Wednesday, May 6, 2009

hari yang penat..




Sepanjang 2/3 minggu ni aku asyik stay sekolah aku ja..tak tau napa..maybe sebab aku rasa malas nak balik kolej kot?hmm..ka..aku boring???ntah la....tapi apa yang pasti aku dah terbiasa stay atau dok skola. Tido' jangan tanya la..konfirm pagi baru tido..huhu..tak tau nak buat apa, keja aku mlukis, online tak pun tolong budak Vt jadi pelakon sampingan tuk iklan atau filem pendek dorang, kbetulan exam aku pun da abis so aku buatla keja amal kat sini... Ok gak la, at least aku tak la boring sangat cuma..sejak 2minggu yang lalu otak aku tak stabil sket..ada beberapa perkara mengusutkan pala aku.hurrmmm..Kalau da lepak kat skola ni nak kata kat tempat tido cakap ja kat mana, seluruh sekolah ni aku da jelajah..setiap sudut aku dah lepak dan tido..huhu..ntah la aku suka menggabankan diri..wat cmtu..huu~

kdg2 aku tfikir tahap gaban..camna la kalau aku satu hari nanti terpaksa berdikari sndiri2, home alone takda kwn, no parents...just me here alone all by myself..Msti prsn aku sama cm aku wat skg..aku ni nak kata pelik tak jugak pelik tapi aku suka stay dok sendiri2 satu tempat..pastu aku rasa nak tido situ aku tido (sukati aku ja)..huhu..

Bila aku stay skolah, baru aku faham camna perasaan bebudak Vt yang tak tido malam buat keja dorang..bersengkang mata tak tido semata-mata nak buat karya dorang/assgmnt/animasi/filem/lukisan/arca/canting (batik) ..Adventure gak stay skola ni, sebab terpaksa berdikari. Kalau nak makan memang payah sebab skolah ni tak da cafe..terpaksa men pinjam2 motor atau nek bas awam p beli makanan....buat yang tak pernah stay skola..aku rasa dorang mesti tak merasa camna adventurenya hidup berdikari kat cni. Memang berbeza sgt2....Aku sndri tak paham napa aku suka stay skola aku..Dah la tido tak selesa, nyamuk, sejuk, sakit belakang (sebab tido kat kerusi) kalau terasa nak tido kat lantai tak nak tido kat krusi, lagi best..sbb cni of course, tak da katil cam kat kolej kediaman..

Ntah......mungkin, stay 3mggu akhr2 nie...Mgkin nie la petanda aku nak pergi. Sbnrnya, aku suka stay sbb aku sayang skola nie..sebab aku tak lama g akan tinggalkan skola ni...Tinggalkan kenangan yg pernah aku kumpul kat skola ni..Semakin lama aku stay, aku rasa makin nak jelajah setiap sudut pelosok yang tak pernah aku nak g kat skola nie..Orang cakap kalau kita berkelakuan pelik...2,3 hari maknanya kita akan meninggalkan suatu tmpt tu...huu..
Baru2 nie kitaorg wat BBQ kat skola. Tujuan kitaorg wat BBq tue nak celebrate senior 3rd year yg bakal g praktikal. Sayangnya ada 2 orang senior tak datang mlm tu...Kak shima ngn Mijie. Maybe dorang ada alasan tertentu napa dorang tak leh dtg..cuma rasa tak lengkap bila dorang takda...Hmm..nak wat cmna dorang tak dpt datang kn..yg penting ada piei, abang aku..hee..kehadiran dia automatik mjadikan dirinya Mc terjun..hehe.
Malam tue....sbnrnya, aku rasa sedih jaa..nak meraikan pemergian senior aku, dlm masa yg sama dorang wat BBq tu smpena nak meraikan kjayaan aku ngn Mj tpilih utk rncgn realiti tv tue....mmm..cam...ntah...aku rasa lost sekejap, aku tak faham..nak hepi atas sebab apa..meraikan permergian?atau meraikan kejayaan...pada aku, pjuangan tu tak selesai lagi..baru nak bermula....pikir2 balik, masa semakin suntuk untuk aku berada disini..sekolah nie..bsama kwn2..huuu..meninggalkan semua nie mcm mninggalkan separuh badan aku......malam tu semua yang bakal tinggalkan Sps diberi peluang berucap. Turn aku berucap..aku tak larat nak cakap apa, aku penat...huhuu....hati aku penat..
Dah la..sabtu ni last 'dia' ada kat sini..aku tak sempat lagi jumpa dia..huuu..aku tambah sedih....adeh tak da mood da nak mnulis..

Sunday, May 3, 2009

Fahamkan Aku..




Seperti baru semalam aku
Melihat wajahnya..
Masih terngiang
Betapa dia berbangga dengan diriku

Masa terus berjalan tanpa menoleh...
Kalaulah aku mengetahui
Seperti apa yang aku tahu kini
Aku akan memeluk dirinya erat
Sepenuh hatiku
Aku akan hapuskan kedukaan itu....

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau berikan
Aku rela maafkan
apa jua kesilapanmu
kerana aku ingin memahamimu

Apa yang mampu aku lakukan
Untuk mendengar semula suaranya..
Aku teringin memanggil namamu
Namun aku tahu kau tak akan ada
Di sana..

Maafkan aku jika aku
sering menyalahkanmu atas
Ketidakmampuanku
Dan sebenarnya
Aku melukakan diriku sendiri
Bila aku melukakan perasaanmu

Kadangkala aku sangat bersedih
Tapi aku tak pernah mahu mengaku…

Adakala aku mahu terus bersembunyi
Kerana aku amat merinduinya..
Sangat pedih mengatakan selamat tinggal
Bila aku tahu sudah sampai saatnya
Bolehkah kau membantu aku untuk
Melupakanmu?
Bolehkah kau fahamkan aku?

Adakah dia akan melihatku lagi..
Adakah dia berbangga dengan apa adanya
Aku sekarang..
Tiada apa yang termampu aku lakukan
Untuk mendapatkan peluang
Bila aku melihat matanya
Aku melihat aku didalamnya..
Memandangku sayu
Sangat sakit kerana
Aku sering mengharapkan
Masa berundur..

Berjalan bersendiri


terkadang aku jalan bersendiri..
menuju suatu tempat yang ingin ku tuju

terkadang aku jalan bersendiri..
menuju tempat yang tak pasti..

terkadang aku jalan bersendiri..
mengubat hati yang lara

terkadang aku jalan bersendiri
melayan
meruntun hati yang sunyi

terkadang aku jalan bersendiri..
tanpa tujuan
kemudian berhenti
melihat wajah-wajah yang pernah kukenal

melihat dikejauhan
cukup hanya senyuman
untuk aku ubati

terkadang perjalanan bersendiri ini..
terasa pedih
kerana kerikil kerdil
menusuk ditapak

namun kedegilan merasa kesakitan
membuat aku terus berjalan..

terkadang aku ingin adanya tangan
membawa aku berdampingan
berjalan..
agar perjalananku yang panjang..
dapat lepaskan lelah

Walau jalan bersendirian
aku tahu aku tak akan
pernah bersendiri
ada
angin yang meneman..
yang bersayu bertiup
pada rambut yang menutupkan mataku

terkadang aku berjalan
bukan minta berteman
aku
sekadar ingin bersendiri..

terkadang aku jalan bersendiri
kerana tahu
aku bakal
menyusuri rumput-rumput baldu
yang setia meneman

terkadang aku jalan bersendiri
kerana aku mencintai
karpet tanah
yang kurasa mulai mereput
melindungi
tanah yang sering dipijak
tanpa mengenal muka
dengan baja kasihku

terkadang aku jalan bersendiri
menyendiri melihat langit yang mendung
melihat rahsia rimbauan
hembusan awan..

berjalan..
sekadar berjalan mengisi kekosongan
....

im alrite..


black;">Got no feel, I got no rhythm
I just keep losing my beat
I'm ok, I'm alright
Ain't gonna face no defeat
I just gotta get out of this prison cell
Someday I'm gonna be free !

Find me somebody to love
Can anybody find me somebody to love?





p/s: dedicate:- 4 my fren hehe yg dok seblah ni..sabaq sabaq..

Saturday, May 2, 2009

ADA TAK ORANG TERFIKIR PERASAAN KORANG..Ntah kenapa..aku terasa nak tulis camni.


1.Pernah tak korang rasa dah berusaha banyak benda, then usaha korang dipandang rendah atau tak dihargai….

2.Pernah tak korang rasa korang dah buat keja cam yang diarahkan tapi bila dah penat-penat buat benda tue korang di kutuk di maki atau di dengki oleh kawan-kawan korang..

3.Pernah tak korang rasa kadang-kadang korang macam diperlukan oleh ramai orang then bila korang buat keja tu (bila terfikir balik) rupa-rupanya korang just nak diperguna untuk kepentingan orang lain.

4.Pernah korang rasa korang dah berusaha sebaik mungkin tapi rupanya uasaha korang tuk belum cukup nak memuaskan hati sendiri atau orang lain.

