Showing posts with label hantu..mereka dan alam lain. Show all posts
Showing posts with label hantu..mereka dan alam lain. Show all posts

Wednesday, March 17, 2010

HISTERIA?

Aku penah ada pengalaman melihat orang2 yg histeria hatta aku sendiri hampir2 ke arah itu, bila mana satu ketika aku sedang mendengar surah Yassin. Hilaian halus mengilai dan mengikik mentertawakan aku sambil ‘dia’ menghentak2 sesuatu..Yang pasti suara itu milik perempuan..(Alhamdulillah aku tak nampak susuk tubuh dlm bntuk fizikal-gile msti pengsan!huhu..) (T____T).hmmph orang2 yg tak pecaya bertanya. Betol ke?Halusinasi ko je u..so,apelah perasaan ngko yo? ko takut tak? jwpn aku after 1 week normal frm paronoid/trauma huhu: “gilee!! Tak takut?!!!mengigil badan aku dwoh! hujung jari aku semua terase sejuk, bulu roma meremang, hujung kaki sejuk..sampaikan aku ntah mcm mane leh berselubung>> cari selimut tutup badan aku yang mengeletar! Mse tu seolah2 ada bisikan halus yang berdesir..dapat rasa bingit yang menusuk telinga aku..aku pun x paham apa jadi kat aku...aku balik2 ingatkn diri aku jadi histeria!jangan kene!jgn!kuat!kuat! huhu..T__T aku lawan perasaan takut tue dengan kuatkan vol.surah Yassin (laptop) dan cuba fokus dgr surah2 yg lain, aku ikut baca sama..(wlupun lebih kuat rse nak mjerit mase te!) dlm keadaan aku yang cuak jantung berdegup2 laju pheww~..panas sejuk badan aku tutup mate cuba fokus ayat2 tue(makin kuat aku lawan, makin kuat dia menghilai) betapa halusnya syaitan mempermainkan perasaan manusia..Lastly aku cari kekuatan aku sebut nama Allah aku taip msg mintak member dtg tolong aku.drg dtg tkejut kot tgk aku yg pucat lesi..huhuhu....>>tu la lain kali duduk lagi snd2 yeh yoyo..huhu T__T..nak wat cmne aku kan mmg org yg *solitude (bersendiri)..huhuhu..aku teringat tentang buku yg aku bace..
Iblis telah bertekad bulat untuk berusaha menggoda dan menyesatkan manusia spt di dalam Al-Quran, ”kemudian saya (iblis) akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka.”....menaburkan perasaan was2 atau tidak khusyuk dlm solat ke dalam hati manusia. Apatah lagi dlm keadaan sedar ..mahupun tak sedar.*
Dah lah aku kena tu masa aku duduk berseorangan kat ofis gerakan Dewan Recital..hmmph aku nak share hal berkaitan HISTERIA.

