.jpg)
Semua perasaan itu, datangnya daripada Allah.Hakikatnya kita adalah manusia.Tak semua memahami perasaan & keadaan diri kita.Jadi mengadulah hanya pada Allah.
Saturday, August 29, 2009
Berbuka Puasa kat IP.
.jpg)
Wednesday, August 26, 2009
Tentang Cerita Semalam
baik senior atau juniorSuara Kabur

-4hb nov..Aku nak hadiah byk2,cepaat!!hahahaha
-dating hahahaha...
-piano.
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
-100 plus
Tuesday, August 25, 2009
Warkah Buat Hati
Saturday, August 22, 2009
Dah Abeess.dah PILIH KASIH..SELAMAT BERPUASA semua!! wuuuaahuhuhuhu
Tak sangka selama 10 hari kat KL ni rasa cam kejap jer..huhu Hari tu balik KL sebab nak buat performnce last PK..Aku kena turun KL awal sket, ari selasa tu aku da sampai kat Angkasapuri.Chek in all stuff then aku kena kejar masa gi rehearsal terus kat Istana Budaya..4hari latihan..bayangkan gila tak gila kitaorang dok mghafal step n dialog semua..hehe tapi kitaorg yang dah tak in the compttn tak sengsara sangat sebab kitaorg tak hafal monolog(erm..kira the gud news untuk kitaorg 10 org ehehe)Sepanjang latihan tu aku dok asrama (Intitut Penyiaran Tun Abdul Razak)IPTAR..Hari tu dok hotel IPTAR, tapi memandangkan ada guest stay kat sana kami 10 orang terpaksa stay kat asrama IPTAR, fasiliti dia sama gak cam hotel IPTAR cuma Tv and toilet kat luar..huhuhu jadi memang ngeri gak ar nak g tandas memalam kn..huhuhu.Confirm kena bawak geng g toilet..ehe aku takpa la..dah biasa kat kolej kediaman tandas kat luar jadi tak dak maslaah sgt(ceeeh!konon ar berani kuar g toilet memlm huhu)
The best part bila dapat kumpul ramai2 balik 20 orang.Rumuors tentang kitaorang berpuak dah lapuk da..dah basi..bila berkumpul tue memang masa yang sangat2 ditunggu dan kami akan dihargai sampai bila2. Sebab kitaorang faham lepas final PK kitaorg seua 20 orang akan bawa haluan masing2..maybe tak akan dapatg peluang berkumpul bersama2..huhuhu sebab tu bila dah bersatu dan berkumpul, ya Allah rasa syukur sangat2 dapat berkumpul balik..Paling best spend time after final PK..hehe kitaorang shooting drama PK tuk raya..dan tido kat Klana Resort kat Seremban.
Ceta pasal Klana Resort aku teringat HP aku kna amik leh Kak Feeda..huhu sedih gila..aku tau just 4 temporary..tapi..huhuhuhuhu tak leh hidup ar tanpa phone..kan??kan?sapa tahan..nak meleleh air mata hphone kena simpan sekejap until final PK..uwuuuuh aku sedih..hmm sebab..sebab...hmm adalah..(tak nak ceta biarlah rahsia ehehe)
Malang tak berbau masa latihan malam jumaat kat auditorium senawang tue kaki kiri aku terpijak skru..huhhmmm wffgh!!sakit jangan cakap la.tahap bapak gaban!!gila nak pitam..tapi aku still kontrol macho..coz tak nak buat kecoh..nanti orang sibuk plak n bising ada kecederaan berlaku..(memang cedera pun) stokin belang aku berlubang kat bawah tapak sebab kaki aku terpijak skru..(hmm imagine aku suffer dari pain yang ..yang..huhhmm!!tak tau nak cakap dah..) masa aku kesakitan tu aku still diam lg tapi ntah cmana abg Eddy leh perasaan muka aku berkerut macam org mkn mangga busuk, maybe...kebetulan time tue aku tgh pegang kaki menahan sakit(mak aiih!!gila..tak tahan sakit dia)abg Eddy perasaan trus dia panggil aku..time tue dia terkejut gak nengok luka kat kaki aku(ehe dah la hitam dn agak kotor sebab tak pakai selipar dok practise)arggghh....sakitnyaa masa dia bubuh ubat..adooi sakit teramat sangat aku tak leeh nak bernapas..bayangkan kaki aku yang masih berdarah tu terpksa dibersihkan dgn air..arrgh uffhmm!!!sakit dan pedih!Luka tu leh tahan gak dalam..huhuhuhu dah la masa tu aku tgh rehearsal..rehearsl kitaorg kena hentak kaki lari2..urggh memang gaban!aku tahan sakit ja sepanjang rehearsal tu. Aku tak nak nyusah kan org lain atau jejaskan the team hanya dengan luka tu. Aku tetap continued buat rehearsal dalam keadaan sakit. Bagi aku rehearsal sangat penting.Biar la aku sakit camna pun yang penting semua berjalan lancar, the performnce must be ON TIME.Bila Final show..kaki aku dah makin pulih..still sakit tapi aku leh lari2 dah..Huhuu thanks bebanyak kat Abg Eddy, akak Feeda yang bg ubat kat aku, kat Abg Azril yg belikan ubat sakit dan try bawa aku gi klinik(but aku refused..ehehe tak nak!!takoot!!)
