Sunday, January 3, 2010

Jom layan~
























































alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5422182444944853650" />



Salam Tahun Baru buat semua bloggers

Agaknya semua da semangat nak mulakan tahun baru ni ngan mcm2 planning..Aku lak nak sgt2 sgt share story aku kat korang. Hurmm kat cni spjg november 2009 ni ar aktiviti aku..sampai lar januari 2010..InsyaAllah 6hb januari.Hurmm 4 hari lagi delegasi kami smpai ke Mlaysia tercinta..tik tok..tik tok..Tak sabar nak balik!!!yeepii~

meh layan gambar yg aku sempat snap.Aku bkn ar photogrper yg hebat, tapi untuk scenery yg aku rasa sgt best aku amik buat tatapan dan kenangan kat buni Anbia nie...heemm...Jom Layan~~

Thursday, December 31, 2009

Update!Update..!!ehehe Rumah Malaysia-Abassiah Kaherah Cairo.

Salam Semalaysia..salam Mesir..hee..^_^ Miss me?lama tak update kan…huuuuu~

Aduuhh nak sangat…sangat..sangat online update blog yang dah berminggu tak diupdate…tapi memandangkan aku ada komitmen lain kat sini, aku kena utamakan kerja aku dulu. Errk tak la workaholic tapi sekadar menjalankan tanggungjawab. Sekarang aku kat sini (Egypt) kena panggil Ms Reporter..ahaha..nak tergelak gak bila dapat gelaran tu. Bukan apa, asal gi memana je aku dok usung note and laporan bertulis untuk catatan. Panggilan tue aku dapat dari tourist guide kitaorang-En. Islam..ceta dia camnie, dia tanya aku.

Mr.islam(tourist guide): “Yoyo, what is yo doing?u always writing on something wherever/whenever u go..”

Yoyo: (aku jawab ngan muka blur)”umm?..oowh..(tersengih) im writing. Just doing some report. Its my job. Wherever/whenever we go visiting places I must write report.”

Mr.islam(tourist guide): hurm?ok.continue..continue.

Pastu asal dia nak tegur aku je, dia akan cakap..”Yes, Ms Reporter.can we go now?”
Yes,Ms reporter r u tired?r u ok?u hungry?or u want to continue ur work?
Pelik..blur..nak tergelak tergolek2 pun ada. Nta napa nak panggil aku reporter?..cuba la panggil aku paparazzi ke? macho la sket..ehee *sbb kat cni keja aku snap gmbar bnyk2 nasib bawa external n pendrive-backup.

Aku kat Kaherah sekarang. Somewhere kat Cairo gak. Kira ni rumah ke-4 asek bertukar2 ja. 1st day sampai mginap kat Delmon international Hotel, pastu Grand Hotel, pastu bermalam sehari kat Mount.Sinai..skg kat Hari ni semua member kuar gi Baazar Khan El Khalili termasuk En.Masri sekali.Semua dok lepas gian shopping sakan untuk geng, family dan sama waktu dengannya.. Arini aku stay bilik je, tak kuar tangan dok laju je taip report (tu pun tak siap g..meencik!!wuuuwu..T_T nak rehat tapi….) uhmm..aku tgh rest la ni…..sebab kepala dah pening dari pagi smpai malam dok taip2 memanjang jee….wuuwu~T_T Tadi aku layan hot Nescafe 3in1 + hot chocolate corona selang seli-untuk kekuatan tenaga batin + extra power gaban supaya leh wat report. Arrrgghh~tapi sakit tak gak hilang..lenguh gak tengkuk asek tegak, aku tutup mata jap baring letak pala kat meja…huhuhu~@_@

Update perkembangan aku yang dah dekat 9hari kat Cairo ni,wuuwu..Hati meronta nak balik Malaysia nak makan mknn Malaysia!!!uhhhh rindu gilee…ari tu kitaorang g rumah Malaysia di Aku still selsema. Demam da ok,Alhamduillah. Maybe sebab environment kat cni terlalu segar udaranya sejuk walaupun matahari bersinar mcm biasa, angin senantiasa bertiup umpama aircond..uhuhu..memang selsema tak baik la jawabnyee…(bukan aku je selsema semua geng aku pun sama..ehehe jasa baik tisu sangat diperlukan pada saat2 skg…ngeh.ngeh) kat cni sejuk gila~nak mandi pun kadang2 pikir 2x tau..ahaks! XD bukan apa..sejuk gile weh mcm air batu!kalau buka heater pun tak leh lama..sbb tak tau ar..pemanas air kat cni, cepat sgt sejuk..wuuu..~Kat dalam bilik tak on aircond, kipas pun kami akan berselimut hatta waktu tenghari..memang sjuk. So, jgn heran karang aku publish gmbr kitaorg mcm org sakai je pakai bju sweater tebal..ahahaa..