5.Pernah tak korang rasa diri cam tak guna sangat..dan cemburu ngan kejayaan orang lain?dalam hati korang korang tau korang boleh buat lebih baik..Tapi biila korang buat sungguh2 korang tetap rasa tak puas hati..

6.Pernah tak korang rasa dipermainkan dan tak dihargai..wlaupun korang ikhlas nak menolong..tapi time korang susah tak semua orang ada tuk tolong korang atau..korang rasa susah hati so, korang tak mintak bantuan sebab tak nak menyusahkan kawan-kawan korang..

7.Pernah tak korang rasa kadang-kadang cam rasa terasing padahal, semua tu kawan-kawan korang (korang dah biasa makan bersama, gelak ketawa bersama atau buat keja bersama-sama) tapi terasa cam dorang tak mengendahkan korang..

8.Pernah tak korang rasa dunia ni cam tak adil..


9.Pernah tak korang rasa nak jadi yang terbaik..dan kebanggaan semua orang tapi tanggungjawab dan harapan yang orang /kawan/keluarga bagi tu terlalu besar..sehinggakan korang rasa tertekan sangat..

10.Pernah tak korang rasa korang tau benda tu salah..tapi kalau korang buat juga sebab korang yang tentukan pilihan tu..sebab korang tau kalau korang tak buat salah, korang tak kan pernah rasa apa tu menyesal’..atau apa tu sedih’ atau..apa tu pengalaman’..

11.Pernah tak korang rasa sedih disebabkan seseorang…walaupun dia tak buat apa kat korang tapi tindakan dia, tingkah laku, kata-kata atau sikap dia buat korang rasa diri tak guna/sedih/sakit hati..tapi korang tak mampu nak buat apa..


12.Pernah tak korang rasa tetap nak terus buat apa yang korang nak, sebab korang rasa tak semua orang pernah nak faham kenapa/mengapa/sebab korang bertindak macam tu…

13.Pernah tak korang rasa sedih…tapi tak mau orang tahu kesedihan tu so, korang pergi satu tempat yang hanya korang ja tau..lepas tu menangis sepuas-puasnya.(sendirian)

14.Pernah tak korang rasa tekanan atau sedih cara korang redakan benda tu korang bercerita dengan kawan/melalak tak tentu pasal/blogging/buat keja/ketawa puas2… tapi kesedihan atau tekanan tu tak hilang jugak..

15.Pernah tak korang rasa kadang-kadang cam terabai atau hidup korang boring gila..tak tau nak buat apa..cara menyenangkan hati, menyibukkan diri atau mengambil berat kawan sebelah korang dengan harapan korang dapat tolong dia dan menghiburkan hati korang ….tapi hidup tetap rasa boring…

16.Pernah korang rasa penat fikir banyak benda……tapi korang tetap degil nak fikir sesuatu nak membantu kawan korang /diri sndiri atau nak jaga perasaaan orang lain. Pendek kata korang nni degil la….

17. Pernah tak korang rasa diri korang cam susah nak difahami..?atau orang anggap korang ni susah sangat nak difahami atau dinasihati padahal jawapan korang nak mudah ja (sebenarnya korang sendiri pun dah tau apa jawapan tu tapi saja nak mendengar apa yang orang lain fikir- yang pelik korang tetap degil gak nak jawapan yang memuaskan hati korang)

18.Pernah tak korang rasa dalam satu hari tu hati korang asyik teringat seseorang..tapi saja tak ambil tau pasal diri dia, padahal korang nak sangat jumpa dia…bila jumpa tak tau nak buat apa?

19.Pernah tak korang rasa tak larat sangat………

20.Pernah tak korang terfikir kenapa aku tulis camni?huuu....aku pun tak paham…napa nak tulis cmni..





i lost my chance to say...



I never dreamt it'd be this way .
I've lost any chance for me to say ,
to say that I miss you, say that I love you .
Will someone please tell me I'm okay .
I wasn't prepared for what's to come.
A life made of memories gone so young and now I'm regretting all I've done but in your heart know that I'm with you all along .
Wherever you go , I will be waiting .
Whenever you call ,
I will be there .
Whatever it takes ,
I'll make your darkest days so bright .
I'm in your heart tonight .
I never thought that this could go and take me away from all I know and leave me to think I'm on my own but your love will take me ,
you were the one who sat through nights , you held me tight and made sure I'm okay and I thank you for the love you gave to me .

You..



have u ever loved somebody ,
next day they're gone and leave u lonely?
oh u wished u could turn back time ,
thinking what went wrong this time..
love is precious that what they say ,
love is hard cause they hardly stay
nobody said it would be easy ,
all they said was it makes u happy
but i realized they were insane ,
for being in love brings only pain
hugs and kisses ,
love and promise ,
all they do is trick us ladies
love is all said and done ,
true love is what u'll never find
prince charming is a fraud ,
for he's not kind but only hotmen are all typically the same
cause they all think of one thinggreat outer ,
bad inner ,
thats what made them a winner
"i'm sorry , i love her more" ,
all these bullshits make us soretrusts
and vows they mean nothing
cause we are puppets
they hold our strings
take my words now that i'm strong..
IS THERE A GUY WHO CAN PROVE ME WRONG ?

Some One Special?

it's so easy to fall in love but hard to find someone who will catch you
"i've been curious . how do you know you love that person . how do you know that person loves you too . how do you know you wont leave that person . how do you know that person wont leave you too . how do you know you have found what you're looking for . how do you even know what you're looking for ?"
sometimes the one thing you are looking for is the one thing you can't see "but how are you going to find what you're looking for when you can never see it ? i know that i've been looking for something but i've never known what it was until i found him and yet he told me that he aint what i was looking for . it was so easy for him to just let go . i've never met anyone so heartless before . i never want to let go , i loved him too much .
" i would rather have had one breath of his hair , one kiss from his mouth , one touch of his hand , than eternity without it . one
"what i'd do without him ? i was already blinded by his light . my world has been nothing but pitch black . is there a way to repair this blindness . is there even a cure for this sickness . i had been broken beyond repair . too broken to stand , too broken to feel . i'm lost and on my own yet still here finding someone to replace . to be new , to be happy , to be loved .
" to love is to suffer . to avoid suffering , one must not love ; but then one suffers from not loving . therefore , to love is to suffer , not to love is to suffer , to suffer is to suffer . to be happy is to love ; to be happy then is to suffer , but suffering makes one unhappy ; therefore to be unhappy one must love or love to suffer or suffer from too much happiness . i hope you're getting this down "

Friday, May 1, 2009

Salam Terakhir

siapakah kau yang peramah
di mukaku..
dalam angin dingin di tanah yang asing
siapakah aku..
yang terharu oleh sayangmu
sewaktu lembutnya nafasmu
yang mengelus pipiku..
Memang kalau begitu aku
tak usah selalu sangsi
atas ejaan nama
yang lain dari yang kukenal
kerana tiba saatnya
sekalian nama kehilangan
..erti..
mencair di salam terakhir
menjadi ingatan
di tanah tersingkir





Seseorang yang diBENCi dan diSAYANGi

Aku terasa ingin
mendongak
melihat langit yang mendung
Biar terbasuh airmata bersama
hujan yang menuruni
bumi
ma...
Seharusnya luka ini hanya satu luka
Seharusnya aku sadar
aku kehilanganmu
Seharusnya aku sadar kau semakin
jauh meninggalkan aku

Seharusnya aku lebih tabah
kerna
Aku harus lebih mengerti rasamu
Tapi nyata..
aku tak mahu mengerti ma..
kenapa aku perlu mengerti rasamu
sedang rasaku tidak pernah dimengertikan?
kau yang pergi ma...
aku yang
bersunyi dalam pelukan kedinginan
pernahkah kau bertanya
apa yang aku rasakan?

Malam dikejauhan
mataku liar masih menari-nari
mencari
Bayanganmu

ma...bukankah aku juga manusia?

Aku seharusnya disayangi seperti kalian
ingin merasa bahagia..
ingin merasa belaian

Tapi kenapa aku ditinggalkan disini
Aku seharusnya merindukan pelukanmu
Aku seharusnya menyentuh alunan rerambutmu
Nyata aku berkhayal dengan pedih

Terasa ingin membencimu seisi sepenuh hatiku
Terasa ingin melontarmu jauh kelubuk derita
yang kurasa..

Aku memaksa
menjauhi rasaku sendiri
Seharusnya laraku..
bisa terhapus dengan airmata bersama hujan
Seharusnya aku terus mendingin
dan berhenti memikirkan
kau hadir.

tapi
pada siapa harus aku membenci..
pada siapa harus aku mencinta...
sedang
aku serahkan seluruh cintaku
segenapnya berbaur dengan kecemburuan melihat
bayangmu yang ada pada diriku

kenapa rasa ini
seolah membunuh dan menghiris-hiris
walau sesaat
aku teringin untuk senyum bahagia
kenapa..

Andai
Aku bisa terhapus bersama waktu yang
Berterbangan
aku mahu
Mengekorimu..

Namun kau tidak menoleh sekalipun
Kenapa..ma?
Aku kosong dan kesejukan kasihmu..

