Sunday, January 3, 2010

Jom layan~
























































alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5422182444944853650" />



Salam Tahun Baru buat semua bloggers

Agaknya semua da semangat nak mulakan tahun baru ni ngan mcm2 planning..Aku lak nak sgt2 sgt share story aku kat korang. Hurmm kat cni spjg november 2009 ni ar aktiviti aku..sampai lar januari 2010..InsyaAllah 6hb januari.Hurmm 4 hari lagi delegasi kami smpai ke Mlaysia tercinta..tik tok..tik tok..Tak sabar nak balik!!!yeepii~

meh layan gambar yg aku sempat snap.Aku bkn ar photogrper yg hebat, tapi untuk scenery yg aku rasa sgt best aku amik buat tatapan dan kenangan kat buni Anbia nie...heemm...Jom Layan~~

Thursday, December 31, 2009

Update!Update..!!ehehe Rumah Malaysia-Abassiah Kaherah Cairo.

Salam Semalaysia..salam Mesir..hee..^_^ Miss me?lama tak update kan…huuuuu~

Aduuhh nak sangat…sangat..sangat online update blog yang dah berminggu tak diupdate…tapi memandangkan aku ada komitmen lain kat sini, aku kena utamakan kerja aku dulu. Errk tak la workaholic tapi sekadar menjalankan tanggungjawab. Sekarang aku kat sini (Egypt) kena panggil Ms Reporter..ahaha..nak tergelak gak bila dapat gelaran tu. Bukan apa, asal gi memana je aku dok usung note and laporan bertulis untuk catatan. Panggilan tue aku dapat dari tourist guide kitaorang-En. Islam..ceta dia camnie, dia tanya aku.

Mr.islam(tourist guide): “Yoyo, what is yo doing?u always writing on something wherever/whenever u go..”

Yoyo: (aku jawab ngan muka blur)”umm?..oowh..(tersengih) im writing. Just doing some report. Its my job. Wherever/whenever we go visiting places I must write report.”

Mr.islam(tourist guide): hurm?ok.continue..continue.

Pastu asal dia nak tegur aku je, dia akan cakap..”Yes, Ms Reporter.can we go now?”
Yes,Ms reporter r u tired?r u ok?u hungry?or u want to continue ur work?
Pelik..blur..nak tergelak tergolek2 pun ada. Nta napa nak panggil aku reporter?..cuba la panggil aku paparazzi ke? macho la sket..ehee *sbb kat cni keja aku snap gmbar bnyk2 nasib bawa external n pendrive-backup.

Aku kat Kaherah sekarang. Somewhere kat Cairo gak. Kira ni rumah ke-4 asek bertukar2 ja. 1st day sampai mginap kat Delmon international Hotel, pastu Grand Hotel, pastu bermalam sehari kat Mount.Sinai..skg kat Hari ni semua member kuar gi Baazar Khan El Khalili termasuk En.Masri sekali.Semua dok lepas gian shopping sakan untuk geng, family dan sama waktu dengannya.. Arini aku stay bilik je, tak kuar tangan dok laju je taip report (tu pun tak siap g..meencik!!wuuuwu..T_T nak rehat tapi….) uhmm..aku tgh rest la ni…..sebab kepala dah pening dari pagi smpai malam dok taip2 memanjang jee….wuuwu~T_T Tadi aku layan hot Nescafe 3in1 + hot chocolate corona selang seli-untuk kekuatan tenaga batin + extra power gaban supaya leh wat report. Arrrgghh~tapi sakit tak gak hilang..lenguh gak tengkuk asek tegak, aku tutup mata jap baring letak pala kat meja…huhuhu~@_@

Update perkembangan aku yang dah dekat 9hari kat Cairo ni,wuuwu..Hati meronta nak balik Malaysia nak makan mknn Malaysia!!!uhhhh rindu gilee…ari tu kitaorang g rumah Malaysia di Aku still selsema. Demam da ok,Alhamduillah. Maybe sebab environment kat cni terlalu segar udaranya sejuk walaupun matahari bersinar mcm biasa, angin senantiasa bertiup umpama aircond..uhuhu..memang selsema tak baik la jawabnyee…(bukan aku je selsema semua geng aku pun sama..ehehe jasa baik tisu sangat diperlukan pada saat2 skg…ngeh.ngeh) kat cni sejuk gila~nak mandi pun kadang2 pikir 2x tau..ahaks! XD bukan apa..sejuk gile weh mcm air batu!kalau buka heater pun tak leh lama..sbb tak tau ar..pemanas air kat cni, cepat sgt sejuk..wuuu..~Kat dalam bilik tak on aircond, kipas pun kami akan berselimut hatta waktu tenghari..memang sjuk. So, jgn heran karang aku publish gmbr kitaorg mcm org sakai je pakai bju sweater tebal..ahahaa..

Nnt aku update gmbar2 cun, untuk tatapan umum.leh la layan jap.Uhmm..wlpun dorang tak galakkan nak publish, tapi aku tetap degil..nak jugak..nak jugak!!tak kira.
InsyaAllah kami balik 6hb Januari 2010..aku kat Cairo bersama delegasi ni lagi 5/6 hari gi..arr..hadooi lama gilee!!Tak sabar nak balik Malaysia. Aku sayang negara aku..sayang orang2 yang tersayang yang ada di Malaysia..hee..

p/s:skg kat waktu Egypt jam 05.22 subuh. Agaknya kat Malaysia skg 11.25 pagi. Hari rabu tu kami lawat University Alexandria. Hari ni plak kami lawat University Al-Azhaar.uhh~Tak sabar!^_^

update terkini...Kaherah,Cairo.

Salam semalaysia dan selamat myambut azam baru, tahun baru..TAHUN 2010.

2009 ..AGAKNYA APA SUMBANGAN KITA DALAM TAHUN NI? DUNIA DAN AKHIRAT..adakah kita berada di satu tahap membuatkan orang sekeliling berpuas hati dengan prestasi diri kita atau adakah kita telah mencapai azam tahun sebelum2 ini?

