Monday, February 16, 2009

HATI.

Wahai hati..aku menangis subuh tadi..
Aku berjalan menaiki bukit dengan hati yang belum terubat..
Berkali aku cuba memujuk hati aku yang tertahan merindu..
Aku berjalan kaki menyendiri menaiki bukit..
Dengan harapan aku dapat memujuk hatiku..
Tapi hati tetap degil mengingati dia..
Kenapa aku semakin sesak memikirkan tentang hati?
Pagi kian membentangkan layarnya..
Aku masih menyendiri mendengar keluahan hati..
Aku sampai pada sebuah bangku..
‘cuba memujuk hati’..
Tapi aku tetap tak dapat memujuk hati..
Lantas..jernih airmata ku tumpah..
Hanya airmata dapat memujuk hatiku..
Jadi aku membiarkan hati bersahabat dengan airmata..
Tuhan..
Aku mungkin sedang berpura-pura senyum sekarang..
Aku berdoa ubati rasa ini dengan mengingati-Mu..
Wahai hati..
Aku duduk menyelusuri tempat ku bersendiri disini..
Setiap hari dengan harapan aku berdoa dapat memujuk hati..
Subuh tadi aku berdoa kepada Tuhan..
Aku berharap dapat melihat hatiku..
Agak menyentakkan jantung..
Aku melihat hatiku hari ini..
Agak jauh..tapi aku tau dia dekat..Cuma hari ini terasa seperti hatiku jauh..
Seperti aku cuba menahan diri bertentang dengan jantungku sendiri..
Hati..kau tidak menoleh padaku..
Mungkinkah aku yang mengelak atau kau seperti menyedari kehadiran ku kau sengaja melupakan aku?
Hati..
Aku dibelakangmu..
Hati aku rindu..
Wahai hati hari ini jantungku berdegup pantas melihatmu..
Hati..
Aku ada bersamamu setiap hari..
Aku bimbang aku hanya menyusahkanmu..
jadi aku cuma terdaya melihat dari jauh..
Hati aku teringin sekali memberitahumu aku ada..
Tapi kakiku seperti menahan..
Aku ingin bercakap dan memujuk hati..
Aku ingin memberitahu hati bahawa aku setiap hari rindu dan menyayangi hatiku..
Wahai hati kenapa kau tinggalkan aku tanpa menoleh padaku..
Jantung hatiku..dalam diam tercalar..tapi aku membiarkannya..
Entah untuk apa..kenapa..
Yang pasti hati..aku sebenarnya penuh mengharapkan
Hatiku terpujuk bila dapat melihat hatiku..
Semakin jauh hatiku berlalu..
semakin berdetak keras hatiku berdegup..
Antara ingin mengejar hatiku..
Antara pedih membiarkan hati bersendiri berada disitu..
Hati maafkan aku..
Andai kau tahu aku sebenarnya teramat menghargaimu..
Adakah kau akan menoleh?
Atau kau hanya tersenyum dan kemudian meninggalkan aku..
Membiarkan aku menahan sesak..bersendiri..
HATI..Aku rindu hatiku…

No comments:

Post a Comment