Seharusnya lilin itu kau nyalakan
Kala aku kedinginan ma..

penantianku
bersendiri..tak berpenghujung
Merindu tidak berbalas dan memeritkan.

Thursday, April 30, 2009

Puisi..ku


Lagu Bunga

Di atas kubur
seorang
seniman..
beribu rakyat pilu
sekeliling timbunan bunga
kini
bunga-bungaan
hanya
debu..
tapi karyanya
setiap hari
dari radio
pentas..
dan tv mengisi
hati..
Di atas kubur
Bunga layu..
Bunga kembang..
Di bawahnya
Seniman seorang.




Di Bawah Bintang Mengerdip

Di bawah bintang mengerdip
aku ingin bersunyi..
tiada buku tiada lagu tiada rindu
tapi tiada siapa dapat percaya bulan turut berduka
ketika dunia sedang asyik berpesta-ria
Di bawah bintang mengerdip
aku ingin bersayu..
tiada ayahanda,tiada bonda,tiada kanda
tiada siapa sanggup percaya malam turut ikut berhiba..
Angin liar di sini
bunga kenangan keguguran
mengusik hati ini bukan kepalang lagi
kerana itu
Di bawah bintang mengerdip
aku berlara..
tiada tasik tiada kenangan tiada siapa..
Jika benarlah belasmu ada..
dipusaraku
nanti taburilah bunga..
ketika senja memerah
surat gementarmu tiba..
kubaca dengan degupaan jantung bertambah
kenapa..
Di bawah bintang mengerdip kau luka..
tentang pusara
tentang bunga kau khabarkan..
Buku..
Lagu..
dan rindu..
ayahanda, bonda dan kanda
di teluk mesra berkembang
sudah layar sejarahnya
tapi aku terus berkelana entah ke mana
terdamparnya
tiadakan terdaya melihatmu lara
di malam indah
Ribut besar di sini
pohon kenangan
bertumbangan..
menyentak dada ini
gementar sampai ke nadi
tapi tiada dapat menerka..
siapa dahulu sampai ke muara
kerana sama..
akan tinggalkan muara pulau-singggah
jika kau berduka..
Separuh laramu kurasakan sudah..

Satira; Menyembunyikan Kritikan Secara Berseloroh


Apakah anda berminat menghasilkan karya satira? Utk pengetahuan anda, ramai pelakon dan penulis komedi profesional, beranggapan bahawa satira adalah satu bentuk humor yg paling tinggi dan canggih. Ini kerana satira bukan sekadar gurauan kosong; ia adalah sebuah komentar terhadap isu semasa, suasana politik Berkurun2 lamanya, para penghumor berbakat telah menggunakan satira utk menyampaikan mesej terhadap sesuatu isu atau perkara yang tidak menyenangkan, dlm sesebuah masyarakat. Malah, satira yg ditulis-hasilkan dengan baik, telah terbukti menjadi begitu berpengaruh, sehingga mampu membuat banyak perubahan pembangunan masyarakat.

Ok, Apa itu Satira?Satira adalah sejenis karya sastera atau satu bentuk seni lain yang menggabungkan antara kritik dan humor, dlm mencari perhatian terhadap sesuatu isu, masalah atau apa-apa yang tidak menyenangkan. Satira digunakan utk menghighlightkan masalah ini, dgn harapan ia dapat dibaik-pulihkan dgn sewajarnya. Satira yang baik, bukan hanya menghiburkan, ia juga mengajak dengan penonton utk memikirkan tentang masalah/isu yang mungkin mereka langsung tak terfikirkan sebelumnya. Sekaligus memberikan semacam cetusan inspirasi kepada para penonton utk mencari perubahan yg boleh menjawab kepada persoalan yg ditimbulkan lewat satira itu. Terdapat byk jenis satira dan setiap satunya berbeza2. Begitupun, ia ttp mempunyai satu konsep sama.

Apa Yang Perlu Anda Tahu Apabila Menulis Satira?

Kenal pasti apa yg ingin anda laksanakan; sama seperti menghasilkan karya2 kreatif lain, menghasilkan satira juga harus dgn satu mesej telah tertera dlm otak kita dulu. Dan, jika mahu melihat karya satira anda berjaya, anda harus mengenal-pasti dan memilih masalah/isu yg ingin anda ketengahkan dan bagaimana anda ingim melihat ia diperbaiki, sebelum mula berkarya. Biarpun, mungkin di sepanjang `perjalanan' menghasilkan karya sastera ini, idea akan berkembang dan berubah-ubah, tp, matlamat/perjuangan kenapa anda menghasilkan karya ini harus ditetapkan sebelum berkarya lagi.
Kenal pasti khalayak pembaca anda;

Mengenal pasti siapa yang akan membaca karya satira anda, adalah sgt2 penting dlm menentukan kejayaan karya satira anda. Jelasnya, apa yang mungkin difikirkan lucu oleh seorang mantan pengarah pendidikan, tidak sama dengan apa yang dianggap lucu oleh sekmumpulan mahasiswa. Begitulah seterusnya. Apa yang dianggap lucu bagi seorang suami, tidak sama dengan apa yg dianggap lucu oleh seorang isteri. Ataupun, apa yang lucu bagi seorang ahli politik, tidak sama dgn apa yang dianggap lucu oleh seorang rakyat. Apa yg dianggap lucu oleh seorang pesakit, tidak sama dgn apa yg dianggap lucu oleh seorang doktor pakar. Begitulah seterusnya.

Anda perlu menghasilkan karya satira bersesuaian dengan perbezaan ini, utk mempastikan bahan anda berjaya. Bak kata orang, `"the customer is always right." Ini digunakan untuk penulisan satira juga. Satira anda hanya dianggap lucu dan berjaya, jika orang yang membacanya memikirkan ia sedemikian.

Mengenal pasti batasan/had; byk sekali masalah ini berlaku dlm dunia satira. Satira yg melangkaui batas, bukan hanya patut dianggap karya yg buruk, tp ia sebagai satu objek yg boleh merosakkan. Misalnya, satira yang mempersendakan agama atau pemimpin2 agama Islam dan sebagainya - yg mana boleh menyinggung-bangkitkan seluruh masyarakat Islam seluruh dunia. Jgn sekali2 melangkaui batas, semasa menghasilkan karya satera. Memang sukar utk membezakan antara satira yg baik dgn satira yg melampau - krn benang pemisah antaranya terlalu halus hingga bagaikan halimunan. Jika tidak yakin, lebih baik anda terus dgn karya kreatif yg konservatif saja dahulu - utk mengelakkan drpd melakukan sesuatu yg tidak sengaja dilangkaui.

Peringatan Penting Buat Penulis Satira:
Seperti yg semua tahu, satira boleh digunakan sebagai alat yg sangat utk membawa perubahan. Satira yg dihasilkan dgn baik, boleh membawa perubahan yg positif dlm masyarakat - perubahan yg tidak boleh dilaksanakan melalui penggunaan senjata api ataupun keganasan. Begitupun, satira juga boleh membawa kesan negatif dan mencetuskan pelbagai perubahan yg merosakkan - malah, ada yg hingga kehilangan nyawa. Untuk itu, gunakanlah kebijaksanaan dan berhati2lah apabila anda ingin menggunakan satira sebagai bahan penulisan anda. Sebagai cadangan;Kenapa anda tak tulis Cerita Ibarat, yang sebahagiannya mengisahkan ttg moral, dan sindiran sinis. Cerita Ibarat seperti Arnah dan Kura2 cukup menarik. Begitu juga cerita ibarat seperti `Guliver Travels'...

Bagaimana hendak menggunakan metarofa dengan betul? Jawapannya mudah saja; Dgn mengelakkan klise dan metafora yg bercampur baur.
Apabila digunakan dengan betul, metafora boleh dijadikan alat fiksyen yg sgt berkesan. Ia adalah salah satu cara untuk mempelbagaikan bahasa dan menghidupkan prosa anda dengan lebih baik. Juga seperti trengkas, hanya dengan beberapa patah perkataan, ia mampu menyalurkan gambaran atau makna cerita dengan serta-merta kepada pembaca.

Namun, seperti lain-lain peranti sastera, metafora boleh mendatangkan kesan negatif jika tidak digunakan secara betul; membuatkan pembaca keliru, sekali gus menarik perhatian khalayak pembaca kepada lemahnya kemahiran penulisnya sendiri. Perangkap yang paling biasa untuk diperhatikan, apabila menggunakan metafora yang begitu biasa dan kerap digunakan orang lain. Ia dinamakan klise.

Pernyataan seperti `tenang sebelum ribut', `ibunda alam,' atau `dia jantan keparat', sudah terlalu kerap digunakan dan jika terus digunakan akan dianggap klise. Kecuali ia penting dan bersesuaian dgn karya anda, bagaimanapun, kiranya ia lebih elok jika dapat dielakkan sepenuhnya. Andainya anda tidak dapat mencipta metafora sendiri, kadang2 lebih baik terus tidak menggunakan apa2 metafora dan memilih unuk menggambarkannya dengan cara biasa dan biasa-biasa saja.

