Monday, February 22, 2010

JANGAN ABAIKAN SAKIT ANDA!

Pada malam majlis perkahwinan Brown, tetamu yang hadir memberitahu Brown kelihatan terlalu kurus. Sebelum ini dia sering mengerang sakit perut. Namun sering juga dia mengabaikan rasa sakitnya itu kerana beranggapan ianya hanya sakit perut biasa. Apabila ditanya sama ada dia ok, atau tidak, dia akan menjawab “Saya sihat.”dengan tegas. Walhal telah berminggu-minggu dia mengalami sakit perut. Akhirnya walaupun keberatan Brown pergi juga membuat pemeriksaan bagi merawat perutnya yang sakit. Sewaktu pemeriksaan, Dr menjumpai ketumbuhan didalam perutnya.Dr mengarahkan rawatan biopsy yang mengesahkan Brown menghidap barah perut!
Sebenarnya sakit adalah cara badan memberitahu bahawa badan anda sedang mengalami gangguan, ini terbukti seperti kes Brown, kita tidak sepatutnya mengabaikan dan memandang remeh tentang apa jua kesakitan yang kita alami.

Menurut Pakar Farmakologi daripada Kumpulan Penyelidikan Sakit, Sekolah Perubatan Madison, University Winconsin, Dr June Dahl , sakit adalah petanda atau amaran sesuatu yang tidak kena pada badan anda.”Ia juga boleh melemahkan sistem ketahanan badan dan menyebabkan anda mudah terdedah kepada jangkitan penyakit,”katanya.
Ada dua jenis sakit, mendadak dan kronik.
Sakit mendadak terhasil daripada kecederaan seperti terbakar atau patah tulang dan akhirnya sebaik sahaja kecederaan pulih ia akan sembuh.

Tidak seperti sakit mendadak, sakit kronik atau sakit berterusan, sukar ditemui, kerana ia mungkin disebabkan penyakit tersembunyi atau kerosakan dalaman.
Skit juga boleh dirujuk, maksudnya tempat sakit tidak bermakna punca penyakit disitu. Ia berlaku kerana adakala jika saraf yang memberi amaran sakit daripada pelbagai bahagian tubuh berada berdekatan, otak mungkin tersilap tafsir punca sakit. Contoh terbaik sakit terujuk ialah angin yang disebabkan kekurangan oksigen kepada jantung. Walaupun sakit berpunca daripada jantung, ramai mengadu mengalami kesakitan pada lengan kiri, tidak dada.
CARI PUNCA SAKIT.

Walaupun kadangkala sukar mencari punca sakit, ada beberapa panduan yang boleh membantu anda;
 PERUT

Sebab banyak organ penting berada di kawasan perut, anda perlu mengambil berat setiap sakit pada kawasan ini. Sakit tajam dibahagian kanan disertai demam boleh menandakan radang apendiks. Ia mungkin perlu dibuang. Kesakitan pada bawah perut disertai demam dan lelehan mungkin menandakan penyakit radang pangkal rahim (pelvic inflammatory disease), jangkitan uterus, ovari dan tiub falopio. Anti biotic selalunya dapat menyembuhkannya. Kesakitan sewaktu membuang air kecil mungkin disebabkan jangkitan pada saluran kencing. Antibiotik dan minum air yang banyak boleh membantu menyembuhkannya.

 BELAKANG

Salah gerak atau keterlaluan melakukan senaman, tentunya akan mengalami sakit belakang. Ia terjadi apabila otot terlalu kejang atau koyak kerana digunakan keterlaluan atau cara salah. Ia mengambil masa beberapa minggu untuk sembuh. Asprin, urutan, ais dan rehat yang cukup boleh mengurangkan sakit yang bermula dari belakang terus ke punggung dan kaki serta bertambah teruk, mungkin menandakan tulang punggung retak (disk) yang memerlukan rawatan doktor.
Osteoporosi, proses pereputan tulang yang sering dialami oleh wanita yang putus haid, juga boleh menyebabkan sakit belakang. Ia selalunya dirawat dengan horman. Senaman membentuk tulang juga membantu.

 DADA

Sakit dada sering dikaitkan dengan masalah jantung tetapi ia tidak selalunya tepat. Jika dada anda sakit ketika anda membongkok atau baring, anda mungkin hanya mengalami pedih hulu hati. Cuba antiasid untuk mengurangkan. Pleurisy atau radang selaput dada menyebabkan kesakitan apabila menarik nafas. Ia diiringi batuk dan sakit kepala. Selalunya ia memerlukan antibiotic untuk diubati. Sakit ketika diserang sakit jantung selalunya sering merebak ke bahu, tengkuk dan lengan. Tanda-tanda serangan sakit jantung lain ialah pendek nafas, peluh, loya dan pitam. Jangan berlengah mendapatkan rawatan jika anda mengesyaki serang jantung.
 KEPALA

Ada banyak jenis sakit kepala. Yang paling lazim ialah tekanan yang disebabkan otot tegang. Sakit kepala jenis ini boleh dirawat dengan ubat seperti asprin, paracetamol, Tylenol dan pelega otot yang diberi oleh Dr.
Migrain meyebabkan kesakitan berdenyut pada sebelah kepala dan selalunya penglihatan kabur. Migrain boleh diubati dengan ubat yang mengecutkan saluran darah dan ubat penenang.

Jangkitan sinus, boleh menyebabkan sakit kepala pada bahagian pipi dan dahi dan kadang kala mengeluarkan hingus kuning-hijau, anda memerlukan antibiotic untuk melegakan kesakitan ini.

TMJ (temporomandibular joint dysfunction) juga sakit kepala, dan ianya satu keadaan rumit yang boleh menyebabkan lemah pada otot dagu dan juga sakit belakang. Ia terjadi kerana gigitan yang salah dan kancing gigi. Ia boleh diubati dengan plat membetulakan gigitan dan teknik meredakan otot.
 SENDI

Sakit sendi disebabkan salah satu arthritis (sengal sengal). Apabila sendi bengkak, merah dan panas serta sakit lebih terasa pada waktu pagi, ianya petanda arthritis rheumatoid, serangan sistem imunisasi pada sendi. Asprin, ibuprofen adalah ubat kepada sakit sendi ini. Osteoarthritislebih biasa terjadi apabila seseorang meningkat usia. Ia boleh diubati dengan menggunakan asprin, ibuprofen dan minyak panas.

No comments:

Post a Comment