Mari bersama renungkan kala menyambut kelahiran tahun baru. 12 bulan?Terlalu banyak kenangan, terlalu banyak cerita..terlalu banyak usaha (berbaloi atau sia-sia diri kita yang menentukannya).Tanya diri, adakah kita semakin matang menguruskan diri dan kewangan kita demi masa depan..hurmm..perancangan seterusnya masukkan dalam matlamat harian kita di tahun 2010. InsyaAllah apa jua yang diimpikan dan ingin dicapai akan terlaksana. Tanya diri, kita berubah ke satu tahap yang lebih baik mencapai kejayaan, untuk kepuasan diri atau kepuasan orang lain?atau sekadar ingin dipandang tinggi..mendapat pengiktirafan orang lain?atau untuk kebahagiaan diri kita? *(setiap soalan yang aku utarakan itu korang dah temukan jawapan. Jawapannya ada dalam hati korang.)

Apapun yang kita capai pada tahun ini berbanggalah kerana kita telah berusaha sedaya yang termampu. Dan jadikan pengalaman semalam sebagai hadiah diri untuk kita belajar mengenai sesuatu yang belum pernah kita alami. Setiap orang yang kita lihat berjaya..atau memiliki kelebihan yang lebih luar biasa dari diri kita. Kita boleh simpulkan ianya sebagai rezeki orang tue, atau kita berfikiran seperti ini:

“Setiap orang yang berjaya, hebat..atau pencapaian dirinya lebih baik daripada diri kita,hmm.. sebenarnya memiliki cerita disebalik kejayaan itu. Setiap yang orang yang Berjaya mempunyai cerita derita mereka tersendiri dan akan mengalami kesakitan terlebih dahulu sebelum mereka mencapai kejayaan itu..”

“Setiap cerita derita dan kesakitan itu akan berakhir dengan kejayaan atau kebahagiaan.Jadi terimalah kesakitan itu dan bersedia untuk mendapat kebahagiaan atau kejayaan.” *(bergantung pada penerimaan diri seseorang individu)
Biarlah masa lalu berlalu..biarlah masa lalu reda dan tenang. Apa yang pasti hari ini,sekarang..biarkan hari yang bakal mendatang, tempuhi jangan sekali dihalang. Pastikan kita melakukan yang lebih luar biasa dari biasa. (pasti) niat kita adalah semata-mata ingin mendapatkan keredhaanNya.

Kesabaran..kepercayaan dan keinginan untuk merubah diri atau sosial dalam masyarakat boleh terlaksana jika kita menginginkannya. Jika kita tertinggal atau terlepas peluang yang sangat kita inginkan..jangan menangis dan kaburi mata kita dengan airmata, kerana ia akan menutup peluang lain yang lebih bermakna didepan mata kita..

p/s: No matter how you feel, get up, dress up and show up! Welcome year 2010…^_^

Monday, December 21, 2009

BACK TO BASIC

waaah!!!lega gila dapat pinjam laptop member(aku tak bawa laptop sb berat XD ahaha)

eh..seblom tu..ehem3x

Assalamualaikum wbt...salam sayang rindu buat bloggers sekalian..aku rindu blogging weh..!!!arrrgh~ibarat yoyo and nescaffe..ibarat yoyo dan ekspresso..(mta dah bsinar2) ibarat..yoyo dan capucinno..ibarat yoyo dan kopiko..ibarat vampire dan darah...nyumm...seriuss, aku addicted giler nak update....camner aku addicted kat nscfe kan..haaa..camtuh laaa..T_T wuuu~

Alhamdulillah aku bterima kaseh sesgt kat member aku..Alvin aku cyg ngko wuu~T_T tQ benarkan aku pinjam laptop..WuuT_T tau tak aku round KLIA ni dekat 3jam cari ekspresso..minum layan puas2..pastu cari power supply dekat sejam..dok naik turun KLIA ni..semata2 nak online.Akhirnyaaa....yeaaay~!!!!!!jumpeee!!aku g cabut ja mana2 suis ahahaha..esh tak la.....errrk...hehe(tapi bateri hp aku pun ciput jer..jap g nak cas pas online)..kena report perjalanan aku sekian2 dari mana ke mana kat someone..erk..da terbiasa ni susah gak..tak disuruh pun nak gak report..ehe..^_^

Aku tak tido malam ni tbayang 2minggu ada kat tempat org..harap2 segala ilmu (dan pgalaman) dapat aku bawa dan share kat korang..Aku baaaaaaaaaanyak story sebenarnya..dari yang lonely sampai kritikal..berbunga-bunga terapung..(hee) sampai la huhu sedih..Aku nak sangat2 share and ceta tapi aku ada masa 2jam je..eeeii nak ceta mana satu pun tak tau nak start camna???Aku tak kira nak nak gak layan blog (tido belakang kira) nnt dalam flight leh tido pepuas sampai lenguh leher...

Aku rindu..rindu sgt kat seseorang......*(tue ja aku leh cakap apa perasaan aku skg..)

Aku kan budak emo..gothic..(yaaaikss???!!betol ka?hahaha)...semua benda pun aku suka rindu-rinduan (amboi..XD gedixnyeer) aku rindu suasana..aku rindu kawan2..aku rindu bauan harum hujan..aku rindu bau baju baru basuh..rinduuu seseorg..aku rindu bau alam..aku rindu blogging...aku rindu yoyi (anak aku..."miaw tunggu aku balik eek!") aku rinduuuuu.....semuaaa....
nak nanges.. T_T wuuuu..tapi takda sapa nak pujuk..kensel laa...nanges dlm hati ja..huuu~

Aku minta maaf sesgt kalau aku lembab sket nak update tentang pkembangan aku..huhu aku kan jenis yang blur...and jenis yang lambat pick up "aaar??oowh..."...lebih kurang camtu la...nak ceta sesatu memang tak leh berhenti cakap nnt..ahaha kena dok bersembang and stay ngan aku baru best nak sembang n ceta kan..kan..pekena ekspresso atau nescafee...waa alamat tak tido la kita ek...hehehe..

Nak mnulis and update kat blog aku kena cari wifi free..broadband sangat lembab..aku pun turut sama menjadi lembab umpama kura-kura...(huhhh kuang asamboi betol gian nak update...)skg aku nak ceta mana satu pun dah konpius dah..hohoohoo....Apape pun aku nak minta maaf kat semua orang..terutamanya member PK..Aku dah msg korang kan aku kat KL...tapi nak turun gathering sesama tak sempat..aritu pun aku tak sempat join meeting FINAS..huuuu~aku kat Bangi stuck there for a while...petang tue baru dapat gi Sentul...tu pun stay kat tempat member kat Gombak...ar....tak sempat....huuu...

