PERKONGSIAN AKHIR ZAMAN……
Apakah definisi Dajal? Jika anda melihat pada perkataan dasar kerana pada bahasa Arab ada perkataan dasar. Dan kata dasar mempunyai makna asas yang menunjukkan di mana perkataan itu lahir perkataan “Dajalla” digunakan oleh org arab bila mana unta mereka mempunyai penyakit kulit . Bila ada penyakit, mereka akan tampal rumput di atas badan unta sebagai rawatan dan mereka akan menampal rumput dan memanggilnya “jideddiru, mereka akan menampal rumput ini diseluruh badan unta supaya anda tidak melihat penyakit di unta itu.
Pada zahirnya unta itu nampak sihat, sebab telah ditampalkan rumput di badannya..Anda faham idea ini? Inilah yang dilakukan Dajal.Menampal semua penyakit dan kesesatan. Supaya anda nampak semuanya bagus sekali. Dan Dajal akan datang menyeru sesame manusia sama seperti seruan Nabi Isa A.S mengejar akhirat Dan Dajal mengejar duniawi. Sama seperti Nabi Isa A.S memberitahu merekaDunia adalah tipu daya dan memperdayakan anda dan Dajal menyeru akhirat itulah tipu daya. Bermakna Dajal akan memaksa anda bahawa Dunia inlah sebenarnya perlu dicari seperti iklan bir (Iklan Budweiser)
“You only live once so let all the guts you can”(Anda hanya hidup sekali, buatlah sesuka hati anda) “Anda hanya hidup sekali, anda hanya bernyawa sekali, jadi buatlah sesuka hati”…inilah mesej dizaman ini. Ianya satu mesej mengikut ‘kebendaan’. Mesej yang mengajar manusia mereka akan bahagia dengan membeli-belah(berduit)“Buy more and be happy” (Berbelanjalah anda akan bahagia..)inilah slogan mereka. “Don’t worry be happy”..Jangan bimbang,bergembiralah (seperti wajah “SMILE”)
Dibelakang wang Dollar, ada cop mohor.Ia dikenali ‘the great seal of the united states’
“COP MOHOR AGUNG AMERIKA” itulah nama yg dipanggil. Dicop ini ada Piramid dengan satu mata.
Mata ini symbol ‘Tuhan Ra’..(Matahari) Disinilah asal perkataan ‘Ray’@’Sunray’ berhala Mesir Tuhan Matahari.Mitos yang sama.Ia selalu muncul..Inilah yang disembah oleh puak freemason. Jika anda melihat betul2 wang Dollar, piramid itu dibina kecuali di bahagian atas puncak ada mata tergantung di atas pyramid bergantung di atas puncak…ia belum turun lagi…….Kerana mereka percaya , sebelum mereka habiskan projek Masonic mereka seperti yang tertera dibawah wang kertas itu
Perkataan “novus ordo seclorum dan aneu coeptis”..(“DIA” sangat gembira dengan projek ini)
Dan anda tahu ‘tuhan’ mereka sgt gembira denga projek mereka. Apakah projek mereka?Ini persoalannya. Projeknya menjadikan dunia ini secular. Memisahkan secara total kehidupan manusia dengan agama inilah projek mereka. Sebab itu ia dikenali dengan “novus ordo seclorum”
WORLD OF NEW ORDE!
Dunia dengan orde baru yg sekular. Jika anda mentafsir ke bahasa Arab, maksudnya SYURGA DUNIA! Bukan Al-Jaddin(Spiritual), ia akan jadi Al-Duniawi, satu orde baru untuk dunia atau dlm erti kata lain: THE WORLD NEW ORDE-satu dunia yang dibina dengan tipudaya dan kebendaan materialisme) “gaya hidup moden”, “dunia tanpa sempadan”.Dunia kebendaan yang berisi dengan nikmat dunia yang anda tidak pernah mencapainya! Tapi dengan tipudaya DAJAL anda akan mengecapinya. Anda akan menyerahkan seluruh hidup untuk mencapainya.Dan untuk mencapai itu….Anda PERLU menjadi sebahagian daripada system itu. Dan menghambakan diri kepada system itu. DAN APAKAH YANG ANDA AKAN JADI???Seorang HAMBA ABADI!!!
(Sumber dipetik dari ceramah Syeikh Hamzah Yusuf)
Persoalannya, apa maksud Dajjal Al-Masih?
Ad-Dajjal bermaksud menutupi. Ibnu Dihyah Al-Hafiz berkata: “Para ulama sepakat mengatakan perkataan Dajjal itu membawa 10 pengertian.” Semua pengertian itu tetap menghinakan Djjal. Antaranya;Dia menipu manusia, menutupi bumi dengan kepalsuan, dia menginjak setiap inci bumi kecuali Makkah dan Madinah dengan maksud membawa kehinaan, dia mencelup warna kehidupan dengan kelalaian dan kefasikan dan dia membawa kilauan cahaya yang mengaburi mata manusia dari sinar kebenaran.
Al-Masih Dhalalah bermaksud Al-Masih dengan kesesatan sementara Nabi Isa A.S digelar Al-Masih Huda bermaksud Al-Masih dengan kebenaran.
Al-Masih di dalam pengertian Bahasa Melayu adalah ‘yang menghapuskan’ atau ‘menutupi’ dan turut membawa makna ‘yang mengembara’. Justeru untuk Nabi Isa A.S, Al-Masih dipakaikan gelaran itu kerana Nabi Isa A.S akan menghapuskan penyakit-penyakit manusia melalui tangannya dengan izin Allah.
Dajjal disebut Al-Masih kerana mata kanannya terhapus (menutupi cahaya) dan alis mata kanannya juga terhapus atau menutupi dunia dengan kebenaran dan turut bermaksud Dajjal akan menggembara ke pelusuk dunia.(Sumber dipetik dari Membongkar Misteri Dajjal oleh Muhammad Nurani Maarif)
“Tidak ada fitnah paling besar dan dahsyat sejak Alah ciptakan dunia melainkan fitnah Dajjal”.(Hadis riwayat Ahmad di dalam Musnadnya dari Hisyam bin ‘Amar)
Nabi SAW mengungkap sebuah hadis berupa munajat dan pengharapan;
…”Seandainya dia (Dajjal) keluar sedangkan aku berada di kalangan kamu, maka akulah yang akan berhadapan dengannya bagi mewakili setiap umat Islam. Dan jika dia (Dajjal) keluar selepas kematianku, maka setiap kamu adalah penyelamat bagi dirinya sendiri (bertanggungjawab untuk melawannya) dan Allah adalah sebagai penolong kamu sekalian.” (Hadis sahih diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah dari Abu Umammah)
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat dari awal surah al-Kahfi maka dia akan dipelihara dari fitnah Dajjal” (Hadith diriwayatkan ole Abu Darara’)
No comments:
Post a Comment