Metafora Campuran;
lagi satu masalah yang biasa ditemui, adalah kecenderungan untuk mencampurkan metafora atau menggunakan metafora secara keterlaluan - lazimnya berpunca daripada terlalu mahu melakukan sesuatu yg luar biasa, ataupun melakukannya secara cuai atau membabi buta saja. Asal siap, misalnya. Hasilnya, ia membawa dua imej yang betul2 tidak tercapai dek akal;

Contohnya; keyboard kami akan mengajar mata fikir anda untuk dimainkan dengan telinga anda' Di sini, penulisnya cuba menggambarkan 2 metafora - malangnya, ia membawa kepada sesuatu yang tidak tercapai den otak para pembaca (mungkin oleh dirinya sendiri juga, bukan? Kerana; mata fikir tidak boleh memainkan apa-apa pun secara realiti, apatah lagi telinga!

Andainya anda pernah ada rasa ragu2 samada metafora yg akan anda gunakan nanti sesuai dan berjaya ataupun tidak - eloklah anda jgn gunakan langsung pada paragraf itu. Menggunakan metafora secara tidka kena tempatnya dan melulu saja, hanya akan membuatkan seorang penulis itu kelihatan lemah dan mengganggu kelancaran serta pemahaman pembaca. Padahal, tujuan utama penulis menulis adalah untuk berkomunikasi dan menyampaikan masej kepada pembaca?

Ada cara mudah untuk memperdekatkan cara pemikiran kita kepada apa2 saja metafora ataupun perumpamaan yang tercetus dalam pemikiran kita apabila berhadapan dgn sesuatu keadaan. Apa2 saja.. dan jangna bimbang apabila anda terfikirkan tentang sesuatu yang baru..begitu tercetus di fikiran, catitlah ke dalam buku nota anda sebagai bahan rujukan anda kelak. Sentiasalah melakukan latihan minda dengan mengaitkan pelbagai kegiatan harian anda, dgn metafora ataupun perumpamaan. Lebih kreatif dan lebih menyeronokkan. Lama kelamaan, minda anda akan menjadi biasa untuk berfikir secara metafora apabila anda berhadapan dengan pelbagai keadaan di dalam karya anda kelak.

Sebagai contoh;`Saya adalah sebuah kamera dengan penutupnya tertutup, cukup pasif, merakam tapi bukan memikirkan. Merakam lelaki yang sedang mencukur jambang di jendela, dan wanita yang memakai kimono sedang mencuci rambutnya. Suatu hari nanti, semua ini harus berkembang, dicetak dengan berhati2, dan diatur.

" Terjemahan bebas untuk karya Christopher Isherwood, The Berlin Stories.'

PETUA MENULIS CERPEN-bagi yg minat baca novel..nak buat karya sendiri...(buat kawan2 aku)




· Untuk memulakannya dengan cepat.

* Tersangat terhad jumlah adegan atau babak.* Bermula di bahagian penyelesaiannya, sedekat mungkin.

* Lazimnya, hanya menangani satu isu atau masalah, dlm satu karya.

* Menggunakan hanya maklumat terperinci yang perlu saja, utk memahami situasinya. Ia biasanya meliputi satu masa yg singkat.

* (Dan kpd saya; nawaitu cerpen itu mahu dihasilkan:) perlu bersih dan jernih)


1. Jom kita memulakannya; Petua Menulis Cerpen Kilat.Tiada idea mahu menghasilkan cerpen? Oklah. Kita cuba yang ini. Andainya anda menghadapi masalah utk memulakan cerpen, lontarkanlah pandangan anda ke luar jendela. Di luar sana, setiap satu ciptaan Tuhan Yang Maha Esa yang tiada tolok-banding indahnya. Kenapa anda tak menafaatkannya?


Mula2, buat senarai.

Lakar watak-wataknya,

plot,

nada emosi dan sebagainya. Tanpa teragak-agak lagi, turunkan idea (tentulah ada idea, bukan?) dalam bentuk ayat dan paragraf sebagai draf cerpen. Anda juga mungkin mahu menurunkan senarai yg menghubungkan anda dgn tempat kerja ataupun sekolah ataupun Universiti ataupun rumah. Juga perasaan anda bagaimana, bila anda gembira, atau orang yang anda kagumi.


Cerita itu mula dibina dlm lingkungan senarai anda, dan andainya anda mengubah2 ayatnya atau paragrafnya, idea asal anda akan berubah juga. Bina senarai beberapa adegan atau babak. Fikirkan semula tentang saat2 getir dlm hidup anda dan detik2 dihambat tekanan psikologi yang maha dahsyat, di sepanjang hidup anda. Pilih beberapa adegan atau babak terbaik, terluar biasa. Lalu, tulis satu paragraf, utk setiap satu. Cuba gabungkan dan jadikannya sebagai satu rumpun atau gugusan. Pilih satu perkataan yg anda anggap sebagai subjek utama anda, tulis ia di bahagian tengah dan bulatkan. Kemudian, gabungkan semuanya secara bebas di sekitar subjek utama (perkataan). Apa2 saja perkataan yg terlintas di fikiran anda, yg bersesuaian dgn subjek utama anda; aksi, gambaran, peribahasa, perhitungan hidup dan sebagainya. Bulatkan perkataan2 yg telah anda pilih, buat barisan dan anak panah antara perkataan yang ada hubung kait. Mudah2an, anda berjaya menciptakan sebuah cerpen yg baik dgn Petua atas tu k :)


* Bagi anda yg berminat menghasilkan cerpen secara serius, di bwh ini ada beberapa petua tambahan.

Kecuali anda mempunyai otak bak video tercanggih di dunia yg boleh merakam segalanya utk anda - bawalah sebuah buku nota ke mana saja. Buku adalah ibaratkan `inkubator' atau alat pengeram, satu tempat utk anda mulakan daripaa perbualan yang didengar, ekspresi ungkapan, gambaran, idea dan tafsiran terhadap dunia di sekeliling anda. Menulislah sekerap mungkin, secara harian jika boleh. Duduk dan karang ayat yg bersesuaian dgn cerita utk beberapa jam sehari, biarpun anda tiada mood, biarpun anda terpaksa memaksa diri. Kumpul cerita-cerita yg dianggap luar biasa, ganjil dan tidak masuk akal, daripada sesiapa saja yang anda temui, yg mungkin berguna utk penulisan anda nanti. Kaji cerita2 itu semula. Cari makna di sebalik cerita, dan kemudian sesuaikannya dengan keadaan manusia, mengikut kefahaman anda.


*Membaca, membaca dan membaca terus.

Sebelum kita boleh jadi penulis, kita perlu menjadi seorang pembaca dulu. Utk itu, bacalah sebanyak mungkin. Karya2 sastera yang hebat seperti karya A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Chekhov. Shahnon Ahmad, Raymond Carver, Azizi Hj Abdullah, Earnest Hemingway, Alice Munro, Tobias Wolff dan ramai lagi. Ini boleh membantu anda dlm dunia penulisan, lebih daripada apa-apa yg mampu diajar oleh seorang sifu mana2 bengkel penulisan kreatif. Jika tak boleh baca semua, baca saja apa yg termampu, asal karya2 sastera yg telah diperakui akan mutunya.


* Tulis intro yg berunsur suspen.

Dlm dunia yg serba canggih dan cepat kini, ayat pertama cerpen anda seharusnya sudah mampu menarik perhatian pembaca utk terus membaca. Misalnya, dimulakan dgn sesuatu emosi yang luar biasa, suatu pengucapan yg tak dijangka2, sebuah aksi yang mengejutkan, atau sebuah konflik yg membingungkan. Ingat, setiap cerpen harus dimulai dekat sekali dgn penamat cerita. Ertinya, kalau cerita itu 100 kilometer panjangnya, anda harus mulakan dari 90 kilometer. Yg lain semuanya flash back/imbas balik.


* Membina watak.

Biar apa pun kepercayaan anda, sebagai penulis cerpen, tugas anda adalah meletakkan watak2 anda yang berbeza perwatakan di atas pentas (dlm minda) berlegar2 dan bertemu atau bertembung antara satu sama lain buat seketika. Mungkin, dengan pelbagai bunyi, gembira, sedih, terharu, marah, benci, sayang dll, mempunyai nilai tersendiri yg boleh anda kembangkan dlm cerpen anda. Dan, untuk membina watak yang hidup, bernyawa, dari pelbagai segi - adalah penting utk belajar lebih ttg watak yg ingin diketengahkan ke dlm karya anda. Antara yg perlu diambil kira; nama, usia, kerjaya (dia buat apa) agama, kaum, perawakan, penampilan, tempat tinggal, haiwan peliharaan :), hobi, bujang atau tidak, anak2?, sikap,warna kegemaran, kawan2, makanan kegemaran, ketakutan, kelemahan, yang disayangi/dibenci, rahsia, ingatan paling kuat? Sihat tidak? Tanda atau gerak isyarat tertentu apabila takut, gembira, gementar dll? Membayangkan semuanya secara terperinci, dapat membantu anda membina watak, tp anda tak perlu menurunkan semuanya utk tatapan pembaca. Yg perlu pembaca fahami; kemunculan watak, dgn menggambarkan aksinya - bukan sebaliknya dgn menyenaraikan kata sifat atau adjectifnya.


