Showing posts with label perjuanganku. Show all posts
Showing posts with label perjuanganku. Show all posts

Saturday, August 22, 2009

Dah Abeess.dah PILIH KASIH..SELAMAT BERPUASA semua!! wuuuaahuhuhuhu

Fuuh aku tak update dekat 11 ari err...or more?? huhu sepanjang aku tak update ni aku rinduu sesangat kat laptop aku..Ntah cmna keadaan rupa bentuknya..wahai laptop apa kabar??sihat ka??aku rinduu sesgt kat encik laptop wuuuu~and of course family,kawan2 aku di sabah..(KL gak)and..dia.huhuhu..Weh dah PUASA laa!!!SELAMAT BERPUASA!!!hehehe..1st day aku sahur, berpuasa and berbuka kat tempat orang lain..hmmm...actually aku tak kisah sangat nak berpuasa kat mana2 atau berbuka kat mana2 pun(cuma worried bout my dad..mmm dia ok ke X?)hmm,,,bla..bla.bla..

Tak sangka selama 10 hari kat KL ni rasa cam kejap jer..huhu Hari tu balik KL sebab nak buat performnce last PK..Aku kena turun KL awal sket, ari selasa tu aku da sampai kat Angkasapuri.Chek in all stuff then aku kena kejar masa gi rehearsal terus kat Istana Budaya..4hari latihan..bayangkan gila tak gila kitaorang dok mghafal step n dialog semua..hehe tapi kitaorg yang dah tak in the compttn tak sengsara sangat sebab kitaorg tak hafal monolog(erm..kira the gud news untuk kitaorg 10 org ehehe)Sepanjang latihan tu aku dok asrama (Intitut Penyiaran Tun Abdul Razak)IPTAR..Hari tu dok hotel IPTAR, tapi memandangkan ada guest stay kat sana kami 10 orang terpaksa stay kat asrama IPTAR, fasiliti dia sama gak cam hotel IPTAR cuma Tv and toilet kat luar..huhuhu jadi memang ngeri gak ar nak g tandas memalam kn..huhuhu.Confirm kena bawak geng g toilet..ehe aku takpa la..dah biasa kat kolej kediaman tandas kat luar jadi tak dak maslaah sgt(ceeeh!konon ar berani kuar g toilet memlm huhu)

The best part bila dapat kumpul ramai2 balik 20 orang.Rumuors tentang kitaorang berpuak dah lapuk da..dah basi..bila berkumpul tue memang masa yang sangat2 ditunggu dan kami akan dihargai sampai bila2. Sebab kitaorang faham lepas final PK kitaorg seua 20 orang akan bawa haluan masing2..maybe tak akan dapatg peluang berkumpul bersama2..huhuhu sebab tu bila dah bersatu dan berkumpul, ya Allah rasa syukur sangat2 dapat berkumpul balik..Paling best spend time after final PK..hehe kitaorang shooting drama PK tuk raya..dan tido kat Klana Resort kat Seremban.

Ceta pasal Klana Resort aku teringat HP aku kna amik leh Kak Feeda..huhu sedih gila..aku tau just 4 temporary..tapi..huhuhuhuhu tak leh hidup ar tanpa phone..kan??kan?sapa tahan..nak meleleh air mata hphone kena simpan sekejap until final PK..uwuuuuh aku sedih..hmm sebab..sebab...hmm adalah..(tak nak ceta biarlah rahsia ehehe)