Nnt aku update gmbar2 cun, untuk tatapan umum.leh la layan jap.Uhmm..wlpun dorang tak galakkan nak publish, tapi aku tetap degil..nak jugak..nak jugak!!tak kira.
InsyaAllah kami balik 6hb Januari 2010..aku kat Cairo bersama delegasi ni lagi 5/6 hari gi..arr..hadooi lama gilee!!Tak sabar nak balik Malaysia. Aku sayang negara aku..sayang orang2 yang tersayang yang ada di Malaysia..hee..

p/s:skg kat waktu Egypt jam 05.22 subuh. Agaknya kat Malaysia skg 11.25 pagi. Hari rabu tu kami lawat University Alexandria. Hari ni plak kami lawat University Al-Azhaar.uhh~Tak sabar!^_^

update terkini...Kaherah,Cairo.

Salam semalaysia dan selamat myambut azam baru, tahun baru..TAHUN 2010.

2009 ..AGAKNYA APA SUMBANGAN KITA DALAM TAHUN NI? DUNIA DAN AKHIRAT..adakah kita berada di satu tahap membuatkan orang sekeliling berpuas hati dengan prestasi diri kita atau adakah kita telah mencapai azam tahun sebelum2 ini?

Mari bersama renungkan kala menyambut kelahiran tahun baru. 12 bulan?Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak cerita..terlalu banyak usaha (berbaloi atau sia-sia diri kita yang menentukannya).Tanya diri, adakah kita semakin matang menguruskan diri dan kewangan kita demi masa depan..hurmm..perancangan seterusnya masukkan dalam matlamat harian kita di tahun 2010. InsyaAllah apa jua yang diimpikan dan ingin dicapai akan terlaksana. Tanya diri, kita berubah ke satu tahap yang lebih baik mencapai kejayaan, untuk kepuasan diri atau kepuasan orang lain?atau sekadar ingin dipandang tinggi..mendapat pengiktirafan orang lain?atau untuk kebahagiaan diri kita? *(setiap soalan yang aku utarakan itu korang dah temukan jawapan. Jawapannya ada dalam hati korang.)

Apapun yang kita capai pada tahun ini berbanggalah kerana kita telah berusaha sedaya yang termampu. Dan jadikan pengalaman semalam sebagai hadiah diri untuk kita belajar mengenai sesuatu yang belum pernah kita alami. Setiap orang yang kita lihat berjaya..atau memiliki kelebihan yang lebih luar biasa dari diri kita. Kita boleh simpulkan ianya sebagai rezeki orang tue, atau kita berfikiran seperti ini:

“Setiap orang yang berjaya, hebat..atau pencapaian dirinya lebih baik daripada diri kita,hmm.. sebenarnya memiliki cerita disebalik kejayaan itu. Setiap yang orang yang Berjaya mempunyai cerita derita mereka tersendiri dan akan mengalami kesakitan terlebih dahulu sebelum mereka mencapai kejayaan itu..”

“Setiap cerita derita dan kesakitan itu akan berakhir dengan kejayaan atau kebahagiaan.Jadi terimalah kesakitan itu dan bersedia untuk mendapat kebahagiaan atau kejayaan.” *(bergantung pada penerimaan diri seseorang individu)
Biarlah masa lalu berlalu..biarlah masa lalu reda dan tenang. Apa yang pasti hari ini,sekarang..biarkan hari yang bakal mendatang, tempuhi jangan sekali dihalang. Pastikan kita melakukan yang lebih luar biasa dari biasa. (pasti) niat kita adalah semata-mata ingin mendapatkan keredhaanNya.

