Hari ni ada sorang sahabat datang bercerita dengan aku..Cerita tentang ‘hati aku’.. Entah..aku nak cakap tentang apa..aku cuma mampu mendengar..dalam masa yang sama aku cuba memahami dan menilai diri aku. Sebenarnya aku orang yang berhati2..aku suka observ orang..bila orang tue bercakap, aku melihat..apa yang positif aku akan amik mana yang negative aku cuba nasihatkan diri aku untuk munasabah diri..Dah lama aku biarkan ‘hati’..Aku bukan tak amik kisah..Cuma aku terasa seperti ’hati’ yang menjauh dari aku..
Hakikatnya..yaa, aku nak sangat tau pasal ‘hati aku’..Cuma aku rasa mcm tak layak sangat..aku takut aku ni akan dicop sebai penyibuk..huuh~Kalau aku bertanya @ bercakap tentang sesuatu..aku fikirkan akibatnya..apa pandangan dorang kalau aku cakap camni..apa persepsi dorang kalau aku cakap camtu..adakah aku nie akan dicop sebagai orang yang penyibuk kalau aku banyak bertanya…Huhhmm..biasanya sebelum menceritakan sesuatu aku akan amik jalan selamat..iaitu mendiamkan diri..bila aku perlu bercakap, aku akan bercakap…bila aku rasa tak perlu aku akan melihat dan mendengar..mendiamkan diri..(Tapi agaknya dengan sikap aku yang terlalu ‘selamat’ ni orang menganggap aku ni orang yang sombong…)
Aku kadang2 selalu terfikir..kalaulah aku dapat jadi orang lain..aku nak tahu camna pemikiran dorang..Kalaulah aku ni halimunan aku teringin nak tengok semua karakter orang yang ada kat dunia nie..Apa yang dorang selalu fikirkan..
Tapi bila aku fikirkan ‘akibat’ yang camni akan berlaku..kalau aku jadi camtu..huhu..Kalaulah aku jadi orang lain..Andai katalah aku ni dijadikan orang yang jahat @ x bermoral..mesti aku akan dibenci oleh ramai orang. Dan bila aku nampak orang yang baik aku akan selalu berdendam..(iskk..teruknya..)Lagi satu..Akibatnya..kalaulah aku ni halimunan, mestilah aku dapat mendengar banyak pemikiran manusia yang banyak sangat permintaan..banyak sangat kehendak, keperluan..Masa tue mesti aku mesti selalu susah hati sebab tak dapat berbuat apa2..masa tue aku jugak akan selalu bersedih sebab aku ‘halimunan’ tiada sesiapa yang menyedari kehadiran aku..huuuh~
Kesimpulannya..aku bersyukur dengan diri aku sekarang, Tuhan jadikan aku manusia yang tidak sempurna..mempunyai keterbatasan pada sesuatu benda..aku tahu aku cuma perlu menjadi diri sendiri..berusaha memperbaiki diri…Bila aku menjadi diri aku, aku akan cuba memahami satu situasi..memikirkan apa akibat dan berusaha mencari pembaikan supaya aku dapat buat sesuatu..sebagai seorang manusia..Penilaian seseorang terhadap diri kita cuma sekadar ‘penilaian’..Apapun yang kita buat semua berdasarkan niat..tak kisahlah apapun pandangan orang pada diri kita..Dan kita sebagai manusia bukan hak kita untuk menilai diri seseorang…Bagi aku kalau aku melihat orang melakukan sesuatu tak kisah lah negative atau positif apa yang dia buat tue mesti bersebab..Siapa kita untuk menilai keperibadian seseorangkan, sedangkan diri kita nie pun bukannya betul sangat..Aku melihat dan memahami..dan kalau aku memilih untuk mendiamkan diri, aku sebenarnya sedang berfikir bukannya sombong atau buat tak kisah terhadap sesuatu permasalahan tu..Cara aku aku lebih memilih untuk selamat iaitu berdiam (Terpulanglah pada setiap individu tu kalau nak menilai diri aku dari luaran camna..) Aku faham gak kadang2 kita perlu bersuara bila sesuatu hak tue memerlukan kita untuk bersuara, dan seperti yang aku katakan aku akan berdiam bila perlu dan bercakap, bersuara bila aku rasa perlu..Bukanlah sepanjang waktu aku berdiamkan..(jadi macam tu lah…cetanya)
Uhuhu~sahabat tu pun mungkin anggap aku nie tak kisah tentang ‘hati aku sendiri’ sebab aku lebih banyak mendiam..kalaulah orang dapat memahami aku ni macamna…kan lebih mudah.Hmm biarlah..aku malas nak buat orang faham aku, sebab aku pun bukannya faham sangat dengan diri aku..huhu~essh ntah la…apa2la……….
No comments:
Post a Comment