Thursday, March 5, 2009

H.A.T.I..(II)


Aku memaling kearahmu,
Mengharap kau menyedari hadirku,
lesu langkahku tapi degil mengharap kau menoleh..
Nyata hampa.
Hadirku mungkin hanya sementara.
Mungkin hanya kebetulan,
suatu detik aku sedar
bukan aku yang kau perlu.
Aku mendiam menutup sedih.
Mungkin ada waktu.
Tapi mungkin sedikit terlewat.
Tangan kau genggam semakin melepaskan tanganku..
Sayu mata melihat kau tidak menoleh..
kenapa didalam terasa..Sakit?atau..sedih..
Dalam begini tetap degil merasa sayang..
aku diam.Disapa hampa.
tidakkah kau sedar..
Aku selalu ada untuk hati?
Dalam malam dingin aku berjalan.
Mencari jejak yang kau tinggalkan..
Esok.
kita berdua semakin jauh meninggalkan diri.
Suara dan mata jauh bertentang.
Kenangan.
..
masih ada rasa itu.
Satu rasa yang sama..
Masih degil.untuk begini.
Sebab aku tahu aku masih disini
..setia..

Wednesday, March 4, 2009

>>yeerr aku jawab ar beng.k punya tagg sebab cambeest jaa hik~

1. What have you been doing recently?*
-Hurrm,latihan teater..^_^

2. Do you ever turn your cellphone off?
-Nope.but..if 'smbody' asek kacaw n msg pelik2 aku bru aku off.huhu-tahap tension da tue.

3. What happened at 10.am today?
-Kelas PENGARAHAN.

4. When did you last cry?
*erk last n8...HURT:c namo ctau napa..sedey jaa..

5. Believe in fate/ destiny?
-Urm..yupyup..(angguk2)

6. What do you want in your life now?
* Juz a happy ending family.

7. Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
- Men ujan siookk~hee

8. What’s your favourite thing to do on the bed?
-to be honest..Aku jarang tido kat bed aku..hahaha tido meja+kursi port selesa..n bahu seseorang hiikkk~akukan batman..Xbleh tido lah wey...

9. What bottoms are you wearing now?
-suar pendek heee~

. What’s the nicest thing in your inbox?
-Semua msg dia.Miss him a LOT~huuu..

11. Do you tend to make the relationship complicated?
-NOPe..

12. Are you wearing anything borrowed from anyone?
-barang aku org pnjm adalah..tak balik2 lagik tuh huhuhu..*pulaaangkan~

13. What was the last movie you caught?
-Huu..lama tak nengok wyg..Last?tak ingat..

14. What are you proud of?*
-sebenarnya akulah gaban..hahaha btul nie siriuss!

15. What does the oldest text message in your inbox say?
-hee..biarlah rahsiaa~

16. What was the last song you sang out loud?
-time mandi tadi nyanyi lagu suriramram..heeehe

17. Do you have any nicknames?
YOYO^_^

18. What does the newest text say?
-Dok watpa?
-Ya.ada kat aku.
-Tak tido G.

19. What time did you go to bed last night?
*......crying..HURT.namo ceta..sedey:c trus Xbleh tido~isk.isk.

20. Are you currently happy?
-tricky ques..hmm As long as there is some1 to care.Of coz i will.

21. Who gives you the best advise?
-my lecture merangkap bapak aku..Dr.Andy.Thankxx a LOT

22. Do you eat whipped cream straight from the can?
-Waaa mesti laar!!!nyum.nyum..

23. Who did you talk on the phone last night?
-Last nite?nope...maybe some texxt..

24. Is something bugging you now?
-tanya la dia..wuuuwu~

25. Who was the last person to make you laugh?
-hahahaha bebudak 1st year buat resital memang lawak gila hari nie..BEST!!!!

26?owwhh..dah takdak soklan da rupanya....hehehe.

H.A.T.I..

Hati..
Hari ini bercakap dengan aku..
Kadang kadang aku tak paham..
Aku nak bercakap dengan hati
Tapi macam hati tak kisah.
Akukah yang salah..atau hati aku yang salah.
Hati selalu buat aku serba salah
Tapi aku tak mahu hati rasa bersalah..

Sekarang aku ada disini..
Entah esok lusa..aku masih kat sini tak?

Aku nak hati tau aku selalu bercakap dalam hati
Aku harap hati dengar..
Tapi hati macam tak pernah terdengar bisikan aku..
Kadang kadang aku rasa sedih..
Aku fikir.Mungkin hati tak dengar suara aku.
Kan aku cakap dalam hati?
Jadi aku diam..

Aku senyum.Hati riang.
Aku senyum.Hati gembira.
Bila hati riang dan gembira.Aku senang senyum.

Tapi..
Aku tak pandai.Aku tak pandai selindung.
Hati tahu aku sedih.Kalau aku diam.
Hati tahu aku nangis.kalau aku senyum.
Aku cuma nak hati bahagia.
Hati pun sama nak aku bahagia.
Bicara dari hati ke hati.
Mungkin hanya hati aku yang faham hati aku.

Ada satu cerita

Ada satu cerita
Tadi aku bercakap dengan orang tua pencinta alam.Kira orang yang banyak berkongsi cerita2 tentang sesuatu yang best tuk dicerita.hehe..Kata-kata dia mengingatkan aku dengan seseorang yang buat aku rasa nyampah.Aku tau tak bek mengumpat tapi nak wat camna kan??dah tak puas hati sebab dia wat perangai…takdak member nak merungut..heee..cara terbaik luah kat sesaspa yang penah merasa tak puas ati ngan diri dia. Al kisah orang tue adalah orang yang kira ‘glamour’ sebab prangai ‘formal dan kepimpinan dia tuh…’
Aku pelik ar..napa ar dia suka sangat nak tunjuk diri dia hebat sangat@’baik’ sangat??apasal nak hipokrit??Aku teringat kata2 dia dulu..”KADANG2 KITA KENA HIPOKRIT” heessh bila dia dok cakap cam tuh dah buat aku rasa..ada tak kena ja ngan orang nie.…setiap kali ada ceramah atau ada program yang memerlukan dia bercakap..(huh benda paling dia suka la tu) dia kan suka part ‘glamour’ disebabkan kebaikan dan kesopanan dia dan yang paling penting ayat dia yang aku tak bleh lupa bila dia dok cakap diri dialah contoh terbaik mahasiswa..sebab dari dulu sampai skarang dia asek dapat jawatan ketua ja..” benda camtuh pun nak cerita ka??aku tengok cam orang yang gila kuasa jaa bila dia cakap camtuh depan semua plajar..Bila pikir apa yang dia dah buat kat sekolah aku..buat kat member aku..sakit hati gak..yang peliknya cara dia myelamatkan diri adalah ‘berlagak baik..’ konon la..’redha’..(nyampahnya akuuu..)tak sangka ada jugak manusia cam dia?first impression aku selalu ja tepat..first tengok orang ‘formal dan baik ni’…aku rasa cam ada tak kena..huh?konon la tundukkan pandangan bila bercakap..Weh tak payah berlagak alimlah..semua bgantung ngan niat..NAk bercakap kalau niat hany nak be4rcakap buat ja la cam biasa..aku rasa nak ketawa ja bila dia dah start membebel bercskap tentang kemahasiswaan..formaliti..tanggungjawab itu ini..Aku rasa semua orang boleh menilai lah…tak payah dok tunjuk muka konon la buat keja, menjaga kebajikan pelajar..turun padang..Aku nengok cara dia tuh bukan nak turun padang tapi nak menunjukkan muka tunjuk diri dia ‘hebat’..huuu~kan dia glamour..sebab kuasa yang dia pegang sekarang..Aku malas nak tegur sebab aku rasa tak berbaloi aku becakap ngan orang cam niee..Buang masa..tue ja.The End.

