Thursday, April 30, 2009

PETUA MENULIS CERPEN-bagi yg minat baca novel..nak buat karya sendiri...(buat kawan2 aku)




· Untuk memulakannya dengan cepat.

* Tersangat terhad jumlah adegan atau babak.* Bermula di bahagian penyelesaiannya, sedekat mungkin.

* Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

* Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

* (Dan kpd saya; nawaitu cerpen itu mahu dihasilkan:) perlu bersih dan jernih)


1. Jom kita memulakannya; Petua Menulis Cerpen Kilat.Tiada idea mahu menghasilkan cerpen? Oklah. Kita cuba yang ini. Andainya anda menghadapi masalah utk memulakan cerpen, lontarkanlah pandangan anda ke luar jendela. Di luar sana, setiap satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang tiada tolok-banding indahnya. Kenapa anda tak menafaatkannya?


Mula2, buat senarai.

Lakar watak-wataknya,

plot,

nada emosi dan sebagainya. Tanpa teragak-agak lagi, turunkan idea (tentulah ada idea, bukan?) dalam bentuk ayat dan paragraf sebagai draf cerpen. Anda juga mungkin mahu menurunkan senarai yg menghubungkan anda dgn tempat kerja ataupun sekolah ataupun Universiti ataupun rumah. Juga perasaan anda bagaimana, bila anda gembira, atau orang yang anda kagumi.


Cerita itu mula dibina dlm lingkungan senarai anda, dan andainya anda mengubah2 ayatnya atau paragrafnya, idea asal anda akan berubah juga. Bina senarai beberapa adegan atau babak. Fikirkan semula tentang saat2 getir dlm hidup anda dan detik2 dihambat tekanan psikologi yang maha dahsyat, di sepanjang hidup anda. Pilih beberapa adegan atau babak terbaik, terluar biasa. Lalu, tulis satu paragraf, utk setiap satu. Cuba gabungkan dan jadikannya sebagai satu rumpun atau gugusan. Pilih satu perkataan yg anda anggap sebagai subjek utama anda, tulis ia di bahagian tengah dan bulatkan. Kemudian, gabungkan semuanya secara bebas di sekitar subjek utama (perkataan). Apa2 saja perkataan yg terlintas di fikiran anda, yg bersesuaian dgn subjek utama anda; aksi, gambaran, peribahasa, perhitungan hidup dan sebagainya. Bulatkan perkataan2 yg telah anda pilih, buat barisan dan anak panah antara perkataan yang ada hubung kait. Mudah2an, anda berjaya menciptakan sebuah cerpen yg baik dgn Petua atas tu k :)


* Bagi anda yg berminat menghasilkan cerpen secara serius, di bwh ini ada beberapa petua tambahan.

Kecuali anda mempunyai otak bak video tercanggih di dunia yg boleh merakam segalanya utk anda - bawalah sebuah buku nota ke mana saja. Buku adalah ibaratkan `inkubator' atau alat pengeram, satu tempat utk anda mulakan daripaa perbualan yang didengar, ekspresi ungkapan, gambaran, idea dan tafsiran terhadap dunia di sekeliling anda. Menulislah sekerap mungkin, secara harian jika boleh. Duduk dan karang ayat yg bersesuaian dgn cerita utk beberapa jam sehari, biarpun anda tiada mood, biarpun anda terpaksa memaksa diri. Kumpul cerita-cerita yg dianggap luar biasa, ganjil dan tidak masuk akal, daripada sesiapa saja yang anda temui, yg mungkin berguna utk penulisan anda nanti. Kaji cerita2 itu semula. Cari makna di sebalik cerita, dan kemudian sesuaikannya dengan keadaan manusia, mengikut kefahaman anda.


*Membaca, membaca dan membaca terus.

Sebelum kita boleh jadi penulis, kita perlu menjadi seorang pembaca dulu. Utk itu, bacalah sebanyak mungkin. Karya2 sastera yang hebat seperti karya A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Chekhov. Shahnon Ahmad, Raymond Carver, Azizi Hj Abdullah, Earnest Hemingway, Alice Munro, Tobias Wolff dan ramai lagi. Ini boleh membantu anda dlm dunia penulisan, lebih daripada apa-apa yg mampu diajar oleh seorang sifu mana2 bengkel penulisan kreatif. Jika tak boleh baca semua, baca saja apa yg termampu, asal karya2 sastera yg telah diperakui akan mutunya.


* Tulis intro yg berunsur suspen.