Aku ada kat KL tak sempat nak jumpa korang(T_T sumpah sedeyy..wuuu)bukan apa..aku segan nak minta tolong member and mnyusahkan member g hantar sana cni..nak jumpa korang ..i need transport to go somewhere kan..kan...huhu Aku tau ar korang dok salahkan aku sebab aku selalu camni...tak nak org tolong..yap aku tau korang lselalu amik berat and leh amik aku....tapi.....kan...aku tak leh..aku sangat risau mnyusahkan korang...huhuhu..Apapun aku dah mesej gtau aku stuck kat KL 4days ehe...kira dah inform la tue kan..kan....

Keadaan aku skg lepas bjauhan dari dia yg aku rindu.....tetiba aku jatuh sakit..(ecehh yala tue..kononnyee ehee)tak tau ar..nak demam kot?aku ada kena hujan...tekak da sakit....kepala dah pening2...badan lenguh..kat dalam nose rasa mcm tsumbat....huu jangan la...mati arr...aku tak leh demam skg.....tak best la nak wat keja demam..uhhh??aku selsemaaaa~meleleh hinguss!->tak senonohnyaaa budak yg tulis ni..tensiooon gilaaa nak demam..aku demam ni nak berminggu2 baru sihat....tak kan aku kena pakai koolfever gi..arrr.......tadi aku trus g minum hot drinks(erkk...no pils..nooowaysss!!pahit...just vicks-apple rub letak kat hidung bagi lega sket..) mdh2an sembuh la....aku tak mo demam..huuuu....skg da jam 6 aku kena check in jam 7....keh got to go...

Doakan kesihatan aku ek....anyone yg msg aku..aku nak gtau..aku cuti hp 2minggu...."off" ..hurmmmm....aku tak off kot?just nak reply/call tu mslh sket.....kecuali org2 istimewa ja aku reply..heheee..so pastikan korang dekat di hati aku ^_^

p/s: arrghh...tadi 10 minit laptop ni tetiba off.....!!!!!huarggh aku nak pengsan da......dah la pnjg aku taip kan...wuwuu T_T....nasib baik dapat recover....aku save kat draft.....kalau tak m'nganga laa aku terdiam terkedip-kedip..Alhamdulillah terima kasih Tuhan....tersave gak kat draft......nak taip balik?ehmmm harrreem...dah la aku malas nak menaip balik wuuuuwu T_T

Salam....buat semua....wuuwuu T_T

Wednesday, November 11, 2009

Salam, maaf sebab lama dah tak update..

Rasanya terlalu lama dah tangan ni tak menulis..huhu maklumlah time exam ni..byk benda nak kena settlekan, dalam masa terdekat still ada lagik assessment, pastu nak kena pass assgmnt, wat last presentation..practice theatre sbb show pun dlm masa yg sgt kritikal..bla,bla..aku pun pening nak ceta mana satu, apapun mohon maaf sgt2..Aku sebenarnya sgt risau tentang final exam aku ni..nyaawa nih..huu..sangat penting bagi aku...tawaran yg dtg dari pihak entertainment,aku mohon maaf teramat sangat sebab jadual waktu yang pack skg membuatkan aku terpaksa hold dulu semua aktiviti seni..bukan sengaja nak menghampakan harapan segelintir pihak, tetapi keutamaan study perlu aku highlight kn..

”Masa depan harus diutamakan dahulu..Wlaupun rezeki byk kat bidang seni, tapi back up life ni lah penentu di masa akan datang..Rezeki tu ada di mana2, usaha bergantung pada diri kita..selain bakat, kerja kuat tu sangat penting..(bak kata seseorang yg amat aku hormati)

InsyAllah ada masa aku akan terus update blog aku..tawaran dan aktiviti seni yg hold akan aku laksanakan jika tiada aral melintang. Buat kengkawan aku yang selalu bertanya khabar,huu..yang tak sempat aku replay msg atau cll semula, aku pecaya korang pun faham dgn kesibukan aku sekarang..huu ada ja benda yang nak kena settle.


Semoga hari-hari yang kita lalui akan terus beroleh kesejahteraan dan keberkatanNya.



SUARA..

Suaranya berdesir dan nyaring
Menghantui setiap utuh rasa.
Seperti sebuah caturan mimpi
Mengalir kuat dilayar ingatan.

Gelap..
Mata kupejam
Sedalam dalam ruang
Kuhirup nyawaku..
Mencari kebenaran
Tentang suara yang aku dengar..

Suaranya membuatkan
Waktu ini terhenti..
Lantas aku menjadi peka.

Kuselesaikan pecahan retak
Yang mendetakkan jiwaku
Suara itu bingit terngiang ditelingaku
Menjadi bingkai cerita kehidupan
Hilaian suara it terus menerus
Seolah memisahkan jasadku
Sementara roh itu meliar
Menerpa kabus kabus kecewa

Benar.
Aku semahunya.
Aku ingin terus menjerit
Biar tenaga ini melampis keluar
Namun
Kelibatnya hangat tak menyentuh bumi
pantas mengetawakan aku
mengekek terkikik

Sempatkan waktu untuk aku
Beringat..sempatkan aku berserah padaNya
Hanya Dia selayaknya aku takuti..
Walau aku tahu dia makhluk tuhan
Namun aku terus menjadi kaku
Terdiam.

Tentang sejarah
Yang tiada siapa mewarisi rasa
Yang berulang..
Suara itu hilang bersama jasadnya..

P/s: ada benda terjadi kat aku pd waktu magrib semalam, (10 n0vember..)rasanya korang akan faham apa yg terjadi kalau faham apa maksud puisi aku tentang "suara" tu..Wallahualam..



Terima Kasih CINTA


Terima Kasih Cinta

Saat aku berpaling bersama
Jiwa kosong
Meneroka bersama rasa beku,
untuk menilai ERTI sebuah keindahan
untuk Bahagia...

