Friday, May 1, 2009

Seseorang yang diBENCi dan diSAYANGi

Aku terasa ingin
mendongak
melihat langit yang mendung
Biar terbasuh airmata bersama
hujan yang menuruni
bumi
ma...
Seharusnya luka ini hanya satu luka
Seharusnya aku sadar
aku kehilanganmu
Seharusnya aku sadar kau semakin
jauh meninggalkan aku

Seharusnya aku lebih tabah
kerna
Aku harus lebih mengerti rasamu
Tapi nyata..
aku tak mahu mengerti ma..
kenapa aku perlu mengerti rasamu
sedang rasaku tidak pernah dimengertikan?
kau yang pergi ma...
aku yang
bersunyi dalam pelukan kedinginan
pernahkah kau bertanya
apa yang aku rasakan?

Malam dikejauhan
mataku liar masih menari-nari
mencari
Bayanganmu

ma...bukankah aku juga manusia?

Aku seharusnya disayangi seperti kalian
ingin merasa bahagia..
ingin merasa belaian

Tapi kenapa aku ditinggalkan disini
Aku seharusnya merindukan pelukanmu
Aku seharusnya menyentuh alunan rerambutmu
Nyata aku berkhayal dengan pedih

Terasa ingin membencimu seisi sepenuh hatiku
Terasa ingin melontarmu jauh kelubuk derita
yang kurasa..

Aku memaksa
menjauhi rasaku sendiri
Seharusnya laraku..
bisa terhapus dengan airmata bersama hujan
Seharusnya aku terus mendingin
dan berhenti memikirkan
kau hadir.

tapi
pada siapa harus aku membenci..
pada siapa harus aku mencinta...
sedang
aku serahkan seluruh cintaku
segenapnya berbaur dengan kecemburuan melihat
bayangmu yang ada pada diriku

kenapa rasa ini
seolah membunuh dan menghiris-hiris
walau sesaat
aku teringin untuk senyum bahagia
kenapa..

Andai
Aku bisa terhapus bersama waktu yang
Berterbangan
aku mahu
Mengekorimu..

Namun kau tidak menoleh sekalipun
Kenapa..ma?
Aku kosong dan kesejukan kasihmu..

Seharusnya lilin itu kau nyalakan
Kala aku kedinginan ma..

penantianku
bersendiri..tak berpenghujung
Merindu tidak berbalas dan memeritkan.

8 comments:

  1. Mengharap la dik...
    Kerana mengharap bukan salah...
    Merindulah...
    Mungkin satu hari nanti akan terbalas dengan puas...
    Cintailah...
    Kerana dia masih ada...

    ReplyDelete
  2. Piei: Ntahla...aku penat..Mengharap.Aku penat mo merindu..Xpernah mengerti apa yg aku simpan. Makin aku berharap, makin aku sedih..aku takut makin lama aku tunggu aku penat..rasa syg tu hilang..bila hilang muncul benci..bila benci bertukar dendam..

    mengharap sesuatu yg tak pasti btul2 buat aku lelah..penat..

    ReplyDelete
  3. Jangan kalah dik. Kita sentiasa mengharap. Biar harapan kita tak tercapai tapi sinar sentiasa ada. Dia yang membawa kita ke dunia...

    ReplyDelete
  4. Piei:Thanks a lots my brother..nasihat ko slalu simple,tp mdalam. Buat aku byk bfikir.

    ReplyDelete
  5. sebab aku sentiasa mengharap.
    aku x letak tinggi.
    cukup aku letak sekadar di tempat yang dapat ku gapai.
    sebab aku sendiri takut mengharap tinggi.
    takut jatuh.

    ReplyDelete
  6. kdg2 aku sndri pun takut letak hrpn tinggi..aku takut bila aku jatuh aku luka,bila aku luka...mesti ada parut..bila aku ingat 'parut' tu,aku mesti terkenangkan kepedihan wktu tu....

    jadi benda tu sakit..

    huuu..satu benda yang aku selalu xpaham tntg aku, dr dulu smpai skg..kenapala aku selalu cemburu melihat kebahagiaan org lain....makin aku cuba bhgia aku makin sakit dr dlm...makin aku xkenal diri aku..makin aku tak paham apa yg aku mahu..
    tapi aku bmakna aku menolak utk bhgia..aku perlukan rasa tu utk aku isi yg kosong tu..cuma aku sllu takut utk mgejar bnda tu....kalau aku dah ada org yg aku syg samada aku/dia saling mbhgiakan, aku sllu sangsi..aku tkut ditinggalkan..aku makin trauma dgn rasa sakit tu..

    pedih...sunyi..penat..huu~

    ReplyDelete
  7. org susah nak masuk ke dalam sebab dinding yang dibina. kadang dinding cuba kita robohkan. tapi sudah lama dinding tu ada. cuba roboh pun binaan sudah kuat. kita just ikot flow hidup. kita just berharap. mungkin dinding tu akan pecah satu hari nanti. atau dinding tu boleh ditembusi. tapi kita jangan halang siapa pun untuk masuk dari pintu. kalau pun kita susah terima org masuk lalu dari pintu, kita boleh bercerita dari luar. lama-lama kita benarkan juga masuk.

    ReplyDelete
  8. Piei, bapak penah cakap camni ngn aku..tntg dinding..aku tak halang org utk singgah melihat aku..atau masuk pintu tu..cuma mgkin aku tak sedia ja....sbb sentiasa takut..huu..ntah..

    aku da tbiasa takut..mgkin da tbiasa buat aku jadi begini dn rasa bgini

    ReplyDelete