Aku penah ada pengalaman melihat orang2 yg histeria hatta aku sendiri hampir2 ke arah itu, bila mana satu ketika aku sedang mendengar surah Yassin. Hilaian halus mengilai dan mengikik mentertawakan aku sambil ‘dia’ menghentak2 sesuatu..Yang pasti suara itu milik perempuan..(Alhamdulillah aku tak nampak susuk tubuh dlm bntuk fizikal-gile msti pengsan!huhu..) (T____T).hmmph orang2 yg tak pecaya bertanya. Betol ke?Halusinasi ko je u..so,apelah perasaan ngko yo? ko takut tak? jwpn aku after 1 week normal frm paronoid/trauma huhu: “gilee!! Tak takut?!!!mengigil badan aku dwoh! hujung jari aku semua terase sejuk, bulu roma meremang, hujung kaki sejuk..sampaikan aku ntah mcm mane leh berselubung>> cari selimut tutup badan aku yang mengeletar! Mse tu seolah2 ada bisikan halus yang berdesir..dapat rasa bingit yang menusuk telinga aku..aku pun x paham apa jadi kat aku...aku balik2 ingatkn diri aku jadi histeria!jangan kene!jgn!kuat!kuat! huhu..T__T aku lawan perasaan takut tue dengan kuatkan vol.surah Yassin (laptop) dan cuba fokus dgr surah2 yg lain, aku ikut baca sama..(wlupun lebih kuat rse nak mjerit mase te!) dlm keadaan aku yang cuak jantung berdegup2 laju pheww~..panas sejuk badan aku tutup mate cuba fokus ayat2 tue(makin kuat aku lawan, makin kuat dia menghilai) betapa halusnya syaitan mempermainkan perasaan manusia..Lastly aku cari kekuatan aku sebut nama Allah aku taip msg mintak member dtg tolong aku.drg dtg tkejut kot tgk aku yg pucat lesi..huhuhu....>>tu la lain kali duduk lagi snd2 yeh yoyo..huhu T__T..nak wat cmne aku kan mmg org yg *solitude (bersendiri)..huhuhu..aku teringat tentang buku yg aku bace..
Iblis telah bertekad bulat untuk berusaha menggoda dan menyesatkan manusia spt di dalam Al-Quran, ”kemudian saya (iblis) akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka.”....menaburkan perasaan was2 atau tidak khusyuk dlm solat ke dalam hati manusia. Apatah lagi dlm keadaan sedar ..mahupun tak sedar.*
Dah lah aku kena tu masa aku duduk berseorangan kat ofis gerakan Dewan Recital..hmmph aku nak share hal berkaitan HISTERIA.
Apa yg kowang paham tentang histeria??
Istilah histeria selalunya dirujuk kepada seseorang yang tidak sedarkan diri secara keseluruhan, atau mempunyai kesedaran tetapi seseorang itu tetap tidak dapat mengawal dirinya; menjerit, meraung dan berlari tanpa haluan, menangis, menjadi ganas, memukul, menerajang, memaki hamun dan sebagainya. Apabila sembuh mangsa tidak menyedari apa yang telah berlaku ke atas dirinya..
Dalam masyarakat melayu, orang yang berada dalam keadaan’menurun’ lalu melakukan rawatan juga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri , atau melakukan sesuatu di luar ikhtiharnya; iaitu apa yang dituturkan, tangan yang memegang keris, memotong limau, memegang kemenyan, memecah-mecahkannya lalu memasukkannya dalam pahar pengasap kemenyan, juga lain-lain tindak tanduk yang berkaitan dengannya.
Apabila sedar, individu berkenaan akan bertanya semula kepada pesakit, atau orang yang datang meminta pertolongan darinya, bertanyakan apa yang diminta oleh makhluk yang meresap dalam tubuhnya, yang dipanggil sebagai ‘embah’..’datuk’..’wali-wali’..’Puteri Gunung Ledang’.’Rijalul Ghaib’..dan sebagainya. Terjadinya hal demikian kerana segala-galanya berlaku di luar sedar. Sama seperti mereka yg terlibat dengan tarian kuda kepang, orang yang terlibat dengan amalan kebatinan mempertahankan diri, membolehkan mereka bersilat biarpun tidak pernah mempelajari ilmu persilatan. Apabila pulih mereka tidak sedar apa yang berlaku apabila sudah normal seperti sediakala.