Malang tak berbau masa latihan malam jumaat kat auditorium senawang tue kaki kiri aku terpijak skru..huhhmmm wffgh!!sakit jangan cakap la.tahap bapak gaban!!gila nak pitam..tapi aku still kontrol macho..coz tak nak buat kecoh..nanti orang sibuk plak n bising ada kecederaan berlaku..(memang cedera pun) stokin belang aku berlubang kat bawah tapak sebab kaki aku terpijak skru..(hmm imagine aku suffer dari pain yang ..yang..huhhmm!!tak tau nak cakap dah..) masa aku kesakitan tu aku still diam lg tapi ntah cmana abg Eddy leh perasaan muka aku berkerut macam org mkn mangga busuk, maybe...kebetulan time tue aku tgh pegang kaki menahan sakit(mak aiih!!gila..tak tahan sakit dia)abg Eddy perasaan trus dia panggil aku..time tue dia terkejut gak nengok luka kat kaki aku(ehe dah la hitam dn agak kotor sebab tak pakai selipar dok practise)arggghh....sakitnyaa masa dia bubuh ubat..adooi sakit teramat sangat aku tak leeh nak bernapas..bayangkan kaki aku yang masih berdarah tu terpksa dibersihkan dgn air..arrgh uffhmm!!!sakit dan pedih!Luka tu leh tahan gak dalam..huhuhuhu dah la masa tu aku tgh rehearsal..rehearsl kitaorg kena hentak kaki lari2..urggh memang gaban!aku tahan sakit ja sepanjang rehearsal tu. Aku tak nak nyusah kan org lain atau jejaskan the team hanya dengan luka tu. Aku tetap continued buat rehearsal dalam keadaan sakit. Bagi aku rehearsal sangat penting.Biar la aku sakit camna pun yang penting semua berjalan lancar, the performnce must be ON TIME.Bila Final show..kaki aku dah makin pulih..still sakit tapi aku leh lari2 dah..Huhuu thanks bebanyak kat Abg Eddy, akak Feeda yang bg ubat kat aku, kat Abg Azril yg belikan ubat sakit dan try bawa aku gi klinik(but aku refused..ehehe tak nak!!takoot!!)

HUuuuhu!Cam tak caya jer PK dah abes..huhuhuhu semua family PK yg aku sayang korang(Aris,Wani,Shania,Aman,Zulin,Emel,Chopie,Bell,Ahdan,Bea,Ray,Fiona,Reza,Zara,
Anna,Iqbal,Diwan,Khafi,Hafiz,) Abg Mursyid and all reporters..yg bntu jayakan program ni..Abg Ayie, Kak Feda, Abg Eddy,Abg Azril,Abg Ilyas, kak Dila, Kak Nina, Kak Nani,kak Haizan,Kak Fuza,make up artis PK, kak Oyah, Abg Henry,Fify,akak cikonet berdua yang jaga wardrobe kitaorg spjg PK..runners,technical,audio,lighting,krew yg jaga set n props, semua tenaga pengajar (Directors yang sporting dah teramat aku sayang kerana kebaikan hati dorang tak dak sapa leh balas..huhu terima kasih banyak...Along Kamalludin (A.L.O.N.G~kena eja pastu nyanyi baru ngamm hehe), Amy Maziah (ma'miee), Ema Fatimah (mama erma), Didie Alias(mamie DD)..kak Zam tng pgajar tari n teater spjg kat IB, also Abg Edi,Abg Wan also the dancer kat IB abg hamzoni,abg wan..dn yang lain2), org2 kuat management Pilih Kasih,Abg Rosyam,Abg Adi Shamsul, papa Sharin,Kak Ju,org2 kuat sponsors,Kak Has..the krew yang amazing gila and sporting abees!tak ada team krew bebudak PK tak da sapa tlg promote and buat story..Dorang la tulang belakang PK!!thanks a lots!Abg Osh,yang banyak tolong aku buat mock up and ikut perkembangan aku dari 1st audition PK dan sampai lah aku masuk dan keluar PK..huhuhu rinduu kat dia..Dia la orang paling baik aku penah jumpa..Along,Angah-Dorang memang upin,ipin yang best gila aku penah lepak hehehe kat keadi makan samapi 5pagi-after PK dah abess scara rasmi,Yen!-AD yg sporting sangat2,paling baik penah aku jmpa, isha,Cikgu@sharin,abg afik, abg Moji2@Afif yg sangat baik hati,Abg Bayu,Abg Epol,Abg bird, Abg Molly,Abg krew team along and ma'miee..kak wardrobe team Along n mamiee,semua orang yang pernah terlibat secara langsung dan tak langsung berkerjasama dalam program Pilih Kasih..aku minta maaf kalau tak tertulis nama2 orang yang penting..yang byk tolong aku..aku tak lupa cuma risau post entry aku tak cukup page ehehe..Apapun aku hargai dan hormat semua orang....terima kasih byk2 atas pengalaman dan ilmu yang korang bagi kat aku..

kalau boleh nak ja shre smua ilmu dorang bagi kat sepanjang aku ikut program nie..Semua orang yang datang tgk pentas PK,pentas akhir PK bagi sokongan..semua orang yang aku kenal kat PK,pengalaman ni paling manis aku pernah terlibat. Kebaikan hati setiap orang yang aku kenal kat PK tak leh nak dibalas..Aku tak leh lupa setiap satu orang yang pernah aku salam dan hormat, kawan dan kenal..berkerjasama..huhuhu terima kasih bebanyak kat orang2 yang terdekat ngan aku yang selalu sokong dan bantu aku sepanjang aku kat PK.

