Tuesday, October 19, 2010

Hati Langit

HATI LANGIT-18102010/0510pm –blokA1
Perasaan bagaikan selaut langit,
bagaikan setirai gemawan.
Bagaikan timbulan kepulan mimpi
Mengebu beralun, berombak.
Berselerak, berpecah tak bercantum.
Membentuk imej mirip ilusi imaginasi.
Adakala menyerakkan cahaya,
membasuh gemilau raksa mentari
Adakalanya membendung perasaan
yang ingin menghujani
Dengan jutaan jarum yang jatuh berantakan
Meninggalkan kesan yang bertakung
Dilopak lantas mengeringkan sanubari.
Hati langit adakala mengasyikkan
Mendamaikan, menyejukan
Meninggalkan kesan
Menyahut suara-suara sunyi
Dikala bersendiri.

Renyai angin 19102010/1036am-Foyer SpS
Di dataran ini
Angin berputar mengganas
Tempiaskan gerimis kerdil
Sang hujan
Rata-rata menyeka selisih angin
Ada yang mengerdipkan mata
Mengecilkan mata
Berkerut, mengeluh
Uudara segar segera menyejuk
Menusuk nusuk rongga peparu
Pokok rendang sang rerumput
Sekawan pokok renek
mendayu
Melambai
melenggok
terbuai oleh angin
Semakin kuat angin menghembus
Rambut peria dan gadis sunti
Tidak seragam, tak sekata, mengerbang
Disapa angin
Tersipu-sipu menahan kemasan yan terurai
Tunduk meyipi menahan berlindung
Dari disentuh angin
Tudung dan kain kurung beralun alun
Di dataran ini hujan belum
mahu berhenti
Angin menjadi bersemangat
menebarkan nuasa bongkak

No comments:

Post a Comment