments:

Post a Comment