Special Thanks to : Aris Yamin (PK) ngko la member aku yang sangat sporting dan sangat baik hati!!Take care of Bubu for me wuuwu...msg ar abg rosym ek tnye cmne keadaan bubu the little miaw yg Aris jumpa kat ampang..dapat berbuka puasa sekali ngn korang buat aku rasa dekat ngn family sendiri.Cikgu@sharin my beloved little brother ehehe, Along Angah.. lepak sama2 korang buat aku tak kering gusi..korang memang kawan yg sngt2 baik..mesti rinduu gila nak sembang ngn korang lg..Wani (PK) SELAMAT HARI JADI dear frenn!!!!!!saaayang ko sgt2..patung BARBIE ko nnt kirim kat Aris keh!!tahniah atas kemenangan wani..hehhee..buat Shania (PK)..balik kelantan ingat yo tau!Aman(PK)..ngko la member paling baik dan ikhlas penah jadi geng yo..Thanks a Lots aku caayang kat kowang smua..semua sekali 20 org!!ehehe..

Friday, August 7, 2009

Rindu nak perform balik..



Arief kat tgh pemenang Pelakon terbaik wakil (USU)..sedang berdikusi tentang teater..kat seblah kanan kwn gak, dia menang tu pelakon harapan wakil (USM)


Rindu plak tgk gambar ni USm memang sempoi, buktinya tengok kawan aku ni slamber jer dia tak pakai selipar..hehe padahal masa ni kitaorang tengah berbincang camne persediaan kitaorang seblom bertanding-masa ni dah selesai majlis penyampaian hadiah.
\



Hurmm... gambar nie buat aku teringat masa aku gi penang..masa aku ikut Festival Monodrama di USM. Ari tu kawan aku Arief dari Universitas Sumatera Utara memenangi Pelakon terbaik Monodrama di USM..lama tak contact bertanya kabar, last diskusi aku ngan dia tentang teater Dramaturgi. Hari tu masa aku latihan teater kat Istana Budaya, aku terjumpa ngan budak USM yg pernah perform ngn aku..Dia terkejut gak terjumpa ngan aku kat sana, aku g tau la aku ikut satu prgm realiti. Kitaorang tak banyak bercakap sebab masa tu aku kena gi latihan, tapi yang rasa terharu kawan dari USM ni datang bagi semangat kat aku datang ke sesi latihan teater.

Oyek semalam masa aku g simposium dan apresiasi seni, ada Suhan Movies call,dari bahagian manegmnt..dorang tanya status kelapangan aku sepanjang 13hb-17hb nie..huhuhu aku kena balik g KL,untuk rehearsal final PK nie..Hurmm tiket flight di sposor oleh abg Rosyam Nor, aku hei gilee dapat kumpul balik ngn family PK..rindu gilee nak perform...tapi aku agak risau ngan sora aku ni..huuu aku blum sembuh sepenuhnya harap2 la insyaAllah seblom g Kl aku dah sihat..wuwuwu..

Wednesday, July 29, 2009

SINOGRAFI TEATER ??

Soalan aku : Apa tu Sinografi teater??

Jawapannya : sinografi merupakan terminologi yang digunakan mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut..

Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.

Demikian lah keja aku meng’copy ayat internet...huhu...sebenarnya aku tgh cari manalah buku rujukan tentang sinografi ni..pening otak aku..kat internet bahan research tak mencukupi untuk aku memahami maksud sedalam2nya apa tue sinografi??