Bagi diriku..
manusia sepertiku mampu
berikan segalanya..
Tanpa perlu mengenal Cinta.
Atau mungkin telah hilang rasa ingin menCinta?

Cinta tak pernah aku cuba,
Tak pernah aku rasa..
Tidak perlu aku tahu..
Kerana tabir silam
aku mangsa perpecahan
keluarga.
Cinta itu SENGAJA aku padam.
Aku manusia yang tidak perlukan Cinta.

Hakikatnya,
Cinta tak berdosa,
Hakikatnya aku yang terlupa untuk menCinta
Mengenal Cinta..

Kematangan julung kalinya datang
Adalah kerana mu..
Kerna kau hadir
Tatkala Cinta sejati itu
Diturunkan dlm hatiku..
Cinta yang telah membuat aku
Terharu dan tersentuh..
Terima kasih untuk segalanya
Terima kasih Cinta..
Cinta itu tetap disini
untuk kita..
Aku percaya Cinta ini
untuk kita pelihara dan abadikan
selamanya dalam hati kita.

Wednesday, October 7, 2009

KETIBAAN KONVO!!!!





SELAMAT BERKONVO~waaah!!tapak tamu gadang meletop..walaupun hujan turun berjurai tapi bebudak semangat nak turun g dataran. Alhamdulillah akhirnya penantian selama beberapa bulan oleh senior2 kita yg dok kat rumah..g interview sana sini..ketibaan yang inilah sebenarnya melengkapkan pengajian mereka selama bertahun dok menghadap laptop dan buku..ehe..
Sememangnya time ni bukanlah bermakna perjuangan kita telah berakhirkan??bagi aku konvo adalah permulaan untuk semua...ke alam baru..huuuu..harap2 lepas kuar ni kita tak lah menjadi penganggur, sebaliknya berusaha mengejar title pekerja. Aku cukup yakin para graduan yang akan menerima segulung ijazah..sangat2 mengharapkan peluang2 pekerjaan diluar sana menyebelahi mereka..hmm sapa nak kena tanggung selamanya oleh familykan?Semestinya mereka nak merasa sendiri bagaimana rasa penat dan kepuasan bekerja menerima gaji hasil titik peluh dengan kudrat tulang 4kerat sendiri..
Apapun aku senantiasa mendoakan semua para graduan UMS menjadi manusia yang berjaya,cemerlang gemilang dan terbilang...ehe untuk senior2 yg bakal konvo, selamat berkonvo!!!

Tuesday, September 29, 2009

Saja ja

Baru aku pasan..ehe bateri abeess...
eheeeee~saja ja benda ni wat aku tensen
ingatkan rosak..huhu~
tak dak pun harta karun..pelik tol..tetiba ja tak bfungsi..

aku tgk betoi2 ada tak benda asingb tsumbat..huu



tgh syok dgr lagu earphone aku tak bunyik..huuu


cam familiar ja..pintu blakang ni kan??hoho


time dok rilek kat library






























Friday, September 11, 2009

DAh sembuh!!




alhamdulillah~
jumaat haaku kembali pulih dari mjadi ultraman taroO~hiik!
ehe maksud aku aku kembali ke sekolah!!
lets go to school....



mata aku dah baaaik!yeeay!

TERBANG



aku mahu terbang..

terbang tinggi melangit

walau..
panas mengigit..
walau badai menampar..
biar angin membawa aku bebas
terbang
ke mana pun arah terbang ku tuju


izinkan aku
terbang dengan bahagia


hidup ini singkat..
esok lusa..
mungkin akan jatuh.

atau sayap aku bisa patah.

biar..
biar aku merasa..


aku ingin terbang.

Husshsshhh..BUta??


Ari rabu tue kira2 jam 10 pagi mata kiri aku pedih gilaa..aku pun tak pham..bgn2 ja sakit mata..Ya,Allah baru sedaar aku tido ngn lense?!!eerrghh tak bnapas mbuka lense punya la macam nak cabut bijik mata..arrgh sakit..nak nanges ja..wuu..malam tu aku buka lense blah kanan (aku pun jadilah pirates jap pakai lense blah kiri ja..time ni mata dah start perit dah).Sbenonyee...ari selasa tue lagi mata aku rasa tak selesa..member aku 2,3 org dok tegur "eeh yo..mata ko merah..napa?" Lect pojek akhir aku lak aku tegur.."mgkin, yoyo puas tido smpai mata merah?" ehe..aku senyum kambeng jaa..dlm ati : "kalau pueh tido dah lama aku tak g kelas..melantak tido smpai petang huhu.." (nta la pyakit ni memang makiin gaban..dan aku myusahkan org sekeliling aku ngn pyakit ni huu..sori...) tapi lepas lect aku ckp cmtu kwn2 tegur cmtu dorang msti bt andaian aku sakit mata (sakit mata bjangkit tu pussh!!men jauuuh2~)...

Aku pun tak pasan bila merah tu..erk mksud aku kena bila?jam bpa?yg pasti aku syok ja tonyoh2 mata aku..gosok2 macam mgosok lampu alladdin..haaha..sedar2 mata kabur smacam..pastu org tegur..yo..ko ok?mata merah ja? aku jwb acuh tak auh ja..owh..yaka??(sebab tak pasan pun..huuu) dah tu bila malam selasa time latihan teater pojek akhir..huuu..aku g toilet..oh my GOD!arrkk...mata aku jadi sharingan..eheee..

Malam tu, mlm selasa esok nk rabu pasal tula aku bukan lense blah kanan-sbb yg kena infction kanan dulu..(dah masuk 4kali dah kena..aku ingat2 ari tu 1st time kat membakut progrm kepimpinan,aritu masa kat kg.e g knilik KF, pastu ngn Abah kat hops.Likas,pastu ngn Asmah..) ehee..dah lima kali ka??campur yg nie,...hussh nasib tak buta..kn?dah tue, aku pakai seblah kiri ja..tak sangka lak aku bleh terlelap sekali ngn lense tue..gilaa tol??tu yg aku bgn ari rabu tue sakit gila mata?!!hmm..bgn2 dari tido da jadi ULTRAMAN!merah mata tak terperi..bak delima merah..cissburger kalau merah bibir tak pa la gak..cumil la gak..nie merah mata..aku rasa aku sket lagi nak btukar...