Ini berlaku contohnya kerana:
-adanya mahluk luar iaitu jin@jin2 yang meresap dlm tubuh myebabkan seseorang itu berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun, menari kuda kepang, bersilat atau menjadi kebal.
-dalam hal proses ini berlaku, orang yang terlibat akan mengalami kedatangan tanda2 mahluk jin tadi. Terdengar suara seperti desiran angina, bunyi loceng berbalam2, alam sekeliling terasa suram, kelam, telinga menjadi kebal, bulu roma meremang, kepala terasa dingin diikuti rasa sebu, kemudian kembali normal seperti sedia kala.
-terasa seram sejuk di hujung2 jari tangan dan kaki. Denyutan menjadi lebih kuat. Terdengar suara bising meresap ke kepala.
-jari jemari mengeletar sedikit demi sedikit, lalu akhirnya individu berkenaan tidak searkan diri, bertindak menurut tujuan upacara berkenaan diadakan, melakukan rawatan dalam keadaan menurun, tarian kuda kepang, silat dan sebagainya.
Penomena hysteria, tidak membolehkan mangsa melakukan rawatan, menari, bersilat, menjadi kebal seperti yang dijelaskan. Namun demikian simptom2 kehadiran jin dan resapannya ke dalam diri wujud pada mangsa hysteria. Mereka tidak dapat mengawal diri dan melakukan tindak-tanduk di luar kawalan. Ini kerana adanya jin atau jin-jin yang meresap dalam dirinya dan mahkluk ini menyerang bahagian otak, maka mangsa akan melahirkan tingkah laku hysteria, ketidaknormalan otak.
(Perkongsian ini aku dpt lepas baca buku ni*; Dato’ Dr.Amram Kasimin-Ayat Pelindung Diri& Rawatan Histeria;2008)
Perlu kita jelas bahawa, makhluk ini diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T iaitu keupayaan melihat manusia. Perawat tidak tahu setakat mana kekuatan yanhg dimiliki oleh mahkluk ini. Namun demikian Allah S.W.T menganugerahkan umat Muhammad mukjizat Al-Quran juga kalimah-kalimah doa sebgai penawar kesembuhan dan rahmat. Dalam masa yg sama Allah S.W.T memerintahkan malaikatNya untuk memberi nur (cahaya), untuk menjadi pendinding daripada pelbagai masalah dan kecelakaan..
Antara doa yg di syorkan utk merawat/pemusnah Histeria @ segala sihir bagi siperawat :
(surah Al-A’raf:120-122/surah Yunus:81-82/surah Taha:69/surah Al-Furhan;23/surah Al-mukminun:115-113*3x/surah Zalzalah:1-8/Al-Mu’awwizat-surah Al-Ikhlas, An-Nas,Al-Falaq)
Antara doa2 yang disyorkan utk rawatan histeria :
(surah Al-Fatihah: 1-7/surah Al-Baqarah:1-5/surah Al-Baqarah:255-257/surah Al-Baqarah:284-286/surah Ali-Imran:1-9/surah Al-A’raf:54-56/surah Al-Mu’minun:115-118/surah Yassin:1-12/surah Ash-Shaffat:1-11/surah Ghafir:1-3/surah Al-Hasyr:21-29/surah Al-Hadid:1-6/surah Al-Baqarah:163-164/surah Ali-Imran 18-19/surah Ar-Rahman:1-16/surah Al-Jin:1-4/surah al-Ahqat:29-33/surah Ar-Rahman:33-35/)
Ayat2pelindung diri ini hendaklah dibaca setiap kali lepas sembahyang fardu, atau sekurang2nya di waktu pagi dan petang, slpas sembahyang subuh dan maghrib, ketika hendak melangkah keluar rumah/dlm pjalanan, sekiranya timbul rasa bimbang, ragu2, kurang yakin, amalan harian diwaktu malam.
>>insyaAllah..elak dari terkena..kita kena byk2 istigfar,beristizah(mohon perlindungan kpd Allah), kemudian berselawat.Selain itu amalkan sehari2n.
“Aku berlindung kepada Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.”
No comments:
Post a Comment