Kesabaran..kepercayaan dan keinginan untuk merubah diri atau sosial dalam masyarakat boleh terlaksana jika kita menginginkannya. Jika kita tertinggal atau terlepas peluang yang sangat kita inginkan..jangan menangis dan kaburi mata kita dengan airmata, kerana ia akan menutup peluang lain yang lebih bermakna didepan mata kita..

p/s: No matter how you feel, get up, dress up and show up! Welcome year 2010…^_^

Monday, December 21, 2009

BACK TO BASIC

waaah!!!lega gila dapat pinjam laptop member(aku tak bawa laptop sb berat XD ahaha)

eh..seblom tu..ehem3x

Assalamualaikum wbt...salam sayang rindu buat bloggers sekalian..aku rindu blogging weh..!!!arrrgh~ibarat yoyo and nescaffe..ibarat yoyo dan ekspresso..(mta dah bsinar2) ibarat..yoyo dan capucinno..ibarat yoyo dan kopiko..ibarat vampire dan darah...nyumm...seriuss, aku addicted giler nak update....camner aku addicted kat nscfe kan..haaa..camtuh laaa..T_T wuuu~

Alhamdulillah aku bterima kaseh sesgt kat member aku..Alvin aku cyg ngko wuu~T_T tQ benarkan aku pinjam laptop..WuuT_T tau tak aku round KLIA ni dekat 3jam cari ekspresso..minum layan puas2..pastu cari power supply dekat sejam..dok naik turun KLIA ni..semata2 nak online.Akhirnyaaa....yeaaay~!!!!!!jumpeee!!aku g cabut ja mana2 suis ahahaha..esh tak la.....errrk...hehe(tapi bateri hp aku pun ciput jer..jap g nak cas pas online)..kena report perjalanan aku sekian2 dari mana ke mana kat someone..erk..da terbiasa ni susah gak..tak disuruh pun nak gak report..ehe..^_^

Aku tak tido malam ni tbayang 2minggu ada kat tempat org..harap2 segala ilmu (dan pgalaman) dapat aku bawa dan share kat korang..Aku baaaaaaaaaanyak story sebenarnya..dari yang lonely sampai kritikal..berbunga-bunga terapung..(hee) sampai la huhu sedih..Aku nak sangat2 share and ceta tapi aku ada masa 2jam je..eeeii nak ceta mana satu pun tak tau nak start camna???Aku tak kira nak nak gak layan blog (tido belakang kira) nnt dalam flight leh tido pepuas sampai lenguh leher...

Aku rindu..rindu sgt kat seseorang......*(tue ja aku leh cakap apa perasaan aku skg..)

Aku kan budak emo..gothic..(yaaaikss???!!betol ka?hahaha)...semua benda pun aku suka rindu-rinduan (amboi..XD gedixnyeer) aku rindu suasana..aku rindu kawan2..aku rindu bauan harum hujan..aku rindu bau baju baru basuh..rinduuu seseorg..aku rindu bau alam..aku rindu blogging...aku rindu yoyi (anak aku..."miaw tunggu aku balik eek!") aku rinduuuuu.....semuaaa....
nak nanges.. T_T wuuuu..tapi takda sapa nak pujuk..kensel laa...nanges dlm hati ja..huuu~

Aku minta maaf sesgt kalau aku lembab sket nak update tentang pkembangan aku..huhu aku kan jenis yang blur...and jenis yang lambat pick up "aaar??oowh..."...lebih kurang camtu la...nak ceta sesatu memang tak leh berhenti cakap nnt..ahaha kena dok bersembang and stay ngan aku baru best nak sembang n ceta kan..kan..pekena ekspresso atau nescafee...waa alamat tak tido la kita ek...hehehe..

Nak mnulis and update kat blog aku kena cari wifi free..broadband sangat lembab..aku pun turut sama menjadi lembab umpama kura-kura...(huhhh kuang asamboi betol gian nak update...)skg aku nak ceta mana satu pun dah konpius dah..hohoohoo....Apape pun aku nak minta maaf kat semua orang..terutamanya member PK..Aku dah msg korang kan aku kat KL...tapi nak turun gathering sesama tak sempat..aritu pun aku tak sempat join meeting FINAS..huuuu~aku kat Bangi stuck there for a while...petang tue baru dapat gi Sentul...tu pun stay kat tempat member kat Gombak...ar....tak sempat....huuu...