HUuuuhu!Cam tak caya jer PK dah abes..huhuhuhu semua family PK yg aku sayang korang(Aris,Wani,Shania,Aman,Zulin,Emel,Chopie,Bell,Ahdan,Bea,Ray,Fiona,Reza,Zara,
Anna,Iqbal,Diwan,Khafi,Hafiz,) Abg Mursyid and all reporters..yg bntu jayakan program ni..Abg Ayie, Kak Feda, Abg Eddy,Abg Azril,Abg Ilyas, kak Dila, Kak Nina, Kak Nani,kak Haizan,Kak Fuza,make up artis PK, kak Oyah, Abg Henry,Fify,akak cikonet berdua yang jaga wardrobe kitaorg spjg PK..runners,technical,audio,lighting,krew yg jaga set n props, semua tenaga pengajar (Directors yang sporting dah teramat aku sayang kerana kebaikan hati dorang tak dak sapa leh balas..huhu terima kasih banyak...Along Kamalludin (A.L.O.N.G~kena eja pastu nyanyi baru ngamm hehe), Amy Maziah (ma'miee), Ema Fatimah (mama erma), Didie Alias(mamie DD)..kak Zam tng pgajar tari n teater spjg kat IB, also Abg Edi,Abg Wan also the dancer kat IB abg hamzoni,abg wan..dn yang lain2), org2 kuat management Pilih Kasih,Abg Rosyam,Abg Adi Shamsul, papa Sharin,Kak Ju,org2 kuat sponsors,Kak Has..the krew yang amazing gila and sporting abees!tak ada team krew bebudak PK tak da sapa tlg promote and buat story..Dorang la tulang belakang PK!!thanks a lots!Abg Osh,yang banyak tolong aku buat mock up and ikut perkembangan aku dari 1st audition PK dan sampai lah aku masuk dan keluar PK..huhuhu rinduu kat dia..Dia la orang paling baik aku penah jumpa..Along,Angah-Dorang memang upin,ipin yang best gila aku penah lepak hehehe kat keadi makan samapi 5pagi-after PK dah abess scara rasmi,Yen!-AD yg sporting sangat2,paling baik penah aku jmpa, isha,Cikgu@sharin,abg afik, abg Moji2@Afif yg sangat baik hati,Abg Bayu,Abg Epol,Abg bird, Abg Molly,Abg krew team along and ma'miee..kak wardrobe team Along n mamiee,semua orang yang pernah terlibat secara langsung dan tak langsung berkerjasama dalam program Pilih Kasih..aku minta maaf kalau tak tertulis nama2 orang yang penting..yang byk tolong aku..aku tak lupa cuma risau post entry aku tak cukup page ehehe..Apapun aku hargai dan hormat semua orang....terima kasih byk2 atas pengalaman dan ilmu yang korang bagi kat aku..
kalau boleh nak ja shre smua ilmu dorang bagi kat sepanjang aku ikut program nie..Semua orang yang datang tgk pentas PK,pentas akhir PK bagi sokongan..semua orang yang aku kenal kat PK,pengalaman ni paling manis aku pernah terlibat. Kebaikan hati setiap orang yang aku kenal kat PK tak leh nak dibalas..Aku tak leh lupa setiap satu orang yang pernah aku salam dan hormat, kawan dan kenal..berkerjasama..huhuhu terima kasih bebanyak kat orang2 yang terdekat ngan aku yang selalu sokong dan bantu aku sepanjang aku kat PK.
Special Thanks to : Aris Yamin (PK) ngko la member aku yang sangat sporting dan sangat baik hati!!Take care of Bubu for me wuuwu...msg ar abg rosym ek tnye cmne keadaan bubu the little miaw yg Aris jumpa kat ampang..dapat berbuka puasa sekali ngn korang buat aku rasa dekat ngn family sendiri.Cikgu@sharin my beloved little brother ehehe, Along Angah.. lepak sama2 korang buat aku tak kering gusi..korang memang kawan yg sngt2 baik..mesti rinduu gila nak sembang ngn korang lg..Wani (PK) SELAMAT HARI JADI dear frenn!!!!!!saaayang ko sgt2..patung BARBIE ko nnt kirim kat Aris keh!!tahniah atas kemenangan wani..hehhee..buat Shania (PK)..balik kelantan ingat yo tau!Aman(PK)..ngko la member paling baik dan ikhlas penah jadi geng yo..Thanks a Lots aku caayang kat kowang smua..semua sekali 20 org!!ehehe..
Friday, August 7, 2009
Rindu nak perform balik..

Arief kat tgh pemenang Pelakon terbaik wakil (USU)..sedang berdikusi tentang teater..kat seblah kanan kwn gak, dia menang tu pelakon harapan wakil (USM)

Rindu plak tgk gambar ni USm memang sempoi, buktinya tengok kawan aku ni slamber jer dia tak pakai selipar..hehe padahal masa ni kitaorang tengah berbincang camne persediaan kitaorang seblom bertanding-masa ni dah selesai majlis penyampaian hadiah.
\

Hurmm... gambar nie buat aku teringat masa aku gi penang..masa aku ikut Festival Monodrama di USM. Ari tu kawan aku Arief dari Universitas Sumatera Utara memenangi Pelakon terbaik Monodrama di USM..lama tak contact bertanya kabar, last diskusi aku ngan dia tentang teater Dramaturgi. Hari tu masa aku latihan teater kat Istana Budaya, aku terjumpa ngan budak USM yg pernah perform ngn aku..Dia terkejut gak terjumpa ngan aku kat sana, aku g tau la aku ikut satu prgm realiti. Kitaorang tak banyak bercakap sebab masa tu aku kena gi latihan, tapi yang rasa terharu kawan dari USM ni datang bagi semangat kat aku datang ke sesi latihan teater.
Oyek semalam masa aku g simposium dan apresiasi seni, ada Suhan Movies call,dari bahagian manegmnt..dorang tanya status kelapangan aku sepanjang 13hb-17hb nie..huhuhu aku kena balik g KL,untuk rehearsal final PK nie..Hurmm tiket flight di sposor oleh abg Rosyam Nor, aku hei gilee dapat kumpul balik ngn family PK..rindu gilee nak perform...tapi aku agak risau ngan sora aku ni..huuu aku blum sembuh sepenuhnya harap2 la insyaAllah seblom g Kl aku dah sihat..wuwuwu..
arrr..letih tol..
Nie aku nak story apa terjadi masa tue..eheheh adakah patot time aku angkat dulang bersama2 buku yang berat..on the way nak naik tanggga hampir2 err..sikit g nak jatuh sebab sebelah tu heals aku tak sampai..ehehehe lawak gila tapi aku tak jatuh sebab dapat mengimbangi badan dengan cermatnyaa..ahahaha..camna nak explain erk..kira aku ja perasaan tumit kasut seblah tak sampai ahahahha..masa tu aku still standing dengan semangat ar..(nasib baik tak tersengget atau tergolek..)bayangkan kalau aku tergolek kat tangga tu depan menteri?!!..masa tu gerenti aku terus bergolek2 menuju ke pintu keluar-ini adalah teknik melarikan diri@taktik gaban meng'cover malu..andai kata terjadi ahahahha..
Pas dah selesai majlis,diteruskan g ngn bengkel..masa berdiskusi ngn Dr.mahadi..kitaorang semapt tengok filem pendek "permata bonda" hussh dasat gila lakonan wan maimunah dan wan azlinah..Tak banyak dialog tapi shoot dia..fuhh mantap gila!!memang best..masa bengkel tu ada sesi soal jawab bersama Dr.Mahadi..antara soklan yang aku sempat tanya.
"Pendidikan filem bermula dengan pendidikan bahasa, sistem pelajaran kita sudah mengarah ke arah kemunduran khalayak kerana aliran sekolah cina dan india-berbahasa bukan melayu. Untuk membangunkan filem malaysia utamakan bahasa melayu dedah sistem pendidikan,jadi soalannya bagaimana dengan penyatuan bahasa kaitkan dengan filem negara kita-1 bangsa 1 bahasa.." jawapan Dr.Mahadi kalau aku hurai kat sini memang berjela2 tapi isi penting dia yang aku ingat berkenanan identiti filem, rakyat sendiri tak leh nak identify, tak diapresiasi apa yang dilmiliki oleh mereka. Malah rakyat mlysia sendiri kadang2 keliru ngan diri sendiri..terutamanya berkaitan budaya bahasa..
Masa kat bengkel tu aku ngntuk sebenarnya sebab aku tido sejam jer..nasib baik leh bertahan lagi..Aku paksa diri minum yoyo supaya aku segar skit..aku risau kat orang bercakap kat depan je..kalau aku tido huurmm..rugi ilmu tu aku tak dapat..kalau aku tido cam tak hormat plak kat individu yang berucap kan..
Uhh..letihh lak skg nie...nnt ar smbung huhuhu..@_@
Wednesday, August 5, 2009
Takde benda nak story..huhuu..
“Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang dari pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis di bibir...tapi ianya tertumpah daripada seseorang kepada seseorang dalam doanya...”