Apa yg kowang paham tentang histeria??
Istilah histeria selalunya dirujuk kepada seseorang yang tidak sedarkan diri secara keseluruhan, atau mempunyai kesedaran tetapi seseorang itu tetap tidak dapat mengawal dirinya; menjerit, meraung dan berlari tanpa haluan, menangis, menjadi ganas, memukul, menerajang, memaki hamun dan sebagainya. Apabila sembuh mangsa tidak menyedari apa yang telah berlaku ke atas dirinya..
Dalam masyarakat melayu, orang yang berada dalam keadaan’menurun’ lalu melakukan rawatan juga berada dalam keadaan tidak sedarkan diri , atau melakukan sesuatu di luar ikhtiharnya; iaitu apa yang dituturkan, tangan yang memegang keris, memotong limau, memegang kemenyan, memecah-mecahkannya lalu memasukkannya dalam pahar pengasap kemenyan, juga lain-lain tindak tanduk yang berkaitan dengannya.
Apabila sedar, individu berkenaan akan bertanya semula kepada pesakit, atau orang yang datang meminta pertolongan darinya, bertanyakan apa yang diminta oleh makhluk yang meresap dalam tubuhnya, yang dipanggil sebagai ‘embah’..’datuk’..’wali-wali’..’Puteri Gunung Ledang’.’Rijalul Ghaib’..dan sebagainya. Terjadinya hal demikian kerana segala-galanya berlaku di luar sedar. Sama seperti mereka yg terlibat dengan tarian kuda kepang, orang yang terlibat dengan amalan kebatinan mempertahankan diri, membolehkan mereka bersilat biarpun tidak pernah mempelajari ilmu persilatan. Apabila pulih mereka tidak sedar apa yang berlaku apabila sudah normal seperti sediakala.
Ini berlaku contohnya kerana:
-adanya mahluk luar iaitu jin@jin2 yang meresap dlm tubuh myebabkan seseorang itu berupaya melakukan rawatan dalam keadaan menurun, menari kuda kepang, bersilat atau menjadi kebal.
-dalam hal proses ini berlaku, orang yang terlibat akan mengalami kedatangan tanda2 mahluk jin tadi. Terdengar suara seperti desiran angina, bunyi loceng berbalam2, alam sekeliling terasa suram, kelam, telinga menjadi kebal, bulu roma meremang, kepala terasa dingin diikuti rasa sebu, kemudian kembali normal seperti sedia kala.
-terasa seram sejuk di hujung2 jari tangan dan kaki. Denyutan menjadi lebih kuat. Terdengar suara bising meresap ke kepala.
-jari jemari mengeletar sedikit demi sedikit, lalu akhirnya individu berkenaan tidak searkan diri, bertindak menurut tujuan upacara berkenaan diadakan, melakukan rawatan dalam keadaan menurun, tarian kuda kepang, silat dan sebagainya.
Penomena hysteria, tidak membolehkan mangsa melakukan rawatan, menari, bersilat, menjadi kebal seperti yang dijelaskan. Namun demikian simptom2 kehadiran jin dan resapannya ke dalam diri wujud pada mangsa hysteria. Mereka tidak dapat mengawal diri dan melakukan tindak-tanduk di luar kawalan. Ini kerana adanya jin atau jin-jin yang meresap dalam dirinya dan mahkluk ini menyerang bahagian otak, maka mangsa akan melahirkan tingkah laku hysteria, ketidaknormalan otak.
(Perkongsian ini aku dpt lepas baca buku ni*; Dato’ Dr.Amram Kasimin-Ayat Pelindung Diri& Rawatan Histeria;2008)
Perlu kita jelas bahawa, makhluk ini diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T iaitu keupayaan melihat manusia. Perawat tidak tahu setakat mana kekuatan yanhg dimiliki oleh mahkluk ini. Namun demikian Allah S.W.T menganugerahkan umat Muhammad mukjizat Al-Quran juga kalimah-kalimah doa sebgai penawar kesembuhan dan rahmat. Dalam masa yg sama Allah S.W.T memerintahkan malaikatNya untuk memberi nur (cahaya), untuk menjadi pendinding daripada pelbagai masalah dan kecelakaan..

Antara doa yg di syorkan utk merawat/pemusnah Histeria @ segala sihir bagi siperawat :

(surah Al-A’raf:120-122/surah Yunus:81-82/surah Taha:69/surah Al-Furhan;23/surah Al-mukminun:115-113*3x/surah Zalzalah:1-8/Al-Mu’awwizat-surah Al-Ikhlas, An-Nas,Al-Falaq)

Antara doa2 yang disyorkan utk rawatan histeria :
(surah Al-Fatihah: 1-7/surah Al-Baqarah:1-5/surah Al-Baqarah:255-257/surah Al-Baqarah:284-286/surah Ali-Imran:1-9/surah Al-A’raf:54-56/surah Al-Mu’minun:115-118/surah Yassin:1-12/surah Ash-Shaffat:1-11/surah Ghafir:1-3/surah Al-Hasyr:21-29/surah Al-Hadid:1-6/surah Al-Baqarah:163-164/surah Ali-Imran 18-19/surah Ar-Rahman:1-16/surah Al-Jin:1-4/surah al-Ahqat:29-33/surah Ar-Rahman:33-35/)
Ayat2pelindung diri ini hendaklah dibaca setiap kali lepas sembahyang fardu, atau sekurang2nya di waktu pagi dan petang, slpas sembahyang subuh dan maghrib, ketika hendak melangkah keluar rumah/dlm pjalanan, sekiranya timbul rasa bimbang, ragu2, kurang yakin, amalan harian diwaktu malam.

