Tuesday, March 31, 2009

SANDIWARA HIBA

Aku mengeluh hiba
Melihat rentetan sandiwaraRasaku disalaherti..dihumban!
Kerana memerli golongan terasa

Kulontarkan bait terus menyentap
Kebenaran
Tutup kata mereka..
Rakus memalukan mereka!

Sesal mana yang kau sesalkan..
Tersipu dikata..baiki rasa lemah..
Jangan pernah lewat putus asa
Sedarkan cerminan manusia

Dibalas penuh sinis
Kata mereka tinta dan suaraku
Mengundang pekung didada..
Lantas baru kalian sedar?
Porak itu kamu ciptakan

Aku pulaskan keringat
Melihat sandiwara hiba..
Pada mata yang melihat
Pada telinga yang mendengar
Pada mulut yang bersuara
Pada reaksi yang bergerak

Kalaulah aku mampu sedarkan alpa..
Akan aku sedarkan mereka
Akan kulaungkan seisi alam
Tentang kedunguan semalam..

Rumah perlu dimuafakat
Suapkan budaya memaafkan
Telingkah kita sedarkan
Lemah kita atasi
Teguran membaiki diri

Adakah aku pacal yang hina akan didengar?
Atau hanya diludah kerana bercakap benar?

No comments:

Post a Comment