* Pemikiran.

Bawa pembaca memasuki jiwa watak, tunjukkan kepada mereka apa kenangan yg tersirat tp tak tersurat oleh watak, segala kemarahan, ketakutan, harapan dll. Misalnya, saya mahu menulis tentang seorang doktor pakar bedah, utk sebuah cerpen. Jadi, apa yg saya tahu ttg doktor itu dan profesionnya?


Misalnya,Nama gelar kegemarannya, Tuan Besar dan semua org panggil dia Tuan Besar. Dia berusia 45 Tahun. Bapanya org Malaysia, dan ibunya org putih. Dia hanya setinggi kaki 6 inci. Walaupun dia kelihatan mesra dgn para pesakit, tp dia garang sekali dgn doktor2 pelatih di bawah kendaliannya. Dia suka kereta dan wanita. Dia membongkok sedikit, krn terlalu byk melakukan pembedahan. Dan sebagainya.


* Pilih satu sudut pandangan;

Sila baca `Sudut pandangan; bagaimana hendak memilih' Dialog. Ia adalah apabila watak atau watak2 berckp sesama sendiri atau berckp kpd dirinya sendiri. Apabila brckp, kita tak menggunakan bahasa skema. Kita menggunakan bahasa prckpn harian, lengkap dgn nada suara tinggi rendah oleh gelojak emosi, dan tidaknya tidak mendatar bukan - bersesuaian dgn jalan cerita. Pendek kata, dialog harus hidup. Harus ada perasaan di dlmnya. Bayangkan, kalau anda tgh marah, bagaimana anda berckp kpd org yg anda marah itu? Biar ada unsur suspen dlm dialog. Biar pembaca tertanya2 kenapa dia mcm tu, kenapa dia macam ni. Lagipun, utk apa pembaca terus membaca, jika pengarang telah menjelaskan segalanya dlm setiap susunan ayatnya?


"Suami anda mana?""Dia kerja lebih masa, mcm biasa.""Kerja lebih masa? Huh, alasan!"


* Latar;

Ini bermakna, ia termasuk masa, tempat, konteks, dan suasana di mana plot anda berlangsung. Biasanya, latarlah yang paling menggerakkan minat pembaca, yg mana menyumbang kpd keseluruhan tulang belakang cerita.


Utk itu, lelapkanlah mata anda dan fikir serta bayangkan watak2 anda yg brsesuaian dgn cerita, di pejabat? Di hutan belantara? Di pulau? Di padang bola? Di gelanggang bola sepak? Dgn membayangkan (imaginasi) dpt mengimbangi latar dan perwatakan dlm cerpen anda. Dari mula hingga akhir, bayangkan watak2 anda menghuni sesuatu tempat tertentu/Ingat, latar hanya akan nampak menarik, jika ia digabungkan dgn perwatakan watak dan bersesuai dgn jalan cerita. Berikan sedikit butiran terperinci, bagi membolehkan pembaca menggambarkan adegan/babak cerita itu di dalam minda mreka.


Katakanlah anda menulis ttg seorang peninju. Gambarkan suasana di gelanggang tinju (termasuk penonton, bagaimana rupa gelanggang itu dll, secara tidak langsung), semangat atau perasaan peninjunya, dan saat2 akhir sebelum pertandingan tinju itu berakhir. Apa2 pun, jgn `suap' pembaca dgn pelbagia informasi, misalnya ttg keadaan cuaca, statistik penduduk atau berapa jauh gerai makan dari rumah anda, secara langsung. Sebaliknya, hidupkan semua yg cuba anda sampaikan itu, lewat sudut pandangan watak utamanya - supaya pembaca boleh dpt menyaksikan watak dan pengalaman watak2 anda.


* Bentuk plot.

Plot adalah apa yg berlaku, jalan cerita, aksi. Ia adalah cara bagaiana anda membentuk situasi, di mana segalanya berputar dalam cerita anda dan bagaimana watak2 anda berakhir dlm cerita anda.Plot adalah beberapa siri acara/kejadian yg disusun begitu rupa, supaya ia boleh meninggalkan kesan dramatik, sinematik dan emosional yg mendalam kpd para pembaca.


* Ciptakan konflik dan ketegangan.

Konflik adalah asas kpd cerita anda, sbb dlm sastera, biasanya, hanya masalah atau kacau bilau yg menarik. Ia memerlukan sebuah masalah atau kacau bilau yang hebat, untuk mencetuskan idea dlm pemikiran penulis; misalnya, kelahiran, percintaan, hubungan terlarang, kerjaya, kematian dan sebagainya. Konflik mencetuskan ketegangan atau tension, yg membuatkan sesebuah cerita itu bermula. Ketegangan akan terbentuk apabila ada pertentangan atara watak atau watak2, dan antara tenaga luaran dan dalaman atau keadaan. Dgn mengimbangi pertentangan ini, anda membuatkan pembaca terus melekat pada mukasurat cerpen anda dan tertanya2 apa yg akan berlaku seterusnya. Harus ada unsur2 misteri, kejutan, empati, simpati dll.


* Bentuk krisis atau klimaks.

Ini seharusnya detik paling dramatik dlam cerpen anda. Krisisnya mungkin saja dikenal pasti, utk buat keputusan, utk cari penyelesaian. Apa yg watak itu tidak nampak atau menyedari apa yg perlu dilakukan nya pada mulanya, akhirnya akan mengambil keputusan yg jitu. Timing itu penting. Jika krisi itu timbul terlalu awal, nanti pembaca mengharapkan akan ada detik paling dramatik yg lain pula. Jika ia muncul terlalu lambat, pembaca akan naik bosan pula utk menyudahkan bacaannya. Padahal, itulah detik yg ditunggu2 oleh pembaca. Dramatik, tapi bersesuaian.


* Mencari PenyelesaianBagaimana hendak menyelesaikan konflik.

Dalam cerpen, ia mmg sukar utk menyediakan sebuah penyelesaian yg lengkap atau sempurna. Dan anda selalu akan menunjukkan watak-watak yg akan berubah tanggapan, sikap atau nasib, pada pengakhiran cerita.


Misalnya, watak negatif mungkin saja akan brubah menjadi positif, atau kalau mula2 cerpen, watak A tak suka makan sambal belacan - tp pada pengakhiran cerita, dia mula berusaha belajar utk memakannya, dll - pada akhir ceritanya. begitulah seterusnya. Macam sukar saja kan? Tidaklah :) Itu dari segi teori saja. Praktikalnya jauh lebih mudah, percayalah.


Membentuk Watak
Membentuk Watak Dalam Karya AndaBagaimana kita hendak menentukan watak utama yg sesuai kita masukkan ke dlm karya kita, sama ada cerpen ataupun novel?


Cara saya, lazimnnya, saya akan mengambil watak daripada manusia yg betul2 saya kenal dlm dunia realiti (selalu pula saya gabungkan dgn perwatakan saya sendiri), tp saya pastikan menggunakan nama dan lokasi/suasana yg berbeza daripada alam realiti... ini utk mengelakkan daripada saya menyinggung perasaan (jika dia terbaca) sekaligus mengelakkan daripada saya disaman malu oleh beliau. Kita boleh saja ambil perwatakan A dalam dunia realiti tapi jalan ceritanya haruslah mengikut jalan cerita X dlm dunia realiti.


Atau, anda cipta saja jalan ceritanya, berbeza dgn jalan cerita watak yg anda pilih itu... lebih menyeronokkan begitu, bukan? Lagipun, kita bukan melaporkan berita, kita menghidangkan karya kreatif - jadi, creat lah, okay.Selain daripada watak utama, kita juga perlu bina watak2 lain yg melingkungi hidup watak utama itu...


misalnya, ahli keluarga, saudara mara, handai taulan - juga musuh, tentunya bukan? Begitu dibina, anda perlu mengangkat-serlahkan perwatakan mereka kepada tahap semaksima mungkin. Tiupkan nyawa, semangat juga, gejolak perasaan, kekuatan dan kelemahan - ke dalam watak2 itu, sehingga mereka boleh berfikir sendiri secara individu. Begitu watak2 itu sudah terbentuk seperti manusia bernyawa biasa, watak2 itu haruslah mengikut arus plot dan saling membantu memperkuatkan cerita dalam perwatakan masing2.



Sebagai permulaan, eloklah anda mengambil watak yg paling hampir dengan diri anda, yakni diri anda sendiri - atau diri orang yg bertentangan dengan perwatakan anda, lebarkah peranan mereka.


Bereksperimenlah, pasti menyeronokkan dan mencabar, pasti. Beri watak wanita/lelaki anda bertukar menjadi watak lawan jantina, dan lihat bagaimana watak itu hidup dan memainkan peranannya sendiri.Satu lagi cara untuk membentuk watak ialah dengan menggunakan deria penglihatan dan pendengaran anda. Lihat dunia lingkungan anda, terutama sekali di tempat2 terbuka (macam yg Sasterawan Negara A. Samad Said lakukan). Perhatikan perilaku orang ramai di sekitar anda, caragaya mereka berkomunikasi, caragaya mereka menangani anak2 mereka, keluarga mereka, kekasih mereka, teman sekerja mereka dan sebagainya. Dari situ, ada akan menyaksikan perbezaan yg sangat halus dan sangat sedikit, misalnya pada bunyi, makna, perasaan, warna, rupa dan sebagainya. Itu sudah boleh banyak membantu memberikan ilham untuk anda berkarya.