Sengsara doo~bpa jam aku menunggu ari rabu tue..mata kiri aku asek meleleh ja airmata (kanan tak?)sakit yg teramat myebabkn aku tahan sambil tutup mata nak buka kena bdoa byk2..sakit wuuuu~jm 8 mlm baru aku diterbangkan ke Hospital Luyang(eceh..nek motor je pun).

sampai ja billik Dr.bilik no.17 bermula la sesi bdialog antara pesakit dan Dr..


Dr.Luyang : yaa..ayu!!ayuu..ayu kenapa nie?(buat2 mesra alam..pdhal tak knal aku pun)

Yoyo : Eer..mata...sakit..(er..dlm hati pgil YOYO..aku fire karang!)

Dr.Luyang : kenapa bleh jadi cmni ayu?nama pun ayu..org nya pun ayu napa leh sakit mata?

(nak tgolek2 ja aku time tue, kalau bleh buka mata..aku buka mata besar2 hahahaa)

Yoyo : erk..ni..sbb lense...

Dr.Luyang : Nama?Ic?asal?dari mana?bila?bla.bla.bla.Ini ayu mesti suka sekodeng atau mgurat

ni..muka ayu mesti mata tu sk main mata kn?(geramm tol!aku rs cm nk cabut2 ja

misai Dr.tue time 2!aku tak rasa lawak pun xda mood nak ketawa nasib bek

Dr.tue nmpk mcm sja nak attract,spy aku xpikir sgt mata aku sakit time 2..wuuu)

Yoyo : Eh tak la....(meenciik~)

Dr.Luyang : Pelajar UMS ya?amik kos apa?(time ni dia suluh mata aku..adehh perit~wuu nak

nanges doo~)

Yoyo : Teater dan filem. (time ni dia tau aku tak selesa dia suh aku baring, sbb nk check dr

atas dah aku tahan bdn aku tunduk2 ..wuu sakit dia buka mata tu..cian kat mata

aku..wuu~)

Dr.Luyang : oowh nak jadi artis la ni,kan?

Yoyo :..insyaAllah..bleh jgak..(maleh nak jwb tgh sengsaraa~)

Dr.Luyang : (gelak2)..hahaha..betul ni?bgus la ada rupa msti ada bakat..tp betul nak jd plkn?

hahaha..

Yoyo : Dr. tnya bkn2 sy jawab jela..(tak mesra alam btol aku time ni..ehe jaat kan??)

Dr.tu gelak2 ja (aku penampoor karang,tgh sakit nie iskk.iskk..),pastu nurse kat ctu tetiba nyampuk..dik..slama sy pakai lense 10 thn tak penah saya alami mcm ni.(dlm aku yg tgh takde mood tu aku sm[at bcakap dlm ati : itu ngko kak..ini aku huuhu..dah takdir tuhan aku kena infctn nak wat cmne?huuu...) kamu pakai lense yg pakai buang ek?(..ingat ni lampin ka?) "ya..lense utk 3bulan"..........dlm memori aku yg tgh kesakitan time tu,pas amik ja ubat kat kaunter aku cari titis mata dlu..fuuh segar tapi masih perit..sampai ja rumah aku tbaring ja kat bilik..(pelik ada plak mood nak bca komik?ahaha bygkan aku mbaca dgn mata seblah..huuu dasat)

Nasihat pd diri; len kali takmo terlelap ngn lense lg..wuuu....sayangi mata..(ada carrot tak?lobak utk mata??uhh..tak sedapnyaa..sayur lobak??wlaupun aku tahun arnab ..aku tak suka lobak~kecuali jus?)

P/s: Terima kasih Tuhan, aku bsyukur dgn kesakitan yg Engkau beri..skurang2nya aku syukur aku masih punya mata untuk melihat org2 yg aku sayang..kalau pun aku buta, aku bsyukur sbb aku dah menikmati dunia ni bersama org2 yg aku sayangi sebelum buta..baru aku mengerti kedaan mereka yg "buta"..

TAG

JAWAP SEPANTAS MUNGKIN!!

1.Tiga tempat paling best dan ingat.
-Mesti la masa kat dalam PK!.
-Gi Penang pertandingan monodrama..Hik~
-G shoot kat rumah Dato siti..huuuu..moment tue tak leh nak lupa langsung! Tak sangka..Kejutan mama Erma bg kat aku takkan lupa smpai bila2 huhu..Sayaang mama erma!!!

2.Tiga perkara melucukan pernah dengar dalam hidup
-Baca mesej lawak dr dia pastu nak t’golek ketawa sorang2 depan Hp.
-Dengar bunyi org prooot kuat..ahahhahhaha.!!
-tak nak jwb sebab bulan posa tak elok gelak kuat2..hik~

3.Tiga perkara menakutkan dalam hidup.
-Lipas terbang hinggap kat pp..Arrgh!!!!tak leh nak hidup..huuuu scary gilaa!aku benci lipas!!
-Anak doggy org cina tunjuk berani mati..dok mengonggong tak henti..jarak 15 cm ja dari kaki.Nyawa time tu hujung tanndook ja.wuu..aku benci anak doggy!(wlaupun dia comel)
-Hampir maut sbb excident.dah 2kali dah..(masuk tiga..tak tau la..hussh!)

4.Cerita hantu paling pames pernah dengar.
-cerita hantu di zaman sek.men..huuuhu.
-Pelik skg aku suka semua ceta hantu.Otomatik jadik fav.muvi...hahahhaha
-Ceta hantu pempuan gosok gigi guna pisau kat tandas...scary dohhh!!(ni aku malas nak gosok gigi sorang2 nie)

5.Tiga hasrat tak termakbul lagi?
-kalau jawab termakbul tak??
-ehem..malu lah..hahaha
-Rahsia aku dengan Tuhan.

6.Tiga warna yang menggambarkan perasaan hari ni.
-Hitam(sedih sbb..hmm)
-Ermm kelabu..kot??(blur)
-Purple (urmmm..ehehe ehem2)

7.Siapa dalam fikiran sekarang 1 saat!
-Siti Nurhaliza tgh dgr lagu dia.
-Adik aku..(tgh tgk dia skg)
-kartun Cj7..uhuhu kbetulan te’tgk kat laptop ni.


