Saturday, January 16, 2010

LELAKI CANTIK??



Aku suka pempuan.Aku suka lelaki=bioseksual ka aku???hahaha..teringat lagu M2M-Pretty boy.

aku cuma suka menghargai kurniaan TUHAN.Kalau dah cantik tak salah kita memujikan?erm..kalau hodoh..salah kah kita mengutuk?Dosa.kawan aku cakap.Tapi aku berkata JUJUR?mcm budak baru naik darjah 3..cakap salah tak cakap pun salah.

situasi 1
"saya suka awak."
"napa?"
"sebab awak cantik"
"cantik?"

(tafsiran lelaki/perempuan )agaknya dimana letaknya cantik?
...mata?
...hati?
...sifat?
...wajah?


situasi 2


1.Aku suka lelaki cantik..FYI bukan GAY!(beautiful is sujective bak kata seseorang)

2.Aku suka tengok lelaki smoking?sometimes nampak..COOL?(ahaks wlupun aku kdg2 tak suka terhidu bau rokok)

3.Aku suka lelaki cantik bukan sebab dia 'cantik' (cantik kan subjektif..ahakss) maybe sifat lelaki cantik yg pembersih..menjaga pemakaian or rambut kot???

4.kadang2 lelaki cantik di mata aku..sebab imej stylo dorang membuatkan mereka yakin diri nak p mana ja..yg best bila lelaki cantik ni menjaga adap. Tak keterlaluan bila aku cakap dorang jaga rambut dorang..

5.Aku suka rambut cantik.Meh layan gambar rambut lelaki cantik.(Aku masukkan gak gmbar perempuan yg style lelaki cantik gak..hehe)















Menarikkan..rambut pendek..dalaman aku mencanak2 lepas tengok rambut best tercacak nie.hahaha..teringin nak buat rambut mcm ni balik (Personally I wish I could pull off some of these looks, however, I cannot so for those of you who can, here are some of the hottest Punk Hairstyles)

Please note, these looks range from minor to more extreme. Also considered goth hairstyle and/or emo hairstyle these looks are bold, colorful, funky and well for some, outrageous!hehehehe~

*jiwa aku lebih memilih rambut panjang^_^

p/s: teringat zaman nakal2 dulu....lalalala....

SUKA BERPUISI?



What is poetry?

Poetry ~ Eleanor Farjeon

What is Poetry? Who Knows?
Not a rose, but the scent of the rose;
Not the sky, but the light in the sky;
Not the fly, but the gleam of the fly;
Not the sea, but the sound of the sea;
Not myself, but what makes me
See, hear, and feel something that prose
Cannot: and what it is who knows?


(*from Eleanor Farjeon's Poems for Children,1938)


TERingat puisi pemberian abg pisang kat aku..

Telah bertahun-tahun dia berjalan
didalam gelap gelita
tidak tentu tanah yang dia akan tempuh
tidak kelihatan suatu bintang pun di atas halaman langit
akan dia jadikan pedoman dalam menuju perjalanan itu
khabar dari pelangi adalah lebih benerang dari cahaya suria
lebih nyaman dari cahaya bulan
dan lebih damai darikelip bintang bintang
yang sentiasa ditunggunya..

Nukilan:Abang Pisang

ada lagi..aku berani publish sbb da mintak izin kepada tuan punya puisi..hekhek..

Aku benci Laut.
Laut mneggelamkan mimpiku di kedalamannya dan keluasannya.
pada sapuan ombak pertama
pada saat aku baru mahu menyeberangkan mimpiku
pada pemimpi lain lain diseberang mimpi yang lain.


Nukilan:Abang Pisang

Sebenarnya dia antara sahabat aku dan abang aku yang banyak berkongsi. Rajin keep in touch..T_T terharu gak, sbb aku jarang keep in touch...huhuhu.Insaf2..Dia banyak bagi aku puisi.Aku tulis satu persatu dalam nota kecil aku.Tanda aku hargai puisi pemberian dari sesapa pun..Tinggi nilai puisi sesapa bagi kat aku..hee..Piei puisi dia pun aku save dalam nota..huhu terharu.Aku ingat g masa nak p Pilih kasih dilema dia bg puisi kertas kuning kat aku.Sekali baca meleleh gak airmata..huu..