Elok juga jika anda membawa satu buku nota, ke mana saja anda pergi untuk mencatatkan apa saja yag menarik perhatian anda (saya sendiri belum lagi buat begini, kerana buku nota saya dlm kepala saya saja) Dan yang paling menarik dengan kegiatan ini, secara tidak langsung anda sebenarnya sudah pun memulakan karya anda.Juga, jangan lupa tentang cara pemakaian, budaya hidup masyarakatnya, fahaman agamanya, ideologinya dan sebagainya yang selalu saja memantulkan sikap watak2 tersebut. Ini penting, kerana ini yang membezakan antara novel dengan cerpen. Novel lebih terperinci, sementara cerpen padat dan singkat segala2nya. Ramai penulis berkarya cara ini... kalau setakat pakaian, fahaman agama dan ideologi, boleh dipelajari lewat internet dan buku2 non-kreatif. Utk mengenal manusia sebenarnya, kita perlu pelajari dari manusia juga akhirnya. Andainya anda jenis penulis yg pemalu dan tidak banyak bergaul (kebanyakan penulis begini) anda boleh saja mempelajarinya dengan membaca novel2 bermutu orang lain dan baca juga buku2 psikologi yang banyak boleh dipinjam dari perpustakaan anda.


Cuba kaitkan kisah2 menarik yg anda baca, dengan watak2 yg anda bina dan gambarkan ia sebagai personaliti mereka yg kukuh.


Apa Itu Penulisan Kreatif?
Penulisan kreatif adalah apa saja, di mana penulisnya menggambarkan buah fikir, gejolak perasaan, daya imaginasi dan daya kreaviti yang tentunya unik apabila penulis menceritakan dari pengalamannya yg tersendiri - bukan sebaliknya hanya melaporkan peristiwa ataupun berita. Penulisan kreatif digarap dengan bahasa yang segar, menyusunan ayat yang indah lagi mencabar, dan berunsur murni.


Tapi apa itu Penulisan Kreatif? Penulisan adalah suatu bentuk kebebasan untuk setiap insan yang menulis. I membebaskan kita daripada identiti massa yg kita lihat di sekeliling kita. Di mana akhirnya, penulis akan menulis bukan untuk menciptakan hero/watak utama tidak yang melanggar nilai2 murni sejagat, tapi untuk menyelamatkan diri sendiri - untuk kelansungan hidup sebagai individu.


Penulisan, biar dalam genre apa sekali pun, memang agak sukar, tapi berbaloi - anda akan mendapat keputasan yang tiada taranya, setiap kali sesebuah karya itu selesai digarap. Menjadi seorang insan kreatif kadangkala agak sukar, mencabar pada ketika-ketikanya, tp juga menyeronokkan.


Bagaimana Hendak Memulakannya? Betulkah, seperti tanggapan ramai, bahawa jika seseorang itu sudah membaca banyak cerpen ataupun novel, mereka sudah boleh menghasilkan sebuah karya penulisan kreatif? Ada ramai juga yang percaya; oleh kerana kebanyakan daripada kita `petah di dalam minda' dan bukan buta huruf, maka tidak perlu ada tempoh percubaan jika kita mahu memahirkan diri dalam pertukangan penulisan kreatif. Ramai yang berfikir begitu, sehinggalah dia cuba menghasilkan novel pertamanya. Seperti sebuah perabot, mempunyai keperluan tertentu, syarat pembinaannya yang perlu dipelajari (merancang, mengenal pasti stye dan jenis kayu yang dikehendaki, menyukat, menggergaji-bentukkan, menukul-pakukan, membarnish-kilatkan dan sebagainya).


Hanya kerana telah membaca ratusan atau ribuan novel, tidak bermakna kita boleh terus menghasilkannya sendiri - sama juga macam kita sudah duduk di atas banyak kerusi, tidak bermakna kita semua boleh buat kerusi, bukan?Bagaimanapun, jika anda ingin sekali menghasilkan karya tanpa sebarang panduan daripada yg lebih mengetahui caranya, tak salah kiranya kalau mencuba; tapi janganlah terlalu kecewa, andainya usaha pertama anda tidak sebaik yang anda harapkan. Sama juga macam seorang tukang kayu yang mungkin mendapati kerusi pertama yang ditukanginya, tidak sesempurna yang diharapkan. Mungkin kaki kerusi itu bergoyang2 atau tempat melabuh punggung di kerusi itu senget sebelah. Banyak buku2 yang cenderung membina penulis2 baru .


Seeloknya anda baca buku2 itu dihasilkan oleh mereka yang benar2 giat menulis, samada cerpen ataupun novel, kerana anda mahukan pengalamannya sebagai seorang cerpenis dan novelis. Selain daripada mendapatkan tips daripada penulis2 berpengalaman - saya, misalnya. Sebelum menghasilkan novel, saya cadangkan anda memulakan karya yang ringan sedikit. Menghasilkan cerpen dahulu. Apabila anda sudah menghasilkan cerpen, anda sebenarnya sudah boleh menulis novel.


Untuk novel pertama dan kedua, elok juga anda memulakan dengan penulisan yang ringan sedikit juga. Misalnya, novel kanak-kanak dan remaja - sekadar untuk mendapatkan pengalaman. Selepas siap (tak payah tunggu terbit, asal dapat kelulusan pun ok) saya yakin anda sudah punya cukup keberanian untuk mengorak lang dan menghasilkan novel dewasa pula. Untuk menghasilkan novel dewasa pertama - nanti kita boleh bincang, ok?


Namun, andainya anda akhirnya hanya termenung berjam-jam, menatap skrin komputer yg tidak memaparkan apa2 pada muka surat ms worda anda tu, kenapa tulis saja idea/cerita yang anda fikirkan hingga menggerakkan menghampiri komputer anda sebelumnya. Ini adalah sebagai satu latihan ringkas, mengarah kepada penulisan yang sebenarnya. Jangan terlalu memikirkan tentang tata bahasanya, jalan ceritanya, watak2nya, suasananya ataupun mutu penulisannya (kerana anda belum lagi mahu menghantar manuskrip anda kepada pihak penerbit ketika ini kan?).


Bila anda sudah dapat melihat idea atau ilham cerita anda di dalam bentuk `hitam/putih', ia akan memberikan anda semacam semangat untuk memikir-kembangkan cerita anda itu dalam bentuk novel. Tips untuk penulis baru; `Latihan ringkas' adalah untuk menguatkan `otot-otot' penulisan anda - dan jika anda kehabisan idea/ilham, elok jika anda berbincang dengan ahli keluarga dan handai tau dan meminta pandangan mereka. Mereka mungkin bukan penulis, tapi mereka mampu mungkin boleh berfikir dengan lebih logik kerana tidak dibebani oleh tuntutan penghasilan karya seperti anda. Cubalah, itu yg sering saya lakukan. Tidak semestinya, semua pandangan mereka anda terima. Mana yg bersesuai dgn jalan cerita anda, anda ambil. Mana yg tidak, diamkan saja. Sebagai membalas budi, ambil nama mereka sebagai antara watak2 baik dlm karya anda. Seperti yang saya sering lakukan.


Entah mengapa, ramai penulis baru mendapati bahawa mencuci pakaian, memasak, mengemas rumah, menonton tv, memotong rumput lalang lebih menarik, berbanding dengan apabila mereka terpaksa duduk berjam2 menghadap komputer dan dgn segala jerih payahnya cuba menyusun kata demi kata di dalam microsoft words page mereka!


Dalam keadaan ini, anda hanya ada satu pilihan; paksa diri untuk melalui keraguan dini ini, setelah penulisan itu mulai memasuki ke mukasurat ke 2 dan seterusnya, ia akan semakin mudah bagi anda, percayalah. Cuba menulis setiap hari, biarpun ia hanya untuk 30 jam, sementara itu anda perlu mengembangkan watak dan plot cerita di dalam minda anda, terus-terusan. Andainya sekali lagi idea anda terbantut di tengah jalan, bawa buku nota ke mana-mana saja anda pergi dan cuba kaitkan apa saja yang anda perhatikan, dengan cerita anda. Selain daripada pemerhatian, anda juga perlu memasang telinga; di setesyen bas, di restoran, di kafe, di pasaraya, di perhimpunan umum dan sebagainya.


Melalui cara pemerhatian ini juga, anda akan mendapat menangkap bunyi dialog2 natural dan hebat (tercetuskan oleh keadaan tertentu atau bau yg dihidu), apabila dimasukkan ke dalam karya anda. Kenal pasti akan detik bila anda paling kreatif. Untuk kebanyakan penulis, masanya adalah pada awal pagi sebelum pelbagai kegiatan asas perlu diberi perhatian dan ditunaikan. Ada juga akan lebih senang berkarya pada lewat malam, setelah semua ahli keluarganya masuk tidur. Ada pula tidak mengira masa untuk berkarya, asal telinga mereka boleh disumbat dengan irama muzik dari mp3. Jangan takut untuk membuat eksperimen!