(erk..maksud aku bhn kat internet tak sekukuh kata2 seorang tokoh kan..kan..at least ader la rujukan tapi tak jumpe arr) sekarang aku dalam proses mencari2..huhu mungkin ade kat library aku je tak jumpe..mustahil takde kan..hissh..tensioonnye..huhuhu kuat2 kuat...dalam keadaan lemah longlai demam mencanak-canak ni kena kuat melawan virus!huhu tak bleh malas2..

Apepun, kalau korang ada info tentang sinografi aku alu2kan ilmu korang..
p/s : Untuk kengkawan aku..korang..uhuhu tolong ar aku...meh la share buku rujukan tentang sinografi.

Tuesday, July 28, 2009

What is Theater?

Pengenalan dan Sejarah Teater
1.0 PENGENALAN1.1 KONSEP DAN DEFINISI TEATER

- jPerkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).- Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.- Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.- Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.
1.2 Kumpulan Kerja Kreatif
A. Kumpulan kerja kreatif:
Penulis naskah lakon (playwright)
Pengarah
Pelakon
Pereka – pereka
Tatacahaya
Tatabunyi
Tatarias
Rekabentuk pentas
dan set Pereka tari
Pereka muzik
Pereka gerak
Busana
Kesan khas
B. Kumpulan pengurusan
1. PentasPenolong pengarah / pengurus(Ikut dalam sukatan)
1.2 CIRI-CIRI TEATER-
Teater sesuatu yang hidup.
- Cermin atau gambaran masyarakat realiti
- Berbeza dengan drama tv atau filem kerana teater dipersembahkan secara langsung dan boleh mewujudkan interasi 2 hala.
- Pengalaman berkumpulan.
- Berbeza dgn bahan seni yang lain ia boleh dinikmati sendirian. Dipersembahkan secara berpasukan.
- Kombinasi pelbagai unsur seni. Satu persembahan yang mengkolaborasikan pelbagai unsur seni seperti seni visual, busana, muzik, tari, lakon, pertukangan,
- Tranformasi kertas ke pentas memerlukan pentafsiran daripada sebuah skrip untuk dipersembahan kepada khalayak.- Pengarang perlu interpretasi skrip, menentukan konsep dan sinografi.
1.3 ELEMEN-ELEMEN DALAM TEATER
- Pelakon
- Ruang lakon (pentas)
- Skrip atau idea (Jika tanpa skrip)
- Penonton
- Elemen visual
- Subjek
- Struktur dramatik
- Koordinasi semua elemen
- Keperluan sosial
1.4 JENIS-JENIS TEATER
- Tragedi- Cerita di akhiri dgn kesedihan. Wira dimatikan
- Cerita menyentuh perasaan kerana yang baik biasanya ditimpa kesusahan(Nasib tidak menyebelahi orang yang baik)
-Jalan ceritanya seseorang yang ditimpa bencana yang membawa kesusahan dalam hidupnya Tragedi – pergelutan manusia melawan takdir/berakhir dengan duka/ kematiann
Komedi – penuh tawa/ gembira / berakhir dengan kegembiraann
Komedi tragedi / Tragikomedi – gabungan komedi dan tragedi / ketawa yang diakhiri dengan kedukaan.
Melodrama – penuh kesyahduan/ biasanya dipadukan dengan muzik
Farce – gerak yang berlebihan/ tidak wajar/ karikaturaln
Satira – cemohan / ejekan / sindirann
Muzikal – seluruhnya diiringi dengn muzik dan dinyanyikan / dialog diubah menjadi nyanyian
1.5 JENIS-JENIS PENTAS
- Arena- Prosenium
- Thrust
- Persekitaran (fleksible)
- Open Stage
- Frame
- Black Box
- Amphitheatre
1.6 BENTUK DAN ALIRAN
- Eksperimental
- Muzikal
- Neutralisme
- Bangsawan
- Sandiwara