Dlm dunia yg serba canggih dan cepat kini, ayat pertama cerpen anda seharusnya sudah mampu menarik perhatian pembaca utk terus membaca. Misalnya, dimulakan dgn sesuatu emosi yang luar biasa, suatu pengucapan yg tak dijangka2, sebuah aksi yang mengejutkan, atau sebuah konflik yg membingungkan. Ingat, setiap cerpen harus dimulai dekat sekali dgn penamat cerita. Ertinya, kalau cerita itu 100 kilometer panjangnya, anda harus mulakan dari 90 kilometer. Yg lain semuanya flash back/imbas balik.


* Membina watak.

Biar apa pun kepercayaan anda, sebagai penulis cerpen, tugas anda adalah meletakkan watak2 anda yang berbeza perwatakan di atas pentas (dlm minda) berlegar2 dan bertemu atau bertembung antara satu sama lain buat seketika. Mungkin, dengan pelbagai bunyi, gembira, sedih, terharu, marah, benci, sayang dll, mempunyai nilai tersendiri yg boleh anda kembangkan dlm cerpen anda. Dan, untuk membina watak yang hidup, bernyawa, dari pelbagai segi - adalah penting utk belajar lebih ttg watak yg ingin diketengahkan ke dlm karya anda. Antara yg perlu diambil kira; nama, usia, kerjaya (dia buat apa) agama, kaum, perawakan, penampilan, tempat tinggal, haiwan peliharaan :), hobi, bujang atau tidak, anak2?, sikap,warna kegemaran, kawan2, makanan kegemaran, ketakutan, kelemahan, yang disayangi/dibenci, rahsia, ingatan paling kuat? Sihat tidak? Tanda atau gerak isyarat tertentu apabila takut, gembira, gementar dll? Membayangkan semuanya secara terperinci, dapat membantu anda membina watak, tp anda tak perlu menurunkan semuanya utk tatapan pembaca. Yg perlu pembaca fahami; kemunculan watak, dgn menggambarkan aksinya - bukan sebaliknya dgn menyenaraikan kata sifat atau adjectifnya.


* Pemikiran.

Bawa pembaca memasuki jiwa watak, tunjukkan kepada mereka apa kenangan yg tersirat tp tak tersurat oleh watak, segala kemarahan, ketakutan, harapan dll. Misalnya, saya mahu menulis tentang seorang doktor pakar bedah, utk sebuah cerpen. Jadi, apa yg saya tahu ttg doktor itu dan profesionnya?


Misalnya,Nama gelar kegemarannya, Tuan Besar dan semua org panggil dia Tuan Besar. Dia berusia 45 Tahun. Bapanya org Malaysia, dan ibunya org putih. Dia hanya setinggi kaki 6 inci. Walaupun dia kelihatan mesra dgn para pesakit, tp dia garang sekali dgn doktor2 pelatih di bawah kendaliannya. Dia suka kereta dan wanita. Dia membongkok sedikit, krn terlalu byk melakukan pembedahan. Dan sebagainya.


* Pilih satu sudut pandangan;

Sila baca `Sudut pandangan; bagaimana hendak memilih' Dialog. Ia adalah apabila watak atau watak2 berckp sesama sendiri atau berckp kpd dirinya sendiri. Apabila brckp, kita tak menggunakan bahasa skema. Kita menggunakan bahasa prckpn harian, lengkap dgn nada suara tinggi rendah oleh gelojak emosi, dan tidaknya tidak mendatar bukan - bersesuaian dgn jalan cerita. Pendek kata, dialog harus hidup. Harus ada perasaan di dlmnya. Bayangkan, kalau anda tgh marah, bagaimana anda berckp kpd org yg anda marah itu? Biar ada unsur suspen dlm dialog. Biar pembaca tertanya2 kenapa dia mcm tu, kenapa dia macam ni. Lagipun, utk apa pembaca terus membaca, jika pengarang telah menjelaskan segalanya dlm setiap susunan ayatnya?


"Suami anda mana?""Dia kerja lebih masa, mcm biasa.""Kerja lebih masa? Huh, alasan!"


* Latar;

Ini bermakna, ia termasuk masa, tempat, konteks, dan suasana di mana plot anda berlangsung. Biasanya, latarlah yang paling menggerakkan minat pembaca, yg mana menyumbang kpd keseluruhan tulang belakang cerita.


