Thursday, April 30, 2009

Satira; Menyembunyikan Kritikan Secara Berseloroh


Apakah anda berminat menghasilkan karya satira? Utk pengetahuan anda, ramai pelakon dan penulis komedi profesional, beranggapan bahawa satira adalah satu bentuk humor yg paling tinggi dan canggih. Ini kerana satira bukan sekadar gurauan kosong; ia adalah sebuah komentar terhadap isu semasa, suasana politik Berkurun2 lamanya, para penghumor berbakat telah menggunakan satira utk menyampaikan mesej terhadap sesuatu isu atau perkara yang tidak menyenangkan, dlm sesebuah masyarakat. Malah, satira yg ditulis-hasilkan dengan baik, telah terbukti menjadi begitu berpengaruh, sehingga mampu membuat banyak perubahan pembangunan masyarakat.

Ok, Apa itu Satira?Satira adalah sejenis karya sastera atau satu bentuk seni lain yang menggabungkan antara kritik dan humor, dlm mencari perhatian terhadap sesuatu isu, masalah atau apa-apa yang tidak menyenangkan. Satira digunakan utk menghighlightkan masalah ini, dgn harapan ia dapat dibaik-pulihkan dgn sewajarnya. Satira yang baik, bukan hanya menghiburkan, ia juga mengajak dengan penonton utk memikirkan tentang masalah/isu yang mungkin mereka langsung tak terfikirkan sebelumnya. Sekaligus memberikan semacam cetusan inspirasi kepada para penonton utk mencari perubahan yg boleh menjawab kepada persoalan yg ditimbulkan lewat satira itu. Terdapat byk jenis satira dan setiap satunya berbeza2. Begitupun, ia ttp mempunyai satu konsep sama.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menulis Satira?

Kenal pasti apa yg ingin anda laksanakan; sama seperti menghasilkan karya2 kreatif lain, menghasilkan satira juga harus dgn satu mesej telah tertera dlm otak kita dulu. Dan, jika mahu melihat karya satira anda berjaya, anda harus mengenal-pasti dan memilih masalah/isu yg ingin anda ketengahkan dan bagaimana anda ingim melihat ia diperbaiki, sebelum mula berkarya. Biarpun, mungkin di sepanjang `perjalanan' menghasilkan karya sastera ini, idea akan berkembang dan berubah-ubah, tp, matlamat/perjuangan kenapa anda menghasilkan karya ini harus ditetapkan sebelum berkarya lagi.
Kenal pasti khalayak pembaca anda;

Mengenal pasti siapa yang akan membaca karya satira anda, adalah sgt2 penting dlm menentukan kejayaan karya satira anda. Jelasnya, apa yang mungkin difikirkan lucu oleh seorang mantan pengarah pendidikan, tidak sama dengan apa yang dianggap lucu oleh sekmumpulan mahasiswa. Begitulah seterusnya. Apa yang dianggap lucu bagi seorang suami, tidak sama dengan apa yg dianggap lucu oleh seorang isteri. Ataupun, apa yang lucu bagi seorang ahli politik, tidak sama dgn apa yang dianggap lucu oleh seorang rakyat. Apa yg dianggap lucu oleh seorang pesakit, tidak sama dgn apa yg dianggap lucu oleh seorang doktor pakar. Begitulah seterusnya.

Anda perlu menghasilkan karya satira bersesuaian dengan perbezaan ini, utk mempastikan bahan anda berjaya. Bak kata orang, `"the customer is always right." Ini digunakan untuk penulisan satira juga. Satira anda hanya dianggap lucu dan berjaya, jika orang yang membacanya memikirkan ia sedemikian.

Mengenal pasti batasan/had; byk sekali masalah ini berlaku dlm dunia satira. Satira yg melangkaui batas, bukan hanya patut dianggap karya yg buruk, tp ia sebagai satu objek yg boleh merosakkan. Misalnya, satira yang mempersendakan agama atau pemimpin2 agama Islam dan sebagainya - yg mana boleh menyinggung-bangkitkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia. Jgn sekali2 melangkaui batas, semasa menghasilkan karya satera. Memang sukar utk membezakan antara satira yg baik dgn satira yg melampau - krn benang pemisah antaranya terlalu halus hingga bagaikan halimunan. Jika tidak yakin, lebih baik anda terus dgn karya kreatif yg konservatif saja dahulu - utk mengelakkan drpd melakukan sesuatu yg tidak sengaja dilangkaui.

