Semua perasaan itu, datangnya daripada Allah.Hakikatnya kita adalah manusia.Tak semua memahami perasaan & keadaan diri kita.Jadi mengadulah hanya pada Allah.
Tuesday, October 19, 2010
Rasaku Dalam Sekotak Jiwa
Dambaan kehidupan berkemungkinan berbeza-beza, malah tak terduga. Ada manusia hidup kerana pencarian cinta, ada yang hidup ingin kekal bahagia..ada yang mahu disayangi dan bahagia. Bahagia dan disayangi entah kenapa ia sukar untuk dirangkul dalam dakapan. Sementara aku menari dengan khayalan. Usaha yang dicanang adakalanya tidak seperti hasil yang aku impikan..Realiti antara sedar dan pasrah. Benarkah begitu sukar? Kadang-kadang aku menemukan arah, kadang kala tersasar. Bila mendekati mimpi yang aku ingini aku tersedar, bahwa aku sedang bermimpi sesuatu yang mustahil. Jadi aku akur untuk sedar. Aku cubit pipi kanan bertanya pada perasaan. Apa perasaannya apabila dicubit? Ya, sakit. Pelik pipi kiri yang merasa lebih pedih. Seperti manusia bila orang lain derita, yang melihat akan lebih menderita kerana tidak mampu berbuat apa. Bila biarkan sakit itu mengigit, ruang hati terasa tertusuk dan kelopak jernih bertakung. Tidak mengerti mengapa perasaan tu perlu wujud. Atau ia hanya satu emosi atau perasaan yang perlu kita akur sebab adanya setangkai hati. Aku selalu menoleh kembali sesuatu yang aku leraikan dari genggaman tangan. Aku lukai hati sendiri bila aku melepaskan rasa yang berharga. Tapi aku perlu sedar. Adakalanya bahagia itu milik orang lain. Dan aku perlu berada di luar tingkap menyaksikan senyuman bagi isi didalamnya. Bahagiakah aku? pertanyaan ini masih menghantui aku sehingga sekarang. Mungkin apabila aku tahu orang lain bahagia, aku termampu senyum terus berjalan walaupun ada sekelumit rasa ingin berada dalam seisi rumah yang bahagia itu ……….dan pengembaraan tentang kehidupan belum pernah terhabis sehingga kaki ini tertimbus dalam tanah yang kekal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment