Masa hari sabtu,14hb tu aku pergi RTM dgn kawan bek aku,Adeq..Kami g RTM sebab ada bengkel Lakonan Drama Radio. Masa tue, Puan Azizah Hj Itam yang jadik pembimbing kami.Sepanjang bengkel tue..aku agak letih sedikit disebabkan dah 2hari tak tido..Dapat tido pun, waktu rehat memang tak cukup..Walaupun agak letih..aku tetap enjoy sepanjang sesi tu.
Apa yang aku nak kongsi tentang bengkel nie..Post dia agak berbeza dengan filem atau teater cam aku pernah aku belajar di sekolah aku. Lakonan Drama Radio berbeza sebab lakonan tak dilihat oleh penonton. ‘Penontonnya’ adalah pendengar radio..Aku percaya ada orang yang akan cakap..”Lagi senang berlakon tanpa penonton”..yaa..mungkin bagi pelakon pentas teater @ pelakon drama/filem benda ni senang sebab tak ada audience yang melihat mereka..dan mereka tak perlu risau @ nervous..tapi bagi aku benda nie agak mencabar kredibiliti aku, sebab bila berlakon dalam radio pelakon kena menyampaikan ‘mood’ yang tepat kepada pendengar..Agak mencabar itu yang aku boleh katakan..Bukan nak cakap susah..cuma mungkin aku agak baru untuk bidang ni..Daa lar..menghayati watak satu perkara agak susah bagi aku..nie kan lagi nak memvariasikan nada suara mengikut nada yang tepat..huhu~
Bila berlakon dalam radio aksi lakonan tak diperlukan..Maknanya kita Cuma perlu bercakap bersendirian. Teringat plak satu perkataan yang selalu lecture aku guna..”public solitude”. Perlakuan sehari2an yg manusia lakukan secara sendirian (natural) tanpa dilihat oleh sesiapa. Maksudnya..bila kita berada sendirian, semua kelakuan kita adalah secara realism..atau natural. Bila berlakon dalam drama radio lakonan tak dilihat oleh penonton maka kita kena menggunakan pulic solitude. Cuma yang susahnya tue..penghayatan skrip. Kekuatan pelakon adalah suara..Pelakon drama radio kena bijak menggunakan intonasi suara, artikulasi yang tepat dan tahu memainkan nada suara kerana semua nie memainkan peranan yang penting untuk memberi tahu audience mengenai mood sesuatu cerita itu..
Semua peserta yang datang ke RTM bukan calang2 orang..semuanya mempunyai bakat berlakon dan suara yang memang best2 (sesuai jadik DJ radio) Kawan aku ada bertanya dengan Puan Azizah, tentang kerjaya..beliau ada mengatakan bidang yang kami hadiri ni ”lakonan drama radio ” bukanlah satu kerjaya..tapi ianya ilmu, satu peluang yang perlu diperoleh. Bila ada peluang gunakan sebaiknya..yang paling penting untuk pelakon drama radio kena selalu berhubung dengan penerbit supaya tak dilupakan. Kata2 Puan tu ada betulnya..huhu sebab sekarang nie banyak pesaing yang hebat2 dan bakat baru yang lahir setiap hari .Oleh tu kita kenalah bersedia dan menimba ilmu sebanyak mungkin..jadi orang menghormati dan mlihat kita sebagai orang yang berilmu.
Walaupun aku dah dapat belajar teknik2 lakonan drama radio..aku tetap tak berpuas hati..Maksud aku aku nak belajar banyak lagi. Perkongsian dan pendedahan yang aku dapat hari tu cuma secebis..aku tahu banyak lagi teknik dan ilmu yang belum aku pelajari..Bak kata orang kita tak boleh berpuas hati dengan ilmu yang kita ada..dan berbangga dengan kelebihan kita. Banyak lagi ilmu yang belum kita carigali. Tujuan aku menceburkan diri dalam bidang nie bukan untuk menempah kepopularitian..tetapi aku tak mo digelar budak yang ”stereotaip”..atau “carboncopy”…Orang memandang aku sebagai kapasiti exco kebudayaan/kesenian..Sementara di sekolah aku..orang melihat aku sebagai anak seni…Jadi aku tak mo pengetahuan atau profile aku cuma dibidang lakon sahaja..Untuk menjadi orang yang versatile kita kenalah belajar banyak benda. Fokus aku kenalah melebar..tak tertumpu pada bidang lakon sahaja walaupun aku amik major theater dan film..Aku nak berpengetahuan dalam pelbagai bidang..At least bila orang tanya tentang visual aku ada pengetahuan tu, bila orang tanya tentang penulisan..aku tau, tanya tentang tarian aku tahu..tanya tentang radio aku tahu..lakon pentas teater, lakon filem, lakon drama radio..aku tau sebab aku ada semua input tue..Jadi tak lah aku nie “lesu” tentang kesenian...
dlu kn...
ReplyDeletemakcik ak antara pelakon drama radio kk...
wlu pn ingtn budak2 kn...
tp kami slalu tgu smata2 mo dgr sora mkcik ak...
skrg mkcik ak da xjoin bnda tu smua...
tp dia la antara yg ak jd idol lam idup skrg ni...
antra la...
drh seni kami mengalir berwarna sama...
sama jugak mcm wrna drh ko kn...
ehehehe
huhuhu..betul tu..kita memang jiwa seni..
ReplyDeleteSometimes people read ur as "weird",..hahaha