Aku tak suka membaca HANYA membaca bila perlu.(jangan ikut perangai tak baik ni ye adik2 membaca tue kan amalan muia..rajin2kan diri membaca,selamat beramal~)Bukan tak suka..cuma..darjah pala otak aku ni, kemalasan tahap menGABAN.Aku tak suka MenDENGAR.Aku cuma akan menDENGAR BILA PERLU.Aku kena dirangsang oleh minda org2 yang genius baru aku terdetik nak membaca atau mendengar..hahaha dasat gak..Tak suka dipaksa tapi suka memaksa hm?boleh ka mcmtu??Eessh..tak bleh.tak bleh..bahaya untuk kesihatan.Ehehe tapi banyaknya terpaksa...uhuhu..Paksa diri..hurm..

SAKIT HATI!!


Uggh X BERNAFAS.....nak NANGES gile wehhh!!!

Aku rasa nak tergelak atas keBANGGANGan aku pun ada..nak MARAH pun ada..nak JERITT pun ada...ugggh~huuu T_T nanges???huhuhuhu NAK SANGAT3x..CUAI....ar..cuai!!!pendrive tinggal kat library....huuuuuu~esok tak kira aku nak cari sampai dapat!hhuuhu..Pendrive..huuhuhuhuhh pendrive..tu je back up aku.Laptop aku kat rumah bapak aku.huhhu...masalahnya bermula start report tu aku save dlm laptop member..suddently dia g format laptop..(aku dengar je trus aku senyum mcm menahan2 kentut yag tak lepas...)tak tau apa perasaan aku sebenarnya..KONPIUS!@#$%

"format...????hm,uh takpe2 saya ada back up gak jgn risau.." (pale otak ko yo!amik ngko)

huhuhu memang aku ada back up..aku back up kat pendrive tue..BACKUP..masalahnya aku backup kat pendrive..dan benda tu hilang kat LIBRARY!!!wuuuu!!hilang kat libarary!!?shit..nak marah je....

tensen tahap CIPAN + GABAN Geeeraammmm!!!!

PENAT.huuhu~aku penat..penat buat report tu.....penat SANGAT3X..tak tido.aku demam2 buat report tue..tau tak aku tak cukup tido dekat seminggu nak settlekan benda tu je....huu..semua penat lelah aku kat REPORT tu...nak present depan NC.Semua bgantung pada report aku tue...Menciiiik!!MenciK..!!semua berkumpul dalam hati tak leh nak lepas.......arrr.....huuuu T_T

Mood terganggu gilee!!!!menciik~ujian ni menyiksa perasaan aku...aku fikr dapat tak aku perform report yg baik mcm yg aku hasilkan seminggu lalu dgn beberapa hari ni???

Aarghh!!!!rasa mcm...mcm nak bunuh diri guna jarum!!!cucuk banyak2!baru pueh ati.arrgh!!pastu bubuh limau dan garam kat luka tu....cuai!!tue la cuai lagik...uggffhh~ T_T nak bernafas pun X bleh...white coffee tolong...wuwu..bantuan benda ni sgt perlu skg untuk aku tak tido hari ni dan BUAT BALIK REPORT!??!@#$%#* Sekarangkan..kan.kan aku rasa mcm nak cari mic jerit kuat2..melalak biar semua org tbangun.Pastu rasa mcm nak baling2 selipar kat anjing yg aku jumpa..arrghhh!!nak bergolek2!(*imaginasi terlalu extreme-org yg pentingkan diri+jahatkan??)hakikatnya aku dok termenung ja.tgk fail aku..huhu menunggu nak buat balik..menciiiik!!!!


Arini planning : Nak tak nak kena BUAT BALIK JUGAK-report seminggu..wuuuuwu~ T_T pagi nnt g LIBRARY cari pendrive tu (walaupun peluang zeroo 0% arrr nak jerit je..)pegi Dwan Canselor jmpa member se exco..pasal pesta kenyalang..arr.. jeritan batin tak lepas lagik niee!!!!!