Semasa mula berkarya, janganlah terlalu bimbang samada anda menulis dengan cara betul ataupun tidak. Semua penulis akan mengulang kaji dan mengedit manuskrip mereka, setiap kali semasa berkarya dan selepas berkarya. Amat jarang bagi mana2 penulis yang menulis pertama kali dan semuanya terus sempurna segalanya, tak perlu diperiksa-editkan jalan ceritanya, tata bahasanya, susunan ayatnya dan lain2 lagi. Begitu selesai draf permulaannya, biarkan ia buat beberapa hari - kemudian datang balik kepadanya dalam keadaan kepala yang segar.


Jika anda tahu di mana masalahnya dengan cerita anda tapi tidak pasti di manakah ia, minta bantuan ahli keluarga atau rakan penulis anda. Tidak ada rakan penulis yang tinggal berhampiran dengan rumah anda, anda boleh dapat rakan penulis melalui online. Kadangkala, para penulis juga akan berasa tertekan sehingga merasakan bahawa kerja penulisan kreatif adalah kerja paksaan dan mesti dibuat, dia mungkin ingin melengah-lengahkannya seboleh mungkin.


Jika plot anda terlalu sukar diterima akal, watak-watak dalam karya anda akan meratap kebosanan dan anda yakini bahawa kanak-kanak boleh menghasilkan karya lebih baik daripada anda - rehatlah. Kemudian, bangun balik dan mulakan projek baru, sesuatu dibuat secara suka-suka saja.


Tulis cerpen mini sebanyak 10 muka surat cuma. Dengan menyudahkan karya pendek begitu, boleh membantu membina semangat anda - jika karya panjang hanya membuntukan fikiran anda, buat ketika ini. Lambat-laun, dengan sendirinya anda akan tergerak untuk menghasilkan karya panjang (novel) pula, utk menyampaikan perjuangan anda dengan lebih bebas lagi.


Tips tambahan;1. Sertai apa saja pertandingan penulisan kreatif. Bina nama. Apabila nama sudah tercipta di mana-mana, karya anda akan lebih mudah diterima oleh pihak penerbit.


2. Kunjungi website2 dan blogs penulis dan pelajari sebanyak mungkin ilmu daripada para penulis mampan tentang tips dan dunia penulisan kreatif.


3. Yakin diri anda boleh buat sebaik penulis lain - jika tidak lebih pun, tabah melalui banyak cabaran/dugaan, dan sedia untuk berkorban segala kepentingan diri, sementara karya dalam proses penulisan.


Wednesday, April 29, 2009

Hitam
Aku memilih warna hitam
bukan kerana gelap
kerana warna yang hitam itu penuh ..dalam maknanya
Aku semakin suka
melihat malam
bukan kerana gelap
tapi kerana tenangnya rasa
Aku semakin suka hitam
bukan kerana gelap..
tapi warnanya mampu meresapkan rasa pedih..
mengaburi rasa
duka..
menyimpan segala rahsia...
menenangkan rasa..
Hitam..

ANTARA PERASAAN SEMALAM

Terdetik untuk pergi
melupakan perasaan semalam
Tapi tersadar bebayangmu
Se dalam diriku.

Walau mendingin mana rasa
Selama mana kelak menghilang
Aku tetap akan memikirkanmu
Kerana aku tahu
Aku tak mampu menjauh darimu
Kerna aku ingin selalu saling mengerti
Rasa bahagia menyayangi seseorang

Suatu masa kita kian melupa
tenggelam kerana masa
ditemani hadir waktu-waktu baru
Namun izinkan hatiku
dicambah rindu-rindu semalam
Biarkan aku tersenyum memanggil namamu
Sebelum lelapku.

Perasaan yang mengilu hadir disetiap darah
Mendetakkan rasa yang mendebar
Menebarkan wangian cerita semalam

Mungkin tak usah diucap
Pada bibir yang membasah
Hanya perlu didamba dengan
Renung mata yang penuh makna
Bisik pada hati yang bisa
Mendengar senduku.

Maaf kan aku jika aku tidak mampu berubah
Seperti imagimu
Aku hanya termampu menjadi diriku
Lemah dan kerdil
Bergantung pada harapan yang menyayang

Jujur aku mencemburui
Antara perasaan semalam
Yang pernah sama-sama kita debarkan
Saat menanti sekilas kerlingan
Mencemburui perasaan semalam
Yang pernah kita rindukan
Yang pernah sama-sama kita senyumkan
Kerana kenangan itu tidak akan berulang
Lagi..

Maafkan aku menjadi tamak
Dengan kasih sayang yang kau berikan
Setiap detik aku semakin mendamba
Rasa sayang yang kau tatang sepenuh rasa ini

Sekalipun aku memilih mendiam.
Bisikanku tetap memanggil namamu
Aku menjadi bisuTetap tak mampu mengucapkan
Perasaan terpendam..
Kerna aku mula belajar bahasa kesunyian
Tanpamu..

Kalau aku bisa menulis berjuta puisi
Membuktikan rasaku
Untuk meyakin..
Cintaku.
Hingga terhentikah denyut nadiku
Baru kau mengerti sucinya hati.

Kulihat dari jauh gadis itu
Cubaku gapai untuk mengenal siapa dia sebenarnya
Ada sinar sepi terpancar di matanya
Ada cahaya kasih terbit dari jiwanya
Ada garis luka cuba disembunyikannya

Gadis muda itu
Cubaku kenali untuk menilai erti diri
Semakin kuhampiri semakin dia jauh kukenali
Apa yang cuba disembunyi
Apa yang cuba dicari
Apa yang cuba diisi

Gadis sepi itu
Garis luka di hati cuba diubati
Tapi sakit juga yang mendampingi
Aku hanya mampu memerhati..
p/s: nurkilan puisi piei:-aku copy huhuhu..tq my brother!!aku suka puisi ko huhuhu

Monday, April 27, 2009

Satu hari..aku jenjalan g 1B.

gaban is back!
huhu..aku nak kena myamar jadi manusia la..

gamba aku ngn adik aku yg lower six skg



Ari ahad tengahari tue aku terdetik nak p 1B..sepatutnya aku ari ahad tu hari kedua aku tolong jadi makeup artist tuk bebudak sekolah menengah tebobon ngn abang mus. tapi memandang aku kena datang buat rakaman untuk drama radio kat rtm, aku terbelah bahagi nak p mana satu..Nasib baik abg mus faham gak aku kena g wat rakaman so dia bg kebenaran tuk aku pegi..adeh malangnya aku tak dapat nak cari pganti aku untuk ganti tempat aku,tolong dia..huhu nasib baik ann back up cari lina (aku ingat nak mintak tolong asmah ganti tuk aku tp dia pun ada hal aritu, dia kena jaga ikut klinik sayembara puisi)

Tengahari tu aku p 1B sebab masa ari sabtu pas meeting DEKON ngn produksi, lecture aku (Dr.Andy) cabar kami budak2 teater tuk pegi audition rancangan-pilih kasih. Aku tak kisah sangat ngan cabaran dia tapi bila dia dok mengata bebudak teater hanya jaguh 'kampung'..hanya berani bertanding dan menang kat tempat sendiri ja, tak berani keluar join aktiviti luar @ pertandingan melibatkan org luar..aku terkilan/tercabar jgak la..Sapa cakap..tak semua budak teater camtu. Buktinya aku dah pernah sahut cabaran g bertanding monodrama aritu kat penang..kalau nak dapatkan pelakon terbaik tu memang payahla, (takat skrip terbaik ja aku termampu huu sedih btul) sbb kat luar sana berlambak2 orang yg berbakat..Aku faham bila dia mencabar kami....maknanya dia nak pelajar2 teater cuba kembangkan bakat kami dengan memberanikan diri bersaing.....hmmm>_<

Aku pendekkan ceta, tgahari tu aku p 1B sendiri..(this is for my brother piei:- sori piei, bukan takmo ajak ko (time ko call tue-aku da register wuu~) lagi satu masa mo isi borang tue pun aku still ragu2 nak ikut atau X audition tu..(aku xda supporter bha..sedih cikit..)kalau aku bgtau aku p nampak cam aku kecoh2 plak, lagipun think bout 2nd thought kalau aku gagal-erkk xjuga malu sbb xda org tau aku p..hoho so that why aku p 1B sorang2)