8.Cemburu apabila?
-soklan killer nih!!Uhmm..uhmm bila ada gmbr girl dlm fs dia..Xfaham napa??gla ka apa??hahaha tpi rilek jer la..Xbising pun tp hati tue ada la sikit..hahahaha..Kalau Xda rasa jeles tipu la..cm x syg plak kn..kn??the end.
-Tgk org men Hp, kbetulan Hp aku low bateri!!Uhh tahap gaban jeles..
-family bahagia....sweet jer kn (:

9.Rasa tension bila?
-Tak dapat hafal2 benda yg penting cth Nota..Skrip..
-Kena paksa buat sesuatu yg aku tak nak buat..tapi nak tak nak, aku buat jg..mjaga hati sesame manusia..huuu..
-Bgn dari tidoo..rasa nak tido ja balik.

10.Perkara org tak tau pasal diri anda?
-suka observ dalam diam kmdian bandingkan dgn horoskop.
-aku pakai jam seblah kanan,tgn aku fleksibal.Kanan mnulis,kiri mewarna dn pgg sudu garfu kidal.hahaha..
-Rmbut aku pelik.kat depan nmpk pendek,pusing blakang pjg.magic kan?hahahaha..

11.Perubahan ketara?
-Bila tjumpa seseorang..hik~
-Aku pilih bidang teater dan filem.diri sendiri.family.kawan.hidup aku.
-Masuk Pilih Kasih.

12.Movie paling romantic penah tengok?
-perrgghh~semua ceta korea dan jepun!!
-Twilight hik~ceta vampire yg ada ummph!
-Ada apa dengan CINTA?-indonesia (Dian.s.&Nicholas.s.)

13.Hari paling best sekali?
-Time hujannnn~yeaay rasa sejuk dan best ja..tdo pun soodap!hahaha
-Cuti laa....paling bahagia.
-bila2 ja time kelas batal..hahhahahha!

14. Semua soalan ni ditujukan kepada?
-sesapa tgh baca blog aku!ahahaha Xleh tipu/elak skg bulan posa ni..
-sapa yang boring.
-sapa yang tak nak jawab hahhaha..XD

LALU KULEPASKAN RESAH SEPI


Tenang..
Sepi pun pecah nyanyi angin
Irama duka
Bakawali kembang pagi

Cuba sedar diri
Akukah perempuan
Dalam bingkai cerminan
Hilang kekuatan
Airmata pun pecah
Kemilau kaca berselerakan
Dalam jerit ombak harap dan harapan

Cuba bangun berlangkah lari
Mencari realiti
Lalu kulepaskan resah
Sepi..

Tenang
Kulempar sisa manis racun
Yang berbaur
Sepi..
Lalu kenal diri.
angin satu badan??banyak istigfar di bulan ramadhan ni..

Aku kadang2 tak faham sikap beberapa manusia. Bila kita bermanis wajah, ada yang bermasam muka. Kadang-kadang ada sesetengah manusia suka mempertahankan niat asalnya baik tapi bila disertai hati yang selalu prasangaka atau syak..benda tu dah berubah. Humm..macam2..BAK kata abang pijol ehe..manusia ni unik..macam2..Tapi yang aku nak highlight adalah sikap sesetengah manusia.....Bila kita berbuat baik ngan dorang, dorang tetiba macam nak menjatuhkan diri kita. Bila kita diam dituduh tarik muka atau sombong..Ada sesetengah manusia yang aku tak faham suka memutarbelitkan sesuatu cerita untuk meyakinkan diri mereka tak bersalah. Ada gak yang soksek sana sini...ermm erti kata mengumpat, bercerita tentang sikap seseorang yang mereka tak ngam pastu cuba membawa orang sekeliling membenci dan marah kat diri seseorang tue. Hurmm ingatkan bulan ramadhan ni hati akan bertambah suci dan bersih dari segala kekotoran, tapi ternyata ada yang masih dengan sikap dulu. Apapun yang terjadi kita kena berbalik pada diri kita sendiri. Kadang2 kita menyalahkan orang lain padahal benda tu berpunca dari sikap kita yang tanpa sedar menyakitkan hati orang lain atau mengecilkan hati. Mungkin kita tak sedar kesilapan kita sebab tu kita kena banyak istigfar dan memaafkan setiap orang yang berada disekeliling kita.
Kajilah diri.. Banyakkan berdiam bila perlu..ajar hati untuk berpuasa dari menyimpan rasa amarah sesama kita.

KAU DAN AKU



Berbeda jalan cerita
Tanpa memahami
Bertemu tanpa bicara
Namun terasa ingin mengerti kamu
Tidak mengerti perasaan ini
Gelisah tentang dirimu
Ingin mengerti rasamu
Ingin membelai wajahmu
Walau tanpa sedar
Apa yang kurasa
Tak kusedari
Kau dan aku
Satu cerita seribu persoalan tak terjawab
Mungkin kah ini sebenarnya
sepenuh rasaku..
Atau cuma prihatin ku..
Gelisah..aku rindu..
aku memerlukan perhatian darimu
Tak mengerti apa yang kurasa
Namun sejujurnya aku ingin
Bersama kamu
Meluangkan setiap detik masa
Biar dengan dirimu
Tanpa kufahami aku
Ingin kau bahagia
Akukah tercipta buatmu?
Akukah mampu mencintai dirimu..
Kau dan aku..
Tak terungkap
Namun aku tidak mahu melepaskanmu
Seperti aku menginginkan mu sepenuh hatiku
Apa yang ku alami sukar kumengerti
Tapi yakin..
Aku ingin membahagiakanmu
Dengan sayangku..
Dengan cintaku..
Kembali dalam dakapku
Kala kau terasa keseorangan
Kembali kepada aku..hanya aku.
Mungkin aku tidak bisa menemanimu
Mungkin aku tak bisa ada waktu buatmu
Mungkin aku tidak mampu memberi
Waktu panjang dalam hidupku
Yakinlah kau hanya untukku
Yakinlah aku akan memberi
Apa yang kau perlu..
Aku menunggumu
Sedia membahagiakan dirimu
Sampai tertutup mata..