TENsiiion!

(INI YANG AKU RASA)Arrrghh~nie yang hampeh ni!!TOLONG BERHENTI BOLEH TAK?

Penah tak korang rasa cam down semacam?aduuuhh..Ntahla..ada sedikit pekara yang buat aku rasa down sekarang nie..sesetengah benda buat aku rasa aku cam..”semacam”..mungkin persekitaran yang aku alami dah tak macam dulu lagi..aku bukan yoyo yang dulu lagi..bukan yoyo yang boleh sukati nak buat apa, sukati nak lepak dok sengsorang kat pot yang aku suka…bleh menghayal sukati..buat keja homework gila2 sampai pagi..ntah la..aku rasa sejak aku “duduk” kat kursi sini, jasad aku cam melekat plak kat sini TAPI hati/pikiran aku ada kat tempat lain..mungkin aku tak pernah niat nak dok sini..nie bukan tempat aku.(Aku ada dunia aku sendiri) sekarang dunia aku dah jauh beza..tak da sapa bleh dengar sora aku..takdak sapa bleh paham apa yang aku rasa..Aku tersepit dok sini atau nak lari kat dunia aku..?dah la tuh aku kena ikut plak peraturan yang aku sangat bercanggah..nak kena sentiasa senyum dan ‘nampak baik’…aku taknak jadik hipokrit…caranya..aku buat cara aku….tapi bila aku jadik aku..pandangan orang2 tue..hissh…rimas laa..

Kalau dulu aku bleh gi dok selamba buat keja kat memana aku suka..tapi sekarang..huuu~terasa ada ja mata asyik “nengok aku semacam”..handphone aku asyik ada gangguan ja..ada ja “kawan baru” yang rajin memperkenalkan diri..walaupun TANPA diminta…Aku pun tak paham..apasal dorang nengok aku semacam..aku rasa mata aku 2bijik gak sama cam orang lain..kaki aku tak la cacat..berfungsi lagi,ada 2belah..hidung satu sama cam orang lain…normal ja..Adeehh…aku rasa nak jerit ja kat bantal sekarang..Tolonglah buat benda berfaedah sket..banyak lagi benda bleh di nengok di luar nuu~aku tak bleh nak menghalang pandangan mata orangkan..terpulanglah pada diri individu yang nak tengok apa pun..TAPI..untuk mereka2 tue…Weiii rimas la weiii…Aku nie bukan patung ada perasaan jugak..Janganlah buat aku rasa diri aku nie makhluk asing..huuu.~rasa nak mengeluh ja skg nie..nak mengadu takdak sapa akan paham..korang bukan aku..korang tak rasa apa yang aku rasa. Huu~aku malas nak mnyusahkan sesapa..Mungkin aku cuma mampu buat cam ni..menulis....aku bukan sombong..tak nak berkawan ngan sesapakan..Cuma..aku nie jenis yang…yang..camna nak cakap arr? Uhh..Cuma rimas la cam nie..asek melayan karenah orang..asek ..tahan hati,,aku trus tak da mood bila orang buat aku camni...

Down yang aku rasa nie bukan takat nie ja..yang aku tulis kat atas tu satu hal..yang nie lain gi, ntalah nak explain camna..aku rasa “masa” aku sangat suntuk sekarang ..nak cakap banyak keja tue..rasanya aku dah terbiasa banyak keja..Cuma mungkin benda yang aku rancang nak buat tue “tak menjadi..” atau disebabkan masalah persekitaran aku terpaksa buat benda tu tak jadik..sakit atinyaaa..buat aku frusted semacam jaa..huhu..letih ja hati aku, badan aku rasa cam nak tercerai dari badan ja..(siikit ari nak jadik hantu-> ayat tension)…Aku Cuma tak gembira ngan diri aku sekarang tue ja..Aku paling tak suka bila aku berusaha buat dan merancang benda ni tak menjadi menyebabkan aku terpaksa tangguh dan tangguh..huu aku penat….(puas aku pikir ayat apa nak terjemaahkan ‘rasa’ aku nie)…Mungkin salah aku sebab aku terlalu fokus satu keja..pastu lupa aku ada keja yang lain…aarrgghhh…nak marah jaa bila aku dah rancang nak buat part ni, terpaksa ditangguh dah la suntuknyaaa……..banyak benda lain lagi kat depan aku nak manage..hari nie memang tension ja..
Camna nak luah aku pun tak tau....Xdak sapa paham apa situasi yang aku rasa..skg~

Saturday, February 28, 2009

Penat cari lokasi shooting tuk filem "waris danau rimba"~

Huhuhu~penatnyaa..
Aku baru balik kira2 jam 3lebih petang tadi..agak letih gak la..

Dua/tiga ari ni aku tak dapat nak online...pasal masa sgt terhad byk keja kena buat,asgmnt,kebetulan ada mslh la line ums skg ne..asyik2 error ja..jadik tak dapat nak menulis..huhuu.

Aku baru balik dari mencari lokasi yg seswai tuk pgambaran filem waris danau rimba yg bakal kami bt bulan april nanti..Pagi tadi aku bgn awal jam4 subuh..ntah napa mata tak bleh terlelap..so aku bgn kacaw laptop aku sambil2 baca skrip.Pastu kira2 jam 5 takda keja aku men mgs..sampai la jm6 pastu masak megi buat nescafe 3in1 huuu~dipagi hari semua pekena nscfe panas ngn megi time sjuk2 memang berbaloi..hehe.Pastu kira2 jm6 lebih aku trus bersiap mandi jam7.30 aku turun bawah tgu van.

Tuk ke lokasi yg banyak nie, semua krew produksi tpaksa berpecah kpd 3kumpln. Ada 3bas yg mghantar kami ke destinasi lokasi.Van 1 diketuai oleh Dr.Andy..aku,adeq,ann,zyan,budak vsual-ise,Anas(budak 1st year visual gak),Larry,Roy dan kak Marni ikut group Dr.Andy..van ke-2 plak diketuai oleh En.Zack pgarah filem waris Danau Rimba.Van ke-3 diketuai oleh En.Addley..