Aku tak suka baca novel sangat sebenarnya..tapi aku terdetik lak nak salin ayat kat satu novel nie..Qoute dia cam menarik je..hehe....Nama penulis novel ni Ilani Mysara. Tak yah lah aku gtau apa tajuk dia..karang korang cakap aku nie jiwang atau sensitive ehehe..walaupun aku berjiwa seni..novel2 nie aku layan sekali dua dalam setahun je..haha (jangan harap nak beli..langsung tak pernah..sepanjang hidup aku novel bi jer jadi koleksi aku...ntah la maybe dah terbiasa dan terpengaruh ngan Harry Porter dan Teenage Witch Sabrina...sebab aku suka tengok ceta adventure dan fantasi, soo...novel2 cam ni jer aku suka beli hehehe) Aku tak baca pun novel2 @ buku tebal nie, just tertarik nak tengok cover novel nie jer sebenarnye. Tebal gila weh tak larat gila la nak ar membaca..lagi pun takda mood langsung nak baca..(kalau diberi choice antara novel atau buku teater,mesti la aku pilih skrip2 teater@novel berkaitan tentang teater)
Hmmm...Kalau tak pun..Aku lebih selesa baca komik Arena @ kreko sebab aku suka tengok camna pelukis2 jepun melukis..lukisan kat kreko @ komik2 jepun memberi aku inspirasi nak melukis ngan lebih tekun..(dasat gila kekemasan setiap garisan kartunm jepun..setiap scene yg dorang lukis mempesonakan mata aku hehe)...tapi sekarang tak leh melukis sangat la sebab takoot ketagih jadi pelukis komik balik hehe....tak tido malam trus tak leh tido..Aku kalau dapat melukis confirm sampai pagi la maknanya...sebenarnya aku rindu nak melukis, sekarang ni pun aku dok tunggu mood nak melukis jer..Lama gak aku tinggalkan lukisan aku...huhuhu minta maaf la wahai drawing book kesayanganku nanti aku lawat ngko ek..Tak tau ar agaknya bila aku nak melukis lagik dah lama tak pegang pensil melukis ni rasa bakat nak melukis tue tumpul sekejap..wuwuwu..
Dinner Rowing kat KARAMBUNAI .
Malam tadi memang best ar..Aku ngan Mas jadi rempit jap, kitaorang naik motor konvoi sekali ngan Kak Ika (Hafiza Syafika-Setiausaha Agung MPP) dan Yan (Ismayani Exco Akademik)..Bila kitaorang sampai jer kat Ballroom tue..kitaorang siap sekodeng2 majlis sapa yang berucap time tue ahahaha aku nak tergelak ingat kami macam mission impossible jer dah la dengan pakai suit hitam
Masa tue semua MPP kena separate dok kat semua meja..sebab kena dok sekali ngan para jemputan dan Prof..Tapi kitaorang yang lambat tak..kami conquer satu meja panjang..dok ramai2!!Masa tu Hazimin ngan Adam lari dari meja dorang join kami dok semeja..apa lagi bila dah dok sama2 ngan meja kitaorang, meja tempat kitaorang la paling meriah-habis protocol!!takde dah adap dimeja makan..ehehe lawak gila..memang best dinner tadi,keja kitaorang amik gambar dan gelak2..
Dinner malam tu memang best..yang aku tak leh lupe makanan dessert ice cream dia nyumm..nyumm!!manis..dan lazat..ehehe..waiter kat ballroom tu siap bagi kat meja kitaorang 2piring tambahan..Kak Ika memang belasah abis ice cream tu..last2 bila dah
Kenyang sangat,tak larat nak abiskan..hah..plate aku jugak jadi tempat makanan tambahan sapa2 yang tak abis..huhuhu..Dah la aku pun tak kuat makan, waiter tue salah faham dia ingat aku tak makan..tapi yg sebenarnya Kak Ika tak abis makan cookies dia, dia gi letak kat piring aku..huahaha..
Masa nak balik tu
Korang nak tau...huhuhu ada perkara yang best sekali pernah terjadi kat hidup aku (bagi orang tak la kot..sebab dah biasa...tapi untuk aku..huhuhu inilah PERTAMA KALI dlam hidup!)
Korang nak tau aku tak pernah isi minyak dan pegang sendiri dgn tangan aku pistol minyak tu(eh..apa nama benda tu?ehe..aku Xtau..tapi benda alah tue laa) Bila aku gi tau kat Mas, Mas suh la aku try..WAH!!!HEBATNYA!!!aku punya hepi gileer!!!!betul aku tak pernah isi minyak selama aku hidup 21 tahun nie(blum birthday so..tak nak ngaku 22 ehehe) bila dapat isi minyak tue..Ya,Allah..gembira gilaa!!Aku sebenarnya malu gak nak ngaku...tapi benda tue kira best la penah aku buat...dari dulu lagi aku teringin nak tolong isi minyak..tapi,tak penah ada peluang..hehehe. Bila aku gtau kat Mas,nasib baik dia faham perasaan aku..hehehe dia cakap camtu gak dia rasa masa 1st time isi minyak sendiri..dasatnyee..aku hepi gila dapat isi minyak walaupun bukan motor sendiri..Aku ngan Mas berceta panjang gak malam tapi memandangkan Abah aku dah sampai, kami tak sempat abiskan ceta..hohohoho..Aku gtau Mas rasa cam nak tulis kat blog jer sebab aku dapat isi minyak..Dia gelak jer bila aku cakap camtue..(sapa la faham apa perasaan aku yang 1st time dapat isi minyak dengan tangan sendiri..huhuhu walaupun benda tu perkara biasa, tapi untuk aku yg 1st time..perasaan tue memang menggembirakan hati aku..hehehe)
Balik bilik jer aku senyum...(hessh gile apa?) bukan apa..aku hepi,tue la aku senyum memanjang..hehehe akhirnya..walupun aku tak pandai naik motor..takde motor sendiri tapi aku akhirnya dapat isi minyak..hohoho...excited gilaa...!!!