>>insyaAllah..elak dari terkena..kita kena byk2 istigfar,beristizah(mohon perlindungan kpd Allah), kemudian berselawat.Selain itu amalkan sehari2n.

 
“Aku berlindung kepada Allah yang maha mendengar lagi maha mengetahui daripada syaitan yang direjam.”

Thursday, January 14, 2010

Satu Malam

Dear dairy..today is thursday(14.jan.2010)

Aku ingat lagi aku tgk TV..sambil tggu megi aku masak.Rasanya aku je bloom tido..aku tgk Tiqa ngan Rozie dah tido. Tiba-tiba Rozie tbangun.Tkejut gak aku..mata dia merah ja tajam tgk aku..agak terbeliak..aku dah cuak.Aku telan liur.Aku ingat dia tido.Lama lepas tu mata dia kuyu balik.Kelip2..macam nak pejam tido balik.masa tu aku tgh duduk di meja study.Aku tgk je dia..Rozie tido balik tapi mata dia still buka tutup.Aku tak paham.Aku tgk atas.lampu on..tgk sekeliling tv on..hurmm dlm ati aku agaknya dia tak selesa sebab bising tak pun sbb cahaya lampu??Aku bangun nak g tutup lampu.Sebelom tu sempat gak aku tgk jari kaki dia gerak2 sblah kiri..Aku off lampu.Tetiba aku dgr suara Rozie mengerang.Aku on balik lampu..huhuu..Aku tgk dia dah tbangun.Rozie tduduk dan tutup muka.Cuak gak aku.Napakan?masa tu mcm2 aku pikir.kalau la dia serang aku?huhuu..abiss ar aku..scary gak..(*ni la akibat pengaruh ceta hantu)last2 aku dok seblah dia.(buat2 berani)

"ok tak?"aku cakap.Rozie geleng.Aku gosok belakang dia.Aku tenangkan dia.Aku dgr dia istigfar byk2.

"Rozie..napa,mimpi buruk ke?"aku tanya lagi.Dia geleng lagi..Aku pasan gak tgn Rozie mgeletar.dia cuba cover.Aku tgk je dia.Dia genggam buka tutup tgn dia.Aku gosok belakang dia.cuba tenangkan lagi..

"Napa?Rozie..ko ok tak?"ayat sama aku tanya lagi..Time ni dia dah tenang skit.Dia senyum.Angguk sikit.Maknanya ok.Tapi aku tau dia tak ok.

"Kena tindih ke?"Aku sambung.Dia tgk aku senyum lemah.
"tadi aku tgk ko ye?"Rozie cakap.

"Ha'ah..ingatkan ko tak tido gi.Ingatkan ko tak selesa sbb lampu on,jadi tue yg aku g padam lampu tu..supaya ko tenang sket, tapi dgr ko cam kesakitan,mengerang..trus buka balik lampu."Aku cakap.

"Tadi nak panggil ko..tapi tak lepas..ntah..cam tak lepas..kaki badan semua kebas tak leh gerak.."Rozie cakap dalam keadaan keliru..

Aku tgk Rozie tak tenteram.Dia bangun amik al-Quran,dia peluk bawa tido seblah dia.Pastu tgn dia capai beruang coklat gemuk dia.Lama gak aku tgk dia termenung.Istigfar byk2.Aku tnya lagi.Tue je mampu aku cakap untuk pastikan dia ok..

"ok tak"aku cakap.

"ok"dia balas sambil tersenyum(mungkin boring ngn soalan aku yg sama?huhu)

"Mcm tak ok je..tadi tangan mgeletar" aku balas.

"Ha'ah..tgn mcm..huu.."sampai tu je ayat dia.Aku paham dia tak tenteram.Lama pastu dia termenung lagi.Pastu hela nafas panjng.

"Takpe..try tido dulu.Aku tak tido gak malam ni.Nanti aku tolong tgk2kan k..kalo kena tindih aku bangunkan.."aku yakin kan Rozie.