Utk itu, lelapkanlah mata anda dan fikir serta bayangkan watak2 anda yg brsesuaian dgn cerita, di pejabat? Di hutan belantara? Di pulau? Di padang bola? Di gelanggang bola sepak? Dgn membayangkan (imaginasi) dpt mengimbangi latar dan perwatakan dlm cerpen anda. Dari mula hingga akhir, bayangkan watak2 anda menghuni sesuatu tempat tertentu/Ingat, latar hanya akan nampak menarik, jika ia digabungkan dgn perwatakan watak dan bersesuai dgn jalan cerita. Berikan sedikit butiran terperinci, bagi membolehkan pembaca menggambarkan adegan/babak cerita itu di dalam minda mreka.


Katakanlah anda menulis ttg seorang peninju. Gambarkan suasana di gelanggang tinju (termasuk penonton, bagaimana rupa gelanggang itu dll, secara tidak langsung), semangat atau perasaan peninjunya, dan saat2 akhir sebelum pertandingan tinju itu berakhir. Apa2 pun, jgn `suap' pembaca dgn pelbagia informasi, misalnya ttg keadaan cuaca, statistik penduduk atau berapa jauh gerai makan dari rumah anda, secara langsung. Sebaliknya, hidupkan semua yg cuba anda sampaikan itu, lewat sudut pandangan watak utamanya - supaya pembaca boleh dpt menyaksikan watak dan pengalaman watak2 anda.


* Bentuk plot.

Plot adalah apa yg berlaku, jalan cerita, aksi. Ia adalah cara bagaiana anda membentuk situasi, di mana segalanya berputar dalam cerita anda dan bagaimana watak2 anda berakhir dlm cerita anda.Plot adalah beberapa siri acara/kejadian yg disusun begitu rupa, supaya ia boleh meninggalkan kesan dramatik, sinematik dan emosional yg mendalam kpd para pembaca.


* Ciptakan konflik dan ketegangan.

Konflik adalah asas kpd cerita anda, sbb dlm sastera, biasanya, hanya masalah atau kacau bilau yg menarik. Ia memerlukan sebuah masalah atau kacau bilau yang hebat, untuk mencetuskan idea dlm pemikiran penulis; misalnya, kelahiran, percintaan, hubungan terlarang, kerjaya, kematian dan sebagainya. Konflik mencetuskan ketegangan atau tension, yg membuatkan sesebuah cerita itu bermula. Ketegangan akan terbentuk apabila ada pertentangan atara watak atau watak2, dan antara tenaga luaran dan dalaman atau keadaan. Dgn mengimbangi pertentangan ini, anda membuatkan pembaca terus melekat pada mukasurat cerpen anda dan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya. Harus ada unsur2 misteri, kejutan, empati, simpati dll.


* Bentuk krisis atau klimaks.

Ini seharusnya detik paling dramatik dlam cerpen anda. Krisisnya mungkin saja dikenal pasti, utk buat keputusan, utk cari penyelesaian. Apa yg watak itu tidak nampak atau menyedari apa yg perlu dilakukan nya pada mulanya, akhirnya akan mengambil keputusan yg jitu. Timing itu penting. Jika krisi itu timbul terlalu awal, nanti pembaca mengharapkan akan ada detik paling dramatik yg lain pula. Jika ia muncul terlalu lambat, pembaca akan naik bosan pula utk menyudahkan bacaannya. Padahal, itulah detik yg ditunggu2 oleh pembaca. Dramatik, tapi bersesuaian.


* Mencari PenyelesaianBagaimana hendak menyelesaikan konflik.

Dalam cerpen, ia mmg sukar utk menyediakan sebuah penyelesaian yg lengkap atau sempurna. Dan anda selalu akan menunjukkan watak-watak yg akan berubah tanggapan, sikap atau nasib, pada pengakhiran cerita.


Misalnya, watak negatif mungkin saja akan brubah menjadi positif, atau kalau mula2 cerpen, watak A tak suka makan sambal belacan - tp pada pengakhiran cerita, dia mula berusaha belajar utk memakannya, dll - pada akhir ceritanya. begitulah seterusnya. Macam sukar saja kan? Tidaklah :) Itu dari segi teori saja. Praktikalnya jauh lebih mudah, percayalah.


Membentuk Watak
Membentuk Watak Dalam Karya AndaBagaimana kita hendak menentukan watak utama yg sesuai kita masukkan ke dlm karya kita, sama ada cerpen ataupun novel?