Group aku g cari lokasi banglo lama(setakat ni banglo lama yg kami jumpa kat likas..huhu memang haunted jgk tmpt tue..best gila..kat Tnjg aru lagi killer rumah banglo lama dia~huhu scary gila..perggh kalau tgk memang seswai la tuk shooting kat sini),kami masuk hutan,pegi muzium cari rumah lama,cari jambatan gantung,pegi lokawi,tanjung aru,pegi tepi laut cari view yg menarik,p kampung Monsopian(tmpt pkmpgan org dusun-kira cam tmpt menarik gak la..sebab jmbatan gantung kat sini)lalu kat airport kat area kereta api lama..tue..byk tempt jgk kami pegi..
Group ke2 yg ikut en.Zack pegi tamparuli,semapt g naik bot cari lokasi yg best..pastu dorang p Kiulu..best gak la..
Group ke3 lak p Inanam kat kg.warisan..cari area pkmpungan yg berkaitan ngan skrip..best jgk la..Smua material yg kami kumpul semuanya akan dibentangkan time kelas nanti.

Ari tue ada budak sPiks datang audition..So aku casting la dia..Huhu..honestly aku nak cari yg lebih baik+ serba boleh dr segi aksi dan improvisasi dialog..(tapi tak mcapai tahap yg aku nak setakat ni..yg aku dah casting)so..aku pun tak boleh la nak paksa kan supaya budak tue ikut highest level aku..so,aku amik ja dan ujibakat dia..Dari pmerhatian dan pgalaman aku..dia blum cukup 'rasa' lagi..lakonan yg statik takda momentum..dan tak da perasaan sangat merbahaya..but in this case aku tpaksa menerima sesiapa shj yg datang nak casting..huhuhu

tadi aku try online dapat plak..hehehe so aku turun la g cafe surf jap..sekarang nie mata aku dah kuyu mgantukk tahap gaban...~~

hmm..rsanya aku akan upload gmbar2 spjg aku ngan krew produksi next time la..sekarang da tak larat..ngantuk huhu..
lastly..latihan akan bermula tak lama lagi,aku akan sibuk ngan sketsa 7mac ni..produksi tuk 'festvl teater kanak2' penilaian tahun2 plak akan bermula gak..hidup aku akan bertambah byk dari biasa..huhuhu~dasatnyaaaa....

Apapun..berusaha!!!!~

Saturday, February 21, 2009

A.Y.U.R.U.H.A.I.Z.A.H.R.O.S.L.Y....??Ada apa ngan nama aku..

A-Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

Y-Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

U-Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

R-Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

U- Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

H-Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

A- Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

I-Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

Z- Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

A-Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

H- Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

R-Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

O-Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

S-Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

L-Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

Y-Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat


hurmm...kesimpulannya...?lebih byk yg tulis cakap aku ni orang yang pendiam..maybe coz i have different character bila berdepan ngan org ramai..benda tu bergantung dengan keadaan jugak kan?hehe..

13 soalan untuk YOYO.

13 soalan..

1.Ada kawan tak?
-kawan tue banyak..kalau nak sebut satu2 memang tak tertulis huhuu~tapi kawan baik yg menangis bersama, ketawa bersama memang takat ni sorang dua ja..

2.Anda pernah bergaduh dengan kawan anda tak?
-Of course laa..pernah..

3.Adakah anda seorang yang perahsia?
-Yes but depands on stuation…if aku dipaksa menceritakan satu masalah tentang diri aku..kalau terlalu dipaksa..dengan tujuan membantu aku…memang kalah jugakla..huhu~tapi kalau melibatkan maruah seseorang Insyalllah aku akan menjaga kerahsiaan tue mcam jaga nyawa aku.so ffar im that kindda person secretive hehehe aku kan scorpio..

4.Apakah rahsia yang anda nak kongsi disini?
-ahaha apa punya soalan..hmm biarlah rahsia~hee..

5.Siapa orang terakhir pernah pegang tangan anda?
-hmm..malam tadi last..salam ngan win..member aku baru balik dari stadium dorang baru lepas menang perbarisan.hehe tahniah2 tahniah buat sekolah aku~ahaha..menag pbarisan..

6.Adakah anda sudah berpunyai orang istimewa?
-ahaha..aku suka soklan nie..mestila ada..semua orang dalam hidup aku orang2 yg istimewa..

7.Apa makna rindu bagi anda?
-Satu perasaan yang membuatkan kita rasa sengsara+bahagia+rindu tak tertanggung..sebab teringat kat seseorang tu tak kita masa..even tengah bercerita ngan kawan,men game,tgh menulis..hati kita asyik teringat kat dia..Semua perkara atau tempat yang kita pergi..mengingatkan kita dengan dia(huhu..camtu la rasa rindu..)Lebih2 lagi kalau sebelum ni kita selalu bercerita ngan dia,menangis ngan dia..ketawa ngan dia..semua kenangan sama2 ngan dia buat kita rasa teringat kat dia..Yang penting rasa tue adalah satu keinginan dalam hati yang tak tercapai menyebabkan hati kita merindu seseorang tu..dan tak sabar2 nak jumpa dia..

8.Ayat atau tagline yang korang selalu guna?
-“haa..Uhmm?”(time blur atau tak paham)
-’hoohlah!@bethul..bethul..bethul~’(mengiyakan)
-“tue dia~bukan main g..”(excited)
-“noq!!”hahaha(jumpa member)
-“gaban betull~”(tak kira masa)hahaha..

9.Anda seorang yang?
-suka ngan kucing,suka pikir dalam2,suka memerhati,suka sendiri2,suka wat keja pun sendiri2,suka hahaha-ketawa, suka mendiamkan diri(bila mood tak best@hati rasa nak diam ja arini),emosi sensitive yang lebih pada positif sebab kalau tgh emosi tue trus pikir dalam2 dan usaha memahami keadaan,agak susah nak tido awal..huhu kadang2 tak tido tido.Suka tgk ceta seram+thriller+hantu kat wayang hehehe pastu gelak tgk orang yg terkejut@melatah kiri kanan sebab tgk ceta hantu,suka nengok muvi lovestory korean....tertarik pada warna hitam dan oren..tertarik dengan sesuatu yg unik dan pelik..suka tgk bintang,suka tgk awan..suka melukis,suka buat tak tau(sebenarnya amik kisah gak Cuma luaran ja camtuh.)dan suka teater.

10. Pernah jumpa barang berharga pastu guna?
-Pernah jumpa brg bharga cam handphone,dompet,wang,pen,...Tapi setakat nie tak pernah guna buat harta sendiri.Semuanya alhmdllh dapat dikembalikan pada tuan punya body.