Dekat 15minit.Anjing myalak tak henti2 kat luar tingkap. Aku jenguk luar tingkap.Banyak anjing berlari seblah kanan bangunan A1.Aku tgk sekeliling gelap.Tiba2 sayup2 suara orang menangis selang seli suara salakan anjing.Cuak gak aku.Nangis memalam?manusia ka?Makin kuat suara anjing menyalak2..sampaikan kat atas bukit ada sayup suara anjing menyalak.Aku kalih toleh kat belakang.Tiqa ngan Rozie tbangun.
Cepat2 aku tutup langsir.Tiqa cam paham.Dia cakap sepit baju ada kat dalam plastik kat pintu.Aku trus amik sepit langsir.

"ko dengar ape yo?"Tiqa cakap.

"Ada bunyi org nanges.."aku balas.Masa ni anjing still menyalak tak berhenti.Hmm lupa plak nak ceta.

Sebelum kejadian ni.Aku ada lagi satu cerita..Aku ada ternampak 'dia'..masa tu aku ngan Mas lagi tak tido.Masa tu dalam bilik cuma ada aku,Mas ngn Tiqa.Tiqa da tido time tue..Rozie tido bilik Jumaliah..Aku ngn Mas ja tak tido gi.Time tu Mas layan movie f4-meteor garden versi korea.Time tu plak aku layan dunia aku.Dok mghayal mghadap luar tingkap..saja2 bfikir.

Masa aku dok mlayan prasaan tu baru aku prasan ada 'dia' kat depan blok A1 ni..lama gak benda tu kat situ.Dari tadi tak bergerak2.Dalam hati aku tak penat ka berdiri lelama?Aku ingat berani gak pmpuan ni tak tido malam dok sorang kat luar(keadaan dia berdiri tapi mengiring menghadap dinding)-sebenarnya aku ragu2 gak..tapi buat tak tau je la kan..huhu.Aku prasan kepala 'dia' berbalut.macam tudung..tapi macam...kafan?huuu...aku buat tak tau.'Dia' berdiri betul2 depan blok aku.Aku heran gak aku pun layan prasan gak tapi aku bgerak2 gak sebab lenguh berdirikan..sekali sekala aku helah nafas..aku pakai losyen..sempat gak aku g toilet..Pstu aku berdiri balik tgk luar tingakp.Still dia tak gerak2 posisi yg sama..aku masuk.pastu aku g tingkap balik(hati dah rasa cam tak best je..huhu)Aku tgk Mas..

Pastu sambung tgk luar tingkap.Still..dia camtu.Hati aku tak senang dah.Terdetik gak..napa dia tak gerak2.Aku perhati betul2.Tak da tangan...tak da rambut...tapi macam btudung pun ada..macam berbalut seluruh kepala pun ada..Aiihh..Aku tak mimpi ke??aku tgk Mas..best je dia layan movie..Aku tgk lagi 'dia' kat luar tingkap.'Dia' masih kat tangga tgkat 2 depan blok aku..Ni manusia ka ni??Aku bdoa dlm hati..ya, Allah kalau 'dia' makhluk yg satu tu..Kau tunjukkanlah..kalau dia bayangan atau khayalan aku takpa..tapi kalau dia 'benda' tu gerakkan lah..supaya aku tahu..


cuba teka apa 'benda' tu buat??


"ya,Allah.."tu je terpacul kat mulut aku separuh menjerit. benda tu perlahan2 bergerak.Dia goyangkan badan dia kiri..kanan..pastu gerakkan kepala dia.Perlahan2 aku berundur dari tingkap.jantung aku dah kencang.Aku rasa semacam je.(aku tak takut..tu ayat dalam hati aku cakap)Aku tgk Mas.Aku tarik tangan dia.Mas dengan muka blur tgk aku.Mas yg tgh baring2 heran...

"napa yo?"Mas pelik.

"Ko nak tgk tak?cuba tgk kat luar tingkap tu.Ko nampak tak apa yg aku nampak?"aku cakap.Mas tgk lama2 kat luar tingkap.Pastu perlahan2 tangan dia tarik langsir seblah kanan tingkap tu..

"Kat mana satu yo?"Mas ckp.