Aku ada kat KL tak sempat nak jumpa korang(T_T sumpah sedeyy..wuuu)bukan apa..aku segan nak minta tolong member and mnyusahkan member g hantar sana cni..nak jumpa korang ..i need transport to go somewhere kan..kan...huhu Aku tau ar korang dok salahkan aku sebab aku selalu camni...tak nak org tolong..yap aku tau korang lselalu amik berat and leh amik aku....tapi.....kan...aku tak leh..aku sangat risau mnyusahkan korang...huhuhu..Apapun aku dah mesej gtau aku stuck kat KL 4days ehe...kira dah inform la tue kan..kan....

Keadaan aku skg lepas bjauhan dari dia yg aku rindu.....tetiba aku jatuh sakit..(ecehh yala tue..kononnyee ehee)tak tau ar..nak demam kot?aku ada kena hujan...tekak da sakit....kepala dah pening2...badan lenguh..kat dalam nose rasa mcm tsumbat....huu jangan la...mati arr...aku tak leh demam skg.....tak best la nak wat keja demam..uhhh??aku selsemaaaa~meleleh hinguss!->tak senonohnyaaa budak yg tulis ni..tensiooon gilaaa nak demam..aku demam ni nak berminggu2 baru sihat....tak kan aku kena pakai koolfever gi..arrr.......tadi aku trus g minum hot drinks(erkk...no pils..nooowaysss!!pahit...just vicks-apple rub letak kat hidung bagi lega sket..) mdh2an sembuh la....aku tak mo demam..huuuu....skg da jam 6 aku kena check in jam 7....keh got to go...

Doakan kesihatan aku ek....anyone yg msg aku..aku nak gtau..aku cuti hp 2minggu...."off" ..hurmmmm....aku tak off kot?just nak reply/call tu mslh sket.....kecuali org2 istimewa ja aku reply..heheee..so pastikan korang dekat di hati aku ^_^

p/s: arrghh...tadi 10 minit laptop ni tetiba off.....!!!!!huarggh aku nak pengsan da......dah la pnjg aku taip kan...wuwuu T_T....nasib baik dapat recover....aku save kat draft.....kalau tak m'nganga laa aku terdiam terkedip-kedip..Alhamdulillah terima kasih Tuhan....tersave gak kat draft......nak taip balik?ehmmm harrreem...dah la aku malas nak menaip balik wuuuuwu T_T

Salam....buat semua....wuuwuu T_T

Wednesday, November 11, 2009

Salam, maaf sebab lama dah tak update..

Rasanya terlalu lama dah tangan ni tak menulis..huhu maklumlah time exam ni..byk benda nak kena settlekan, dalam masa terdekat still ada lagik assessment, pastu nak kena pass assgmnt, wat last presentation..practice theatre sbb show pun dlm masa yg sgt kritikal..bla,bla..aku pun pening nak ceta mana satu, apapun mohon maaf sgt2..Aku sebenarnya sgt risau tentang final exam aku ni..nyaawa nih..huu..sangat penting bagi aku...tawaran yg dtg dari pihak entertainment,aku mohon maaf teramat sangat sebab jadual waktu yang pack skg membuatkan aku terpaksa hold dulu semua aktiviti seni..bukan sengaja nak menghampakan harapan segelintir pihak, tetapi keutamaan study perlu aku highlight kn..

”Masa depan harus diutamakan dahulu..Wlaupun rezeki byk kat bidang seni, tapi back up life ni lah penentu di masa akan datang..Rezeki tu ada di mana2, usaha bergantung pada diri kita..selain bakat, kerja kuat tu sangat penting..(bak kata seseorang yg amat aku hormati)

InsyAllah ada masa aku akan terus update blog aku..tawaran dan aktiviti seni yg hold akan aku laksanakan jika tiada aral melintang. Buat kengkawan aku yang selalu bertanya khabar,huu..yang tak sempat aku replay msg atau cll semula, aku pecaya korang pun faham dgn kesibukan aku sekarang..huu ada ja benda yang nak kena settle.


Semoga hari-hari yang kita lalui akan terus beroleh kesejahteraan dan keberkatanNya.



SUARA..

Suaranya berdesir dan nyaring
Menghantui setiap utuh rasa.
Seperti sebuah caturan mimpi
Mengalir kuat dilayar ingatan.

Gelap..
Mata kupejam
Sedalam dalam ruang
Kuhirup nyawaku..
Mencari kebenaran
Tentang suara yang aku dengar..

Suaranya membuatkan
Waktu ini terhenti..
Lantas aku menjadi peka.