Thursday, January 14, 2010

Satu Malam

Dear dairy..today is thursday(14.jan.2010)

Aku ingat lagi aku tgk TV..sambil tggu megi aku masak.Rasanya aku je bloom tido..aku tgk Tiqa ngan Rozie dah tido. Tiba-tiba Rozie tbangun.Tkejut gak aku..mata dia merah ja tajam tgk aku..agak terbeliak..aku dah cuak.Aku telan liur.Aku ingat dia tido.Lama lepas tu mata dia kuyu balik.Kelip2..macam nak pejam tido balik.masa tu aku tgh duduk di meja study.Aku tgk je dia..Rozie tido balik tapi mata dia still buka tutup.Aku tak paham.Aku tgk atas.lampu on..tgk sekeliling tv on..hurmm dlm ati aku agaknya dia tak selesa sebab bising tak pun sbb cahaya lampu??Aku bangun nak g tutup lampu.Sebelom tu sempat gak aku tgk jari kaki dia gerak2 sblah kiri..Aku off lampu.Tetiba aku dgr suara Rozie mengerang.Aku on balik lampu..huhuu..Aku tgk dia dah tbangun.Rozie tduduk dan tutup muka.Cuak gak aku.Napakan?masa tu mcm2 aku pikir.kalau la dia serang aku?huhuu..abiss ar aku..scary gak..(*ni la akibat pengaruh ceta hantu)last2 aku dok seblah dia.(buat2 berani)

"ok tak?"aku cakap.Rozie geleng.Aku gosok belakang dia.Aku tenangkan dia.Aku dgr dia istigfar byk2.

"Rozie..napa,mimpi buruk ke?"aku tanya lagi.Dia geleng lagi..Aku pasan gak tgn Rozie mgeletar.dia cuba cover.Aku tgk je dia.Dia genggam buka tutup tgn dia.Aku gosok belakang dia.cuba tenangkan lagi..

"Napa?Rozie..ko ok tak?"ayat sama aku tanya lagi..Time ni dia dah tenang skit.Dia senyum.Angguk sikit.Maknanya ok.Tapi aku tau dia tak ok.

"Kena tindih ke?"Aku sambung.Dia tgk aku senyum lemah.
"tadi aku tgk ko ye?"Rozie cakap.

"Ha'ah..ingatkan ko tak tido gi.Ingatkan ko tak selesa sbb lampu on,jadi tue yg aku g padam lampu tu..supaya ko tenang sket, tapi dgr ko cam kesakitan,mengerang..trus buka balik lampu."Aku cakap.

"Tadi nak panggil ko..tapi tak lepas..ntah..cam tak lepas..kaki badan semua kebas tak leh gerak.."Rozie cakap dalam keadaan keliru..

Aku tgk Rozie tak tenteram.Dia bangun amik al-Quran,dia peluk bawa tido seblah dia.Pastu tgn dia capai beruang coklat gemuk dia.Lama gak aku tgk dia termenung.Istigfar byk2.Aku tnya lagi.Tue je mampu aku cakap untuk pastikan dia ok..

"ok tak"aku cakap.

"ok"dia balas sambil tersenyum(mungkin boring ngn soalan aku yg sama?huhu)

"Mcm tak ok je..tadi tangan mgeletar" aku balas.

"Ha'ah..tgn mcm..huu.."sampai tu je ayat dia.Aku paham dia tak tenteram.Lama pastu dia termenung lagi.Pastu hela nafas panjng.

"Takpe..try tido dulu.Aku tak tido gak malam ni.Nanti aku tolong tgk2kan k..kalo kena tindih aku bangunkan.."aku yakin kan Rozie.

Dekat 15minit.Anjing myalak tak henti2 kat luar tingkap. Aku jenguk luar tingkap.Banyak anjing berlari seblah kanan bangunan A1.Aku tgk sekeliling gelap.Tiba2 sayup2 suara orang menangis selang seli suara salakan anjing.Cuak gak aku.Nangis memalam?manusia ka?Makin kuat suara anjing menyalak2..sampaikan kat atas bukit ada sayup suara anjing menyalak.Aku kalih toleh kat belakang.Tiqa ngan Rozie tbangun.
Cepat2 aku tutup langsir.Tiqa cam paham.Dia cakap sepit baju ada kat dalam plastik kat pintu.Aku trus amik sepit langsir.

"ko dengar ape yo?"Tiqa cakap.

"Ada bunyi org nanges.."aku balas.Masa ni anjing still menyalak tak berhenti.Hmm lupa plak nak ceta.