11.Hari tak dapat dilupakan?
-xdapat g Singapore ngan team Gtel..Dugaan sungguh2!..penat tau latihan mental, fizikal..Last2 cancel disebabkan kecuaian org lain..sedih woo..sob..sob..nangis sampai tak sanggup angkat call.Bukan apa aku sangat menghargai kecekalan team aku penat lelah dorang..isk isk bila tak dapat pegi..huu~sob..sob..Tuhan ja tau.Memang tak bleh lupa.
Last and forever..Abah mak divorce...hmm….tak bleh lupa sampai bila2.

12.Pernah membunuh?
Pernah..pernah dgn tgn sendiri..kill nyamuk dgn tgn sendiri..terpijak menatang kecik2 cam serangga Xberdosa..huhu aku tak sengaja weh..

13.Apa permintaan korang yang mustahil nak ditunaikan?
-aku nak hati nyamuk 7tempayan..eceh tak la…hmm..aku nak mintak yg sussah2 cikit larr..aku ada banyak permintaan sebab aku orang yg tamak dan tak munasabah (masuk kot dalam ciri2 no.9)
-aku nak sayap kat belakang aku-supaya aku bleh terbang time2 sesak tak da bas,time2 nak sendiri2@nak jenjalan kemana2 suka ati aku..
-Aku nak lihat diri aku di masa depan?hehe bleh gak aku tau sapa future husband aku..hahaha
- Aku nak jumpa abang aku (sebab aku rindu dia..huu~)
-I wish I can find my mum and ask her.. why??
- boleh tak aku ada kuasa magic??bleh aku tunaikan semua permintaan aku..hehehe

Cuaainya aku~Dompat hilang..

Aku langsung tak sedar purse aku hiiillaang..sebenarnya ini bukan pertama kali berlaku kat aku..dah 2xbenda ni berlaku ..kehilangan pertama terus hilang..kehilangan kedua ni..huhu meh aku ceta dulu..camna...wuwuwu~bayangkan?!!Barang2 berharga,kad atm,bussines card,kad pgenalan..wang saku,gambar parents aku..Smua dalam tue..huhu..aku tak dapat bayangkan kalau smua tuu hilang macam tu jaa..Aargh memang tension gila..iissk.cuainya aku..huhuhu~Addoi aku betul2 tak sedar,tak tau camna bleh hilang..kat mana..bila masa..tak tau..betul2 tak tau..tak sedar…huhuhu~

Alhamdulilah masa jam 11.35 tue ada orang message aku..msg tue tertera cam nie; “plez cll bk,urgent..” masa aku baca message tue aku heran gak apasal tiba2 suh aku call..blum pun sempat nak cll…datang lagi msg..tertera ayat yang buat aku trus call! “Ms.ayu pls cal bk because ur wallet is with me nw..” Tbeliak gak mata aku masa tue..terkejut!Aku heran..camna purse aku bleh ada plak kat dia??Aku buka beg aku..kelam kabut dok selonggar…Sah! Memang positif xda dalam beg…huhuuhu time tue class Dr.Andy..kami sekelas tgh buat prctikal dalam studio S.kadarisman..Msa tue aku trus mintak excuse nk call org yg msg aku..tue,aku gtau gak Dr.Andy pasal purse aku hilang,then dia bagi aku excuse kuar jap,call..Aku apa lagi kelam kabut call.Time call tue, dengar sekali ja sora dah tau budak tu orang cina..Dia cakap bila aku free nak datang ambik purse aku..Aku trus gtau budak tue lepas kelas aku call balik,(aku call punb sebab nak tau kat mana dia terjumpa purse aku tu..mintak confirmation huhuhu~)sebab nak jumpa ska pun dia pun ada kelas..

Dipendekkan ceta aku cadang jumpa dia kat ppib,pas jam3.30 petang.masa on the way g ppib tue…tetiba plak hujan…Adoooi tak menjadik aku jumpa budak cina tue…huhu aku risau gak sebab hujan tak berhenti2..Last2 aku amik keputusan jmpa dia len kali ja..so aku pun niat la dalam hati nak trus g balik kg.C.. kalau huijan tak berhenti lagi..dalam masa yg sama jugak tetiba ntah camna hphone aku plak low baterry,trus terpadam(tak sempat gtau budak cina tue..aku tak jadik amik purse aku hari tu)Huuuuhu aku tension malas nak kusutkan kepala aku terus balik kg.C…Sampai ja kat bilik aku cas hp aku,budak cina tue call aku.Dia cakap dia tggu aku kat foyer ppib.Adduh~aku gtau la masalah cuaca mengekang kedatangan aku kat ppib..Pastu aku gtau aku dah balik kg.C..Budak tue memang baik la huhu dia dah jumpa purse aku, sanggup tolong hantar purse aku kat kg.C..Last2 deal ngan cina tu jmpa kat bus stop kg.C, dan best bila dapat tau rupanya dia pun dok kg.CD. Tuhan ja tau aku punyalah hepi perasaan aku!!!bsyukur sgt masa tu..huhuu~..So dalam masa 10minit kami pun jmpa kat bus stop..Aku Tanya sapa nama budak tu, first dia cakap tak payah lah..Dia cakap yg penting purse aku dah sampai kat aku..Aku terhutang budi ngan budak tue sangat…Masa dia merendah diri tue aku Tanya lagi balik sapa nama dia,pastu Tanya dia tahun brapa?huhu..Dia pun last2 gtau la nama dia “kit” budak 1st year..Huhuhu~alhamdulillah..aku bsyukur sangat kat Tuhan sebab dmpet aku yg hilang ni bleh dijumpai balik..Memang tak sangka aku akan jmpa balik purse aku..huhuuhu~Alhamdulillahh syukur..terima kasih Tuhan…Budak cina tue memang baik hati la..Biasanya kalau orang terjumpa purse nie..dah lama jadik harta sendiri..Alhamdulillah masih ada orang2 yang ikhlas dan jujur rupanya kat dunia nie..huhuhu~Okla jgk..Pas dah double chek takda apa2 kehilangan..Semuanya ada..Buat adik 1st year yang bernama Kit..TERIMA KASIH BANYAK!!!!Aku btul2 terhutang budi kat dia…Ingatkan nasib malang aku berterusan…alhamdulillah…Rupanya..dalam malang tu Tuhan beri aku hikmah disebalik kejadian..Nasiblah jumpa balik….syukur sangat!!!sob…sob..(T-T)

