Masuk ari ni dah 6 ari aku demam. Yang xtahan tu bila selsema myerang rimass (T^T). Nasib baikla kepala aku x pening. Semalam xleh mkn nasi langsung sebab semua rasa jd tawar.Dengan hidung tsumbat ni aku rsa sangat tbatas nak bnapas huhu xleh mrasai bau lazat mknn..nak tido pun kna sedia tisu bebyk dn sedia minyak angin kat seblah bantal. Arrrghh..hidung mgelupas!!badan jadi x selesa pergerakan lak teramat la lembab..aku sedaya upaya xbaring kat tilam.-->sbb aku tau aku akan tido dan jadi beruang! mgkutubkn diri dlm kurungan selimut yang penuh dengan kubu pertahanan bantal2 kiri dan kanan..kalau dah tido maknanya aku jadi sangat malas dan malas dan malasssss apatah lagi bangun makan, minum, bangun…………..huu~kena elak, so aku akan duduk buat sumthing yang leh alih perhatian aku.
Semalam aku habiskan tengok 5 filem…roughly huhu~aku memang skip part yg boring :D sepanjang melayan filem ni aku top up coffee Nestlo~ aku xleh mkn sangat (xda selera+tawar) so aku minum Nestlo ja. Hmmm..kira2 satu filem dalam anggaran sejam lebih nak abis dan paling lama satu filem nak abis adalah 2jam. Pheww~memang lenguh gak la badan & mata nak menghadap laptop tapi aku kena cari cerita yang ada pemikiran sebab lecture aku da bg assignment kena kaji seberapa byk filem yg ada. Kitaorang kena cari character driven atau story driven. Kena cari filem yang terbaik huraikan act structure. Maknanya aku kena faham betul2 naratif penceritaan filem tu.
Hmm..Berapa banyak filem yang korang tengok lepas abis ja, korang terus terfikir kenapa watak tu mcm tu atau jalan ceritanya camtu? Apa yg nak disampaikan leh pengarah sebenarnya? Dan korang cuba berfikir lagi dan lagi…dengan “kemungkinan sendiri”. Kebanyakan pengarah kat Hollywood buat filem ikut act structure (plot) untuk selamat dan jalan ceritanya mudah difahami. Ada sesetangah filem yang berat+slow menguji otak adakalanya membosankan tapi hasilnya leh wat kita xleh tido sebab kita terus berfikir dan tak faham..”jadi kita mula mencipta kemungkinan tersendiri untuk mencari jawapan-hasil filem yang kita tonton”…Ada tak filem yang korang kena tengok 2, 3 kali untuk faham? Aha! camtu la maksud aku…aku tengah mecari filem yang ada pemikiran :D. Xpuas tengok sekali, kita kena tgk 2 kali atau lebih untuk mencari jalan penyelesaian/apa isi yang nak disampaikan oleh Pengarah filem tu.
Sebagai contoh aritu aku tengok satu filem thriller atau genre nuar/ noir psychological thiller. Filem genre nuar ni, biasanya cerita berunsur misteri, cerita banyak menggunakan lighting yang gelap, minima, imej2 gelap, jenayah. Tajuk filem tu Mulholland Drive. Pengarah filem ni adalah David Lynch. SERIUS!! cerita dia lari dari act structure kebanyakan pengarah filem Hollywood. Kalau kebiasaan act structure (plot) ada pengenalan @ komposisi, ada permasalahan @ konflik, adanya pertambahan konflik, ada klimaks peleraian dan kemudiannya tamat. Ringkasnya ikut susunan kronologi, supaya penonton yang melihat mudah memahami. Tapi ternyata David Lynch sememangnya berbeza, beliau mempunyai stailnya yang tersendiri.
Aku tengok certa ni dengan lecture dan kawan sekelas. Untuk setengah jam pertama, kami terpaksa take 5..\(T^T)/ kena rest otak dulu, minum coffee freshkan minda, cuci muka, bebudak laki siap pekena rokok sebatang sebab pening~ huaarghhhh!! filem ni heavy+dengan plot yang tak difahami. Lepas sejam lebih abis je tengok cerita ni, masing2 terus terlentang terbaring kat studio..”berfikir”… apa sebenarnya dia pengarah ni nak sampaikan? Ironiknya bila xfaham kami dapat tau yang filem Mulholland Drive ni menang pernah memenangi award sempena Cannes Films Festival-2001 (Best Director). Perrggh~bukan calang2 director David Lynch ni, dia pernah menang gak masa Oscar Academy Award, jugak sebagai Best Director! Sesi memuntahkan kritikan/pandangan berjalan lancar. Masing2 cuba telanjangkan plot kupas satu demi satu watak. Aku sempat tanya lecture aku cikgu Namron, apasal pengarah nie bleh jadi Best Director huhuhu cerita dia dah la heavy + Xleh nak difaham?? jawapan dia simple..sebab filem beliau ada pemikiran. Penonton yang tengok cerita tu mesti akan terfikir apa sebenarnya yang nak disampaikan oleh pengarah tu. Hummphh betul T.T~memang mencabar otak! Apa yang aku teka tentang cerita tu start mula semuanya salah. Ingatkan watak dalam cerita tu ada masalah mental, tapi ternyata silap..Plot x linear, watak2 dalam filem ni bertentangan, berbentuk surelisme sebab setiap watak yang diperkenalkan nak ckp absurd er..??mungkin jugak.. Aku sempat tanya cikgu Namron apa stail yang dibawa oleh pengarah ni. “teknik Lynch”..Kalau aku perhati plot dia memang bersilang seli.(senang cakap filem yang aku tengok ni umpama diri kita yang sedang bermimpi..semua watak yg realiti/hidup bila masuk dalam mimpi kita boleh jadi apa je, kita boleh jmpa dalam mimpi tapi kadang2 diaorang jadi@bawa watak/perwatakan yg lain.
Hadoi, setakat ni dah…aritu 2filem..3…masuk ni 5..semua dah 10 filem. Hampeh gak ar.. Antara bebanyak tu yang menarik hati aku Cuma cerita StarDust ja. Cerita non-fiction pasal pengembaraan Triston yang nak cari Star, sampai dia masuk tempat larangan manusia iaitu “Wall” banyak la halangan dia kena tempuhi. Nak cari yang ada pemikiran kena wat research..kena tonton satu satu aigo0o0.Dengan selsema yang turun naik, hujan tak menentu membuatkan aku lemah~~
No comments:
Post a Comment