Cara saya, lazimnnya, saya akan mengambil watak daripada manusia yg betul2 saya kenal dlm dunia realiti (selalu pula saya gabungkan dgn perwatakan saya sendiri), tp saya pastikan menggunakan nama dan lokasi/suasana yg berbeza daripada alam realiti... ini utk mengelakkan daripada saya menyinggung perasaan (jika dia terbaca) sekaligus mengelakkan daripada saya disaman malu oleh beliau. Kita boleh saja ambil perwatakan A dalam dunia realiti tapi jalan ceritanya haruslah mengikut jalan cerita X dlm dunia realiti.


Atau, anda cipta saja jalan ceritanya, berbeza dgn jalan cerita watak yg anda pilih itu... lebih menyeronokkan begitu, bukan? Lagipun, kita bukan melaporkan berita, kita menghidangkan karya kreatif - jadi, creat lah, okay.Selain daripada watak utama, kita juga perlu bina watak2 lain yg melingkungi hidup watak utama itu...


misalnya, ahli keluarga, saudara mara, handai taulan - juga musuh, tentunya bukan? Begitu dibina, anda perlu mengangkat-serlahkan perwatakan mereka kepada tahap semaksima mungkin. Tiupkan nyawa, semangat juga, gejolak perasaan, kekuatan dan kelemahan - ke dalam watak2 itu, sehingga mereka boleh berfikir sendiri secara individu. Begitu watak2 itu sudah terbentuk seperti manusia bernyawa biasa, watak2 itu haruslah mengikut arus plot dan saling membantu memperkuatkan cerita dalam perwatakan masing2.



Sebagai permulaan, eloklah anda mengambil watak yg paling hampir dengan diri anda, yakni diri anda sendiri - atau diri orang yg bertentangan dengan perwatakan anda, lebarkah peranan mereka.


Bereksperimenlah, pasti menyeronokkan dan mencabar, pasti. Beri watak wanita/lelaki anda bertukar menjadi watak lawan jantina, dan lihat bagaimana watak itu hidup dan memainkan peranannya sendiri.Satu lagi cara untuk membentuk watak ialah dengan menggunakan deria penglihatan dan pendengaran anda. Lihat dunia lingkungan anda, terutama sekali di tempat2 terbuka (macam yg Sasterawan Negara A. Samad Said lakukan). Perhatikan perilaku orang ramai di sekitar anda, caragaya mereka berkomunikasi, caragaya mereka menangani anak2 mereka, keluarga mereka, kekasih mereka, teman sekerja mereka dan sebagainya. Dari situ, ada akan menyaksikan perbezaan yg sangat halus dan sangat sedikit, misalnya pada bunyi, makna, perasaan, warna, rupa dan sebagainya. Itu sudah boleh banyak membantu memberikan ilham untuk anda berkarya.


Elok juga jika anda membawa satu buku nota, ke mana saja anda pergi untuk mencatatkan apa saja yag menarik perhatian anda (saya sendiri belum lagi buat begini, kerana buku nota saya dlm kepala saya saja) Dan yang paling menarik dengan kegiatan ini, secara tidak langsung anda sebenarnya sudah pun memulakan karya anda.Juga, jangan lupa tentang cara pemakaian, budaya hidup masyarakatnya, fahaman agamanya, ideologinya dan sebagainya yang selalu saja memantulkan sikap watak2 tersebut. Ini penting, kerana ini yang membezakan antara novel dengan cerpen. Novel lebih terperinci, sementara cerpen padat dan singkat segala2nya. Ramai penulis berkarya cara ini... kalau setakat pakaian, fahaman agama dan ideologi, boleh dipelajari lewat internet dan buku2 non-kreatif. Utk mengenal manusia sebenarnya, kita perlu pelajari dari manusia juga akhirnya. Andainya anda jenis penulis yg pemalu dan tidak banyak bergaul (kebanyakan penulis begini) anda boleh saja mempelajarinya dengan membaca novel2 bermutu orang lain dan baca juga buku2 psikologi yang banyak boleh dipinjam dari perpustakaan anda.


Cuba kaitkan kisah2 menarik yg anda baca, dengan watak2 yg anda bina dan gambarkan ia sebagai personaliti mereka yg kukuh.


Apa Itu Penulisan Kreatif?
Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.


Tapi apa itu Penulisan Kreatif? Penulisan adalah suatu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis. I membebaskan kita daripada identiti massa yg kita lihat di sekeliling kita. Di mana akhirnya, penulis akan menulis bukan untuk menciptakan hero/watak utama tidak yang melanggar nilai2 murni sejagat, tapi untuk menyelamatkan diri sendiri - untuk kelansungan hidup sebagai individu.


Penulisan, biar dalam genre apa sekali pun, memang agak sukar, tapi berbaloi - anda akan mendapat keputasan yang tiada taranya, setiap kali sesebuah karya itu selesai digarap. Menjadi seorang insan kreatif kadangkala agak sukar, mencabar pada ketika-ketikanya, tp juga menyeronokkan.


Bagaimana Hendak Memulakannya? Betulkah, seperti tanggapan ramai, bahawa jika seseorang itu sudah membaca banyak cerpen ataupun novel, mereka sudah boleh menghasilkan sebuah karya penulisan kreatif? Ada ramai juga yang percaya; oleh kerana kebanyakan daripada kita `petah di dalam minda' dan bukan buta huruf, maka tidak perlu ada tempoh percubaan jika kita mahu memahirkan diri dalam pertukangan penulisan kreatif. Ramai yang berfikir begitu, sehinggalah dia cuba menghasilkan novel pertamanya. Seperti sebuah perabot, mempunyai keperluan tertentu, syarat pembinaannya yang perlu dipelajari (merancang, mengenal pasti stye dan jenis kayu yang dikehendaki, menyukat, menggergaji-bentukkan, menukul-pakukan, membarnish-kilatkan dan sebagainya).


Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri - sama juga macam kita sudah duduk di atas banyak kerusi, tidak bermakna kita semua boleh buat kerusi, bukan?Bagaimanapun, jika anda ingin sekali menghasilkan karya tanpa sebarang panduan daripada yg lebih mengetahui caranya, tak salah kiranya kalau mencuba; tapi janganlah terlalu kecewa, andainya usaha pertama anda tidak sebaik yang anda harapkan. Sama juga macam seorang tukang kayu yang mungkin mendapati kerusi pertama yang ditukanginya, tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin kaki kerusi itu bergoyang2 atau tempat melabuh punggung di kerusi itu senget sebelah. Banyak buku2 yang cenderung membina penulis2 baru .


Seeloknya anda baca buku2 itu dihasilkan oleh mereka yang benar2 giat menulis, samada cerpen ataupun novel, kerana anda mahukan pengalamannya sebagai seorang cerpenis dan novelis. Selain daripada mendapatkan tips daripada penulis2 berpengalaman - saya, misalnya. Sebelum menghasilkan novel, saya cadangkan anda memulakan karya yang ringan sedikit. Menghasilkan cerpen dahulu. Apabila anda sudah menghasilkan cerpen, anda sebenarnya sudah boleh menulis novel.


Untuk novel pertama dan kedua, elok juga anda memulakan dengan penulisan yang ringan sedikit juga. Misalnya, novel kanak-kanak dan remaja - sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Selepas siap (tak payah tunggu terbit, asal dapat kelulusan pun ok) saya yakin anda sudah punya cukup keberanian untuk mengorak lang dan menghasilkan novel dewasa pula. Untuk menghasilkan novel dewasa pertama - nanti kita boleh bincang, ok?


Namun, andainya anda akhirnya hanya termenung berjam-jam, menatap skrin komputer yg tidak memaparkan apa2 pada muka surat ms worda anda tu, kenapa tulis saja idea/cerita yang anda fikirkan hingga menggerakkan menghampiri komputer anda sebelumnya. Ini adalah sebagai satu latihan ringkas, mengarah kepada penulisan yang sebenarnya. Jangan terlalu memikirkan tentang tata bahasanya, jalan ceritanya, watak2nya, suasananya ataupun mutu penulisannya (kerana anda belum lagi mahu menghantar manuskrip anda kepada pihak penerbit ketika ini kan?).


Bila anda sudah dapat melihat idea atau ilham cerita anda di dalam bentuk `hitam/putih', ia akan memberikan anda semacam semangat untuk memikir-kembangkan cerita anda itu dalam bentuk novel. Tips untuk penulis baru; `Latihan ringkas' adalah untuk menguatkan `otot-otot' penulisan anda - dan jika anda kehabisan idea/ilham, elok jika anda berbincang dengan ahli keluarga dan handai tau dan meminta pandangan mereka. Mereka mungkin bukan penulis, tapi mereka mampu mungkin boleh berfikir dengan lebih logik kerana tidak dibebani oleh tuntutan penghasilan karya seperti anda. Cubalah, itu yg sering saya lakukan. Tidak semestinya, semua pandangan mereka anda terima. Mana yg bersesuai dgn jalan cerita anda, anda ambil. Mana yg tidak, diamkan saja. Sebagai membalas budi, ambil nama mereka sebagai antara watak2 baik dlm karya anda. Seperti yang saya sering lakukan.