Dunia TEATER

Ntah bila aku mula tertarik dengan teater?aku sendiri pun tak sedar..tapi yang pasti aku memelihara kesenian dalamnya..aku pupuk hati untuk belajar menghargai sesuatu di dunia ni...ntah kenapa?ntah..Dulu sebelum aku terdedah dan kenal apa tue teater aku langsung tak pernah terlintas aku membawa diri aku ke dunia ni..mungkin sebab tiada sesiapa yang menarik aku melihat..menarik aku untuk memahami, menarik aku untuk menjadi salah seorang dari pelakon pentasnya..aku tertarik pada kehidupan manusia..kehidupan dan imaginasi manusia..sebab aku suka memerhati(observer for something positif bukan negative)dan bila aku asyik melihat..tiada orang memahami jiwa aku..tiada orang yang rasa apa yang aku rasa...tiada orang dengar apa yang aku ingin katakan..suara aku tenggelam dalam jutaan manusia..aku tercari2 satu tempat untuk aku mengeluarkan isi hati aku..aku mencari tempat untuk meluah apa yang aku pendam..tempat untuk aku menyedarkan orang2 disekeliling..ada sesuatu yang indah dalam dunia dan hanya segelintir yang disedari dan dihargai...aku cari macam mana nak memberitahu manusia yang aku berkongsi rasa sedih..aku berkongsi rasa gembira,kecewa..rasa marah...sama seperti orang lain..aku cari tempat tue..cari..cari..kalaulah aku dapat menjadi orang lain alangkah bagusnya..alangkah bagusnya aku dapat menyanyi sesuka hati walaupun suara aku tak sedap..alangkah bagusnya mengalami sesuatu yang tidak pernah kita alami..Aku banyak mencari dimana aku nak semua nie di lipat jadi satu.
TEATER.Tempat ni yang aku jumpa..Dimana semuanya yang aku ingin orang melihat,mendengar suara aku DAN isihati aku..DAN melihat pantulan diri mereka..semuanya..dapat dipentaskan semula..DUNIA tu bernama dalam DUNIA TEATER..
TEATER atau dunia pentas, dunia drama adalah hal yang mendekatkan diri aku dengan manusia..
menjadikan aku manusia yang belajar mendalami hati manusia..menjadikan aku sensitif yang positif bukan sensatif yang negatif, pemikir yang kreatif dan berinovatif..peka dengan rasa2 disekeliling..peka dengan isu disebelah kiri kanan telinga aku..
Dunia ni lah..dunia ketiga aku..(maksud aku..dunia aku pertama adalah realiti,kedua adalah lukisan..dan yang ini yang ketiga..)of course..*dunia di alam yang satu lagi tue menjadi tempat aku yang kekal..tapi dalam kapasiti ni aku menjadikan dunia teater rumah ketiga aku..tempat gelanggang bermain menjadi orang lain disamping merasa kalaulah kita yang mengalami orang itu....
Bagi aku menjadi tanggungjawab aku menghulurkan tangan kepada kawan2 aku yang belum sedar kewujudan dunia ni..mungkin ada yg sekadar sedar sepintas lalu sahaja atas nama dunia 'teater' tapi tidak pernah 'bermain' dan 'berfikir' apakah pengisian sebenarnya di dunia ni..kalau ingin melihat,menjadi,mendengar..bermain..merasa..dan belajar menjadi manusia?inilah tempatnya..inilah platformnya..dunia TEATER.
Last: TEATER cerminan Manusia...TEATER memanusiakan Manusia..

AKU MASIH INGIN


Aku masih ingin berjalan di sepanjang pantai..
Pasir kupijak kakiku terbenam..
Terungkai segala yang kelam dalam diri ini..
Aku masih ingin melewati usia di kedewasaan ini..
Persaan hambar yang terjebai
Bagai mawar layu ditangkai
Dalam hidup ini..
Aku masih ingin menatap riak wajah laut,
Untyk melipur kedukaan hati
Dalam diri dan kehidupan ini..

Monday, February 16, 2009

14 feb 2009-Bengkel Lakonan Drama Radio RTM

Masa hari sabtu,14hb tu aku pergi RTM dgn kawan bek aku,Adeq..Kami g RTM sebab ada bengkel Lakonan Drama Radio. Masa tue, Puan Azizah Hj Itam yang jadik pembimbing kami.Sepanjang bengkel tue..aku agak letih sedikit disebabkan dah 2hari tak tido..Dapat tido pun, waktu rehat memang tak cukup..Walaupun agak letih..aku tetap enjoy sepanjang sesi tu.

Apa yang aku nak kongsi tentang bengkel nie..Post dia agak berbeza dengan filem atau teater cam aku pernah aku belajar di sekolah aku. Lakonan Drama Radio berbeza sebab lakonan tak dilihat oleh penonton. ‘Penontonnya’ adalah pendengar radio..Aku percaya ada orang yang akan cakap..”Lagi senang berlakon tanpa penonton”..yaa..mungkin bagi pelakon pentas teater @ pelakon drama/filem benda ni senang sebab tak ada audience yang melihat mereka..dan mereka tak perlu risau @ nervous..tapi bagi aku benda nie agak mencabar kredibiliti aku, sebab bila berlakon dalam radio pelakon kena menyampaikan ‘mood’ yang tepat kepada pendengar..Agak mencabar itu yang aku boleh katakan..Bukan nak cakap susah..cuma mungkin aku agak baru untuk bidang ni..Daa lar..menghayati watak satu perkara agak susah bagi aku..nie kan lagi nak memvariasikan nada suara mengikut nada yang tepat..huhu~

Bila berlakon dalam radio aksi lakonan tak diperlukan..Maknanya kita Cuma perlu bercakap bersendirian. Teringat plak satu perkataan yang selalu lecture aku guna..”public solitude”. Perlakuan sehari2an yg manusia lakukan secara sendirian (natural) tanpa dilihat oleh sesiapa. Maksudnya..bila kita berada sendirian, semua kelakuan kita adalah secara realism..atau natural. Bila berlakon dalam drama radio lakonan tak dilihat oleh penonton maka kita kena menggunakan pulic solitude. Cuma yang susahnya tue..penghayatan skrip. Kekuatan pelakon adalah suara..Pelakon drama radio kena bijak menggunakan intonasi suara, artikulasi yang tepat dan tahu memainkan nada suara kerana semua nie memainkan peranan yang penting untuk memberi tahu audience mengenai mood sesuatu cerita itu..

Semua peserta yang datang ke RTM bukan calang2 orang..semuanya mempunyai bakat berlakon dan suara yang memang best2 (sesuai jadik DJ radio) Kawan aku ada bertanya dengan Puan Azizah, tentang kerjaya..beliau ada mengatakan bidang yang kami hadiri ni ”lakonan drama radio ” bukanlah satu kerjaya..tapi ianya ilmu, satu peluang yang perlu diperoleh. Bila ada peluang gunakan sebaiknya..yang paling penting untuk pelakon drama radio kena selalu berhubung dengan penerbit supaya tak dilupakan. Kata2 Puan tu ada betulnya..huhu sebab sekarang nie banyak pesaing yang hebat2 dan bakat baru yang lahir setiap hari .Oleh tu kita kenalah bersedia dan menimba ilmu sebanyak mungkin..jadi orang menghormati dan mlihat kita sebagai orang yang berilmu.

