Tuesday, October 5, 2010

Istilah Teater

Metode Transfer Of Emotion (Pertentangan Jiwa)- Satu kaedah berlakon terutamanya untuk melakonkan sesuatu yang sebenarnya amat tidak digemari oleh pelakon itu @ melakonkan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya. Umpamanya adegan pelakon yang akan menemui ajal melalui tali gantung tapi dia akan mengolah emosinya seolah-olah tali gantung itu seperti barang kesayangannya & berharga. Dengan cara method ini, pelakon telah mengalihkan emosinya dari sesuatu yang menakutkan kepada sesuatu yang menyeronokkan.


Catharsis (Pembersihan)
-Membawa maksud pembersihan, dalam erti kata psikologi katarsis membawa maksud pelepasan emosi sehingga orang biasa berasa lega. Seseorang yang menonton drama, misalnya mungkin dapat melepaskan emosinya hasil daripada menonton episod2 puncak drama tersebut. Gerald F.Else, mengatakan katarsis tidak harus dicari dalam diri penonton tetapi didalam tubuh karya. Secara keseluruhannya, istilah ini berasal daripada perkataaan Yunani, merujuk kepada pelepasan perasaan yang menghasilkan kembali unsur moral dan rohani atau merasa lega setelah mengalami tegangan @ kerisauan. Titik tolaknya adalah bahawa khalayak sesuatu drama memperlihatkan respon tertentu dan beranggapan ia membahayakan sekiranya peristiwa yang ditontoni itu berlaku dalam kehidupan yang nyata. Khalayak turut terlibat (dari segi perasaan) dalam sesuatu pementasan itu dan kemudian pulang dengan perasaaan lega kerana emosi dan sensasi yang buruk dalam diri mereka telah dibersihkan.


Conflict (Perselisihan)
-Perselihan atau penentangan antara individu (watak) idea, kepentingan yang menjadi asas aksi dalam drama. Konflik dramatik ialah keadaan yang diaktifkan oleh pertentangan sama ada idea, kepentingan, kemahuan dalam sesuatu plot. Boleh dkatakan bahawa plot dramatik dibina kerana adanya konflik yang dramatik juga.Manusia mungkin berkonflik sesama manusia dan mungkin sesama unsur alam lain. Dalam karya2 moden didedahkan pula konflik dalam diri, iaitu kekacauan jiwa kerana masalah2 tertentu.


Crisis (Pergolakan)
-Keadaan tidak stabil atau bertentangan yang boleh membawa kepada secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan dan sebagainya) keadaan yang lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yang genting, tegang, merosot yang mencapai peringkat kebimbangan dalam pelbagai bidang. Dari sudut drama atau cereka, krisis berlaku apabila daya yang bertentangan bertembung dan menghasilkan konflik sehingga menentukan perkembangan plot seterusnya. Keadaan seperti itu dapat berlaku beberapa kali dan setiap krisis dapat menghasilkan klimaks. Krisis kecil menuju kepada klimaks.


Interior Monologue (Monolog Dalaman)
-Percakapan yang panjang seorang pelakon sahaja dalam sesebuah drama atau teater. Ia merupakan suatu teknik2 sastera (karya prosa) yang wujud didalam watak. Melalui teknik ini, pengarang memasukkan rakaman pengalaman emosi dan perasaan watak. Berbagai-bagai peringkat kesedaran yang terdapat didalamnya. Istilah lain juga disebut (Ekacakap dalaman).


Dramatic (Mempesonakan)
-Kualiti pengolahan sesuatu persembahan drama, iaiatu satu istilah yang merujukkan tahap penyampaian drama yang memikat dan mempesonakan penonton. Konsep dramatik ini boleh dibina dari segi lakonan pengolahan audio-visual, gabungan penataan set dan cahaya atau seumpamanya. Nilai dramatik ini dibangkitkan oleh rangsangan dan sambutan dari segi emosi, intelek atau visual.


Play True (Bermain Benar)
-Melakonkan sesuatu peranan atau watak dengan jujur dan menepati mesejnya baik dari segi penghantaran fizikal, intelek, emosi dan hati budinya. Pelakon yang boleh bermain benar adalah pelakon yang telah/dapat menghayati atau memainkan wataknya dengan berkesan dan sampai kepada audiens.


Mimos (Lakonan tanpa dialog)
-Ia bermaksud lakonan yang dilakonkan oleh seseorang pelakon tanpa menggunakan dialog. Pelakon hanya menggunakan aksi sahaja terutamanya mimik muka atau wajah untuk menghantarkan mesej kepada audiens.


Sidewing (Sebing)
-Merupakan bingkai yang beralaskan kain yang didirikan untuk mengadang bahagian belakang set tirai daripada dilihat oleh penonton. Ia diletakkan dibahagian kiri/kanan pentas- untuk melindungi petugas/krew/pelakon untuk keluar masuk. Selain itu juga, tirai set drop yang lebih kecil daripada set tirai. Tirai akan dipadankan dengan tirai set asas supaya lebih sinkronis dengan gambaran latar yang ditampilkan.


Pantomime (Penyampaiaan melalui gerak)
-Penyampaian bahasa melalui gerak (gerak tari). Ertinya gerak memiliki kekuatan yang sama dengan berbicara. Dengan gerak mampu pelakon menyampaikan isi hati, mampu menceritakan kejadian, mampu menundukkan serta menguasai lawan. Dengan erti kata lain, apa2 yang disampaikan melalui gerak sama kuatnya dengan apa2 yang dapat disampaikan melalui kata.


Prompt (Bantu Ingat)
-Dalam setiap sesi latihan teater perlu ada buku Prompt (bantu ingat) dan seharusnya jadi tanggungjawab pengarah untuk pastikan ia ada. Tujuan buku Prompt ialah untuk menyenaraikan keperluan yang berkaitan produksi pementasan seperti peranan krew2 yang terlibat, peranan dan tugas pelakon, cari interpretasi skrip, olah gaya persembahan, urus set dan props serta lain-lain keperluan. Tugas memegang buku Prompt dan mencatat diambil alih oleh Pengurus Pentas (SM), memandangkan ianya lebih mesra dengan selok belok lakonan supaya urusan dibelakang pentas dengan diatas pentas sewaktu sesi latihan & persembahan sebenar menjadi lebih teratur dan kemas yakni perjalanannya mengikut que.

No comments:

Post a Comment