Friday, September 4, 2009

CATATAN BUAT ABAH



Bukan sengaja kupalingkan muka
Dari menatap sewajah kasihmu
Tapi terkadang-kadang ada rasa
Tak mahu kau baca..

Bukan juga tak kuhargai
Huluran tanganmu yang mendakapkan
Tapi ada kala ada rahsia,
Terpenjara dalam dada tak ingin kau tahu

Maaf kalau terluka
Atau tertambah segaris duka dikerut dahimu

Maaf abah..
Tapi hati yang satu ini harus kusimpan
Sendiri-sendiri.

CERITA TENTANG MEREKA


Mereka bukan bermasalah,
Mereka cuma keliru..
Kita yang membuat mereka keliru.

Kita tidak pernah cuba
untuk mendengar
apa yang mereka ingin katakan....

Kita hanya mahu mereka mendengar
Apa yang kita ingin katakan

Jadi bukalah
Mata dan telinga..
Apa yang ingin mereka katakan.

KETIK KETOK..


Aku rasa rindu kat semua orang..
Aku rindu kawan aku.
Aku rindu nak perform.
Aku rindu kucing aku.
Aku rindu adik.
Aku rindu abang.
Aku rindu mama.
Aku rindu dia...
Aku rindu suasana macam dulu...
Tapi mustahil.
ketik ketok tetiap ari..
untuk hilangkan rasa sunyi.



HAPPY BIRTHDAY MASTURAH!!!
Arini aku nak ceta pasal member aku Mas, geng merempit vroom! vroom!! hohoho ari ni birthday dia 1 September ..Sayang ar dpat nak lepak ngan dia. Tpi tgah malam tue aku sempat mesej dia wish heppi burfday huahaha..Jom kita nyanyi ramai2!!!

Happy birthday to you!!
Happy birthday to you!!
Happy birthday to Mas~
Happy birthday to you!!!

Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan kamu~
Allah selamatkan Masturah md Nazri!!
Allah selamatkan kamu!!

Selamat hari lahir!!
Selamat hari lahir!!
Selamat hari lahir Mas~
Selamat hari lahir!!!


Semoga panjang umur+murah rezeki+maintain cumil dan sentiasa dirahmati Allah SWT








p/s: huhu enteries lambat ari ni network masalah, tak dapat online..hwuu~

Saturday, August 29, 2009

Filem PAPADOM!!kaboom!!


Comel tak poster nie??aku nengok poster ni aritu cam tuala yang dilipat2 jer tapi bila tgk balik macam kuuuih..uhmm nyum.nyum..tapi cam rupa keropok gak??ahahaha (sabar yo..bulan posa nie..huhu)Korang penah tengok filem ini? Mesti la belom kan..kaan..sebab tak kuar lagik pun hehehe...Filem Papadom hasil arahan Afdlin Shauki ini belum lagi ditayangkan, tetapi sudah mampu memikat hati juri dengan kemenangan anugerah perdana Filem Terbaik, hmm..kita tunggu sahaja tayangannya nanti. Ada peluang nnt aku nak kaji jalan ceta dia dan tgk camna gaya lakonan Liyana Jasmay yang bersahaja.Waaah!!!dasat ar..dia kan menang anugerah pelakon wanita terbaik !! Sekaligus mengalahkan Nabila Huda yang dicalonkan menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam memberi saingan sengit (aku suka tgk lakonan nabila huda..memang berkesan..tapi agak mcabar gak ar..huhu dia memang berani), Nadia Mustafar (Jangan Tegur), Sharifah Amani (Sayang U Can Dance) dan Heliza Helmi (Syurga Cinta).

Dengar-dengar akan ditayangkan pada bulan 8 OKTOBER 2009. Tetapi tidak perlu dipertikaikan ar, kalau abg Afdlin buat movie, memang leh buat penonton berfikir dan terhibur. Festival filem Malaysia22 (FFM22) sudah pun berakhir...dimana ia berlangsung di Dewan Chanselor UMS, Kota Kinabalu dengan dihoskan oleh Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Tahniah buat RTM yang menganjurkan siaran langsung dari Sabah. Dan tahniah juga buat pemenang pemenang,terutamanya buat allahyarham Yasmin ahmad@Zulkifli Ahmad..


Afdlin Shauki turut 'menang besar' pada malam FFM22

Berbuka Puasa kat IP.



Semalam aku bebuka posa kat IP (kolej indah permai) Kitaorang bertiga (aku, Mu ngn Nurul) nak bebuka kat ip sebab abg aku piei baru balik dari Keningau hahaha..dia bcuti2 malaysia balik jap kat Ip. Jadinya aku dengan penuh semangat tunggu bas ip maklum la lama tak jumpa dia. Konfirm banyak ceta tentang murid2 dia kat SMk Apin-Apin, Keningau..Ni aku nak ceta ada benda hampeh yang menguji kesabaran aku time on the way nak bebuka posa semalam..arggh bayangkan dekat sejam lebih kitaorang dok menunggu bas..Semangat tak semangat kami time tue...??huhuuhu yang hampeh dan betol2 menguji kaesabaran aku masa tu part menunggu bas..punyala aku tahan hati+paru2 dan jantung+tue tak tambah tahap gaban kelaparan tue..huhuu banyak benda gak tjadi semalam tapi aku malas nak ceta sebab buat sakit ati aku ja, nasib bek aku dah jumpa abg aku, dan mengadu kat 'dia' semalam...hilang sket rasa laapar dan sakit ati..ahahaha..