Walaupun aku dah dapat belajar teknik2 lakonan drama radio..aku tetap tak berpuas hati..Maksud aku aku nak belajar banyak lagi. Perkongsian dan pendedahan yang aku dapat hari tu cuma secebis..aku tahu banyak lagi teknik dan ilmu yang belum aku pelajari..Bak kata orang kita tak boleh berpuas hati dengan ilmu yang kita ada..dan berbangga dengan kelebihan kita. Banyak lagi ilmu yang belum kita carigali. Tujuan aku menceburkan diri dalam bidang nie bukan untuk menempah kepopularitian..tetapi aku tak mo digelar budak yang ”stereotaip”..atau “carboncopy”…Orang memandang aku sebagai kapasiti exco kebudayaan/kesenian..Sementara di sekolah aku..orang melihat aku sebagai anak seni…Jadi aku tak mo pengetahuan atau profile aku cuma dibidang lakon sahaja..Untuk menjadi orang yang versatile kita kenalah belajar banyak benda. Fokus aku kenalah melebar..tak tertumpu pada bidang lakon sahaja walaupun aku amik major theater dan film..Aku nak berpengetahuan dalam pelbagai bidang..At least bila orang tanya tentang visual aku ada pengetahuan tu, bila orang tanya tentang penulisan..aku tau, tanya tentang tarian aku tahu..tanya tentang radio aku tahu..lakon pentas teater, lakon filem, lakon drama radio..aku tau sebab aku ada semua input tue..Jadi tak lah aku nie “lesu” tentang kesenian...

MENILAI DIRI

Hari ni ada sorang sahabat datang bercerita dengan aku..Cerita tentang ‘hati aku’.. Entah..aku nak cakap tentang apa..aku cuma mampu mendengar..dalam masa yang sama aku cuba memahami dan menilai diri aku. Sebenarnya aku orang yang berhati2..aku suka observ orang..bila orang tue bercakap, aku melihat..apa yang positif aku akan amik mana yang negative aku cuba nasihatkan diri aku untuk munasabah diri..Dah lama aku biarkan ‘hati’..Aku bukan tak amik kisah..Cuma aku terasa seperti ’hati’ yang menjauh dari aku..

Hakikatnya..yaa, aku nak sangat tau pasal ‘hati aku’..Cuma aku rasa mcm tak layak sangat..aku takut aku ni akan dicop sebai penyibuk..huuh~Kalau aku bertanya @ bercakap tentang sesuatu..aku fikirkan akibatnya..apa pandangan dorang kalau aku cakap camni..apa persepsi dorang kalau aku cakap camtu..adakah aku nie akan dicop sebagai orang yang penyibuk kalau aku banyak bertanya…Huhhmm..biasanya sebelum menceritakan sesuatu aku akan amik jalan selamat..iaitu mendiamkan diri..bila aku perlu bercakap, aku akan bercakap…bila aku rasa tak perlu aku akan melihat dan mendengar..mendiamkan diri..(Tapi agaknya dengan sikap aku yang terlalu ‘selamat’ ni orang menganggap aku ni orang yang sombong…)

Aku kadang2 selalu terfikir..kalaulah aku dapat jadi orang lain..aku nak tahu camna pemikiran dorang..Kalaulah aku ni halimunan aku teringin nak tengok semua karakter orang yang ada kat dunia nie..Apa yang dorang selalu fikirkan..

Tapi bila aku fikirkan ‘akibat’ yang camni akan berlaku..kalau aku jadi camtu..huhu..Kalaulah aku jadi orang lain..Andai katalah aku ni dijadikan orang yang jahat @ x bermoral..mesti aku akan dibenci oleh ramai orang. Dan bila aku nampak orang yang baik aku akan selalu berdendam..(iskk..teruknya..)Lagi satu..Akibatnya..kalaulah aku ni halimunan, mestilah aku dapat mendengar banyak pemikiran manusia yang banyak sangat permintaan..banyak sangat kehendak, keperluan..Masa tue mesti aku mesti selalu susah hati sebab tak dapat berbuat apa2..masa tue aku jugak akan selalu bersedih sebab aku ‘halimunan’ tiada sesiapa yang menyedari kehadiran aku..huuuh~

Kesimpulannya..aku bersyukur dengan diri aku sekarang, Tuhan jadikan aku manusia yang tidak sempurna..mempunyai keterbatasan pada sesuatu benda..aku tahu aku cuma perlu menjadi diri sendiri..berusaha memperbaiki diri…Bila aku menjadi diri aku, aku akan cuba memahami satu situasi..memikirkan apa akibat dan berusaha mencari pembaikan supaya aku dapat buat sesuatu..sebagai seorang manusia..Penilaian seseorang terhadap diri kita cuma sekadar ‘penilaian’..Apapun yang kita buat semua berdasarkan niat..tak kisahlah apapun pandangan orang pada diri kita..Dan kita sebagai manusia bukan hak kita untuk menilai diri seseorang…Bagi aku kalau aku melihat orang melakukan sesuatu tak kisah lah negative atau positif apa yang dia buat tue mesti bersebab..Siapa kita untuk menilai keperibadian seseorangkan, sedangkan diri kita nie pun bukannya betul sangat..Aku melihat dan memahami..dan kalau aku memilih untuk mendiamkan diri, aku sebenarnya sedang berfikir bukannya sombong atau buat tak kisah terhadap sesuatu permasalahan tu..Cara aku aku lebih memilih untuk selamat iaitu berdiam (Terpulanglah pada setiap individu tu kalau nak menilai diri aku dari luaran camna..) Aku faham gak kadang2 kita perlu bersuara bila sesuatu hak tue memerlukan kita untuk bersuara, dan seperti yang aku katakan aku akan berdiam bila perlu dan bercakap, bersuara bila aku rasa perlu..Bukanlah sepanjang waktu aku berdiamkan..(jadi macam tu lah…cetanya)

Uhuhu~sahabat tu pun mungkin anggap aku nie tak kisah tentang ‘hati aku sendiri’ sebab aku lebih banyak mendiam..kalaulah orang dapat memahami aku ni macamna…kan lebih mudah.Hmm biarlah..aku malas nak buat orang faham aku, sebab aku pun bukannya faham sangat dengan diri aku..huhu~essh ntah la…apa2la……….

CHOCOLATE [14 Feb]

Korang suka coklat tak?Aku suka sangat dengan coklat. Aku ingat lagi masa aku form6 ada dua orang budak selalu belikan aku coklat..Dorang suka bagi aku coklat..budak2 tu junior aku, budak pempuan..hmm..Mungkin sebab selalu nampak aku beli coklat, jadi budak2 junior nie selalu bg aku coklat. Kalau difikirkan lebih tersirat..Aku rasa aku dapat memahami kenapa dorang buat macam tu. Kadang2 bila kita tau orang tu suka ‘sesuatu’ kita akan buat orang tu rasa bahagia dengan melakukan sesuatu perkara menggembirakan hatinya..Ada orang yang jenis macam ni..orang tue akan bahagia bila melihat orang lain gembira..