Hohoho..ok ar nnt aku update lagi dah panjang gile story aku,karangan aku pun tak pjg camnie..hihihi salam penuh kebahagiaan buat semua...
Bulan Ogos.
Wah..aku tak sabar2 nak tunggu bulan ogos nie!!Taktau ar, bahagia jaa..tunggu hari hari yang kunjung tiba, bagi sesetengah orang mesti dorang excited sebab nak sambut hari lahir pada bulan nie, tak kurang juga menanti kepulangan orang yang jauh, atau menanti bulan kemerdekaan..Banyak juga Festival yang akan berlangsung pada bulan Ogos nie
Bulan nie aku rasa bulan yang sangat membahagiakan..ntah nape rasa banyak aktiviti, rasa lebih meriah lak UMS nie..Tak sabar nak menunggu ketibaan orang yang akan datang ke
Aku harap bulan nie akan beri kita banyak manfaat bersama..Pada mereka yang kurang sihat, jaga kesihatan bebaik keh, sekarang ni dah ramai yang jatuh sakit..Walaupun aku bukan doctor, tapi aku tetap risau dengan kesihatan kawan2 aku yang demam..Sifat saling memahami dan mengambil berat perlu kita tanam dalam diri kita supaya orang sekeliling kita selalu ingat kat kita..Diri kita pun akan selalu disayangi..hohohoho..
Harap semua orang dalam keadaan sihat walafiat dan gembira selalu..bahagiakan diri anda dengan sedekahkan senyuman.hehehe^_^ salam penuh keberkatan buat semua!
Motor..oh Motor..
Sebenarnya..aku mengaku aku takut naik motor..Aku Cuma selesa naik motor bila aku rasa orang yang bawak motor tue meyakinkan aku dia akan bawak @ bonceng dengan selamat..huhuhu..Aku sangat takut bila orang bawak motor dengan laju dan terhuyung hayang..huhuhuhu..rasa nak nangie tutup mata jer!!
Bukan apa aku tak biasa nak pegang orang kat depan aku..takot tercekik plak orang yang bawa motor tue kalau aku terkejut atau takoot sangat.(selama ni aku naik motor aku tahan takut jer..huhuhu..kadang2 kontrol macho jer ..huhu padahal takuut gilee!!)
Pengalaman aku kalau abah aku yang bawak motor..huhuhu amat menakootkan!!sirius aku cakap..sebabnye..Abah aku pegawai Trafik, so dia mana pernah bawa motor dia slow2.Dah tue plak abah aku tak benarkan aku pegang bahu atau pinggang dia, sebab dia nak aku belajar balance
Aku rasa kalau aku la yang bawak motor aku rasa aku tak akan rasa takot sangat..(cehh..ye la tue)..Cuma bila jadi pembonceng motor nie,aku rasa nyawa aku pendek jer..(terutamanya bila rempit ngn abah aku..huhuhu) tapi yang peliknyee
Apepun..Aku still fobio naik motor ngan abah aku (abah..im sori..) tiap kali naik motor ngan dia aku pejam mata, aku ketap bibir..siap kening berkerut2..bayangkan perasaan terseksa dan stressnya aku time tue...berdoa ada traffic light jer kat depan, tak pun berdoa2 cepat la sampai rumah..huhuhu takoot gilee..laju..??mungkin...betul la..aku kena blajar nek motor sendiri..hmmm....takpe la, hmm...nanti la aku blajar..erk..huhu..
Thursday, July 30, 2009
H1N1 di UMS?!!
Tadi aku meeting bersama barisan MPP, yang memberi kesahihan berkenaan H1n1 di UMS ni adalah..presiden dan timbalan presiden sendiri. Tadi Pres dan Tim.Pres gi melawat salah seorang student dari Sekolah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (SKTM) yang telah di SAH kan menghidap H1n1....Ye betul.betul.betul..ini bukan mainan atau coobaan..tapi sekarang dah jadi kenyataan. HEP dah disahkan secara berdaftar baru 1 kes H1n1 positive dilaporkan, dan kampus masih berada dalam keadaan terkawal. Tadi dalam meeting kes H1n1 nie masih dalam keadaan terkawal..(hush tapi kena berhati2 huhu...) weh..mana ada ramai..??baru sorang yang disahkan....suka ati jer korang wat ceta..huhu..ada sorang lagi budak yang disyaki..(disyaki jer) sebab dia demam 39.7 darjah celcius..tahap yang dikhuatiri adalah 40darjah celcius..