Kuselesaikan pecahan retak
Yang mendetakkan jiwaku
Suara itu bingit terngiang ditelingaku
Menjadi bingkai cerita kehidupan
Hilaian suara it terus menerus
Seolah memisahkan jasadku
Sementara roh itu meliar
Menerpa kabus kabus kecewa

Benar.
Aku semahunya.
Aku ingin terus menjerit
Biar tenaga ini melampis keluar
Namun
Kelibatnya hangat tak menyentuh bumi
pantas mengetawakan aku
mengekek terkikik

Sempatkan waktu untuk aku
Beringat..sempatkan aku berserah padaNya
Hanya Dia selayaknya aku takuti..
Walau aku tahu dia makhluk tuhan
Namun aku terus menjadi kaku
Terdiam.

Tentang sejarah
Yang tiada siapa mewarisi rasa
Yang berulang..
Suara itu hilang bersama jasadnya..

P/s: ada benda terjadi kat aku pd waktu magrib semalam, (10 n0vember..)rasanya korang akan faham apa yg terjadi kalau faham apa maksud puisi aku tentang "suara" tu..Wallahualam..



Terima Kasih CINTA


Terima Kasih Cinta

Saat aku berpaling bersama
Jiwa kosong
Meneroka bersama rasa beku,
untuk menilai ERTI sebuah keindahan
untuk Bahagia...

Bagi diriku..
manusia sepertiku mampu
berikan segalanya..
Tanpa perlu mengenal Cinta.
Atau mungkin telah hilang rasa ingin menCinta?

Cinta tak pernah aku cuba,
Tak pernah aku rasa..
Tidak perlu aku tahu..
Kerana tabir silam
aku mangsa perpecahan
keluarga.
Cinta itu SENGAJA aku padam.
Aku manusia yang tidak perlukan Cinta.

Hakikatnya,
Cinta tak berdosa,
Hakikatnya aku yang terlupa untuk menCinta
Mengenal Cinta..

Kematangan julung kalinya datang
Adalah kerana mu..
Kerna kau hadir
Tatkala Cinta sejati itu
Diturunkan dlm hatiku..
Cinta yang telah membuat aku
Terharu dan tersentuh..
Terima kasih untuk segalanya
Terima kasih Cinta..
Cinta itu tetap disini
untuk kita..
Aku percaya Cinta ini
untuk kita pelihara dan abadikan
selamanya dalam hati kita.

Wednesday, October 7, 2009

KETIBAAN KONVO!!!!





SELAMAT BERKONVO~waaah!!tapak tamu gadang meletop..walaupun hujan turun berjurai tapi bebudak semangat nak turun g dataran. Alhamdulillah akhirnya penantian selama beberapa bulan oleh senior2 kita yg dok kat rumah..g interview sana sini..ketibaan yang inilah sebenarnya melengkapkan pengajian mereka selama bertahun dok menghadap laptop dan buku..ehe..
Sememangnya time ni bukanlah bermakna perjuangan kita telah berakhirkan??bagi aku konvo adalah permulaan untuk semua...ke alam baru..huuuu..harap2 lepas kuar ni kita tak lah menjadi penganggur, sebaliknya berusaha mengejar title pekerja. Aku cukup yakin para graduan yang akan menerima segulung ijazah..sangat2 mengharapkan peluang2 pekerjaan diluar sana menyebelahi mereka..hmm sapa nak kena tanggung selamanya oleh familykan?Semestinya mereka nak merasa sendiri bagaimana rasa penat dan kepuasan bekerja menerima gaji hasil titik peluh dengan kudrat tulang 4kerat sendiri..
Apapun aku senantiasa mendoakan semua para graduan UMS menjadi manusia yang berjaya,cemerlang gemilang dan terbilang...ehe untuk senior2 yg bakal konvo, selamat berkonvo!!!

Tuesday, September 29, 2009

Saja ja

Baru aku pasan..ehe bateri abeess...
eheeeee~saja ja benda ni wat aku tensen
ingatkan rosak..huhu~
tak dak pun harta karun..pelik tol..tetiba ja tak bfungsi..

aku tgk betoi2 ada tak benda asingb tsumbat..huu



tgh syok dgr lagu earphone aku tak bunyik..huuu


cam familiar ja..pintu blakang ni kan??hoho


time dok rilek kat library