Monday, February 16, 2009

CHOCOLATE [14 Feb]

Korang suka coklat tak?Aku suka sangat dengan coklat. Aku ingat lagi masa aku form6 ada dua orang budak selalu belikan aku coklat..Dorang suka bagi aku coklat..budak2 tu junior aku, budak pempuan..hmm..Mungkin sebab selalu nampak aku beli coklat, jadi budak2 junior nie selalu bg aku coklat. Kalau difikirkan lebih tersirat..Aku rasa aku dapat memahami kenapa dorang buat macam tu. Kadang2 bila kita tau orang tu suka ‘sesuatu’ kita akan buat orang tu rasa bahagia dengan melakukan sesuatu perkara menggembirakan hatinya..Ada orang yang jenis macam ni..orang tue akan bahagia bila melihat orang lain gembira..

Mungkin…..sebab itu kesimpulan aku buat..

Masa aku masuk Ums nie..aku kekalkan makanan favourite aku ni.Even sekarang nie..Aku tak pernah jemu makan benda yang membahagiakan hati ni…best fren aku tau aku suka makan benda ni, dorang selalu belikan aku coklat..Bila orang bagi kita coklat mestilah kita suka kan..heehe..maknanya orang observ kita dan tau apa yang kita suka.
Lebih bermakna kalau benda tu orang yang bagi..Sebab kita akan lebih menghargai.

Coklat…14hb.
Hari ni aku makan coklat..entah kenapa rasanya tak macam selalu..Aku makan coklat berkali kali..rasa dia tetap pahit..aku cuba bagi kawan aku rasa coklat yang aku makan tu, reaksi dorang lepas makan coklat tu..dorang cakap “sedap..” tapi hairan..kenapa aku rasa coklat yang aku sedang makan ni pahit?tak manis..atau menimbulkan rasa bahagia macam selalu..huhu….

Aku bagi coklat pada kawan aku untuk dorang rasa semula.hmm..jawapan yang sama..”Sedap dan lazat..”Pelik dan menghairankan..Lidah aku dah hilang deria rasa ka..napa rasa coklat nie cam tak best ja…hati aku da start gelisah..pastu, aku tanya dorang hari ni hari apa? kawan aku tepuk bahu aku..dorang agak terkejut dengan pertanyaan normal aku..”kau lupa??”Aku jawap..uuhh?lupa apa?(dengan muka yang poyo dan blurr)

“Valentine la!!!”..kawan aku hampir terjerit. Dengan selamba aku jawab “ooh”.Pastu kawan aku cakap..”tak keluar hari ni, sambut valentine?”Aku jawab..TAK.Aku tak pernah sambut. Sebab pertama..dan terakhir…bagi diri aku sebagai muslim, aku tak sepatutnya sambut pun. Benda tue tak membawa makna apa2pun pada aku...

kalau kita selidik makna Valentine ni..banyak versi sebenarnya.Versi pertama Valentine seorang lelaki yang dilarang bercinta dengan seorang perempuan..tapi dia degil pastu ending berakhir engan kesedihan iaitu kematian. Versi kedua, Valentine berkaitan dengan sejarah Islam yang pernah dimusnahkan. Jadi kira meraikan hari valentine bagi yang muslim umpama kita mempersenda dan menyokong kejatuhan islam..

Kawan aku cakap lagi kat aku..”habis kalau tak sambut mana dapat coklat tue..”
Aku cakaplah aku beli sendiri..kawan aku cakap lagi “coklat tue expirated ka?” aku nengok date kat bungkusan tue..Tak jugakla.Coklat tu masih ok. Elok..Pastu dia cakap abis tu napa aku cakap coklat tu tak sedap dan pahit...Aku sendiri hairan..Mungkin lidah aku hari nie takda deria kot..Atau hati aku sedikit tawar..menyebabkan rasa coklat tu tak macam coklat yang sesedap seperti biasa2 yang aku selalu makan.

14hb FEB…apa kaitan dengan aku?Macam ada sesuatu yang aku lupa..Bila aku pejam mata..baru aku sedar..Aku lupa orang2 yang aku sayang. Hari ni 14hb feb birthday adik kembar aku..Aku lupa..Patut la coklat hari ni terasa tawar..Hati aku gelisah..Aku tak balik untuk menyambut birthday adik aku.

Hmmm…itulah yang aku rasa hari nie..tawar….kesan dari hati yang tawar..semua benda jadi tak kena…sampaikan coklat yang manis dan lazat terasa tak sebahagia yang macam yang aku makan..sob..sob..(sedih)

No comments:

Post a Comment