Mungkin…..sebab itu kesimpulan aku buat..

Masa aku masuk Ums nie..aku kekalkan makanan favourite aku ni.Even sekarang nie..Aku tak pernah jemu makan benda yang membahagiakan hati ni…best fren aku tau aku suka makan benda ni, dorang selalu belikan aku coklat..Bila orang bagi kita coklat mestilah kita suka kan..heehe..maknanya orang observ kita dan tau apa yang kita suka.
Lebih bermakna kalau benda tu orang yang bagi..Sebab kita akan lebih menghargai.

Coklat…14hb.
Hari ni aku makan coklat..entah kenapa rasanya tak macam selalu..Aku makan coklat berkali kali..rasa dia tetap pahit..aku cuba bagi kawan aku rasa coklat yang aku makan tu, reaksi dorang lepas makan coklat tu..dorang cakap “sedap..” tapi hairan..kenapa aku rasa coklat yang aku sedang makan ni pahit?tak manis..atau menimbulkan rasa bahagia macam selalu..huhu….

Aku bagi coklat pada kawan aku untuk dorang rasa semula.hmm..jawapan yang sama..”Sedap dan lazat..”Pelik dan menghairankan..Lidah aku dah hilang deria rasa ka..napa rasa coklat nie cam tak best ja…hati aku da start gelisah..pastu, aku tanya dorang hari ni hari apa? kawan aku tepuk bahu aku..dorang agak terkejut dengan pertanyaan normal aku..”kau lupa??”Aku jawap..uuhh?lupa apa?(dengan muka yang poyo dan blurr)

“Valentine la!!!”..kawan aku hampir terjerit. Dengan selamba aku jawab “ooh”.Pastu kawan aku cakap..”tak keluar hari ni, sambut valentine?”Aku jawab..TAK.Aku tak pernah sambut. Sebab pertama..dan terakhir…bagi diri aku sebagai muslim, aku tak sepatutnya sambut pun. Benda tue tak membawa makna apa2pun pada aku...

kalau kita selidik makna Valentine ni..banyak versi sebenarnya.Versi pertama Valentine seorang lelaki yang dilarang bercinta dengan seorang perempuan..tapi dia degil pastu ending berakhir engan kesedihan iaitu kematian. Versi kedua, Valentine berkaitan dengan sejarah Islam yang pernah dimusnahkan. Jadi kira meraikan hari valentine bagi yang muslim umpama kita mempersenda dan menyokong kejatuhan islam..

Kawan aku cakap lagi kat aku..”habis kalau tak sambut mana dapat coklat tue..”
Aku cakaplah aku beli sendiri..kawan aku cakap lagi “coklat tue expirated ka?” aku nengok date kat bungkusan tue..Tak jugakla.Coklat tu masih ok. Elok..Pastu dia cakap abis tu napa aku cakap coklat tu tak sedap dan pahit...Aku sendiri hairan..Mungkin lidah aku hari nie takda deria kot..Atau hati aku sedikit tawar..menyebabkan rasa coklat tu tak macam coklat yang sesedap seperti biasa2 yang aku selalu makan.

14hb FEB…apa kaitan dengan aku?Macam ada sesuatu yang aku lupa..Bila aku pejam mata..baru aku sedar..Aku lupa orang2 yang aku sayang. Hari ni 14hb feb birthday adik kembar aku..Aku lupa..Patut la coklat hari ni terasa tawar..Hati aku gelisah..Aku tak balik untuk menyambut birthday adik aku.

Hmmm…itulah yang aku rasa hari nie..tawar….kesan dari hati yang tawar..semua benda jadi tak kena…sampaikan coklat yang manis dan lazat terasa tak sebahagia yang macam yang aku makan..sob..sob..(sedih)

HATI.

Wahai hati..aku menangis subuh tadi..
Aku berjalan menaiki bukit dengan hati yang belum terubat..
Berkali aku cuba memujuk hati aku yang tertahan merindu..
Aku berjalan kaki menyendiri menaiki bukit..
Dengan harapan aku dapat memujuk hatiku..
Tapi hati tetap degil mengingati dia..
Kenapa aku semakin sesak memikirkan tentang hati?
Pagi kian membentangkan layarnya..
Aku masih menyendiri mendengar keluahan hati..
Aku sampai pada sebuah bangku..
‘cuba memujuk hati’..
Tapi aku tetap tak dapat memujuk hati..
Lantas..jernih airmata ku tumpah..
Hanya airmata dapat memujuk hatiku..
Jadi aku membiarkan hati bersahabat dengan airmata..
Tuhan..
Aku mungkin sedang berpura-pura senyum sekarang..
Aku berdoa ubati rasa ini dengan mengingati-Mu..
Wahai hati..
Aku duduk menyelusuri tempat ku bersendiri disini..
Setiap hari dengan harapan aku berdoa dapat memujuk hati..
Subuh tadi aku berdoa kepada Tuhan..
Aku berharap dapat melihat hatiku..
Agak menyentakkan jantung..
Aku melihat hatiku hari ini..
Agak jauh..tapi aku tau dia dekat..Cuma hari ini terasa seperti hatiku jauh..
Seperti aku cuba menahan diri bertentang dengan jantungku sendiri..
Hati..kau tidak menoleh padaku..
Mungkinkah aku yang mengelak atau kau seperti menyedari kehadiran ku kau sengaja melupakan aku?
Hati..
Aku dibelakangmu..
Hati aku rindu..
Wahai hati hari ini jantungku berdegup pantas melihatmu..
Hati..
Aku ada bersamamu setiap hari..
Aku bimbang aku hanya menyusahkanmu..
jadi aku cuma terdaya melihat dari jauh..
Hati aku teringin sekali memberitahumu aku ada..
Tapi kakiku seperti menahan..
Aku ingin bercakap dan memujuk hati..
Aku ingin memberitahu hati bahawa aku setiap hari rindu dan menyayangi hatiku..
Wahai hati kenapa kau tinggalkan aku tanpa menoleh padaku..
Jantung hatiku..dalam diam tercalar..tapi aku membiarkannya..
Entah untuk apa..kenapa..
Yang pasti hati..aku sebenarnya penuh mengharapkan
Hatiku terpujuk bila dapat melihat hatiku..
Semakin jauh hatiku berlalu..
semakin berdetak keras hatiku berdegup..
Antara ingin mengejar hatiku..
Antara pedih membiarkan hati bersendiri berada disitu..
Hati maafkan aku..
Andai kau tahu aku sebenarnya teramat menghargaimu..
Adakah kau akan menoleh?
Atau kau hanya tersenyum dan kemudian meninggalkan aku..
Membiarkan aku menahan sesak..bersendiri..
HATI..Aku rindu hatiku…