Emm..(Part nie tuk abg Hafiz; sebab dia nak tau camna leh dg audition aritu)....cenggini ceta nya..pada suatu ari yang agak boring, ada sekor makhluk asing bernama gaban berjalan2 d 1B tanpa kawan.tetiba terserempak ngan member sekelas..hohoho terkejut gak tgk ramai org dok brkumpul kat South Athrium time tue..p p rupanya org ramai tgk audition..Masa tu gaban tu segan gak dok bkumpul kat sana sebab dia sekor makhluk asing..hohoho..so dia myamar jadi manusia sat..Masa kat tempat register tue..tkejut gak, rupa2nya ada ramai senior2 satu sekolah seni ada kat sana...hmm orait gak, senang cikit proses nak bersoal jawab tntg syarat2 camna nak masuk ikut realiti show tue..last2 dapat tau kena sedia gmbr 2keping ngn beli i-talk rm10 seblum isi borang..(adeh, leceh tul)..1st takmo la (nak tgk2 ja,sbb tak bw pun gmbr)..tapi senior Ebing tolong, dia suh p amik gambar..huhu terharu gak sebab dia tolong.(to ebing: i lub u!!thanx bebyk..)So p la amik gmbr, and then there i go..just be myself out there.Ekk..masa tu ada masalah gak, sebab 'ingatkan' just bawak monolog..(orait gak leh guna kreativiti bawak watak tu ikut sukati) tapi masalahnya audition ngan 2situasi rupanya..gelabah gak, coz tak ready..huhu bayangkan..masa turn aku nak naik on stage, baru la aku nak bkenalan ngan member seblah..rite on the spot trus ja aku merapu atas pentas tu,-tuk pengetahuan sebenarnya aku ada masalah nak hafal dialog..bila da hafal pun, mesti tak jadi..terus ja aku improvise merapu sesuka ati aku..huu~Byk2 benda..suruh la aku melukis ka..menari atau berlakon. Semua benda tuh aku ok lagikk leh buat..tapi kalau mnyanyi..arrrrgh adoooii!!!sakit jiwa aku~pulak dah bila kena suh menyanyi nak tercabut pinggang aku..wuwu..aku lemah part niee..Dah erma Fatima suh nyanyi, nak wat camna?nak tak nak..aku bertekad cmerlang ja la..huuu..aku pun keluaq la suara ...myumbang2 sumbang..sora tak beriramaa..benci tol.(T_T)

At the end..entah aku tak faham camna leh terpilih. Alhmdulillh...apapun takdir yg Tuhan bg aku trima ngn hati tbuka..Aku hepi sebab aku buktikan da, budak teater bukan jaguh kg, jaguh tmpat snd..sebab cabaran Dr.Andy aku dah sahut utk kali kedua..cuma, bila aku dah terpilih, benda nie skg buat aku konpius..(benda ni belum berakhir..benda ni baru bermula) nak ikut ka xnak ikut..Aku ada setahun lagi nak grade..kalau aku p..aku kena p slama 4bulan..hmm..maknanya aku kena extand..huhu konfius. Aku tanya hati aku, hati aku cakap teruskan ja, sebab ni minat aku..aku nak belajar lagi banyak tntang lakonan..bukan populariti yang aku nak kejar..bukan nak menunjuk..jauh disudut hati aku..aku nak mengangkat dan memartabatkan bidang nie-lebih2 lagi bidang nie dipandang serong dan diperlekehkan..(tp masalahnya aku dah fikir for a long term ka...taktau ar fmily aku support atau tak)

Apapun..sokongan dari semua yang memahami..sangat aku perlu. Aku sayang bidang nie..aku nak belajar ilmu teater lagi/lakonan...bukan setakat teori tapi praktikalnya. Camna nak mempraktikkan lakonan tu...camna nak menjadi benar2 natural/semulajadi sebab tu aku nak faham dan menghayati setiap perasaan..yang berbeza-beza yang lahir dari hati manusia.."mendapatkan emosi"..Nampak cam senang ja kalau berlakon..tapi dalam penghayatan lakonan bukan mudah..menjadi watak tu betul2 merasa setiap rasa yang terzahir dihati yang kecil..teramatlah payah. Satu benda yg aku blajar nak menjadi pelakon yg baik..kita kena selalu observ dan memerhati gelagat manusia disekeliling.."lihat...rasa..sentuh..fikir kalau la aku jadi dia..apa yang aku akan buat?"

P/s: To kawan2 yang bg semangat tolong aku/support aku: terima kasih semua..aku tak tau nak balas cmna..aku cuma leh cakap aku bertuah sebab ada kawan cam korang..for my dear..huu(T_T).Thanx for supporting..missed you so much..

ROSYAM NOR-pilih Kasih





ROSYAM bersama pengacara Pilih Kasih iaitu Reza Mohamed, Raja Azura serta hos Jurnal Harian, Pasha. Program realiti TV cungkil bakat baru dalam bidang lakonan.
PENGALAMAN lebih dua dekad, selain merangkul pelbagai pengiktirafan terbaik dan popular, profil seni aktor berwibawa, Rosyam Nor diperkasakan bersama misi baru menerusi program realiti, Pilih Kasih.

Idea menerbitkan program Pilih Kasih itu lahir ekoran kesedaran untuk memberi ruang dan peluang selain menjadi batu loncatan kepada pencinta dunia lakonan untuk mengasah dalam seni l“Seseorang pelakon perlu ada bakat untuk digilap menjadi hebat. Menerusi program Pilih Kasih, kami menyediakan peluang kepada mereka yang berbakat tetapi tidak mempunyai ruang mengetengahkannya supaya tampil dan mencuba kemampuan,” katanya.
Menerusi program realiti yang ditangani nama berpengalaman seperti Rohani Yousoff dan Erma Fatima sebagai tenaga pengajar, kesemua bakat terpilih akan dilatih untuk menjadi anak seni yang serba boleh dan memenuhi kriteria untuk diketengahkan ke layar perak.
Pilih Kasih’ yang mula bersiaran di TV2 mulai 11 April selama empat bulan, akan melatih bakat-bakat yang terpilih hingga menjadi seorang pelakon yang versatil serta mampu memenuhi kriteria yang diingini dalam filem ‘Kekasih’.

Berdasarkan sinopsis ‘Kekasih’, filem ini mencari lima pelakon untuk melakonkan lima watak utama. Pastinya lima peserta terbaik yang bakal kekal di dalam ‘Pilih Kasih’ merupakan satu risiko yang perlu Rosyam tanggung untuk menerbitkan ‘Kekasih’ kerana mengetengahkan pelakon baru sebagai tunjang utama."Di dalam program ini saya mahu berkongsi cerita dan pengalaman menjadi pelakon dengan penonton. Saya juga mahu memberi pendedahan kepada orang di luar sana bahawa kerjaya sebagai pelakon merupakan satu jalur pekerjaan yang baik dan memberikan impak kepada seseorang sekiranya dilakukan dengan betul dan ikhlas," katanya.

Ditanya tentang kekuatan program tersebut Rosyam menegaskan kekuatan ‘Pilih Kasih’ terletak kepada barisan penerbitannya yang berpengalaman luas dalam industri pembikinan filem, drama, dokumentari dan video. Katanya elemen tersebut sangat penting untuk menerbitkan sebuah program yang berkualiti."Selain itu, peserta juga akan didedahkan dengan rutin sebenar anak seni. Ini kerana melalui program ini mereka akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri yang mana ianya merupakan tugasan mingguan yang perlu mereka lakukan.



Pengisian program Pilih Kasih memperlihatkan peserta didedahkan mengenai realiti sebenar menjadi anak seni dengan menyempurnakan tugasan di bawah pengawasan pengarah berpengalaman seperti Along Kamaruddin dan Amy Maziah.
Peserta juga didedahkan dengan kelas lakonan drama muzikal yang dipimpin Erma Fatima sebagai tugasan kedua mingguan dan akan diadili setiap minggu ketika Malam Perdana.

Suatu janji Rosyam, nasib finalis Pilih Kasih tidak akan terabai selepas tamat pengajian kelak kerana dia merangka pelbagai peluang untuk mereka.
Mereka bakal menjadi wajah baru untuk mengisi pelbagai slot penerbitan drama dan filem yang semakin berkembang.

Menerusi slot selama 90 minit itu, penonton disajikan dengan tiga segmen iaitu Filem Pendek yang memaparkan hasil lakonan setiap peserta menerusi tayangan drama bersiri selama 10 minit
Peserta juga diberi skrip untuk menjayakan segmen teater dan mempersembahkannya secara langsung, selain menunjukkan bakat menerusi lakonan monolog sekali gus menilai tahap kemahiran lakonan mereka.
Persembahan peserta akan menerima kritikan daripada Rosyam dan Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah.
Program Pilih Kasih yang memulakan siarannya pada 25 Mei ini menyatukan Raja Azura dan Reza Mohamed sebagai pengacara, manakala Jurnal Harian pula dikendalikan bakat baru, Pasha Abdul Rahim.

INFO: Uji bakat
DIADAKAN di lima zon berbeza selama lima minggu dan terbuka kepada bakat berusia 18 hingga 35 tahun. Sesi uji bakat bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam. AEON Bukit Indah, Johor Bahru - 11 April Kompleks Terminal One, Seremban - 12 April KB Mall, Kota Bharu - 18 April Berjaya Megamall, Kuantan - 19 April One Borneo, Kota Kinabalu - 26 dan 26 April Queensbay Mall, Pulau Pinang - 2 Mei Plaza Alam Sentral, Shah Alam - 3 Mei The Spring, Kuching - 9 dan 10 Mei