Sejarah
2.1 Asal usul
1. Kepercayaan kepada ‘SUPER NATURAL’: Semua kejadian mempunyai kuasa, atau penunggu.Ada perantara SHARMAN dipilih oleh masyarakat untuk menjalankan upacara. Unsur-unsur teater telah dijelmakan dalam upacara mereka.
2. Penglipurlara/ bercerita. Cerita mempunyai nilai dramatic dipersembahkan dikhalayak.
3. Permainan kanak-kanak berimprovisasi.
2.2 Perkembangan teater barat :
1. Teori awal sejarah teater di Barat 1200 – 500SM
2. Asal perkataan teater diambil – Theatron ( tempat menonton )
3. Mendapat tampat di dalam acara festival Memuja Dewa Dioynisus ( Dewa kesuburan dan Wine).Acara tersebut dikenali sebagai Dionysia.
4. Persembahan selama lima hari dimusim bunga. Persembahan yang bemotifkan tujuan keagamaan.
5. Diprsembahkan disebuah panggung yang dibina dilereng bukit di Akrapolis boleh menempatkanseramai 14000 penonton (setengah daripada rakyat Athens)
6. Hari pertama persembahan dimulakan dengan pertandingan dikenali sebagai DITHYRAMBS-lagu puji-pujian yang dinyanyikan oleh korus.Diikuti pula persembahan drama:Komidi (lima drama) – 1 hariTragedi – 3 hari (sehari satu drama dan diikuti dengan drama satira sebagai comic reliefTragedi – Drama serius yang membabitkan perihal isu politik ( kehidupan, kematian dan Dewa)Satyrs (satira) dipersembahkan diakhir tragedy – setengah manusia setengah kambing – sindiran di dalam bentuk komidi.Komidi – Drama lucu berkisar tentang kehidupan seharian
7. Cerita yang dipersembahkan berdasarkan mitologi Yunani
8. Pelakon mengambil bahagian semuanya adalah lelaki.
9. Pelakon pertama THESPIS ( 550SM ) – bertukar daripada bentuk upacara keagamaan kepada persembahan teater.
PENULIS DRAMA
Aeschylus ( 525-456 SM )
– Agamemnon ( 458SM )
Sophocles ( 496 -406 SM )
– OedipusEuripides ( 480-406 SM )
– MadeaTeater Yunani
– Tragedi
– Sophocles
– Aristotle ( Abad 3 SM )
- Ciri – ciri teater tragedi antaranya
Watak utama terdiri daripada anak bangsawan.Golongan bangsawan.
Telah diramalkan akan menghadapi kecelakaan.
Wira berlawan dengan takdir untuk mendapatkan kejayaan.
Wira tewas di dalam perjalanan melawan takdir.
Berakhir dengan kematian atau darah.
KRONOLOGI SEJARAH TEATER BARAT
800-277 Teater Yunani
753 – 27 SM – Teater Rom
500 – 1453 – Zaman Pertengahan ( Keagamaan dan secular )
1454 – 1700 – Renaissance
Abad ke 18 – Permodenan
Abad ke 19
Abad ke 20
p/s: nota buat adik2 1st year..yg nak cari fakta tul2 g cari kat library keh..huhu takat ni jer gaban bleh bantu..selamat beramal..ehehe

Monday, July 13, 2009

UPDATE~UPDATE!!!-return to SABAH in a few days..^_^

Salam sayang dan rinduu buat semua kawan2 yg rajin bg komen kat blog aku...huuu terharunyer aku baca..wuuu..cayaang korang sgt2!!!!

Alhamdulilah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..^_^ syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T krn telah memberikan aku peluang berjuang dalam bidang yang aku minat ..Perjalanan aku sepanjang berada kat PIlih Kasih nie sangat bermakna..Tak leh terluah dengan kata2..Terlalu bnyk suka duka yang aku lalui wlaupun tempoh ada kat sini tak lah sampai 4bulan tapi aku bsyukur sangat3x..

Semua kudrat dan keringat yg aku curahkan sepanjang tempoh sesi latihan berbaloi ngn usaha aku..bg aku dalam pengalaman kat sini sgt2 berharga. Cuma tak puas nak perform n menimba pgalaman sebanyak mungkin.

Siang malam aku memanjatkan rasa bersyukur dan berterima kasih kpd Allah SWT dengan segala nikmat dan peluang, yg DIA berikan pad aku..wlaupun aku tak dapat menjadi finalis dalam top 5 tapi menjadi sebahagian dari keluarga Pilih Kasih merupakan satu peluang dan platform yg sangat baik untuk masa depan aku.