Memang best dapat lepak ngan piei, kena lagi ngn geng aku yang gila2 c'Mu..uhmm tahan gelak ja tengok perangai dorang..hahaha kami sempat singgah kat bazaar ip beli satay daging hati, ikan pari panggang dan ikan bakar..tambah ngn sambal..nyum.nyum..nyum!! laapar balik..hahaha..sederhana tapi bahagia dan mengenyangkan!pastu kami cari port nak makan g la masuk kedai makan makan kat dalam, oder nasi kosong ngn order air minuman sejuk.waaaah~lazat lemak berkrim disukai ramai...ahahaha aku cam besa order nescafee nyum.nyumm..piei order ice lemon tea..(ehem2..beng'k baby ko minum minuman fav ko..haha)

hp aku time bebuka posa ni low bateri lak..huhuhu tak dapat nak on time2 darurat..piei keja dia mg'snap gmbar ja, huuu jeles la aku..aku pun nak gak amik gmbr tapi hp low..huhu revenge kat piei dia pulish awal kat blog dia aku copy gmbar trus kat blog dia ahahahahaha.....Sebenarnya pas bebuka posa tu kitaorg sempat g g salon..hahaha piei nak potong rambut kat tepi sebab rimas, jadi kami g la teman..Aku pun tak lepaskan peluang tgh dok bsembang ngn dia aku join sekali basuh rambut..erk..tak nak ar publish gmbar dah la time tue kat kepala buih sabun banyak..hahahaha..tapi piei kejam dia g publish gmbar kandid masa kat salon!!wuuuhuhu..saja ja dia, nasib bek hp aku low bateri..kalau tak aku snap gmbar gak curi2 time kitaorg tgh makan..ahahahaha
Apapun semalam memang membawa seribu kenangan antara kengkawan.Hmm mungkin tak meriah macam dulu2 tapi cukup sekadar ada abg dan kawan2 aku dah cukup bahagia bebuka posa ngn dorang...........huhu... sekurang2nya sepi hilang, tersenyum bahagia tue sangat penting..kan?

Wednesday, August 26, 2009

Tentang Cerita Semalam

My best friends are like a fairytale.They've been there since once upon atime & will be there until forever after.
Aku tak kenal penat bila nak ketawa dan bermain..

Pada aku semua kenangan bersama kawan adalah membahagiakan

baik senior atau junior
Biarlkan kita tersenyum bahagia

Kerana kita adalah kawan sejati..

we are family..
susah senang kita "budak teater"..tak kenal erti penat

tak kenal warna kulit dan kuku hehehe

yang penting kita bahagia melakar kenangan dan impian



kelak ketawa kita muzik paling indah..kan?

abg piei ku ahaha..sir piei macho bgaya..

Shania..geng kelante yg comel molek..haha

Pentas PK..kenangan bersama mereka

Sesi mic up..

Aris Yamin geng kucing..haha

Iqbal..pemenang PK.

Chopie..scorpio cam aku..
Wani..geng aku 2/3minggu sebilik ngn dia kat IPTAR.huhu rinduu


Aku bahagia bila dapat berkumpul ngn kawan aku...tanpa disedari bila kita perlukan kawan untuk bercerita secara tak langsung kawan2 mengubat hati kita..hehehe aku rindu korang sgt2..

Suara Kabur



terasa sedih tapi bukan sedih

terasa benci tapi bukan sebenci itu..

terasa marah tapi bukan semarah itu..

terasa sunyi sebenarnya ingin menyepi

terasa kosong sebenarnya sepi

terasa seperti ada sebenarnya keliru

terasa keliru sebenarnya ada..

terasa sayang tapi bisu

terasa bisu tapi ingin bersuara

terasa diperhati tapi lemas

terasa ada tapi tiada..

pernah terasa

ingin memeluk tapi tangan tak kesampaian

terasa sederhana tapi ada indah

terasa ingin tertawa tapi hanya tersenyum

terasa senyum tapi bukan bahagia

terasa pedih tapi sabar

terasa rindu tapi malu

terasa sepi tapi selalu dirindui..


THREE NAMES THAT FRIENDS CALL YOU
-Yoyo..oh!
-Gaban
-U.Haizah hahahahaha geliiinyaa perut aku taip nama nie...
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
-27 Oct..
-18 Feb..
-4hb nov..Aku nak hadiah byk2,cepaat!!hahahaha
THREE THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES
-Tdo..
-Go pupu..uppsS!ehehe..did I just ...*
-On9 revenge lama tak round2 blog org n update..wuuu rinduu
THREE WAYS TO BE HAPPY :
-go hahahaha(ketawa sampai tergolek)
-go out spending time with my geng.
-dating hahahaha...
THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
-apa2 la drama/film ahahahhaa..
-Ermm..semua gift yg org bg aku suka n hargai.
-piano.
THREE OF YOUR FAVOURITE HOBBIES:
-Melukis kat mana2 ja..hahahaa
-Baca komik
-Hang out with my geng

THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
-Korea!!
-Hurmm..ni kena bincang ngn ehem..ahahahaha
-Paris kot??nak tgk lukisan2 hebat kat sana..
THREE FAVORITE DRINKS:
-Nescafee’ nyum!nyuum!(hussh..posa la yo!)
-Milo Ice tabor @ hot choc pun boleh hahaha
-100 plus
THREE THINGS FOUND IN YOUR POCKET:
-Money
-Hp
-Tisu
THREE FAVORITE COLORS:
-Black
-Black
-Black..huurm??
TOP THREE YOU LOVE SO MUCH:
-my parents
-my guy ehem..
-my geng yg slalu lepak ngn aku walau dimana aku berada..(dear frens know who u are hehe)
TOP THREE "THINGS" SPECIAL TO YOU:(things only)
-apa2 benda yg dia bg (sweet..hik!)
-harta yang aku beli sendiri ngan duit aku hahaha
-mafela.
TOP THREE THAT MAKE YOU HAPPY LATELY:
-Dapat dating hahahahaha
-Dapat berkumpul semula 20 org PK.
-Shooting!!!
TOP THREE REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
-Boring..tahap gaban..
-aku rasa mo menaip
-sebab aku sorang2 takdak kawan skg..
TOP THREE WHO YOU THINK WILL ANSWER THIS SURVEY:
-yang nga bosan (copy ayat beng’k)
-yang rasa benda ni menarik (copy balik)
-yang minat mo jawab tag (copy and paste ahahahaha)

Tuesday, August 25, 2009

Warkah Buat Hati



Warkah buat Sang Hati

Sebentar aku memandang redup
Hidup ini seperti terhenti
Suara hati berdenyar membisikkan sesuatu
Tapi makin tidak didengari



Lagu siapa yang kedengaran bahagia dihati yang lara
Aku memandang kosong
Sayup kedengaran satu nama yang hilang

Hati..
Biarkan aku tersenyum
Bukankah hakikat cinta itu membahagiakan?
Aku membiarkan cinta subur dalam hati yang hening
Pada janji yang tersemai