Aku tidak pernah menghina
Tentang keindahan berbahasa..
Aku tidak pernah mencelah
Tentang keindahan tarian ditarikan..
Aku tidak pernah mentertawa
Tentang keindahan hasil lakaran
Aku tidak pernah memekakkan telinga
Mendengar keindahan muzik mengalunkan irama..
Aku mana bisa tertawa
Melihat lakonan drama manusia
Dipentaskan..
Kerana semua isi rumah dan duniaku adalah
Punya rasa dan nilai tersendiri..
Aku cuma mengeluh tentang rasa
Manusianya..
Sifatnya..
Padunya..
No comments:
Post a Comment