TERIMA KASIH TAK TERHINGGA..buat SUHANmovie Production, tenaga pengajar, krew, wartawan, semua keluarga pilih kasih, pengundi dan peminta setia Pilih Kasih yang tak jemu2 memberi sokongan..

Aku nak minta maaf sebab lama tak update blog nie..wuuuwu T_T dah bersarang dah kn..hehe time2 aku nak update blog nie masa aku ada idea yang berlambak2 ada story nak ceta or kongsi mesti ada jer halangan/masa/keadaan tak mengizinkan myebabkan aku tak kesampaian untuk menulis. Harap2 semua kawan2 aku yg sentiasa mendoakan dan menyokong aku faham keadaan schedule aku yang pack sepanjang aku kat cni..

Hmm..Tadi aku buka Hypp.Tv, waaa...teruja..terharu bila baca komen2 dari peminat PK...Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang tidak putus-putus menghantar komen yang berupa cadangan dan kritikan. Buat lecture yg aku sangat HORMATi DR.Andika...kawan2 sekelas aku terutamanya bebudak teater..budak Vt,junior2 aku,kak Shu, abg Pjol, abg Azri, Piei my brother, Masturah, Azman, Arif, Adea, MU, Cikgu Audio hahaha..semua la..yg slalu call n msg aku..aku sgt2 mghargai korang..buat kawan2 yg slalu comment aku kat frenster..huhu korang memang best la...aku terharuu sampai tak terkata...aku gak tak akan lupakan juga pada mereka yang singgah membaca /lalu di blog aku ini. Terima Kasih banyak^_^

InsyaAllah..bila aku ada kesempatan online lagi aku akan sentiasa update perkembangan aku n ceta balik apa pengalaman dan pengisian sepanjang aku berada kat sini..

SALAM SAYANG...BUAT SEMUA^_^

p/s : i'm coming home to sabah this friday A.S.A.P....member2 kopi tenom tguu aku ek,nnt lepak kita sembang banyak ceta aku nak kongsi ngn korang ehehehe..

Sunday, May 17, 2009

Maafkan aku~dan Terima kasih atas segala2nya!!hehe

Salam sayang buat kawan2 aku yg baca blog aku...trima kasih daun keladi lain kali mai lagi...huhuhuhu...aku minta maaf sbb aku sllu buat korang terasa hati..terguris hati...kdg2 aku tak sedar apa yg aku buat@cakap...sampai tersentuh hati2 korang yg halus...Aku sayang semua kawan2 aku.
pagi ni jam 7 aku nak p da kat airport dah, flight aku jam 9.45 pgi..aku mintak restu dan sokongan semua supaya doakan aku..aku bukan sapa2 untuk dijulang, aku tak layak untuk menjadi sapa2..dan aku pun tak mau jadi sapa2....Cuma permintaan aku jangan buang aku dlm hati korang..perkenalan kita mungkin singkat,atau mungkin tak terlalu akrab sampai nak bertegur sapa sgt..hanya sekadar mgenal wajah aku atau sekadar mgenal nama aku "gaban@ yoyo" dah memadai....aku cuma nak jadi ingatan kat dalam hati korang..huu~aku sayang semua kwn aku,wlaupun aku tak tunjuk camna aku syg korang (muka slamber takda prasaan kalau lalu,jauh disudut hati aku~huhu) pecayalah dalam hati aku selalu sunyi tanpa kehadiran kwn2 aku..aku perlukan setiap dari korang untuk aku menumpang erti sahabat dn kasih syg........
Harap perjalanan dan cabaran yg bakal aku tempuh dapat aku halangi.....huuu~trima kasih semua..aku p dulu,huhu sbenarnya aku susah hati sbb aku p sana dekat 4bulan...31 ogos baru balik sini kat UMS..aku datang sini balik pun mesti geng2 aku sps dah abes sem1..dan 2..maknanya peluang berjumpa semua agak cikit..huuuu~maybe kalau sempat aku cuba update pkembangan aklu kat sana...kalaiu tak dpt update aku minta maaf sebab aku tak bleh bwk laptop (yg tue peraturan) so maknanyaaa~aku tinggalkan rumah aku selama 4bulan huhuhuuhu....
Apapun trima kasih tak terhingga buat semua..
p/s: wey aku sayang korang wey~wuuwu sob..sob..T_T