Harapan MPP, kepada semua mahasiswa jangan ada sebarang spekulasi atau tindakan lain - diluar jangkaan...mana lah tau ada yg takut sampai nak balik kampung..huhu..Jangan risau sbb sekarang UMS belum mengeluarkan sebarang pengistiharan/memo yg universiti kita nie akan cuti buat sementara waktu atau ditutup. Sebenarnya keputusan dan prosedur kena tunggu kenyataan akhbar dari Menteri gak dan dorang meeting ari sabtu nie...kita tunggu je apa2 update dari Mesyuarat Senat Menteri Kesihatan dan naib menteri..apa2 hal aku update nnt keh.
Wednesday, July 29, 2009
SINOGRAFI TEATER ??
Jawapannya : sinografi merupakan terminologi yang digunakan mewakili keseluruhan bentuk seni visual yang dapat dilihat dalam sesebuah produksi ini iaitu rekaan pentas dan kostum, pencahayaan, susunatur ruang lakon, penggunaan ruang untuk aktor termasuklah persekitaran rekabentuk dalaman sesebuah panggung: apa saja kesan visual yang dapat dilihat di dalam panggung tersebut..
Kepentingan sinografi boleh dianggap sama setara dengan teks: bila dialog mencipta seni percakapan dan tingkahlaku di pentas, sinografi mencipta seni visualnya. Sinografi mengingatkan bahawa perkataan yang lahir dari sesebuah teks tidah cukup untuk menghuraikan dengan sempurna makan sesebuah persembahan.
Demikian lah keja aku meng’copy ayat internet...huhu...sebenarnya aku tgh cari manalah buku rujukan tentang sinografi ni..pening otak aku..kat internet bahan research tak mencukupi untuk aku memahami maksud sedalam2nya apa tue sinografi??
(erk..maksud aku bhn kat internet tak sekukuh kata2 seorang tokoh kan..kan..at least ader la rujukan tapi tak jumpe arr) sekarang aku dalam proses mencari2..huhu mungkin ade kat library aku je tak jumpe..mustahil takde kan..hissh..tensioonnye..huhuhu kuat2 kuat...dalam keadaan lemah longlai demam mencanak-canak ni kena kuat melawan virus!huhu tak bleh malas2..
Apepun, kalau korang ada info tentang sinografi aku alu2kan ilmu korang..
p/s : Untuk kengkawan aku..korang..uhuhu tolong ar aku...meh la share buku rujukan tentang sinografi.
Say BiG NO?!ice and Coke...uwuu..HELP me!!!!

bila aku sakit macam2 aku nak buat..tapi badan tak mengizinkan..huuu....aku bowing2 nie keja aku dok melayan laptop aku nie...
Batuk myebabkan sora aku berubah menjadi gaban sebenar..tetiba je aku rasa aku boleh myamar jadi cam budak laki..ehehe sora garau sket..Teringat lak masa aku mula2 datang kat studio Pilih Kasih..
Ada sorang kawan aku tegur (zulin)..”muka ngko cam penah nampak ar..jap..eh?cam muke...sape name Dj.hot fm tue...pau..pau..farah fauzana!ha’ah..baru perasaaan muka ngko macam Fa’Fau la...!! ”
Bukan nak perasaan tapi benda tue la yg dorang dok merapuu tetiap minggu (maka bermula la episode menyamakan muka bebudak Pk ngn artis)..mungkin disebabkan muka aku ada kesan cakaran narutoo..aku telah disamakan dengan cik Fafau..wuuwu~mana boleh..tak nak..tak nak...!!sebenarnya aku dah tersasar dari berkata tentang motif aku..tadi aku bercerita tentang suara garau..ehehe aku teringat lak kat sora merdu cik Fafau tue...agaknye kalau aku jadi Dj laki orang cam tak?muahahaha..rasa nak terguling plak,issh camne la aku boleh terfikir benda bukan2 time demam ni..
Back to basic..ada sorang kawan aku tue, masa mesej aku dia ckp dia tgh minum coke..uurghh~Cisburger btul...dia tau..aku dah tak leh minuum ais dan coke..wuu dia siap bagi jeles aku lagi...punyaa la masa tue aku nak menjadi super duper gaban!!....nafsu mencanak2 nak minuum coke...(tapi tak leh..demi kesihatan negara) nasib baik la ada air 100plus dan air cap badak setia menemani aku .huhuhu T_T hurmmm...korang tgk la apa kejadahnye aku buat time demam2 nie....
