Di bawah bintang mengerdip
aku ingin bersunyi..
tiada buku tiada lagu tiada rindu
tapi tiada siapa dapat percaya bulan turut berduka
ketika dunia sedang asyik berpesta-ria
Di bawah bintang mengerdip
aku ingin bersayu..
tiada ayahanda,tiada bonda,tiada kanda
tiada siapa sanggup percaya malam turut ikut berhiba..
Angin liar di sini
bunga kenangan keguguran
mengusik hati ini bukan kepalang lagi
kerana itu
Di bawah bintang mengerdip
aku berlara..
aku berlara..
tiada tasik tiada kenangan tiada siapa..
Jika benarlah belasmu ada..
dipusaraku
nanti taburilah bunga..
ketika senja memerah
surat gementarmu tiba..
kubaca dengan degupaan jantung bertambah
kenapa..
Di bawah bintang mengerdip kau luka..
tentang pusara
tentang bunga kau khabarkan..
Buku..
Lagu..
dan rindu..
ayahanda, bonda dan kanda
di teluk mesra berkembang
sudah layar sejarahnya
tapi aku terus berkelana entah ke mana
terdamparnya
tiadakan terdaya melihatmu lara
di malam indah
Ribut besar di sini
pohon kenangan
bertumbangan..
menyentak dada ini
gementar sampai ke nadi
tapi tiada dapat menerka..
siapa dahulu sampai ke muara
kerana sama..
akan tinggalkan muara pulau-singggah
jika kau berduka..
Separuh laramu kurasakan sudah..
No comments:
Post a Comment