Peringatan Penting Buat Penulis Satira:
Seperti yg semua tahu, satira boleh digunakan sebagai alat yg sangat utk membawa perubahan. Satira yg dihasilkan dgn baik, boleh membawa perubahan yg positif dlm masyarakat - perubahan yg tidak boleh dilaksanakan melalui penggunaan senjata api ataupun keganasan. Begitupun, satira juga boleh membawa kesan negatif dan mencetuskan pelbagai perubahan yg merosakkan - malah, ada yg hingga kehilangan nyawa. Untuk itu, gunakanlah kebijaksanaan dan berhati2lah apabila anda ingin menggunakan satira sebagai bahan penulisan anda. Sebagai cadangan;Kenapa anda tak tulis Cerita Ibarat, yang sebahagiannya mengisahkan ttg moral, dan sindiran sinis. Cerita Ibarat seperti Arnah dan Kura2 cukup menarik. Begitu juga cerita ibarat seperti `Guliver Travels'...

Bagaimana hendak menggunakan metarofa dengan betul? Jawapannya mudah saja; Dgn mengelakkan klise dan metafora yg bercampur baur.
Apabila digunakan dengan betul, metafora boleh dijadikan alat fiksyen yg sgt berkesan. Ia adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan bahasa dan menghidupkan prosa anda dengan lebih baik. Juga seperti trengkas, hanya dengan beberapa patah perkataan, ia mampu menyalurkan gambaran atau makna cerita dengan serta-merta kepada pembaca.

Namun, seperti lain-lain peranti sastera, metafora boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak digunakan secara betul; membuatkan pembaca keliru, sekali gus menarik perhatian khalayak pembaca kepada lemahnya kemahiran penulisnya sendiri. Perangkap yang paling biasa untuk diperhatikan, apabila menggunakan metafora yang begitu biasa dan kerap digunakan orang lain. Ia dinamakan klise.

Pernyataan seperti `tenang sebelum ribut', `ibunda alam,' atau `dia jantan keparat', sudah terlalu kerap digunakan dan jika terus digunakan akan dianggap klise. Kecuali ia penting dan bersesuaian dgn karya anda, bagaimanapun, kiranya ia lebih elok jika dapat dielakkan sepenuhnya. Andainya anda tidak dapat mencipta metafora sendiri, kadang2 lebih baik terus tidak menggunakan apa2 metafora dan memilih unuk menggambarkannya dengan cara biasa dan biasa-biasa saja.

Metafora Campuran;
lagi satu masalah yang biasa ditemui, adalah kecenderungan untuk mencampurkan metafora atau menggunakan metafora secara keterlaluan - lazimnya berpunca daripada terlalu mahu melakukan sesuatu yg luar biasa, ataupun melakukannya secara cuai atau membabi buta saja. Asal siap, misalnya. Hasilnya, ia membawa dua imej yang betul2 tidak tercapai dek akal;

Contohnya; keyboard kami akan mengajar mata fikir anda untuk dimainkan dengan telinga anda' Di sini, penulisnya cuba menggambarkan 2 metafora - malangnya, ia membawa kepada sesuatu yang tidak tercapai den otak para pembaca (mungkin oleh dirinya sendiri juga, bukan? Kerana; mata fikir tidak boleh memainkan apa-apa pun secara realiti, apatah lagi telinga!

Andainya anda pernah ada rasa ragu2 samada metafora yg akan anda gunakan nanti sesuai dan berjaya ataupun tidak - eloklah anda jgn gunakan langsung pada paragraf itu. Menggunakan metafora secara tidka kena tempatnya dan melulu saja, hanya akan membuatkan seorang penulis itu kelihatan lemah dan mengganggu kelancaran serta pemahaman pembaca. Padahal, tujuan utama penulis menulis adalah untuk berkomunikasi dan menyampaikan masej kepada pembaca?

Ada cara mudah untuk memperdekatkan cara pemikiran kita kepada apa2 saja metafora ataupun perumpamaan yang tercetus dalam pemikiran kita apabila berhadapan dgn sesuatu keadaan. Apa2 saja.. dan jangna bimbang apabila anda terfikirkan tentang sesuatu yang baru..begitu tercetus di fikiran, catitlah ke dalam buku nota anda sebagai bahan rujukan anda kelak. Sentiasalah melakukan latihan minda dengan mengaitkan pelbagai kegiatan harian anda, dgn metafora ataupun perumpamaan. Lebih kreatif dan lebih menyeronokkan. Lama kelamaan, minda anda akan menjadi biasa untuk berfikir secara metafora apabila anda berhadapan dengan pelbagai keadaan di dalam karya anda kelak.

Sebagai contoh;`Saya adalah sebuah kamera dengan penutupnya tertutup, cukup pasif, merakam tapi bukan memikirkan. Merakam lelaki yang sedang mencukur jambang di jendela, dan wanita yang memakai kimono sedang mencuci rambutnya. Suatu hari nanti, semua ini harus berkembang, dicetak dengan berhati2, dan diatur.

" Terjemahan bebas untuk karya Christopher Isherwood, The Berlin Stories.'

No comments:

Post a Comment