Tuesday, July 28, 2009
Pencarian Skrip2 Back to School~

huuu..sora dah hilang nie susah nak bkomunikasi ngn member..huuhu..@_@
Sekarang aku tgh kusut mcari skrip2 yg ditugaskan oleh lecture aku..hmmm sesape yg rajin bleh la buat sistem barter ngn aku..actually aku da jumpa skrip tu tahun lalu tapi tak sangka plak kena cari balik dan guna tahun ni untuk kelas sinografi..urrghh ada lah dekat 4jam aku berkabung dalam library ni dok mencari benda alah tu...dah la aku menghasilkan bunyi2an yg huhuhuu menakootkan(aku kan batuuk dah masuk library ni,nak batuuk pun segan..wuwuwuwu) tension gak dah la kepala aku berat jer...jisim otak aku membesar eceh...tak la..hehe..pening ar..dah lar aircond kat belakang ni sloww..eeeiiish..nak mencari bahan pun payah.
Ooyek..member2 aku (geng gaban) kalau nak g DBP jom g sama2 bleh cari bahan kat sana..sesi aku mencari bahan ni tak abis lagi..Lepas skrip ada lagi bahan aku kena wat..bertambah lagi assigmnt aku...skg nak wat logo untuk komunikasi grafik, skg aku dah back to school..projek akhir kitaorang (budak teater) kena siapkan. Aku ngn zyan kena wat design logo/poster untuk "selendang mayang" untuk projek akhir ni...huhuhu otak da tumpul ni kena asah balik.....
adeeeh aku dah start peeening balikk..~huhuuuhu@_@ oksigen..oksigenn
What is Theater?
1.0 PENGENALAN1.1 KONSEP DAN DEFINISI TEATER
- jPerkataan Teater berasal dari perkataan 'THEATRON' yang membawa maksud tempat menonton pada zaman Yunani ( greek tua ).- Satu gabungan kerja-kerja kreatif yang merangkumi semua unsur seni dan pengurusan berdasarkan daripada naskhah lakon dipersembahkan secara langsung kepada penonton yang dipisahkan oleh ruang dan waktu.- Satu bentuk persembahan lakonan yang menghiburkan, dipersembahkan kepada penonton secara langsung disebuah tempat dikenali sebagai pentas dan ahli persembahnnya dikenali sebagai pelakon atau aktor.- Suatu bentuk kerja secara bersama (berpasukan) antara artis dengan naskhah lakon di mana pelakon membawa watak di dalam produksi persembahan secara langsung dihadapan khalayak.
A. Kumpulan kerja kreatif:
Penulis naskah lakon (playwright)
1. PentasPenolong pengarah / pengurus(Ikut dalam sukatan)
- Tragedi- Cerita di akhiri dgn kesedihan. Wira dimatikan
Sejarah
Wednesday, July 22, 2009
Kena TAHAN..kena REST?


Aku rasa tangan dan jari jemari aku tak larat nak mgetik laptop nie..uuhhuhu disebabkan demam panas ni aku rasa kebas jer..tangan tak leh nak genggam erat..batuk yg myakitkan tekak..adeehh rasa nak tcabut nyawa setiap kali batuk.Malam jer panas badan aku tahap gaban...rasa mata aku cam berkepul2 je panas..nak bnapas tak larat, nak bcakap tpaksa control nafas sebab aku rasa pnafasan aku dr jantung dan paru2 aku dah jadi cam nafas Naga da..huurggh..


urgghh~penyakit!!!
Tuesday, July 14, 2009
ARE you in LOVE?
Apa maknanya..bila korang asyik memerhati dari jauh tapi tak berani nak mendekati dirinya..Pastu korang rasa resah bila berjauhan..setiap masa teringat kat dia..kadang2 emosi korang terganggu bila melihat keadaan dia..bila dia tersenyum,korang hepi..bila dia bersedih korang susah hati..bila dia menangis korang rasa nak peluk dia dan reda kan tangisan dia ...sedikit demi sedikit korang dah rasa macam korang dah mula suka kat dia..Tapi, betul ka apa yg korang rasa tu?adakah korang betul2 dah sangka yang korang dah jatuh cinta?
Aku berfikir tentang ni, entah napa aku rasa cam nak menulis.. bila ada kawan bertanya dan berkata sesuatu tentang rasa "suka".. hati aku terdetik, apa sebenarnya yang dia rasa?suka?sayang?minat atau rasa cinta..cuba kita bertanya pada diri..aku suka dia@aku cinta kan dia?suka sebab kecantikannya ke?kebaikannya ke?sifatnya ke?atau sebab selalau bertemu dengannya setiap hari??Apapun jawapan korang..Penentu rasa itu adalah pemilik insan yang merasai degupan jantungnya sendiri.hmm..berbahagia bila diri kita mula mencintai seseorang dan dicintai.Pada aku rasa sayang, suka,minat..jauh berbeza ngn cinta tapi tak semestinya bila bercakap pasal benda ni kita kena fikir tentang perasaan sesama manusia..bagi aku banyak benda kita bleh kaitkan dengan perasaan ni..rasa CINTA pada Tuhan, rasa Cinta pada Rasul..cinta pada keluarga..pada teman...dan cita2..rasa Cinta pada Ilmu..setiap tafsir rsa cinta itu berbeza2 maknanya..Aku rasa tak payah la aku huraikan makna2 cinta, sebab rasa itu berbeza2 mengikut pandangan setiap orang (hehe..mesti la korang lebih arif tentang jawapan pada benda ni kan..)