Sebelum kejadian ni.Aku ada lagi satu cerita..Aku ada ternampak 'dia'..masa tu aku ngan Mas lagi tak tido.Masa tu dalam bilik cuma ada aku,Mas ngn Tiqa.Tiqa da tido time tue..Rozie tido bilik Jumaliah..Aku ngn Mas ja tak tido gi.Time tu Mas layan movie f4-meteor garden versi korea.Time tu plak aku layan dunia aku.Dok mghayal mghadap luar tingkap..saja2 bfikir.

Masa aku dok mlayan prasaan tu baru aku prasan ada 'dia' kat depan blok A1 ni..lama gak benda tu kat situ.Dari tadi tak bergerak2.Dalam hati aku tak penat ka berdiri lelama?Aku ingat berani gak pmpuan ni tak tido malam dok sorang kat luar(keadaan dia berdiri tapi mengiring menghadap dinding)-sebenarnya aku ragu2 gak..tapi buat tak tau je la kan..huhu.Aku prasan kepala 'dia' berbalut.macam tudung..tapi macam...kafan?huuu...aku buat tak tau.'Dia' berdiri betul2 depan blok aku.Aku heran gak aku pun layan prasan gak tapi aku bgerak2 gak sebab lenguh berdirikan..sekali sekala aku helah nafas..aku pakai losyen..sempat gak aku g toilet..Pstu aku berdiri balik tgk luar tingakp.Still dia tak gerak2 posisi yg sama..aku masuk.pastu aku g tingkap balik(hati dah rasa cam tak best je..huhu)Aku tgk Mas..

Pastu sambung tgk luar tingkap.Still..dia camtu.Hati aku tak senang dah.Terdetik gak..napa dia tak gerak2.Aku perhati betul2.Tak da tangan...tak da rambut...tapi macam btudung pun ada..macam berbalut seluruh kepala pun ada..Aiihh..Aku tak mimpi ke??aku tgk Mas..best je dia layan movie..Aku tgk lagi 'dia' kat luar tingkap.'Dia' masih kat tangga tgkat 2 depan blok aku..Ni manusia ka ni??Aku bdoa dlm hati..ya, Allah kalau 'dia' makhluk yg satu tu..Kau tunjukkanlah..kalau dia bayangan atau khayalan aku takpa..tapi kalau dia 'benda' tu gerakkan lah..supaya aku tahu..


cuba teka apa 'benda' tu buat??


"ya,Allah.."tu je terpacul kat mulut aku separuh menjerit. benda tu perlahan2 bergerak.Dia goyangkan badan dia kiri..kanan..pastu gerakkan kepala dia.Perlahan2 aku berundur dari tingkap.jantung aku dah kencang.Aku rasa semacam je.(aku tak takut..tu ayat dalam hati aku cakap)Aku tgk Mas.Aku tarik tangan dia.Mas dengan muka blur tgk aku.Mas yg tgh baring2 heran...

"napa yo?"Mas pelik.

"Ko nak tgk tak?cuba tgk kat luar tingkap tu.Ko nampak tak apa yg aku nampak?"aku cakap.Mas tgk lama2 kat luar tingkap.Pastu perlahan2 tangan dia tarik langsir seblah kanan tingkap tu..

"Kat mana satu yo?"Mas ckp.

"Kat depan blok kita ni.Tgkat 2..kat tangga tue.Nampak tak?"Aku telan liur.Cuak..

"Tak ada yo.."Mas tgk aku.Aku terduduk bila dia ckp cmtu.Keliru.betul ke tak apa yg aku nampak tadi??Aku bangun.Aku intai balik.'Dia' ada kat situ.Tetap dalam posisi mengiring.Berdiri..

"Mas.Dia tgk bilik kita"Aku ckap.

"Ko nak aku tutup langsir ka, yo?"Mas pun da cuak.Aku angguk.Antara keliru dan tak puas hati..mas tak nampak..???(abis..sapa nak pecaya aku, apa yg aku nampk?kata2 ni bermain kat otak aku masa tu)

Dalam perkara camni aku tak penah main2.Buat apa nak buang masa takutkan org?cuma aku keliru.Pastu aku ngan Mas sama2 tengok.kami sama2 terduduk..