SESAK

Kebelakangan ni aku rasa macam aku hilang sesuatu..ntahla..bukan barang..bukan orang….ntah la..aku pun tak faham kenapa aku rasa cam ni..Banyak benda buat hati aku sesak. Kadang2 tu bila aku nampak sesuatu tempat tu…hati aku jadi sesak..Kalau aku buat sesuatu kerja..hati aku tiba2 jadi sesak jugak..banyak benda buat aku sesak..dan perkara ni menyesakkan hati aku…huu~ masa tulis blog ni pun aku tgh sesak hati…Agaknya dah takda hati yang sudi mendengar aku..aku carilah sesuatu yang boleh membuatkan aku leraikan perasaan sesak ni..saja buat2 sibuk menulis..Sekurang2nya..sesak aku hilang buat malam nie..(Walaupun aku tau esok aku akan tetap berjiwa sesak) Nak cakap aku sibuk..yaa..benda tu merupakan salah satu penyelesaian buat aku sebenarnya..Aku saja menyibukkan diri untuk pujuk hati aku yang sesak…Aku sibuk ikut program, sibuk buat program, sibuk buat asgment, sibuk..untuk menghilangkan sesak…..huhu~sesak…sampaikan aku rasa aku tak bleh bernapas……

Aku rasa macam..huh…tak tau nak cakap camana..tapi aku rasa sangat sesak kat bahagian hati aku ni..Mungkin aku dah banyak tak mengingati Tuhan..(Kalau pun aku cakap aku selalu mengingati Dia, aku rasa itu belum mencukupi-ayat untuk memujuk hati sebenarnya huhu)Aku sesak…uhh...Aku rasa rasa sesak ni terjadi sebab aku jumpa seseorang..(yaa..aku tak nafikan)

Aku tak tau camna nak explain, tapi aku rasa kehilangan yang sangat....mungkin benda tu la buat aku rasa sesak..kadang2 buat aku teringat dekat seseorang tu..semalam aku balik jam6..aku jalan kaki naik bukit pastu aku duduk..jap. Aku duduk berfikir..lama jugak..tapi sesak tu tetap degil takmo tinggalkan aku…aku tak bleh nak menghalang hati aku dari memikirkan sesak..sesak..huu~mungkin perkataan sesak tu aku boleh kaitkan dengan rindu..Tapi aku tak berani cakap aku rindu..sebab aku tau benda tu menyakitkan lebih2 lagi istilah tue dah lama bersemadi dalam hati aku…..Sangat sesak bila kita mengingati seseorang..entah dia teringatkan kita atau tak….kalau lah dia mengingati kita, kenapa kita selalu rasa seperti dilupakan? Kenapa dia tak mencari kita….atau mungkin dia tak pernah pun terlintas nak memikirkan @ mengingati kita…perkara ni menjadikan aku sesak….Ntah la aku pun tak paham…huhu~apa yang pasti jiwa aku sesak sekarang..

ORANG YANG INGIN AKU TEMUI..mungkin DIA?

Aku ingin mencari seseorang...Aku mencari seorang kekasih..bukan kawan...
Seseorang yang boleh bercakap dengan aku..Seseorang yang berada dengan aku ketika aku perlukan dia masa tu..Aku mencari seseorang yang bukannya berpura-pura..Seorang yang tak takut mengatakan sesuatu rasa yang dia ingin katakan pada aku..Aku mencari seseorang yang memahami emosiku..Seseorang yang memahami perasaannya bila bersama aku..Seseorang yang boleh menjadi dirinya bila bersama aku..
Seseorang yang tahu aku perlukan dirinya bila bersamanya..Seseorang yang berkongsi dengan aku tentang apa yang aku rasa..Seseorang yang menjadi tempat aku mencurahkan rasa kasih sayangku..Seseorang yang susah nak mendefinisikan rasa itu..Tapi ia lahir ikhlas untuk menyayangi aku..Seseorang membuat aku rasa selamat bersama dengannya..Aku ingin mencari seseorang yang tahu membawa aku ke mana..Seseorang yang tahu dia perlukan aku untuk berkongsi perasaannya..Seseorang yang menunjukkan rasa ambil beratnya terhadap aku..Seseorang yang memikirkan..kaulah yang selama ini yang aku nantikan..

Adakah kau?
Mungkinkah kau..
Mungkin kau yang aku nantikan..
Bolehkah kau menjadi kepunyaan aku..
Bolehkah kau menjadi seseorang yang aku perlukan..

Aku mencari seseorang memahami kesedihanku.Aku mencari seseorang yang boleh aku berlari dapatkannya..Seseorang yang setia menemani aku kala hujan masih lagi belum berhenti..Seseorang yang menemaniku menangis sepanjang malam..Seseorang yang boleh menjadi bahu untuk aku menangis..Seseorang yang menghargai erti kehilangan..Seseorang yang boleh aku percaya hatinya benar..Aku ingin mencari seseorang yang menerima aku seadanya..Seseorang yang tahu aku menerima semua kelebihan dan kekurangannya..Seseorang yang tidak mengambil kesempatan atas sikapku yang mengambil berat tentang dirinya..atas sikapku yang akan menghargainya..atas kasih sayang yang aku berikan untuknya..Aku mencari seseorang yang ambil berat tentang diriku..Seseorang yang akan mendengar bila aku memanggilnya..Berkongsi rasa takut..cinta..dan aku ingin seseorang yang menyayangiku tapi tak terluah dengan kata-kata..Seseorang yang tahu..
Hanya kami sendiri yang mengetahui apa yang kami rasa..

Adakah kau?
Mungkinkah kau..
Mungkin kau yang aku nantikan..
Bolehkah kau menjadi kepunyaan aku..
Bolehkah kau menjadi seseorang yang aku perlukan..

Hmm..sebenarnya apa yang aku tulis nie merupakan sebuah lirik lagu..Lagu penyanyi yang bernama Cassie ”is it you”..Aku terjemahkan dalam bahasa melayu..Aku ambil lagu ni sebab aku suka lirik dia,hee..ada jugak la aku ‘tambah’ cikit2..Aku suka lirik nie sebab bila dengar ja lagu nie, huhu..bestla..mood dia buat aku hepi, yg bukan ja rancak tapi ayat atau lirik dia menepati apa yang aku rasa dalam mencari seseorang..kalau korang dengar mesti korang sependapat ngan aku. Hurmm..Nie la bestnya jadi penyanyi ni..kita dapat meluahkan isi hati atau apa yang kita ingin sampaikan melalui nyanyian. Kena lagi dapat sora yang cambest waa..sedap..hehe.Aku tak berapalah sangat suka cassie tapi lirik dia sempoi abess..hahaha..