Alangkah,indah perasaan tu kalau kita dapat bajai dengan penuh bijaksana..kepercayaan..hormat dan saling menyayangi. Bunga2 cinta yang dibajai dengan kepercayaan akan sentiasa mekar dan harum. Buat yang mula mengenal erti perasaan nie..Aku cuba membayangkan mcmna la perasaan dorang...?Doa aku untuk yg dapat merasa perasaan ni..Pengorbanan merupakan sahabat paling dekat dengan perasaan ni.."antara susah dan senang antara jauh dan dekat"..benda ni mesti kita lalui..Apapun, aku harap pada sesiapa yang pernah mencintai atau menyayangi seseorang, janganlah hilangkan perasaan tsebut. Marilah kita belajar menghargai..Percaya kalau pun dia@ merekabukan jodoh yang kita pilih..percaya bahawa..Ajal maut..Takdir tu di tentukan oleh Allah. .kan?
p/s : aku rindu setiap saat bertemu dengan dia..^_^ jauh tapi dekat di hati.
Ku disini

aku senang tuk bahagia..
aku bersedih tuk berduka..
setiap titis airmataku
menceritakan kisahku
setiap kata dibibirku
kadang tak sama
dalam hatiku
Dalam laut mataku..
kau akan merasa
cerita disebalik rasa sebenar
Aku sangat mengerti..
tapi sering tak dimengertikan
kau tak mahu pernah mengerti
tahu rasanya diabaikan?
biar ku temukan waktu
walau rasa hati ingin jauh
menyentuh
namun tak mungkin aku untuk
memilih
suatu hari ..
ku akan menemukan.
Monday, July 13, 2009
UPDATE~UPDATE!!!-return to SABAH in a few days..^_^
Alhamdulilah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..^_^ syukur tak terhingga kepada Allah S.W.T krn telah memberikan aku peluang berjuang dalam bidang yang aku minat ..Perjalanan aku sepanjang berada kat PIlih Kasih nie sangat bermakna..Tak leh terluah dengan kata2..Terlalu bnyk suka duka yang aku lalui wlaupun tempoh ada kat sini tak lah sampai 4bulan tapi aku bsyukur sangat3x..
Semua kudrat dan keringat yg aku curahkan sepanjang tempoh sesi latihan berbaloi ngn usaha aku..bg aku dalam pengalaman kat sini sgt2 berharga. Cuma tak puas nak perform n menimba pgalaman sebanyak mungkin.
Siang malam aku memanjatkan rasa bersyukur dan berterima kasih kpd Allah SWT dengan segala nikmat dan peluang, yg DIA berikan pad aku..wlaupun aku tak dapat menjadi finalis dalam top 5 tapi menjadi sebahagian dari keluarga Pilih Kasih merupakan satu peluang dan platform yg sangat baik untuk masa depan aku.
TERIMA KASIH TAK TERHINGGA..buat SUHANmovie Production, tenaga pengajar, krew, wartawan, semua keluarga pilih kasih, pengundi dan peminta setia Pilih Kasih yang tak jemu2 memberi sokongan..
Aku nak minta maaf sebab lama tak update blog nie..wuuuwu T_T dah bersarang dah kn..hehe time2 aku nak update blog nie masa aku ada idea yang berlambak2 ada story nak ceta or kongsi mesti ada jer halangan/masa/keadaan tak mengizinkan myebabkan aku tak kesampaian untuk menulis. Harap2 semua kawan2 aku yg sentiasa mendoakan dan menyokong aku faham keadaan schedule aku yang pack sepanjang aku kat cni..
Hmm..Tadi aku buka Hypp.Tv, waaa...teruja..terharu bila baca komen2 dari peminat PK...Jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat aku yang tidak putus-putus menghantar komen yang berupa cadangan dan kritikan. Buat lecture yg aku sangat HORMATi DR.Andika...kawan2 sekelas aku terutamanya bebudak teater..budak Vt,junior2 aku,kak Shu, abg Pjol, abg Azri, Piei my brother, Masturah, Azman, Arif, Adea, MU, Cikgu Audio hahaha..semua la..yg slalu call n msg aku..aku sgt2 mghargai korang..buat kawan2 yg slalu comment aku kat frenster..huhu korang memang best la...aku terharuu sampai tak terkata...aku gak tak akan lupakan juga pada mereka yang singgah membaca /lalu di blog aku ini. Terima Kasih banyak^_^
SALAM SAYANG...BUAT SEMUA^_^
p/s : i'm coming home to sabah this friday A.S.A.P....member2 kopi tenom tguu aku ek,nnt lepak kita sembang banyak ceta aku nak kongsi ngn korang ehehehe..
.jpg)
