Entah mengapa, ramai penulis baru mendapati bahawa mencuci pakaian, memasak, mengemas rumah, menonton tv, memotong rumput lalang lebih menarik, berbanding dengan apabila mereka terpaksa duduk berjam2 menghadap komputer dan dgn segala jerih payahnya cuba menyusun kata demi kata di dalam microsoft words page mereka!


Dalam keadaan ini, anda hanya ada satu pilihan; paksa diri untuk melalui keraguan dini ini, setelah penulisan itu mulai memasuki ke mukasurat ke 2 dan seterusnya, ia akan semakin mudah bagi anda, percayalah. Cuba menulis setiap hari, biarpun ia hanya untuk 30 jam, sementara itu anda perlu mengembangkan watak dan plot cerita di dalam minda anda, terus-terusan. Andainya sekali lagi idea anda terbantut di tengah jalan, bawa buku nota ke mana-mana saja anda pergi dan cuba kaitkan apa saja yang anda perhatikan, dengan cerita anda. Selain daripada pemerhatian, anda juga perlu memasang telinga; di setesyen bas, di restoran, di kafe, di pasaraya, di perhimpunan umum dan sebagainya.


Melalui cara pemerhatian ini juga, anda akan mendapat menangkap bunyi dialog2 natural dan hebat (tercetuskan oleh keadaan tertentu atau bau yg dihidu), apabila dimasukkan ke dalam karya anda. Kenal pasti akan detik bila anda paling kreatif. Untuk kebanyakan penulis, masanya adalah pada awal pagi sebelum pelbagai kegiatan asas perlu diberi perhatian dan ditunaikan. Ada juga akan lebih senang berkarya pada lewat malam, setelah semua ahli keluarganya masuk tidur. Ada pula tidak mengira masa untuk berkarya, asal telinga mereka boleh disumbat dengan irama muzik dari mp3. Jangan takut untuk membuat eksperimen!


Semasa mula berkarya, janganlah terlalu bimbang samada anda menulis dengan cara betul ataupun tidak. Semua penulis akan mengulang kaji dan mengedit manuskrip mereka, setiap kali semasa berkarya dan selepas berkarya. Amat jarang bagi mana2 penulis yang menulis pertama kali dan semuanya terus sempurna segalanya, tak perlu diperiksa-editkan jalan ceritanya, tata bahasanya, susunan ayatnya dan lain2 lagi. Begitu selesai draf permulaannya, biarkan ia buat beberapa hari - kemudian datang balik kepadanya dalam keadaan kepala yang segar.


Jika anda tahu di mana masalahnya dengan cerita anda tapi tidak pasti di manakah ia, minta bantuan ahli keluarga atau rakan penulis anda. Tidak ada rakan penulis yang tinggal berhampiran dengan rumah anda, anda boleh dapat rakan penulis melalui online. Kadangkala, para penulis juga akan berasa tertekan sehingga merasakan bahawa kerja penulisan kreatif adalah kerja paksaan dan mesti dibuat, dia mungkin ingin melengah-lengahkannya seboleh mungkin.


Jika plot anda terlalu sukar diterima akal, watak-watak dalam karya anda akan meratap kebosanan dan anda yakini bahawa kanak-kanak boleh menghasilkan karya lebih baik daripada anda - rehatlah. Kemudian, bangun balik dan mulakan projek baru, sesuatu dibuat secara suka-suka saja.


Tulis cerpen mini sebanyak 10 muka surat cuma. Dengan menyudahkan karya pendek begitu, boleh membantu membina semangat anda - jika karya panjang hanya membuntukan fikiran anda, buat ketika ini. Lambat-laun, dengan sendirinya anda akan tergerak untuk menghasilkan karya panjang (novel) pula, utk menyampaikan perjuangan anda dengan lebih bebas lagi.


Tips tambahan;1. Sertai apa saja pertandingan penulisan kreatif. Bina nama. Apabila nama sudah tercipta di mana-mana, karya anda akan lebih mudah diterima oleh pihak penerbit.


2. Kunjungi website2 dan blogs penulis dan pelajari sebanyak mungkin ilmu daripada para penulis mampan tentang tips dan dunia penulisan kreatif.


3. Yakin diri anda boleh buat sebaik penulis lain - jika tidak lebih pun, tabah melalui banyak cabaran/dugaan, dan sedia untuk berkorban segala kepentingan diri, sementara karya dalam proses penulisan.


No comments:

Post a Comment