"Kat depan blok kita ni.Tgkat 2..kat tangga tue.Nampak tak?"Aku telan liur.Cuak..

"Tak ada yo.."Mas tgk aku.Aku terduduk bila dia ckp cmtu.Keliru.betul ke tak apa yg aku nampak tadi??Aku bangun.Aku intai balik.'Dia' ada kat situ.Tetap dalam posisi mengiring.Berdiri..

"Mas.Dia tgk bilik kita"Aku ckap.

"Ko nak aku tutup langsir ka, yo?"Mas pun da cuak.Aku angguk.Antara keliru dan tak puas hati..mas tak nampak..???(abis..sapa nak pecaya aku, apa yg aku nampk?kata2 ni bermain kat otak aku masa tu)

Dalam perkara camni aku tak penah main2.Buat apa nak buang masa takutkan org?cuma aku keliru.Pastu aku ngan Mas sama2 tengok.kami sama2 terduduk..

"ko tak nampak ke Mas?"aku cakap lagi.keliru..

"tgkat 2 depan blok kita.kat tangga tu?Tak'de..yo." Mas balas.

Aku bangun aku tgk tingakp balik.Benda tu dah tak da.(shitt!!)Mana dia pegi???sampai sekarang aku persoalkan..

"Mas..aku tak takut.Sebab tu aku tarik ko.Aku tak takut mungkin sebab sekeliling aku ada org.Sebelum ni aku mmg penah nampk..tapi ni ..huuu..aku nampak tu aku nak ko tgk sendiri. Aku tak takut,Mas..Aku sndiri tak paham.Ko tak nampak ke? huu..tadi ada..(keliru)Tapi..kalo aku nmpak sorang2 mesti aku takut..nasib nampak susuk tubuh dia je, kalau suara lagi ngeri.."tu je mampu aku cakap sbb aku masih keliru.

hm..cerita ni aku nak kongsi..Saja untuk mengingati apa yg aku dah ternampak.Sesuatu yg kadang2 aku tak minta..tapi diberi peluang untuk melihat kewujudan makhluk selain manusia..kewujudan ciptaan Tuhan.

Hari ni baru je Rozie kena tindih..jam aku dah jam 4.23 a.m..suara anjing masih bising kat luar.Aku keluar jenguk tingkap balik.tak ada apa.tiba2 jeritan nyaring kat luar tingkap.Anjing semakin kuat menggonggong..huuhuhu..Tiqa..Rozie dah tido balik.Tinggal aku sorang tak tido.Aku pandang blok depan.Ada 'Dia'...'dia' duduk kali nie.pelik.Dia duduk bertelengkup.nampak rambut je.sampai pinggang.Tak nampak muka.Tak nampak tangan.Cuma keadaan dia yang sedang duduk membelakang.Ingatan aku jelas cuma macam ni.Soalan selain dari tu aku tak bleh jawab. Sebab aku tak suka ingat sesuatu yg buat aku lebih banyak bertanya dari temukan jawapan..Aku tutup tingkap.Badan aku tak kuat lagi nak tgk lama2.Badan mengeletar.Aku tetap cakap dalam hati aku tak takut..Aku cuma takut pada Tuhan..sbb 'Dia' pun mahkluk ciptaan Tuhan.

Wallahualam..betapa alam ni penuh misteri..kan?

p/s: Sebaik2 ciptaan Tuhan adalah manusia.Aku tunggu azan subuh.hari ni tak bleh tido lagi..Hati tak tenteram.Aku dengar bunyi yang aku sendiri tak pasti apa dia?sayup kat luar tingkap..Agaknya kalau jadi kat diri korang apa korang akan buat??
perut aku da tak selesa.Megi dah kembang+bengkak..aku tak dapat habiskan megi ni..jadi mual tgk megi.nscafee plak da abis ..hmm nak cuci tapi...hmm nnt la..

Mungkin ada yg cakap aku ni reka cerita. Takpe..kalau nak minta kepastian jumpa org2 ni : Rozie, Atiqah..Masturah.dorang ada bersama aku masa kejadian.Aku tak tipu.Cuma ingin minta pendapat kalau korang ada disitu..huuuT_T

Still: aku suka movie hantu T_T