"ko tak nampak ke Mas?"aku cakap lagi.keliru..

"tgkat 2 depan blok kita.kat tangga tu?Tak'de..yo." Mas balas.

Aku bangun aku tgk tingakp balik.Benda tu dah tak da.(shitt!!)Mana dia pegi???sampai sekarang aku persoalkan..

"Mas..aku tak takut.Sebab tu aku tarik ko.Aku tak takut mungkin sebab sekeliling aku ada org.Sebelum ni aku mmg penah nampk..tapi ni ..huuu..aku nampak tu aku nak ko tgk sendiri. Aku tak takut,Mas..Aku sndiri tak paham.Ko tak nampak ke? huu..tadi ada..(keliru)Tapi..kalo aku nmpak sorang2 mesti aku takut..nasib nampak susuk tubuh dia je, kalau suara lagi ngeri.."tu je mampu aku cakap sbb aku masih keliru.

hm..cerita ni aku nak kongsi..Saja untuk mengingati apa yg aku dah ternampak.Sesuatu yg kadang2 aku tak minta..tapi diberi peluang untuk melihat kewujudan makhluk selain manusia..kewujudan ciptaan Tuhan.

Hari ni baru je Rozie kena tindih..jam aku dah jam 4.23 a.m..suara anjing masih bising kat luar.Aku keluar jenguk tingkap balik.tak ada apa.tiba2 jeritan nyaring kat luar tingkap.Anjing semakin kuat menggonggong..huuhuhu..Tiqa..Rozie dah tido balik.Tinggal aku sorang tak tido.Aku pandang blok depan.Ada 'Dia'...'dia' duduk kali nie.pelik.Dia duduk bertelengkup.nampak rambut je.sampai pinggang.Tak nampak muka.Tak nampak tangan.Cuma keadaan dia yang sedang duduk membelakang.Ingatan aku jelas cuma macam ni.Soalan selain dari tu aku tak bleh jawab. Sebab aku tak suka ingat sesuatu yg buat aku lebih banyak bertanya dari temukan jawapan..Aku tutup tingkap.Badan aku tak kuat lagi nak tgk lama2.Badan mengeletar.Aku tetap cakap dalam hati aku tak takut..Aku cuma takut pada Tuhan..sbb 'Dia' pun mahkluk ciptaan Tuhan.

Wallahualam..betapa alam ni penuh misteri..kan?

p/s: Sebaik2 ciptaan Tuhan adalah manusia.Aku tunggu azan subuh.hari ni tak bleh tido lagi..Hati tak tenteram.Aku dengar bunyi yang aku sendiri tak pasti apa dia?sayup kat luar tingkap..Agaknya kalau jadi kat diri korang apa korang akan buat??
perut aku da tak selesa.Megi dah kembang+bengkak..aku tak dapat habiskan megi ni..jadi mual tgk megi.nscafee plak da abis ..hmm nak cuci tapi...hmm nnt la..

Mungkin ada yg cakap aku ni reka cerita. Takpe..kalau nak minta kepastian jumpa org2 ni : Rozie, Atiqah..Masturah.dorang ada bersama aku masa kejadian.Aku tak tipu.Cuma ingin minta pendapat kalau korang ada disitu..huuuT_T

Still: aku suka movie hantu T_T

Friday, January 8, 2010

Memory recall..


Aku ingat lagi..masa nak pegi Alexandria kabus tebal sangat di kawasan sekeliling. Aku pandang kiri kanan dalam bas, memang tak nampak bangunan..perasaan aku bercampur2 takjub, bersyukur..gembira..sepi..tenang..ntah, nak gambarkan macam mana..tangan aku asyik nak snap gambar (walaupun kebanyakkannya..kabus tebal ja hee..) Tourist guide bg tau waktu skg suhu di Alex sgt sejuk..Ada sekali tue, aku asyik pandang belakang..sebab tingkap belah kanan tak clear sangat, belah kiri pun sama tak nampak apa..bluur je sebab kabus sejuk tebal sangat..urm jadi kebetulan aku dok paling belakang (*tempat favourite) time ni aku, Mas dan Yan je duduk belakang..eehe jadi aku slumber je duduk bersila dengan bukak kasut, berstokinkan stoking tebal..hehehe..aku pun duduk membelakang pandang tingkap belakang bas..uWaaaah~ !!!luas btul pemandangan kat tingkap belakang (umm..leh tak korang imagine cara aku duduk membelakang?) tapi oleh sebab kerusi bas kat belakang tinggi sangat aku terpaksa berpaut dan duduk melutut (membelakang)..best sangat dok camni..ehehe..sesekali tu mas tegur aku..”yo tak pening ka dok camtu?” aku geleng2 kpala aku..


Kat Egypt apa yg menarik perhatian aku untuk perkongsian korang,aku nak share perbandingkan apa yg ‘berbeda’ antara Eypt dan Malaysia adalah mentality masyarakatnya..sekadar perkongsian umum…

1..Kebersihan….Malaysia Negara yg bersih..Aku syg Msia!!sangat bersyukur aku rakyat Msia..hmm Egypt…Mentality msyrkatnya yg agak menarik perhatian aku. Sekitar jalan,lorong dan lohong .. mcmana kanak2 telah di didik membuang sampah merata2, hatta luar tingkap atau tepi jalan..( Kadang2 aku terfikir tong sampah napa mcm tak berfungsi jer?hmm…)

2..Membudayakan ‘Salam..Observation aku member sebelah, roommate, kawan sekampung, hatta jiran sebelah rumah walau pun saling kenal mengenali… kita selalu wat tak tau je,biasa dorang akan tgk kita, kita tgk dorang pastu ngan slumber senyum (itu pun tgk mood nak senyum ke tak?kan..kan) pastu blah..memulakan salam mcm agak berat.(*cthnya: Budaya salam ni Cuma bila jumpa ‘org2 besar’…cikgu, kawan surau..hmm) Kat Egypt memulakan salam tu sesuatu yg mesti..teringat kata2 rasulullah..kalau kita nak disayangi sesama kita,benda yg paling mudah dan senang adalah mengucapkan ‘salam’.(Assalamualaikum..Wasalammah)

3.. Peraturan Jalan raya….budaya ‘hon’kan kereta..Malaysia hanya akan bunyikan hon bila perlu sahaja, kalau Egypt plak pada aku tak tau ar..budaya atau muzik???huhu..hon adalah perlu dan hampirsetiap 1 minit akan dibunyikan..ar…bukan2 bukan seminit..tapi dalam 10 saat kot?pening dan berdesing telinga dok dengar hon..hon..hon..nak tido pun rasa nak marah je..bayangkan……@_@

4…Style bertudung..ahaks ni aku terkejut skit, rupanya minah kat bumi Anbia ni lagi dasat. Even yg bertudung tak melimitkan gaya mereka..ada sekali tu aku keliru..antara rambut afro ke tudung.sekali dorang lilit tudung fuuuuh~tak berkelip mata aku dok tatap..kalah rambut afro!bukan takat atas kadang2 kembang kat bahagian leher lilitan tu..hmmm…..style yg menarik mata aku untuk membulat dan tak berkelip untuk beberapa detik.hikhik.

p/s: byk g nak share..nnt aku update g.^_^

STRANGERS WHO BECOME FRIENDS


STRANGERS WHO BECOME FRIENDS
We talk around
Talking to complete strangers
Laugh for absolutely no reason at all
Have stooped fight that are over in 10 minutes
Attempt to dance and sing like
They do in music videos
Have a billion ‘you had-to-be tere’ times
Hang up on the bitch that has a problem
with one of us
Make fun of each other
When we walk into stuff
Act like we’re all on crack
And no matter what happens
we’re always there for each other
through good times and bad..
Friens,
I will stick up for you
When you are being put down
I will always have your back
I deserve all your frust and love
I will lend you my shoulder when you sad
I can make you laugh whenever you feeling sad
I don’t care what others think about you
I will never jugde you
I will make you feel safe
I don’t care if you are crazy or quite
I will give you my innocent heart to love you
I will never forget you
Because meeting you and being your frens
Is the most precious gift from GOD..

Dedicate speacially to: All my good friends who stay warmth in my heart  (frens u know who u..r.)

Monday, January 4, 2010

TODAY BECOME TOMORROW BECOME YESTERDAY..memory last forever,friends 4ever!!!yeeepii~







here the story begin...come far away for distance..be a lovely frens and family..
gambar 1st tu gmbr time g University Al'Azhaar-sapa nak masuk kena tutup pale..So non muslim ngn free hair(hoho)kena tutup pale..NAmpak tak Hui jing na Steph pun(chinese)pun pakai tudung..sweet jer!!

second tu,gmbr time kat University of Cairo. Aku dapat best fren kat cni nama dia NOHA!!dia memang best dan sangat baik plus sporting.Noha pakai tudung green dan wear glasses..muka dia mcm asia kan?so sweet!!

gmbr3,time aku vivit air mata air.

gmbr4,paling best!!kitaorg makan makanan Malysia!pedas dan nikmat tak terkata dapat makan makanan Malaysia!!nyuum..nyum

gmbr5,masa kat masjid nak solat jumpa adik umur15 dan 13tahun.Khadejah dan Saerah.Dorang sangat peramah..Pas abes solat sempat rakam gmbar bersama...

KUCING OH KUCING!!!cat...in egypt (aufta')





















i love cat!!

Aku saaaayang sesgt ngan kucing!!!hehe..kat Egypt aku dok cari menatang ni ja..aku ingat camna la rupa makhluk tuhan paling comel ni.Ingatkn kucing kat mesir kurus dan takdak bulu*sbb egypt kn panas?padang pasir...huuu aku silap rupanya.Cni sejuk..kucing sni gemoook-gemook gedempol, bulu tebal..dan suka tekejut bila kena pegang..huhu x manja mcm kucing Malaysia.Tapi tak pa yg pnting aku tetap suka!!skali aku jumpa nak melompat2 dok kejar sana sini wah kucing!!kucing tu !!sana!sini!tue..ni!!waaah!waah!!

eehehe..paling best bila kitaorg lawat Montazah Garden dapat tgk kucing byk gileee!!!!

JOm Makan~

JOm layan gambar nie!!^_^

adooii..aku nak ceta 1st day makan epgytion food memang mcm nak bedal semua skali..hahaha tak penah rasa mknn cmni kat malaysia..Yg best makanan penah aku makan rasanya Sher'rma-kebab (tak tau ar spelling btul atau tak,tapi lebih kuang cmtu ar panggilan kebab tu) pastu makanan basic-egyption bread tmbh mayonis kat dalam-buat mcm sndwhces..hoho memang sempoi. kat cni makanan dia masam dan sangat maniiisss..T_T takot gak mkn byk kena pyakit hee..Kat cni budaya dorang kalau makan ya Allah..Pinggan kena penuh(tak nak!tak nak!!bonnciitt bahaya tuk kesihatan kalau mkn byk) makanan mcm roti adalah mknn harian yg kira wajib ar..Kat cni roti 1 pound leh dapat dua. Manisan ehmm kira desert ar after meal sangat byk..kek..cookies.roti..erkk tak larat nak makan T_T wuuu~

kalau cakap sedap atau tak?untuk aku..kalau pandai pilih dan pandai sesuaikan diri memang sedap!Tapi...5hari pastu mesti RINDDUUUU~kat makanan Malaysia..aku nak balik mkn nasi.huuu(kali ni janji mkn nasi bg abiss~T_T) kat cni nasi dia keras gilee pastu dorang cmpur ngan mi-hun.Hurmm 1st kami ingat tukang masak tu salah masak ke apa kan..kan..Ahahah rupanya mmg cmtu stail dia. Kalau dapat jmpa Rumah Malaysia wwaaaa bahagia gila..nikmat makan makanan Malaysia!!Ari tu ada sorang akak ajak kita makan kat bilik dia..ya rabieee kami kebulur mcm nak nanges mkn nasik+lauk ayam masak kicap(pedas)..kat cni nak jumpa lada/chili mmg payah..walaupun aku tak makan pedas sgt(tak tahan) tapi dah nak dekat 14 hari tak mkn mg aku tercari2..hehehe..uhm byk g gmbr nk publish tpi nnt2 ar.hehe




















p/s:Teringat kat kawan sorang yang kuat makan..takot btul kena panggil pacik boncit xP hahaha...KOrang layan la makanan eh gambar yg aku upload buat tatapan nie..

wuwuuu~T_T aku rinduuu Malaysia.